15.11.2018 Views

BUKU PROGRAM SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

ABSTRAK

A1 Noziati Borhan PhD 1 , Effandi Zakaria PhD 2

IPG Kampus Raja Melewar 1, , Universiti Kebangsaan Malaysia 2

Analisis Faktor Pengesahan (CFA) Kepercayaan Matematik Dalam

Kalangan Guru Permulaan Di Malaysia

Kajian tinjauan ini adalah bagi mengesahkan model persamaan struktural dalam

kalangan guru permulaan dengan menjalankan analisis faktor pengesahan.

Seramai 263 orang guru permulaan matematik seluruh Malaysia terlibat di dalam

kajian ini. Terdapat tiga subkonstruk yang dibentangkan di dalam kajian ini iaitu

kepercayaan terhadap sifat matematik, kepercayaan terhadap pengajaran

matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran matematik. Data dianalisis

secara inferensi untuk melihat kebolehpercayaan bagi nilai alpha cronbach dan

analisis faktor pengesahan (CFA) bagi mendapatkan penyelesaian bagi ketiga-tiga

subkonstruk di dalam kepercayaan dengan menggunakan perisian SPSS 21 dan

Perisian AMOS. Berdasarkan kepada analisis kebolehpercayaan yang dijalankan,

di dapati bahawa alpha Cronbach adalah pada klasifikasi tinggi bagi setiap

subkonstruk kepercayaan di antara nilai 0.715 – 0.798. Malahan analisis faktor

pengesahan (CFA) turut mengesahkan bahawa data yang diperoleh dari kajian ini

adalah sesuai dengan model persamaan stuktural. Kajian ini mencadangkan

model pengukuran dengan 12 item yang mengukur kepercayaan matematik dalam

kalangan guru permulaan di Malaysia. Dapatan yang diperoleh jelas menunjukkan

bahawa instrumen bagi konstruk kepercayaan matematik ini adalah sah dan boleh

digunakan sebagai alat pengukuran bagi menentukan kepercayaan matematik

dalam kalangan guru permulaan di Malaysia dan seterusnya kepada golongan

penyelidik yang mempunyai perkaitan dengan kajian ini.

Kata kunci: Analisis Faktor Pengesahan, Kepercayaan Matematik

A2 Zakri Abdullah, Phd 1 & Ahmad Ridzwan Basri 2

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan 1,2

Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Penyampaian Kursus Pentaksiran

Dalam Pendidikan Melalui Strategi Syarahan Massa Interaktif

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pengetahuan

pentaksiran dalam kalangan pelajar berdasarkan penggunaan strategi

penyampaian kuliah secara syarahan massa interaktif (interactive mass lecturing).

Strategi syarahan massa interaktif merupakan satu strategi penyampaian ilmu

dalam bentuk interaksi dua hala antara pensyarah dengan khalayak pelajar yang

ramai. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan hirisan rentas kerana

data dikumpulkan pada satu masa tertentu yang mengambil masa selama 15

minggu interaksi perkuliahan. Sampel kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar

yang dipilih daripada dua buah unit kelas iaitu Kelas A (seramai 12 orang pelajar)

dan Kelas B (seramai 13 orang pelajar). Pengumpulan data kajian ini dijalankan

dengan mentadbirkan satu set soal selidik yang menggunakan skala likert lima

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!