24.01.2019 Views

Geografi Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pendahuluan

Buku teks Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) Geografi Tingkatan 1 ini

ditulis berdasarkan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi

Tingkatan 1.

Setiap bab di dalam buku ini memfokuskan

kepada keperluan pengetahuan asas tentang

bentuk ciri ruang serta persekitaran dalam

melahirkan murid yang bersikap positif terhadap

kelestarian alam sekitar. Gaya persembahan

dan penampilan buku teks ini diyakini mampu

melahirkan generasi yang berpengetahuan,

berkemahiran dan menguasai nilai yang

dipelajari. Disiplin tentang ilmu geografi turut

diterapkan seperti Kemahiran Geografi,

Geografi Fizikal, Geografi Manusia, Geografi

Kawasan, Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

dan Kerja Lapangan.

Diharapkan melalui buku ini, murid-murid

mendapat pendedahan awal tentang ilmu

geografi dan menerapkannya dalam kehidupan

seharian. Bagi memantapkan lagi buku ini,

dimasukkan juga elemen istimewa, iaitu ikonikon

tertentu sebagai nilai tambah dalam

menarik minat murid-murid untuk mendekati

ilmu secara tidak langsung.

Minat dan kecenderungan murid-murid dapat

dipupuk secara langsung dalam melahirkan

generasi berketerampilan, mencintai serta

membudayakan ilmu Geografi. Kami berharap

agar gaya persembahan yang dipaparkan ini

mampu memenuhi keperluan Pembelajaran

Abad ke-21 dalam menyediakan murid-murid

yang mampu menghadapi cabaran pada

masa depan.

• Hisham Azman bin Ibrahim

• Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad

Memberikan pendedahan awal

secara inkuiri tentang tajuk-tajuk yang

akan dipelajari dalam setiap bab.

Standard Pembelajaran

Menyenaraikan standard

pembelajaran yang boleh dicapai

oleh murid dalam setiap bab.

Aktiviti

Mencungkil kemahiran murid berdasarkan

sesuatu ilmu yang telah dipelajari.

(Murid perlu melaksanakan aktiviti dalam

buku latihan.)

vi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!