24.01.2019 Views

Geografi Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang (sehingga Jun

2016). Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada keseluruhan populasi penduduk

dunia. Rajah 11.1 menunjukkan anggaran jumlah penduduk negara-negara di Asia

Tenggara sehingga Jun 2016.

Brunei Darussalam

428 408

Timor Leste

1 213 743

Singapura

5 705 230

Laos

6 929 312

Malaysia

30 791 098

Penduduk

Asia Tenggara

Indonesia

260 834 826

Filipina

102 395 857

Vietnam

94 528 565

Thailand

68 164 086

Kemboja

15 850 684

Myanmar

54 407 086

Rajah 11.1 Anggaran jumlah penduduk mengikut negara di Asia Tenggara sehingga Jun 2016

Sumber: http://www.worldometers.info/world-population/population-by-country/

Taburan penduduk di Asia Tenggara terbahagi kepada tiga, iaitu padat, sederhana

dan jarang.

Taburan Penduduk Asia Tenggara

Padat

• Ibu negara dan

bandar utama

• Sungai sebagai jalan

perhubungan

• Delta dan lembah

sungai yang subur

• Dataran pantai untuk

perikanan

• Sebagai contoh, pantai

barat Semenanjung

Malaysia, Pulau Jawa

(Indonesia) dan

Bangkok (Thailand)

Sederhana

• Kawasan pinggir bandar

• Kawasan bandar

baharu

• Kawasan pertanian

• Sebagai contoh, pantai

timur Semenanjung

Malaysia, pantai barat

Sumatera (Indonesia),

pantai Arakan Yoma

(Myanmar) dan pinggir

Sungai Mekong

(Vietnam)

Jarang

• Kawasan pedalaman yang

mempunyai perhubungan

yang terhad

• Kawasan pergunungan dan

banjaran

• Kawasan berpaya dan

berhutan tebal

• Sebagai contoh, kawasan

pedalaman Sarawak dan

Sabah (Malaysia), kawasan

paya Sumatera Timur

(Indonesia) dan kawasan

Banjaran Annam (Vietnam)

123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!