BUKU PROGRAM SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018

15.11.2018 Views

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018 KATA ALU-ALUAN REKTOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan penganjuran Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (SPPA) 2018 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan selamat datang kepada tetamu dan penyelidik ke Negeri Sembilan dalam usaha menyebarluas dan berkongsi ilmu dalam kalangan pendidik yang bertema “penyelidikan dan inovasi memacu pendidikan bertaraf dunia”. Revolusi perindustrian 4.0 yang melibatkan sektor pendidikan memerlukan pensyarah mengadaptasikan pembudayaan kaedah-kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan pendidikan abad ke-21. Pensyarah juga perlu sentiasa bersedia dengan kaedah-kaedah yang berkesan dalam mendidik anak bangsa. Penyampaian pendidikan tanpa sempadan pada masa kini memerlukan mereka menguasai teknologi yang pantas dengan melakukan pelbagai penyelidikan dalam usaha menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 khususnya dalam sektor pendidikan. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pembentang dan peserta SPPA 2018 yang telah memberi sokongan yang sangat baik dalam seminar ini. Diharapkan perjumpaan dalam seminar ini dapat menguatkan silaturrahim antara semua. Setinggi-tinggi tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur SPPA 2018 atas tenaga dan usaha yang penuh dedikasi dalam menjayakan SPPA 2018 kali ini. Semoga usaha mereka mendapat keberkatan oleh Allah swt. Selamat maju jaya. PROFESOR DR. NASRUDIN BIN MOHAMMED Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 7

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018 KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat saya menukilkan kata alu-aluan sempena Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa 2018 (SPPA) yang julung kali diadakan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) selaku penganjur utama serta rakan institusi kerjasama yang lain kerana telah bertungkus-lumus secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program SPPA ini. Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan jantung kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan ummah sesebuah negara. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang boleh meningkatkan kualiti diri dan memberi sumbangan yang positif kepada komuniti, masyarakat dan negara. Melalui pendidikan yang holistik, generasi muda mampu dipupuk dan dibimbing agar mencapai kecemerlangan, berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi seiring dengan kehendak pendidikan global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan dokumen rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia telah dihasilkan secara teliti dan profesional bagi mencapai taraf pendidikan yang unggul dan terbaik bagi Malaysia. Salah satu peranan pendidikan yang perlu diterap dan ditekankan adalah untuk menyelesaikan masalah melalui kaedah penyelidikan dan penciptaan inovasi baharu. Bagi menghadapi persaingan ekonomi global pada masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada pendidikan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Akhir kata, saya mendoakan semoga kejayaan program SPPA kali ini menjadi titik positif kepada permulaan kerjasama semua pihak dalam membantu memartabatkan pendidikan negara. Bagi pihak USIM saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas serta ucapan terima kasih buat penganjur utama atas jemputan berkolaborasi dalam SPPA 2018 ini. Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 8

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN REKTOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan penganjuran

Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (SPPA) 2018 bertempat di Universiti

Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan selamat datang kepada

tetamu dan penyelidik ke Negeri Sembilan dalam usaha menyebarluas dan berkongsi ilmu

dalam kalangan pendidik yang bertema “penyelidikan dan inovasi memacu pendidikan bertaraf

dunia”. Revolusi perindustrian 4.0 yang melibatkan sektor pendidikan memerlukan pensyarah

mengadaptasikan pembudayaan kaedah-kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran

selaras dengan pendidikan abad ke-21.

Pensyarah juga perlu sentiasa bersedia dengan kaedah-kaedah yang berkesan dalam

mendidik anak bangsa. Penyampaian pendidikan tanpa sempadan pada masa kini

memerlukan mereka menguasai teknologi yang pantas dengan melakukan pelbagai

penyelidikan dalam usaha menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 khususnya dalam sektor

pendidikan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pembentang dan peserta SPPA 2018

yang telah memberi sokongan yang sangat baik dalam seminar ini. Diharapkan perjumpaan

dalam seminar ini dapat menguatkan silaturrahim antara semua. Setinggi-tinggi tahniah

kepada ahli jawatankuasa penganjur SPPA 2018 atas tenaga dan usaha yang penuh dedikasi

dalam menjayakan SPPA 2018 kali ini. Semoga usaha mereka mendapat keberkatan oleh

Allah swt.

Selamat maju jaya.

PROFESOR DR. NASRUDIN BIN MOHAMMED

Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!