11.02.2019 Views

Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

WAJAH-WAJAH ALUMNI ILMU KHAS

Tan Sri Dato’ Wira Abdul Aziz bin Tapa

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Wira Abdul Aziz bin Tapa,

tokoh politik dan pejuang kemerdekaan negara ialah seorang

guru kelahiran IPG Kampus Ilmu Khas. Beliau menjejakkan

kakinya di institut ini pada tahun 1963, mengikuti Kursus

Seni dan Kraf tangan selama setahun. Kerjaya beliau dalam

bidang pendidikan mulameningkat apabila beliau memegang

jawatan Guru Besar di Sek.Keb Sg.Rambai, Melaka. Dalam

bidang seni pula, beliau meminati “pottery”. Bakat seni dan

kepimpinan tersulam begitu indah sehingga membawa beliau

menceburi bidang politik. Tan Sri mengorak langkah menempa

kejayaan dalam bidang ini sehingga dilantik sebagai wakil

rakyat dan Senator Dewan Rakyat. Harapan beliau terhadap

IPGKIK ialah nama baik institusi ini terus dipelihara pada

mata masyarakat dan negara.

Yang Berbahagia Dato’ Mokhzani Ismail ialah seorang

tokoh muzik kelahiran Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Beliau memulakan tugas sebagai guru muzik di Perlis

pada tahun 1981. Kemudian memperolehi Ijazah

Muzik dari Berklee College of Music, Boston, Amerika

Syarikat. Mulai tahun 1991 beliau beralih kerjaya

sebagai pemain piano dan penggubah lagu di

orkestra RTM. Kejayaan beliau diiktiraf dan dilantik

menjadi Pengarah Muzik RTM pada tahun 1999.

Antara sumbangan beliau memimpin orkestra pada

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Simfoni

Putrajaya 2007 pimpinan beliau telah dinobatkan

sebagai Konsert Orkestra di Pentas Terbuka oleh

Malaysia Bookof Record. Beliau juga

bertanggungjawab menubuhkan RTM Jazz Orkestra.

Hasil usaha beliau yang membanggakan ialah album

sulung RTM Jazz Orkestra diedar ke seluruh kedutaan

Malayisia di seluruh dunia dan pusat pengajian

tinggi.

Dato’ Mokhzani bin Ismail

Datuk Zaiton binti Othman

Nama Zaiton Othman memang sudah tidak asing lagi

apabila kita bercerita tentang SEA Games. Beliau bercita

-cita menjadi seorang guru dan telah menempah tempat

di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1979 dalam

bidang Pendidikan Jasmani. Kejayaan cemerlang Zaiton

terbukti dengan memenangi Pingat Emas, Perak dan

Gangsa dalam acara lari berganti-ganti dalam sukan Asia

dan SEA Games tahun 1979, 1981 dan 1983. Telah mewakili

Malaysia dalam Asian Veteran’s Meet di Seoul,

“World University Games” di Jepun dan Yugoslavia. Pembantu

Pengajar di San Diego University pada tahun 1992.

Beliau telah dianugerah Chanselor’s Gold Medal Award

UPM (1987)

28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!