24.01.2019 Views

Geografi Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5.4

KESAN PERGERAKAN KERAK BUMI

Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai plat.

Plat tersebut terbahagi kepada dua, iaitu plat daratan dan plat lautan. Lapisan plat

bumi berada di atas lapisan mantel. Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel

menyebabkan plat bumi bergerak.

Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses pertembungan dan

pencapahan. Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada

pembentukan muka bumi.

200 juta tahun

dahulu

Hanyutan Benua

• Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan

berlakunya perubahan kedudukan benua. Walaupun

proses pemisahan plat terjadi dengan sangat

perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan

kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan

daripada hanyutan benua.

135 juta tahun

dahulu

Sekarang

Rajah 5.3 Proses hanyutan benua

Glosari

Sumber: First Geography Encyclopedia

Pertembungan: Perlanggaran antara plat-plat di kerak bumi secara serentak

Pencapahan: Perpisahan dan pergerakan plat-plat di kerak bumi

Sesaran: Pergerakan plat-plat bumi secara berselisih di sepanjang garis gelinciran

48

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!