BUKU PROGRAM SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018

15.11.2018 Views

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018 KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan dalam buku buku program ini. Terlebih dahulu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan semua institutsi gabungannya kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Pendidikan Penyelidikan Antarabangsa 2018 (SPPA 2018) yang bertemakan “Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia”. Dalam usaha memperkasakan pendidikan negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, budaya penyelidikan perlulah sebati dengan jiwa para guru di semua peringkat pendidikan bermula dari peringkat akar umbi iaitu di sekolah lagi. Justeru, saya ingin menyarankan kepada semua guru di Negeri Sembilan agar memilki pengetahuan dan kemahiran menjalankan penyelidikan terutama dalam pedagogi. Hasil kajian kemudiannya disebarluaskan dalam mana-mana seminar untuk rujukan umum. Aktiviti penyelidikan amat penting kepada guru-guru bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih bermakna. Melalui penyelidikan, pelbagai isu dan cabaran dalam dunia pendidikan dapat ditangani. Jika masalah ini berjaya ditangani segera, tidak mustahil matlamat untuk melahirkan “Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)” akan tercapai, malahan aspirasi pendidikan negara turut menjadi kenyataan. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, saya menyokong penuh penganjuran SPPA 2018 dan berharap penganjurannya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi memberi ruang dan peluang kepada guru untuk berkongsi ilmu dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti PdP di dalam bilik darjah. Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 9

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018 KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa 2018 telah dapat direalisasikan. Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan penganjuran program ini. Penganjuran seminar ini secara tidak langsung dapat membantu pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan termasuk dengan perubahan dan kemajuan dinamis dalam bidang pembangunan tenaga manusia, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, kecemerlangan budaya intelektual dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ilmu dan penyelidikan tidak dapat dipisahkan. Dalam memberi kupasan terhadap kepentingan ilmu dan penyelidikan, Dr. Yusof Qardawi menyatakan jatuh bangunnya tamadun Islam bergantung kepada dua terma utama iaitu jihad dan ijtihad. Jika jihad diperlukan untuk membangunkan tamadun dan mempertahankannya daripada ancaman musuh, ijtihad atau penyelidikan dalam bidang intelektual pula merupakan syarat utama bagi memastikan sesuatu tamadun itu dapat bertahan lama. Terutamanya, kita sebagai pendokong pendidikan perlulah memahami kepentingan penyelidikan ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah di samping perlu berubah daripada zon selesa ke arah mempersiap dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran melakukan penyelidikan ilmiah yang bermutu tinggi. Aktiviti ijtihad atau penyelidikan dan inovasi adalah roh gerakan dalam pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia yang perlu sentiasa dihidupkan bahkan dikembangkan dari semasa ke semasa. Usaha ini bagi mengembangsuburkan aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan pendidikan dan sekaligus membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan manusia. Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa atas penganjuran seminar ini. Sesungguhnya penyelidikan dan inovasi adalah amat penting bagi mendepani pelbagai cabaran dalam proses menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan yang bertaraf dunia. Sekian. Terima kasih. DATO’ HJ. KAMAL AMRAN BIN KAMARUDN Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 10

[SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2018] SPPA 2018

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

Salam Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya diberikan

kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan dalam buku buku program ini. Terlebih dahulu,

saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar dan semua institutsi gabungannya kerana telah berjaya menganjurkan Seminar

Pendidikan Penyelidikan Antarabangsa 2018 (SPPA 2018) yang bertemakan “Penyelidikan

dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia”.

Dalam usaha memperkasakan pendidikan negara selaras dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025, budaya penyelidikan perlulah sebati dengan jiwa para guru

di semua peringkat pendidikan bermula dari peringkat akar umbi iaitu di sekolah lagi. Justeru,

saya ingin menyarankan kepada semua guru di Negeri Sembilan agar memilki pengetahuan

dan kemahiran menjalankan penyelidikan terutama dalam pedagogi. Hasil kajian

kemudiannya disebarluaskan dalam mana-mana seminar untuk rujukan umum.

Aktiviti penyelidikan amat penting kepada guru-guru bagi menjadikan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) lebih bermakna. Melalui penyelidikan, pelbagai isu dan cabaran dalam

dunia pendidikan dapat ditangani. Jika masalah ini berjaya ditangani segera, tidak mustahil

matlamat untuk melahirkan “Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)” akan tercapai, malahan

aspirasi pendidikan negara turut menjadi kenyataan.

Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, saya menyokong penuh penganjuran SPPA

2018 dan berharap penganjurannya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi

memberi ruang dan peluang kepada guru untuk berkongsi ilmu dan kreativiti bagi

meningkatkan kualiti PdP di dalam bilik darjah.

Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pendidikan Bertaraf Dunia 9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!