11.02.2019 Views

Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pendidikan berteraskan nilai menjadi antara hala tuju Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam merencanakan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

seperti di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan ternyata dapat memanusiakan insan. Sehubungan itu kemenjadian murid

dalam pelbagai aspek merupakan kualiti sebenar pendidikan negara. Murid perlu

disemai dengan nilai-nilai murni agar mereka membesar sebagai insan yang dipenuhi

dengan pelbagai moral serta sikap yang dapat membentuk mereka menjadi insan

berjaya.

Perhimpunan di sekolah menjadi platform untuk menerapkan elemen nilai ini dalam

pendidikan. Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diperkenalkan oleh Institut

Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) memberikan satu alternatif bagaimana

penerapan nilai dapat dilaksanakan secara seronok dan gembira tetapi bermakna.

M10MP ialah modul inovasi berimpak tinggi yang mengutamakan penglibatan murid

secara aktif dan kolaboratif yang menterjemahkan pembudayaan pembelajaran abad

ke-21 sekali gus mewarnakan evolusi perhimpunan sekolah masa kini.

Usaha IPGKIK dalam menyokong dasar dan hala tuju Kementerian Pendidikan

Malaysia amat dialu-alukan dan dihargai. Sekolah perlu menjadi tempat paling membahagiakan

dan proses pembelajaran berjalan dengan penuh keseronokan agar ia

mampu menyemai rasa cinta terhadap ilmu. Sekolah juga harus menjadi tempat di

mana perbezaan kepercayaan akan bukan sahaja dihormati tetapi dihargai dan diraikan.

Maka, akan wujudlah nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormatmenghormati

dalam diari kehidupan murid itu sendiri.

Selain daripada pendidikan berteraskan nilai, Kementerian juga memfokuskan

ketinggian kualiti (high quality) sebagai hala tuju yang perlu dicapai bersama.

Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi dan

keberkesanan. Kecemerlangan institusi seperti IPGKIK misalnya bukan sahaja

daripada pelajar, pendidiknya, malah alumni turut memacu prestasi

kecemerlangannya. Kebitaraan institut ini dalam Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik,

Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah menyerlahkan aura

dan kuasa alumni di serata tempat. Sarana alumni yang teguh mampu memupuk

semangat dan daya juang IPGKIK sebagai sebuah institusi pendidikan guru yang

sangat relevan kepada dunia perguruan di negara kita.

Selamat menyambut 60 tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

YB Dr. MASZLEE BIN MALIK

Menteri Pendidikan

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!