15.11.2018 Views

BUKU PROGRAM SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

perpatih yang unik seperti berpaksikan ajaran Islam, pemimpin dan kepimpinan,

wilayah adat, seni dan budaya dan kekarabatan matrilineal. Diharapkan keunikan

adat perpatih yang terdapat di Negeri Sembilan ini dapat menjadi suatu khazanah

rujukan dunia yang berharga. Justeru, Penubuhan Institut Penyelidikan Adat

Negeri Sembilan wajar direalisasikan agar menjadi pusat rujukan setiap luak

khasnya dan masyarakat dunia amnya.

Kata Kunci: adat perpatih, adat minangkabau, kerangka utama adat perpatih

B1 Zainol Badli Budiman PhD 1 , Fathiyah Dahlan 2 , Benedict Clement D’Silva 3 ,

Siti Hartini Pungut 4

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar 1,2,3,4

Pelaksanaan Inquiry Based Science Education (Ibse) Model La Main A La

Pate Bagi Peningkatan Pdp Guru Sains Sekolah Rendah: Satu Amalan

Reflektif

Kajian ini ingin mencari penyelesaian tentang masalah guru-guru sains

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara pendekatan Inkuiri Based

Science Education (IBSE) La main a la Pate dalam kalangan murid-murid

terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Pada abad ke-21, guru-guru perlu

mempunyai kemahiran menggunakan pengajaran dan pembelajaran secara

pendekatan inkuiri ini supaya dapat memupuk sifat ingin tahu tentang dunia di

sekeliling dalam kalangan murid-murid. Seterusnya pendekatan IBSE secara

terbuka dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. Dapatan Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti (2017) masih menunjukkan sebilangan besar guru-guru masih

gagal mencapai penarafan amalan terbaik KBAT. Ini bermakna masih ramai guru

menggunakan pendekatan berasaskan penghafalan teori dan konsep sematamata

daripada proses pembelajaran yang berlandaskan pemikiran terbuka, kritis

dan penuh aplikasi. Pencapaian murid-murid dalam PISA dan TIMSS

menunjukkan Malaysia masih berada di bawah purata pencapaian kedua-dua

pentaksiran antarabangsa tersebut. Oleh itu, pelaksanaan pendekatan IBSE yang

mengusulkan PdP secara inkuiri terbuka boleh memupuk dan membina amalan

terbaik KBAT. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan secara

kolaboratif melibatkan tiga orang guru Sains di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana,

Seremban dan empat orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar. Data kajian terdiri daripada analisis rancangan pengajaran harian,

pencerapan dalam kelas dan sesi reflektif guru-guru. Rumusan kajian

menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan pelaksanaan PdP terhadap

pendekatan inkuiri oleh ketiga-tiga orang guru namun pelaksanaan inkuiri terbuka

seperti dihasratkan oleh La main a la Pate masih bermasalah. Kajian lanjutan perlu

meneliti bagaimana rancangan pengajaran harian boleh menerapkan strategi PdP

ke arah pembinaan pendekatan inkuiri terbuka untuk murid-murid yang sederhana

pencapaian.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!