You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
i
P.0 PROFIL FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI (FSR)

P.1 Sejarah Fakulti

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah ditubuhkan pada 1 November 1995. Semasa

dibawah naugan ITM, FSR dikenali sebagai Kajian Sains Sukan dan Rekreasi. FSR menjadi IPT

pertama di Malaysia yang menawarkan program Diploma dalam bidang Sains Sukan,

Pengurusan Sukan dan Pengurusan Rekreasi. Pada tahun 1999, ITM bertukar nama kepada

UiTM dan Kajian Sains Sukan dan Rekreasi telah di jenamakan kepada Fakulti Sains Sukan dan

Rekreasi (FSR). Di atas permintaan industri sukan negara terhadap graduan dari FSR yang

semakin meningkat setiap tahun, maka pertambahan bilangan pelajar perlu dilaksanakan. Sejajar

dengan itu FSR cawangan mula dibuka iaitu UiTM Cawangan Arau (Perlis), Samarahan

(Sarawak), Jengka (Pahang) dan Seremban 3 (Negeri Sembilan).

Rajah P.1: Penubuhan FSR UiTM

P.2 Program Pendidikan dan Perkhidmatan

FSR kini menawarkan sebanyak sembilan (9) program akademik yang meliputi program diploma,

sarjana muda, sarjana (Master) dan kedoktoran (PhD). Daripada jumlah ini, sebanyak lima (5)

program telah ditawarkan di Jabatan Sains Sukan dan empat (4) program ditawarkan di Jabatan

Pengurusan Sukan.

Rajah P.2: Program Akademik FSR

ii
Bagi meningkatkan tahap perkhidmatan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras

dengan kehendak UiTM, FSR telah memastikan semakan kurikulum, pemantauan pensyarah

(PROPENS), mesyuarat berkaitan akademik dan pengurusan, serta semakan pencapaian

objektif kualiti dijalankan secara berterusan. Proses semakan semula kurikulum ini mengambil

kira input daripada industri sukan di dalam dan luar negara, bagi memastikan kurikulum yang

lebih kontemporari dan relevan. Dalam usaha untuk melahirkan graduan bumiputera yang

dinamik dan berdaya saing serta memenuhi pasaran tempatan dan global, FSR mempelbagaikan

kaedah penyampaian pembelajaran kepada pelajar seperti di bawah:

Rajah P.3: Mekanisma Penyampaian Pembelajaran FSR

P.3 Visi dan Misi FSR

Rajah P.4: Visi dan Misi FSR

iii
FIGHT

SURVIVE

RULES

Rajah P.5: Budaya dan Amalan FSR

P.4 Profil Sumber Manusia FSR

Komitmen ke arah pembangunan pelajar berteraskan khidmat masyarakat dan kesukarelawan

menjadi pencetus motivasi tenaga pengajar dan staf sokongan. FSR mempunyai seramai 71

tenaga kerja yang terdiri daripada 48 staf akademik (29 pensyarah Jabatan Sains Sukan dan 19

pensyarah Jabatan Pengurusan Sukan) dan 28 staf bukan akademik.

Rajah P.6: Profil Sumber Manusia FSR

iv
Status Pelantikan

Kelayakan

Jawatan

Tetap Kontrak/ Jumlah Ph.D. M.Sc/Ed B.Sc/Ed Jumlah

Sementara

Profesor 3 - 3 2 1 - 3

Madya

Pensyarah 33 - 33 19 14 - 33

Kanan

Pensyarah 11 - 11 - 9 2 11

Penolong

Pensyarah

1 - 1 - 1 - 1

Jumlah 48 47 20 25 2 48

Jadual P.1: Kelayakan Pensyarah FSR

Kini FSR merupakan fakulti yang memiliki peratusan bilangan pemegang PhD tertinggi di UiTM

iaitu sebanyak 38.3% dan menghampiri sasaran yang telah di tetapkan oleh UiTM iaitu 40%. FSR

menitik beratkan peluang bagi pensyarah meningkatkan tahap keupayaan masing-masing

melalui pendidikan, latihan, bimbingan, sokongan dan perkongsian ilmu. Unit Pembangunan

Sumber Manusia telah menyediakan peluang latihan di dalam dan luar negara kepada semua

pensyarah. Perkongsian ilmu untuk membimbing rakan sekerja melalui latihan yang dihadiri amat

digalakkan.

Rajah P.7: Aktiviti Pembangunan Meningkatkan Kompetensi Pensyarah FSR

v
P.5 Kemudahan FSR

FSR menyediakan keperluan kepada pelanggan seperti fasiliti, teknologi dan kemudahan kerja

yang selamat dan sistematik melalui unit Occupational Safety and Health Administration (OSHA)

serta rondaan keselamatan di sekitar fakulti. Teknologi yang diaplikasikan pula meliputi rangkaian

tanpa wayar (WiFi), Rangkaian Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN).

Perkhidmatan gimnasium dan klinik kecederaan sukan juga disediakan bagi membantu para staf

dan pelajar menjaga tahap kesihatan fizikal yang optimum serta menjamin fungsi tubuh yang baik

pada setiap masa.

Rajah P.8: Gimnasium FSR

P.6 Keperluan Operasi dan Pengurusan FSR

Setiap peraturan dinyatakan secara bertulis melalu buku manual, pekeliling, e-mail dan papan

kenyataan. Selain dari itu, Manual Kualiti, Prosedur Pengurusan, Prosedur Operasi, peraturan

operasi utama yang sentiasa dijadikan panduan dan rujukan. Manakala Fail Kursus, Portfolio

Pengajaran dan Pembelajaran serta Fail Meja sebagai panduan dalam menjalankan tugasan

seharian.

Rajah P.9: Fail Pengurusan FSR

vi
P.7 Struktur Pengurusan FSR

Rajah P.10: Struktur Pengurusan FSR

vii
P.8 Pelanggan FSR

FSR sentiasa peka kepada kehendak pelanggan atau pihak berkepentingan dengan mengambil

kira jangkaan pelanggan keatas kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan melalui kajian

kehendak pelanggan. FSR menjadikan pelajar sebagai matlamat dan pelanggan utama bagi

menjayakan visi dan misi fakulti. Mekanisma yang digunakan bagi mendapatkan maklumat atau

aduan serta cadangan daripada pelanggan akan diteliti seperti berikut:

Rajah P.11: Kaedah Pengukuran Kepuasan Pelajar FSR

P.9 Rakan Kongsi FSR

Rakan kongsi turut memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran dan sokongan

seperti sumbangan kepakaran melalui perkongsian maklumat dan teknologi. Pihak industri pula

memberi sumbangan dengan menyediakan tempat latihan industri untuk pensyarah dan pelajar

di samping mewujudkan peluang kerjasama penyelidikan dan pembangunan usahawan.

Mekanisma perhubungan rakan kongsi FSR yang utama adalah komunikasi dengan pihak

pengurusan adalah seperti berikut:

Rajah P.12: Rakan Kongsi FSR

viii
Peranan utama yang dimainkan oleh pihak yang di senaraikan di atas merangkumi peruntukan

kewangan, perkhidmatan serta memastikan keperluan seperti prasarana pengajaran dan

pembelajaran, pembangunan pelajar dan sebagainya dapat dipenuhi.

Rajah P.13 Mekanisme Komunikasi FSR

P.10 Persekitaran Persaingan

FSR berhadapan dengan pesaing dalam industri daripada beberapa universiti awam dan swasta

yang menawarkan kursus akademik yang sama dari segi menarik minat pelajar untuk

menyambung pengajian di FSR.

Rajah P.14: Pesaing FSR

Sehubungan itu, FSR telah mengenalpasti dan menyenaraikan faktor utama penentu kejayaan

seperti pelan pengajian/kurikulum yang komprehensif, penggunaan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dan latihan industri. Ini mendokong aspirasi UiTM sebagai institusi yang

memperjuangkan survival bangsa dan staf yang dedikasi serta komited.

ix
P.11 Perubahan Yang Mempengaruhi Kelebihan Fakulti

Sehingga kini, kesedaran terhadap pembinaan modal insan dan penyediaan infrastruktur sangat

diutamakan. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sentiasa melakukan penstrukturan

semula tadbir urus dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terutamanya berkaitan

dengan objektif, misi dan strategi dalam konteks pembangunan negara. Penambahbaikan ini

dibantu oleh cabaran semasa yang dihadapi. Diantara cabaran yang dihadapi adalah

termasuklah pendidikan dan pembelajaran, pembelian, peruntukan, pengambilan tenaga

pengajar dan staf sokongan. Selain itu, cabaran berkaitan komuniti berkaitan kekurangan

kemudahan asas dan persepsi masyarakat setempat juga menjadi perhatian.

P.12 Data Perbandingan

FSR sentiasa peka dengan informasi semasa terutama perkara berhubung pencapaian yang

diperolehI. Dalam konteks mendapatkan data perbandingan dari luar kalangan komuniti

akademik, wujud kekangan seperti faktor kerahsiaan data tersebut daripada pesaing dan juga

implikasi dasar-dasar kerajaan, terutama yang melibatkan maklumat mengenai dasar-dasar

kewangan. Di antara sumber-sumber utama data perbandingan dan persaingan adalah seperti

berikut:

Rajah P.15: Sumber Utama Data Perbandingan FSR

P.13 Cabaran Strategik dan Kelebihan FSR

Cabaran Strategik:

13.1 Cabaran mendapatkan pelajar cemerlang

Cabaran pertama ialah untuk mendapatkan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian

akademik yang tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, di atas sebab

persaingan dengan IPTA lain.

13.2 Kemampuan pembangunan persekitaran yang lebih kondusif

Ini sukar di laksanakan memandangkan peruntukan kewangan adalah amat terhad.

13.3 Graduan dengan nilai kemahiran (softskill) yang tinggi

Untuk melahirkan graduan berkualiti, berkebolehan dan kreatif dengan ilmu perhubungan

kemanusian yang tinggi sesuai dengan kehendak industri.

x
13.4 Staf akademik dan bukan akademik yang efisien dan profesional

Menerima dan mengekalkan staf akademik dan bukan akademik yang berwibawa. Di

dalam menghadapi cabaran ini, FSR bukan sahaja perlu bersedia menerima perubahan

kepimpinan, malah perancangan serta pengurusan fakulti dilihat banyak bergantung

kepada corak pimpinan UiTM

Kelebihan FSR:

13.5 Sokongan moral dari semua pihak berkepentingan

Mendapat sokongan moral dari UiTM serta sokongan industri dan komuniti sekitarnya.

Mendapat komitmen yang tinggi dan bersungguh dari pengurusan tenaga akademik dan

staf sokongan dalam melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.

13.6 Staf yang berdaya saing

Penglibatan staf di dalam aktiviti inovasi dan kreativiti dengan penghasilan produk yang

dapat dimenangi dalam pertandinagn inovasi seperti IID, dan eCondev. Selain itu, untuk

mendapatkan penglibatan staf secara aktif

13.7 Menawarkan kursus yang relevan memenuhi kehendak pasaran

Sentiasa terkehadapan dalam menjalankan kajian tentang kehendak industri dan juga

menilai semula silibus pengajaran untuk menjadi lebih relevan kepada kehendak pasaran,

serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam P&P.

13.8 Gerakan budaya kualiti yang dinamik

Aktiviti seperti 5S, KIK, dan proses audit menjadi budaya warga FSR ke arah

penambahabaikan berterusan, dan aktiviti kualiti sentiasa mendapat sokongan dari pihak

kepimpinan kanan FSR.

Rajah P.16: Cabaran Strategik dan Kelebihan Utama FSR

xi
P.14 Sistem Penambahbaikan Prestasi

Selaras dengan objektif UiTM, aspek-aspek penambahbaikan prestasi sentiasa menjadi

keutamaan pihak pengurusan di dalam usaha mengukuhkan operasi. Elemen-elemen utama

dalam sistem penambahbaikan prestasi dapat dilihat melalui pendekatan seperti berikut:

Rajah P.17: Pendekatan Penambahbaikan Prestasi FSR

xii
1.0 KEPIMPINAN

K.1 Pendekatan atau Kaedah

Bagai aur dengan tebing begitulah eratnya kepimpinan fakulti di mana kerjasama yang utuh dan

hubungan yang akrab sentiasa menjadi prinsip pegangan kepimpinan. Manakala sikap berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadi tangkal azimat barisan kepimpinan. Dengan dua

bidalan tadi menjelaskan kerangka kepimpinan semula jadi dan kepimpinan teragih menjadi

tonggak pengurusan fakulti dimana yang tua dihormati dan yang muda disantuni. FSR

merupakan antara fakulti yang kecil di dalam sistem UiTM iaitu hanya mempunyai 48 warga kerja

akademik dan 28 warga kerja pentadbiran. Dengan sumber-sumber pengurusan yang terhad

maka tadbir urus yang efektif dan efisien sangat membantu dalam mentadbir, mengurus dan

mengendali fakulti. Justeru kesepaduan dan kesepakatan yang tinggi diperlukan bagi mencapai

bidang tumpuan iaitu jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan.

Impian FSR adalah menjadi wadah untuk melatih dan membangun pakar dan juara dalam bidang

sains dan pengurusan sukan disamping melahirkan ahli sukan berprestasi tinggi yang berfikir

(high performance thinking athletes) dari kalangan anak bangsa. Dari sudut strategiknya FSR

mendukung aspirasi misi, visi dan objektif UiTM amnya dan fakulti khasnya. Dengan konsep

kepimpinan teragih di mana kepimpinan dibahagikan dalam suatu jaringan interaktif antara

pemimpin dengan semua warga yang akan menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban

sesama rakan setugas untuk mengalas tanggungjawab (accountability). Bagi melaksanakan

bidang tumpuan, FSR telah mengambil satu pendekatan dengan membentuk jawatankuasa

ICAEN yang terdiri dari TD (ICAEN), Koordinator Alumni, Koordinator Prisma dan Penyelidikan,

Koordinator Jaringan Industri, Koordinator Keusahawanan dan Penyelaras Office of International

Affair.

Rajah K.1: Carta Organisasi Jawatankuasa Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan

Keusahawanan (ICAEN)

1
K.2 Perancangan Sistematik, Perlaksanaan, Inovasi dan Pengurusan Risiko

2.1 Perancangan Sistematik

Rajah K.2: Perancangan Sistematik FSR

Perancangan sistematik ini dapat dilihat dengan jelas dari kitaran perancangan, perlaksanan,

semakan dan tindakan (PDCA) melalui tadbir urus utama iaitu melalui platform mesyuarat,

perbincangan, percambahan fikiran, cadangan, pandangan, kritikan membina dan lain-lain

melalui kaedah bersemuka ataupun maya antaranya seperti berikut:

2.1.1 Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE)

Mesyuarat Pegurusan Eksekutif Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi atau singkatannya

MPE adalah di peringkat lapisan pertama tadbir urus. MPE ini dianggotai seramai lima

(5) ahli terdiri daripada Dekan (Pengerusi). Timbalan Dekan HEA (Ahli), Timbalan Dekan

HEP (Ahli), Timbalan Dekan ICAEN (Ahli) dan Timbalan Pendaftar (Setiausaha). MPE

adalah kuasa tertinggi peringkat fakulti untuk membuat keputusan bagi fungsi-fungsi

Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan, Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal

Pelajar dan Hal Ehwal Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni. MPE dijadualkan

bersidang sebulan sekali.

2.1.2 Panel Pembangunan Sumber Manusia

Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) yang dianggotai oleh ahli MPE bertindak

sebagai pembuat keputusan dalam hal ehwal staf yang berkaitan perancangan latihan,

sasaran tugas, penilaian prestasi staf, penganugerahan, kebajikan peningkatan kerjaya

staf dan hal-hal yang berkaitan staf termasuklah yang menjurus kepada jaringan alumni,

komuniti dan kesukarelawan.

2.1.3 Mesyuarat Pengurusan Kanan

Mesyuarat Pengurusan Kanan (MPK) merupakan mesyuarat lapisan pertama yang

dianggotai oleh ahli-ahli MPE, Ketua Pusat Pengajian yang bertujuan untuk mendapatkan

cadangan dan maklumbalas dari semua Ketua Bahagian dan Unit berkenaan bidang

jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan (delegation). Dekan selaku Pengerusi

akan memberi ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk memberi cadangan dan

maklumbalas penambaikan pengurusan.

2
2.1.4 Mesyuarat Tabung Amanah Pelajar (TAPA)

Mesyuarat ini adalah membincangkan dan membuat keputusan bagi semua hal

kewangan (integrity) untuk aktiviti pelajar yang diantaranya tertumpu kepada bidang

jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan.

2.1.5 Mesyuarat Kelab Kakitangan

Fakulti telah meluluskan penubuhan Kelab Kakitangan FSR yang bertujuan untuk

menjalankan aktiviti kebajikan termasuk kesukarelawan dan khidmat komuniti, sukan,

sosial dan lain-lain yang memberi manfaat kepada semua warga kerja FSR.

2.2 Pelaksanaan

Kepimpinan FSR sangat menggalakan aktiviti CSR. Bermula dengan gotong royong

membersih kubur, pemeriksaan kesihatan, berekreasi dan mendidik orang kurang upaya

(OKU), latihan CPR, kempen derma darah dan juga renang untuk masyarakat. Dalam

usaha penjimatan kos, pendekatan CSR digunakan untuk menceriakan ruang-ruang

pejabat seperti mengecat semula

bilik-bilik mesyuarat dan

membersih persekitaran. CSR

membentuk insan prihatin

dengan penuh keikhlasan.

Pelaksanaan program dalam

bidang jaringan, alumni dan

komuniti ini adalah menjadi

satu tradisi setiap tahun bagi

memastikan tanggungjawab

sosial kepada masyarakat tidak

dilupakan.

Rajah K.3: Kempen Derma Darah FSR

3
Rajah K.4: Program Mengecat Sekolah SK Puncak Perdana

2.3 Inovasi

Mesyuarat Pagi

Oleh kerana MPE bersidang sebulan sekali maka kepimpinan fakulti merasakan perlu ada

satu platform yang lebih

santai dan mesra serta

cepat untuk membuat

keputusan berkaitan

jaringan alumni, komuniti

dan kesukarelawan.

Sehubungan dengan itu,

Mesyuarat Pagi yang

dikenali sebagai Morning

Coffee Meeting diadakan.

Keahlian Mesyuarat Pagi

terdiri dari ahli MPE juga

dengan kekerapan

dirancang tiga bulan sekali

bersama alumni FSR.

Rajah K.5: ‘Morning Coffee Meeting’ FSR

4
2.4 Pengurusan Risiko

Rajah K.6: Kaedah Pengurusan Risiko FSR

Aktiviti sukan dan rekreasi terdedah dengan pelbagai

risiko. Sebagai contoh aktiviti rekreasi luar perkhemahan

memerlukan perhatian dan peraturan untuk

mengelakkan perkara tidak diingini berlaku (risk

management). Aktiviti ini juga menjemput para alumni

untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu

dalam bidang tersebut. Standard Operating Procedure

(SOP) telah digubal

bagi aktiviti rekreasi

luar dengan bantuan

kepakaran warga

akademik FSR dan

juga alumni.

Rajah K.7: AktivitI berisiko FSR

5
K.3 Pelan Pemantauan Kepimpinan

3.1 Kepimpinan Melalui Latihan

Majoriti usia warga akademik FSR sekitar tiga hingga lima puluhan. Oleh itu FSR sentiasa

memberi peluang latihan kepada warganya untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin melalui

menghadiri seminar/konferen, program peningkatan kompetensi dan kepakaran di dalam atau

luar Negara. Warga FSR juga digalakkan

untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dengan

menyampaikan ilmu kepada komuniti

setempat dalam bidang sains, pengurusan

FSR

Rajah K.8: Latihan dalaman dan luar FSR

sukan dan rekreasi. Sebahagian pensyarah juga

dilantik sebagai pentadbir akademik secara

dalaman untuk memberi peluang mengutip pengalaman dalam kepimpinan. Dengan pelbagai

platform mesyuarat dan aktiviti di atas menjelaskan bahawa kepimpinan FSR memberikan

peluang yang seluas mungkin kepada warganya untuk turut serta dalam pengurusan fakulti dan

pada masa yang sama mengetuai dan memberi sumbangan kepakaran mereka untuk aktiviti luar

secara sukarela bersama komuniti di serata tempat.

3.2 Pendekatan Kepimpinan Pelbagai Hala

Bagi memastikan visi, misi dan okjektif FSR

dicapai bukan sahaja melalui tadbir urus yang

baik, efektif dan efisien malah pendekatan

‘engagement’ yang pelbagai hala yang

digunakan oleh kepimpinan. Biasa kita dengar

pendekatan pengurusan atas ke bawah (downward),

pengurusan cara ini dilihat efisien tetapi ada

kekurangannya kerana ianya bercorak arahan dan

dilihat ia tidak mesra warga. Sebaliknya pendekatan

pengurusan bawah ke atas (upward), walaupun dilihat

terbuka tetapi memberi kesan ‘kebebasan’ melampau

dan sukar dikawal.

Rajah K.9: Sesi perbincangan dalaman FSR

6
Oleh itu kepimpinan FSR menggunakan pendekatan pengurusan pelbagai hala atas ke bawah,

bawah ke atas dan malahan pendekatan kanan-kiri-kanan (horizontal dan vertical) digunakan

bagi mengimbangi aliran cadangan-keputusan. Dengan adanya mesyuarat pelbagai peringkat

menunjukkan bahawa aliran cadangan-keputusan dibuat melalui beberapa tapisan dan

perbincangan dan akhirnya akan menjadi keputusan. Cadangan individu senior dan junior juga

akan diberi pertimbangan selari dengan kerangka kepimpinan semula jadi dan kepimpinan

teragih menjadi tonggak pengurusan fakulti di mana yang tua dihormati dan yang muda disantuni.

Kepimpinan FSR telah memberi peluang seluas mungkin bagi semua warga untuk berpatisipasi

dalam aktiviti komuniti dan juga sukarelawan sebagai tambahan nilai-nilai murni dalam

membentuk warga FSR yang lebih bersifat prihatin, kemanusiaan, saling menghormati dalam

membentuk warga kerja yang mantap dan berjiwa besar. Setiap warga kerja FSR adalah aset

yang sangat tinggi nilainya kerana setiap dari mereka mempunyai kelebihan, kepakaran dan

kompetensi yang tersendiri (inclusivity).

3.3 Komunikasi

Dengan adanya teknologi terkini seperti sosial media telah mempercepatkan komunikasi dengan

berkesan. Komunikasi berbentuk rasmi dan tidak rasmi dengan kaedah teknologi sedia ada

seperti email, telefon (whatsapp), facebook (FB) dan surat menyurat telah membantu

berkomunikasi di kalangan warga FSR khususnya dan luar am nya antaranya almuni dan pihak

komuniti yang ingin menjalankan aktiviti dan kerjasama bersama FSR.

FACEBOOK

WHATSAPP

LAMAN SESAWANG

Rajah K.10: Komunikasi FSR

7
3.4 Jaminan Kualiti

Audit Dalam merupakan teras jaminan manakala Audit Luar (InQKA) bertindak sebagai pengawal

kualiti FSR (empowerment). Ia juga merupakan salah satu mekanisma pemantauan bagi

perancangan dan pelaksanaan program jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan.

Pengukuhan institusi kualiti dalaman FSR telah diberi nafas baru dengan tujuan untuk

memperkasa pengurusan kualiti. Carta alir operasi dalam program melibatkan alumni, komuniti

dan sukarelawan dipantau antaranya mesyuarat tabung amanah dan pengurusan, aktiviti

pelajar dan kebajikan pelajar.

Rajah K.11: Carta Alir program FSR

K.4 Kepimpinan Kanan dalam Mencapai Objektif dan Strategik

4.1 Perancangan Strategik Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi 2016 – 2020

FSR telah mengambil model Hala Tuju Strategik UiTM RMK-11 sebagai panduan dalam

menyediakan perancangan strategik. Model ini menjadi inspirasi FSR untuk mencapai objektif.

Justeru, kepimpinan FSR memberi

penekanan kepada semua eleman nilai

seperti keserakanan, komitmen,

kreativiti, perubahan dan etika

sebagai asas untuk memperkasakan

warganya. Pengurusan FSR juga

memberi penekanan kepada kualiti

sistem sokongan yang terdiri dari

kumpulan staf sokongan dengan

memastikan mereka sentiasa

bersiap-siaga setiap masa. Mereka

juga berpeluang untuk

menyampaikan idea dan cadangan

dalam membantu membuat

keputusan pengurusan kerana

mereka juga telah dilatih dan diberi

pendedahan dalam bidang jaringan alumni, komuniti dan sukarelawan.

Rajah K.12: UiTM Strategic Direction

8
2.0 PERANCANGAN STRATEGIK

2.1 Objektif dan Inisiatif Strategik

Perancangan strategik FSR (2016-2020) adalah untuk membentuk tenaga manusia (sumber)

yang profesional dalam bidang Sains dan Pengurusan Sukan. Matlamat utama adalah untuk

melahirkan graduan dinamik yang berdaya saing, berketerampilan dan beretika serta mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dan mantap selari dengan objektif dan

inisiatif perancangan strategik dalam jaringan alumini, komuniti dan kesukarelawanan.

Rajah PS.1: Objektif Strategik

Rajah PS.2: Inisiatif Strategik

9
2.2 Objektif dan Inisiatif Strategik Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 UiTM

(2016-2020)

Bagi memastikan sasaran UiTM untuk menjadi sebuah universiti tersohor, objektif dan inisiatif

strategik FSR adalah sejajar dengan rancangan Malaysia Ke-11 UiTM (2016 – 2020) iaitu

berfokuskan kepada teras pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, Inovasi dan

pengkomersialan, akademia, industri dan masyarakat kepimpinan dan keusahawanan.

Rajah PS.3: Hubungkait objektif dan inisiatif dengan RMK11

Inisiatif Rakan Strategik Employability dan ‘Coffee Table Boo, pencapaian para pelajar yang

bergraduasi mampu terus berkembang dan mencapai prestasi yang baik. Selain itu, graduan

yang dihasilkan juga dilihat lebih dinamik, kompeten, berdaya saing, berketerampilan dan

beretika serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dan mantap

dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan. Pencapaian ini dinilai berdasarkan

Kebolehpasaran Graduasi sejurus menamatkan pengajian di FSR yang memenuhi situasi

semasa.

Pada awalnya penglibatan pensyarah hanya di peringkat fakulti dan kini penglibatan di peringkat

Kebangsaan. Sebagai contoh terdapat beberapa pensyarah telah dilantik untuk membantu

meningkatkan sukan di Malaysia seperti En. Norasruddin Sulaiman dilantik sebagai penganalisa

prestasi bagi program kecemerlangan ragbi, Dr. Rahizam bin Abdul Rahim dilantik sebagai

Pegawai teknikal Sukan Sea untuk Pasukan Tenis Malaysia. Perlantikan seperti ini menunjukkan

FSR berada di kelas tersendiri dalam meningkatkan prestasi sukan di Malaysia (petunjuk

prestasi).

Objektif Pemetaan Pensyarah dan Pelajar FSR di peringkat di bidang Sains Sukan dan

Pengurusan Sukan ini telah tercapai dengan penglibatan pelajar-pelajar FSR di peringkat

antarabangsa. Pelajar dilihat lebih berpotensi, berdaya saing dan berdikari. Ini juga menunjukkan

keupayaan pelajar memetakan fakulti di peringkat Antrabangsa.

10
2.3 Pelan Pemantauan

Pengurusan kanan FSR menitikberatkan aspek pemantauan dan penilaian terhadap objektif yang

ditetapkan. Tujuan utama pemantauan dan penilaian ini adalah untuk memastikan pencapaian

sasaran yang ditetapkan dalam tempoh 5 tahun. Berikut adalah pelan pemantauan yang dibuat

bagi jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawanan.

Rajah PS.4: Pelan Pemantauan

2.4 Perancangan Penambahbaikkan

Pengurusan kanan FSR juga menitikberatkan aspek penambahbaikkan program jaringan

alumni, komuniti dan kesukarelawanan. Kaedah yang diguna pakai dalam menilai prestasi

aktiviti program yang dijalankan adalah melalui maklum balas keberkesanan program. Ianya

dijadikan sebagai petunjuk prestasi program yang dijalankan.

Rajah PS.5: Maklumbalas Keberkesanan Program

11
2.5 Risiko Menjejaskan Perlaksanaan Objektif dan Inisiatif

Dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan, pihak FSR berhadapan dengan beberapa risiko

yang boleh merencatkan pencapaian yang disasarkan. Terdapat risiko utama yang dikenalpasti

iaitu:

Kekangan peruntukan kewangan bagi membantu program

jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan yang dijalankan

oleh pelajar.

Kelengkapan Infrastuktur yang tidak mencukupi untuk

menampung keperluan pelajar untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran serta memerlukan penyelenggaraan yang kerap

secara tidak langsung ianya meningkatkan kos pengurusan.

Kekurangan sumber manusia yang memberi kesan kepada

ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja dan pusingan ganti

pekerja terhadap fakulti

Rajah PS.6: Risiko Utama

2.6 Perancangan Mengatasi Risiko

2.6.1 Terdapat beberapa Inisiatif yang digunakan oleh pihak Pengurusan Kanan FSR untuk

mengatasi risiko KEWANGAN adalah seperti berikut:

Rajah PS.7: Inisiatif Risiko (Kewangan)

12
2.6.2 Inisiatif yang digunakan oleh pihak Pengurusan Kanan FSR untuk mengatasi risiko

KEKANGAN INFRASTUKTUR adalah seperti berikut:

Rajah PS.8: Inisiatif Risiko (Infrastuktur)

2.6.3 Inisiatif yang digunakan oleh pihak Pengurusan Kanan untuk mengatasi risiko

Kekangan SUMBER MANUSIA adalah seperti berikut:

Rajah PS.9: Inisiatif Risiko (Sumber Manusia)

13
2.7 Inovasi

Inovasi yang terhasil dari pelaksanaan perancangan strategik, satu pelan pembangunan pusat

rekreasi telah dirangka iaitu UiTM Sentuary Park. Pembangunan pusat rekreasi ini dilihat dapat

menyokong jaringan alumni, komuniti dan sukarelawan serta memberi peluang kepada

pensyarah dan pelajar meningkatkan kemahiran dalam bidang rekreasi dengan lebih mampan.

Rajah PS.10: UiTM Sentuary Park

14
3.0 TUMPUAN KEPADA PELANGGAN

Strategi FSR terhadap elemen tumpuan jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan adalah

memberi perhatian untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan perhubungan

yang lebih efisien dan efektif. Sistem penyampaian perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada

penambahbaikan amalan dan sistem budaya kerja yang sistematik dan berkesan malahan

memberi perhatian terhadap aspek meningkatkan jalinan hubungan dua hala antara FSR dengan

alumni dan komuniti serta mempertingkatkan kerja-kerja kesukarelawan yang lebih menyeluruh

dan holistik.

Rajah TKP.1: Pelanggan FSR

15
3.1 Kumpulan Sasaran

FSR menumpukan sasaran kepada dua entiti iaitu alumni dan komuniti yang merangkumi

elemen-elemen kesukarelawan. Sebagai

sebuah pusat pengajian yang telah beroperasi

selama 22 tahun di UiTM, fakulti ini telah berjaya

melahirkan lebih dari 10,000 orang graduan

yang secara langsungnya bergelar alumni FSR.

Pada tahun 2013, Persatuan alumni Fakulti

Sains Sukan dan Rekreasi (PAFSR) telah

ditubuhkan sebagai sebuah persatuan berdaftar

dengan Pendaftar Pertubuhan yang matlamat

awalnya menjalankan gerakan bagi

menghimpunkan ke semua alumni FSR

di seluruh negara. Dengan kewujudan

PAFSR pihak fakulti telah berjaya

menjalinkan hubungan yang lebih akrab

dan efektif dalam merancang serta

menjalankan program bersama alumni.

Ketika ini kebanyakkan alumni FSR

berkhidmat di sektor-sektor awam,

swasta dan juga menjadi usahawan yang

berjaya.

Rajah TKP.2: Aktivti PAFSR

Selain dari kumpulan alumni, FSR juga bekerja rapat bersama pihak komuniti setempat yang

antaranya menjadi rakan strategik kepada fakulti. Pihak komuniti yang terlibat antaranya adalah

agensi kerajaan, sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan masyarakat setempat

serta antarabangsa. Antara agensi dan badan yang terlibat adalah seperti berikut:

3.1.1 Bomba Malaysia Airport Berhad

3.1.2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata

16
3.1.3 Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana

3.1.4 Maktab Polis Diraja Malaysia

3.1.5 Rumah Bakti Dato Harun

3.1.6 Persatuan Orang Kerdil Malaysia

3.1.7 Persatuan Ragbi Malaysia

3.1.8 Persatuan Tenis Malaysia

3.1.9 Tree Climbers Malaysia

3.1.10 Pusat Jagaan Zaqut Taqwa

Rajah TKP.3: Komuniti yang terlibat dengan FSR

Hubungan bersama kumpulan komuniti yang dinyatakan di atas merangkumi pelbagai bentuk

usahasama termasuklah memorandum persefahaman, program-program komuniti bersama

pelajar dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan

fakulti dan pelajar. Kumpulan komuniti yang terlibat dikenalpasti berdasarkan permohonan dari

pihak komuniti sendiri mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Sebagai contoh Malaysia

Airport Berhad adalah antara rakan komuniti dan strategik FSR. Program seperti Training of

Trainer, kajian perkhidmatan dan persaraan dan Fat to Fit telah dijalankan oleh pihak FSR. Satu

lagi contoh adalah Program Kem Sukan Sri Permata. yang dijalankan selepas mendapat

permohonan dari pihak sekolah sendiri yang kemudiannya diselaraskan mengikut kesesuaian

kursus yang terdapat di dalam struktur program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi. Selain

dari itu terdapat berbagai program lain yang dianjurkan oleh organisasi komuniti setempat yang

mana FSR memberi dan menyediakan perkhidmatan termasuklah kerja-kerja kesukarelawaan

seperti yang dinyatakan di lampiran.

3.2 Pengumpulan Data

Alumni FSR adalah terdiri dari bekas-bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian di fakulti

ini dan mereka dikenalpasti melalui pengkalan data

umum UiTM yang diuruskan oleh Bahagian Rekod

Pelajar dan Konvokesyen. Dalam waktu yang sama,

pihak fakulti juga telah mewujudkan pengkalan data

khas alumni yang digunakan untuk menyimpan

maklumat terkini alumni yang tujuan utamanya

adalah untuk memudahkan perhubungan dua hala di

antara fakulti dan alumni. Pengumpulan maklumat

alumni ini dijalankan melalui proses kajian

pengesanan alumni yang dijalankan oleh pihak

fakulti secara atas talian selepas 6 bulan alumni

bergraduat dari UiTM. Maklumat-maklumat alumni

yang dikumpulkan kemudiannya dianalisa dan

direkodkan untuk kegunaan aktiviti jaringan alumni.

Rajah TKP.4: Mekanisma Pengumpulan Data FSR

17
3.3 Kebaikan Hasil Perlaksanaan Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan

Langkah fakulti dalam mempertingkatkan aktiviti dan hubungan jaringan alumni ini dapat

memberi pelbagai kelebihan kepada kedua-dua pihak yang terlibat terutamanya dari segi

hubungan kerjasama di mana para alumni kembali dan menyumbang kepada fakulti dengan

menjadi penceramah motivasi kepada para pelajar, menjadi panel jemputan dalam program

Sembang-Sembang Kopi ’O serta menjadi panel dalam program Enterpreneurship Carnival.

Program-program motivasi yang melibatkan alumni ini dapat menjadi inspirasi kepada para

pelajar disamping memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari selok belok perniagaan dan

keusahawanan. Dalam masa yang sama, penganjuran program seperti Invitation Golf Alumni,

Executive Marksman Day FSR bersama alumni, media dan Persatuan Menembak Malaysia

dapat mempertingkatkan ’visibility’ fakulti secara terus kepada pihak industri yang diwakili oleh

para alumni. Program seperti ini menyediakan ruang kepada fakulti untuk menyampaikan hala

tuju dan matlamat terkini fakulti kepada pihak alumni.

Rajah TKP.5: Hasil Pelaksanaan Bidang

Rajah TKP.6: Program Bersama alumni

18
Dalam masa yang sama, pihak alumni juga memperoleh kelebihan dan manfaat dari kerjasama

yang terjalin. Seperti yang dinyatakan di awal, majoriti alumni adalah pemain industri di dalam

bidang sukan dan rekreasi. Mereka merupakan pegawai dari organisasi seperti Kementerian

Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Sukan Negara, Persatuan dan Kelab

Sukan Kebangsaan dan Negeri, syarikat-syarikat swasta termasuk juga usahawan-usahawan

sukan dan lain-lain. Sebagai pegawai ataupun wakil dari organisasi dan entiti penting di dalam

industri sukan negara, hubungan jaringan alumni memberi kelebihan kepada para alumni untuk

mendapat tenaga kerja mahir bagi mengisi jawatan-jawatan penting di organisasi mereka.

Sehingga ke hari ini telah ramai graduan FSR dipilih menjadi pegawai dan pekerja mahir di

organisasi yang diwakili alumni. Ini termasuk pelajar-pelajar dari FSR yang dipersediakan untuk

menjadi pelatih latihan industri di organisasi-organisasi terlibat dan hampir setiap semester

pelajar FSR akan dipilih unutk menjalani latihan di organisasi diwakili alumni. Satu lagi kelebihan

yang diperoleh oleh almuni dari hubungan jaringan alumni ini adalah dari segi penganjuran

program-program yang dijalankan oleh organisasi alumni. Ini termasuk penglibatan pelajar FSR

sebagai sukarelawan dalam program Opportunity Not Sympathy untuk masyarakat OKU dan juga

program rekreasi peringkat antarabangsa Tree Climbers Championship

Rajah TKP.7: Program ‘Opportunity Not Sympathy

19
En. Ahmad Muzakkir Hamid

Pengarah Urusan UK Ice

Blendz

En. Shawn Saadun

Total Adventure & Training

Consultant

En. Mazhan Mujail

Ketua Penolong Pengarah

KBS

En. Hafizal Hamad

Pengacara ASTRO

En. Kevin Andrew

Pengarah Urusan Revoul

Camp

Dr. Hasbullah Ismail

Perunding Rehabilitasi

Rajah TKP.8: Alumni FSR yang berjaya

20
3.4 Penentuan Keperluan Kumpulan Sasar oleh Pengurusan

Pihak pengurusan fakulti juga menjalankan

proses penilaian sebelum program yang

dimohon dan dirancang diluluskan melalui

Mesyuarat Pengurusan Fakulti dan Mesyuarat

Tabung Amanah Pelajar. Setelah program yang

dirancang diluluskan oleh pihak fakulti,

pelaksanaan program digerakkan oleh

pensyarah dan para pelajar seperti yang telah

dirancangkan. Kajian kepuasan pelanggan pula

dijalankan selepas berakhirnya program yang

kemudiannya dianalisa bagi mendapatkan

maklumat tahap kepuasan dan profil pelanggan.

Rajah TKP.9: Mekanisma penentuan

Kumpulan Sasar

Penglibatan tenaga kerja FSR secara menyeluruh serta komitmen kepimpinan pengurusan

atasan telah mewujudkan hubungan yang baik dan membawa faedah dalam meningkatkan

prestasi kedua-dua pihak fakulti dan komuniti. Penambahbaikan secara berterusan dan usahausaha

penambahbaikan secara berterusan menjadi objektif utama FSR dalam merealisasi hasrat

yang ditetapkan oleh Universiti Teknologi MARA. Oleh itu, FSR mengambil aspirasi

penambahbaikan yang berterusan dan mempastikan bahawa :

3.5 Penglibatan Kumpulan Sasar oleh Pengurusan

Penglibatan Kumpulan Sasar: Program Jaringan Alumni, Komuniti Dan Kesukarelawan

Bil Jaringan Alumni Pegawai Tempat Tarikh Lampiran

1. Kesedaran Kesihatan Dr.

Meru Klang 14 Okt L1

Dan Penyakit Kronik Hashbullah

2017

2. Invitation Golf Alumni

FSR

3. Executive Marksman

Day FSR Bersama

Media dengan

Persatuan Menembak

MSIA

4. Enterpreneurship and

Sports Carnival 3.0

Ismail

Dr. Hasnul

Faizal Hushim

Amri

Dr. Hasnul

Faizal Hushim

Amri

Datin Dr.

Sarimah

Ismail

Amverton Cove

Golf & Island,

Pulau Carey

Padang Sasar

Kelab Menembak

Subang

Padang Kawad

13 Mei

2017

14 Mei

2017

9-10 Mei

2017

Laporan

Laporan

L2

21
Jadual TKP.1: Kumpulan Sasar (Program Alumni)

Bil. Komuniti Pegawai Tempat Tarikh Peringkat L

1. Pengarah PM Dr. Ahmad

11 Ogos

L3

Teknikal

Kesatuan Ragbi

Malaysia Sessi

2016/2019

Naim Ismail

2017 Negara

2. Penceramah

Kursus

Kecergasan

Lanjutan

(Advance) Bomba

Malaysia Airport

Holding Berhad

Anjuran Fakulti

Sains Sukan dan

Rekreasi

3. Fiesta 3e Puncak

Perdana

Dr. Hasbullah

Ismail

Dr. Hasnul

Faizal Hushim

Amri

Hisyam Che

4. Power2inspire-

Friendly Match Mat

5. Sport For Disable Hisyam Che

Population Mat

‘Confidence In

Water With

Rossar, The

Power To Inspire

6. Penceramah Hisyam Che

Program Seminar Mat

Professional

Development

Safety and

Leadership Skill

Di UiTM Puncak

Alam

7. Disapora

Khairulzaman

(International) Hamin

Melayu

8. Jemputan Dr.

Mesyuarat Majlis Mahenderan

Juruanalisis Appukutty

Makanan

Malaysia Bil

2/2017

9. Wonder Glow Mohammad Ali

Kimik

10. Lash D.

Mohammad Ali

Sijangkang Kimik

Gymnasium

Fakulti Sains

Sukan dan

Rekreasi UiTM

Shah Alam

Sekolah Keb

Puncak Perdana

Kompleks

Kecemerlangan

Kolam Renang

UiTM

DK 200,

UiTM Puncak

Alam

Nakhon Si

Thammarat,

Thai

Bilik Mesyuarat

Staffron,

Bahagian

Keselamatan

dan Kualiti

Makanan

Pusat Sukan

UiTM

Paya Bakau Kg

Sijangkang

11-14

September

2017

18 Nov

2017

Agensi

Luar

Agensi

UiTM

L4

L1

20 Mei Agensi L1

2017 Luar

6 Dis 2017 UiTM L1

16 Dis 2017 Agensi

Luar

28Julai -1

Ogos 2017

Antara

bangsa

8 Sept 2017 Negara

24 Mei UiTM

2017

17 Dis 2017 Komuniti

setempat

L5

L1

L6

L1

L1

22
11. Pegawai Teknikal

Sempena Sukan

Sea Ke-29, Kuala

Lumpur 2017

12. UiTM Valor

Obstacle

Challenge

13. Pengurus 12 th

Goldis Malaysia

Chess Challenge

2017 Kuala

Lumpur

14. Pakar Rujuk

Kejohanan Silat

Tempur Peringkat

Kebangsaan

15. Pengarah

Program

Kejohanan Silat

Piala Aminuddin

Anuar Peringkat

Kebangsaan

2017

Mohamad Ali

Kimik

Hajar Asmidar

Samat

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

16. Mini Ironman Mohd Sadek

Mustaffa

17. Penulis Kolum Mohd Sadek

Harian Metro Mustaffa

18. Kid Sport Dr. Mohamad

Carnival (National Rahizam

Sport)

Abdul Rahim

19. Pegawai Teknikal

Sempena Sukan

Sea Ke-29, Kuala

Lumpur 2017

20. Pengarah

Kejohanan

Tennis Malaysia

Junior Tour 2017

Leg 5 Pahang

21. Setiausaha

Kehormat

Persatuan Tenis

Malaysia (LTAM)

22. Kempen Derma

Darah

Dr. Mohamad

Rahizam

Abdul Rahim

Dr. Mohamad

Rahizam

Abdul Rahim

Dr. Mohamad

Rahizam

Abdul Rahim

Dr. Mohd

Haidir Mohd

Yusof

The Mines

Resort and Golf

Club

UiTM Shah

Alam

Hotel Mid Valley

Kuala Lumpur

Dewan Seksyen

7, Bandar Baru

Bangi, Selangor

Dewan Seksyen

7, Bandar Baru

Bangi, Selangor

Maktab PDRM

K.L

Harian Metro

Pusat Sukan

UiTM

Pusat Tennis

Jalan Duta,

Kuala Lumpur

Kompleks Tenis

MPK Taman

Gelora,

Kuantan,

Pahang

Bilik Kualiti Aras

1 Fakulti Sains

Sukan Rekreasi

Uitm Shah Alam

20-27 Ogos

2017 Antara

bangsa

L7

16 Dis 2017 UiTM L1

28 0gos – 3

September

2017

Negara

25-26 Ogos

2017 Negara

26 Ogos

2017 Negara

L8

L9

L10

23 Okt 2017 Agensi L1

Luar

23 Nov Komuniti L11

2017 Setempat

16 Dis 2017 Negara L1

19-27 Ogos

2017 Antara

bangsa

11-12 Mei

2017 Negara

30 Sept

2017 Negara

27

September

2017

UiTM

L12

L13

L14

L15

23
23. Fasilitator Aktiviti

Abseiling Pada

Hari Sukan

Negara 2017

24. AJK Pengubal

Peosedur

Operasi Standard

Kegiatan Luar

Institusi

Pendidikan Tinggi

(IPT)

25. Performance

Analyst Kem

Latihan Elit Ragbi

Program

Pembangunan

Ragbi Negara

26. Performance

Analyst Pasukan

Bola Sepak

Universiti

Malaysia Bagi

Tahun 2017

27. Penganalisa

Prestasi Program

Kecemerlangan

Atlet Tumpuan

(PKAT)

Badminton

28. Penganalisa

Prestasi

Kejohanan

Antarabangsa

29. Penyelaras Media

& Publisiti

Bahagian Sukan

Kementerian

Pendidikan Tinggi

(KPT) 2017

30. Pengurus Media

Kontinjen

Malaysia ke

World University

Games

(Universiade)

2017

Mustakim

Hashim

Mustakim

Hashim

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Pekan Ramli

Pekan Ramli

31. Welness X19 Dr. Raja

Mohammed

Firhad Raja

Azidin

SMK Seksyen 4

Kota

Damansara

2017

Negara

L16

KBS 9 Jun 2017 Negara L17

Perth dan

Auckland

Chinese Taipei

Taiwan

Kompleks

Sukan UiTM

20 - 23 April

2017 Negara

21 Mac -

31 Dis 2017

7-12 Mac

2017

2 Nov – 3

Dis 2017

Sepanjang

Tahun 2017

19-30 Ogos

2017

17 Mei

2017

Negara

Negara

Antara

bangsa

Negara

Antara

bangsa

UiTM

L18

L19

L20

L21

L22

L23

L1

24
32. Welness X20 Dr. Raja

Mohammed

Firhad Raja

Azidin

33. Penolong

Pegawai Jurulatih

Kecergasan UiTM

FC

34. Penasihat

Kehormat Bagi

“Misi Menawan

30 Menara

Tertinggi Di

Dunia”

35. Socio Charity

Program

36. Program

Silaturahim

Green Rhinos

Dgn Pusat

Jagaan Mahligai

Kasih Zaqut

Taqwa

37. Pengajar Kursus

Sains Sukan

Tahap II Skim

Pensijilan

Kejurulatihan

Kebangsaan

38. Instruktur

Koreografi

“Senaman

1Malaysia”

Dr. Raja

Mohammed

Firhad Raja

Azidin

Datin Dr.

Sarimah Ismail

Dr. Tan Chee

Hian

Dr. Tan Chee

Hian

PM Zulkifli

Abd. Kadir

PM. Zulkifli

Abd. Kadir

Kompleks

Sukan UiTM

UiTM FC

Rumah Bakti

Dato Harun,

Hulu Klang

Pusat Jagaan

Zaqut Taqwa

Shah Alam

Akademi

Pengangkutan

Jalan Malaysia

Wilayah Timur,

Kota Bharu

KBS

29 Nov

2017

Sepanjang

2017

11 – 14

Sept 2017

14 Mei

2017

11 Nov

2017

UiTM

UiTM

Antara

bangsa

Komuniti

Setempat

Komuniti

Setempat

13-18 Ogos

2017 Negara

Nov

2017

Negara

L1

L24

L25

L1

L1

L26

L27

Jadual TKP.2: Kumpulan Sasar (Program Komuniti)

25
Bil Kesukarelawan Pegawai Tempat Tarikh Peringkat Lampiran

1. Kem Sukan Sri Helme Basal UiTM Shah 27-29 Feb Agensi L1

Permata

Alam

2017 Luar

2. Opportunity Not

Sympathy

3. Inspire iTalent

Selangor

4. Malaysia Tree Climbers

Champioship (MTCC)

2017

5. Kejohanan Golf Sime

Darby dan Maybank

Championship

Volunteer Program

Hisyam Che

Mat

Hisyam Che

Mat

Mustakim

Hashim

Mohammad

Ali Kimik

Kuala Selangor

Cabin Camp,

Jeram

Pusat

Kecemerlangan

Paralimpik Kg

Pandan

Taman Tasik

MBSA Shah

Alam

TPC Kuala

Lumpur dan

Saujana Golf &

Country Club

Subang

1-5 Mei 2017 Agensi

Luar

13 Mei 2017 Agensi

Luar

21-23 April

2017

26-29

October 2017

dan

9-12 Feb

2017

Antara

bangsa

Antara

bangsa

Laporan

L28

L29

L30

Jadual TKP.3: Kumpulan Sasar (Program Kesukarelawan)

3.6 Maklumbalas dan Aduan Pelanggan

Kehendak dan keperluan

pelanggan sentiasa berubah-ubah

dan berbeza mengikut peredaran

masa. Pelajar dan pelanggan

industri merupakan aset penting.

Oleh itu FSR peka terhadap

kehendak dan citarasa pelanggan

dan keutamaan dalam

membekalkan program akademik

dan aktiviti-aktiviti luar

pembelajaran. Instrumen

maklumbalas ini perlu Untuk

membolehkan

FSR

mengenalpasti faktor yang

mempengaruhi pelanggan seperti

komunikasi dua hala dan

memenuhi keperluan pelajar, FSR

menyediakan Sistem Pengurusan

Perhubungan Pelanggan (SPPP)

yang terbahagi kepada beberapa

proses dalam memastikan

pelanggan diberi keutamaan.

26

Rajah TKP.10: Proses SPPP
3.6.1 Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan FSR (SPPP)

Untuk memastikan kesetiaan berterusan FSR sentiasa membuat jalinan terus bersama alumni

dan komuniti melalui Timbalan Dekan (ICAEN) dan Koordinator ICEAN yang menjadi nadi

perhubungan pelanggan. Program-program kesukarelawan dan kemasyarakatan yang

dikendalikan oleh FSR dilihat sebagai satu jalinan yang mampu mewujudkan hubungan baik FSR

bersama pelanggan seperti organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajaan melalui dialog

industri serta maklum balas dari alumni dan komuniti yang terlibat secara langsung di dalam

program-progrm yang dijalankan. Maklumbalas yang diberikan membolehkan pihak fakulti untuk

menilai tahap prestasi dan keberkesanan kerjasama bersama pelanggan sekaligus dapat

memperbaiki kelemahan serta mempertingkatkan prestasi fakulti bersama pelanggan.

3.6.2 Penentuan Tahap Kepuasan Pelanggan

Bagi mewujudkan jaminan kualiti pelanggan, fakulti membudayakan pelanggan diutamakan ke

arah menjalin hubungan yang positif dan konsisten. Fakulti berusaha agar Pengurusan

Perhubungan Pelanggan yang cekap dan berkesan mampu diamalkan agar dapat memastikan

penyampaian perkhidmatan yang responsif memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan

berkonsepkan delighting customer yang telah diamalkan sebelum ini.

Jaminan kualiti bukan hanya tertumpu pada akademik tetapi ia merangkumi keseluruhan proses

seperti fasiliti, makmal, gimnasium, tenaga kerja, kafeteria dan juga persatuan dalaman. Jaminan

kualiti ini juga mengambilkira keperluan semasa pelajar, bakal pelajar dan pihak berkepentingan.

Oleh itu, sebarang maklumat yang berkaitan dengan ketidakpuasan hati pelanggan dapat diberi

tindakan yang proaktif dan memberi manfaat kepada semua pihak. Oleh itu FSR melakukan

penambahbaikan proses pembahagian terhadap pelanggan mengikut kategori seperti yang

dinyatakan di bawah termasuk pelanggan baru.

PELAJAR PELAJAR

ALUMNI

ALUMNI

IBU / BAPA

IBU BAPA

KERAJAAN

GOVERNAN

INDUSTRI

KOMUNITI

Rajah TKP. 11: Jaminan Kualiti Pelanggan FSR

27
Jaminan kualiti pelanggan juga diterjemahkan dalam bentuk aktiviti-aktiviti bagi mendekatkan

FSR dan pelanggan seperti Karnival FSR, Majlis Anugerah Dekan, Kejohanan Sukan Antara

Fakulti (SAF), lawatan ke tempat latihan industri, aktiviti bersama Alumni seperti sukan Golf dan

Hari Bertemu Pelanggan (Selangkah ke FSR) bagi menarik bakal-bakal pelajar ke FSR serta

khidmat masyarakat. FSR sentiasa proaktif terhadap keperluan kerjasama maka dengan itu FSR

masih mempraktikan model kepuasan pelanggan dalam menentukan keperluan kerjasama

bersama pihak alumni dan komuniti.

3.7. Inovasi

Model kepuasan pelanggan

yang mengandungi lima elemen

penting masih diteruskan serta

penambahbaikan dari segi

kecekapan menyelesaikan

masalah dari dua minggu ke

tujuh hari bekerja. Bagi

mengurus aduan daripada

pelajar dan pihak

berkepentingan, FSR

menyediakan kotak SMILEY,

peti aduan pelanggan beserta

borang laporan untuk

menterjemahkan maklumat dan

fakta yang diperolehi ke dalam

bentuk memenuhi keperluan

dan kehendak pelanggan.

Rajah TKP. 12: Peti Aduan FSR

Ini dilakukan melalui mekanisme menganalisis masalah, menilai prestasi, pengurusan

perhubungan, dan pengurusan pelaksanaan tindakan ke arah penambahbaikan dan kepuasan

hati pelanggan. Proses tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

Rajah TKP. 13: Model Kepuasan Pelanggan FSR

28
4.0 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN

4.1 Pengukuran Pencapaian

Rajah PA. 1: Rajah Pengukuran Pencapaian FSR

Dalam mengukur pencapaian bagi bidang jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan, FSR

merujuk kepada objektif perancangan strategik. Di antara pengukuran kriteria adalah termasuk

penglibatan di peringkat antarabangsa, negara, agensi luar, UiTM dan komuniti setempat.

4.2 Kaedah Penilaian, Pengumpulan Data dan Analisa

4.2.1 Kaedah Penilaian

Rajah PA. 2: Kaedah Analisis

29
4.2.2 Pengumpulan Data

Rajah PA. 3: Tempoh Pengurusan Data dan Maklumat

30
4.2.3 Analisa Data

ANTARABANGSA NEGARA AGENSI

LUAR

UITM KOMUNITI

SETEMPAT

ALUMNI - - - 4 1

KOMUNITI 4 13 4 4 4

SUKARELAWAN 3 - 3 - -

Rajah PA. 4: Data Bidang Tumpuan

4.3 Hasil Penganalisaan Data bagi Penambahbaikan Prestasi

Hasil penganalisaan data bagi penambahbaikan prestasi, setiap perancangan dan perlaksanaan

program alumni, komuniti dan kesukarelawanan menggariskan beberapa garis panduan:

4.3.1 Menyelaras aktiviti yang beimpak dalam memastikan pengurusan hubungan dua

hala di antara tiga pihak FSR, Alumni dan Komuniti.

4.3.2 Mengenalpasti program-program CSR fakulti yang bersesuaian dengan komuniti

yang terpilih.

4.3.3 Mengenalpasti kepakaran dan sumbangan alumni dalam bidang dan

perkhidmatan yang diceburi.

4.3.4 Membantu fakulti dalam proses membuat Memorandum Persefahaman dengan

pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor dan agensi.

Maklumat ini juga penting dalam membantu pengurusan pengetahuan untuk merancang program

yang berkaitan komuniti dan kesukarelawanan. Usaha yang dijalankan ini adalah bertujuan

memastikan penglibatan alumni adalah bahagian penting untuk memastikan FSR sentiasa

berhubung dengan bekas pelajar. Alumni merupakan asset penting dan berpengaruh terhadap

kejayaan dan kemampanan fakulti. Berdasarkan hasil maklumbalas daripada alumni FSR,

terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dianjurkan. Antaranya adalah seperti berikut.

PROGRAM

HOMECOMMIN

CADANGAN AKTIVITI

FSR

ALUMNI

HARI

KELUARGA

MAKAN

MALAM

KARNIVAL

SUKAN

SEMBANG-

SEMBANG

KOPI

Rajah PA. 5: Cadangan Penambahbaikan Prestasi Melalui program

31
5.0 TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA

Pengurusan Sumber Manusia merupakan nadi kepada FSR bagi memastikan segala proses

kerja yang telah dirancang dapat dicapai. Malahan sumber tenaga manusia merupakan sumber

terpenting dalam pengurusan, dan prestasi FSR juga bergantung kepada kualiti tenaga

manusianya. FSR sentiasa memastikan semua staf (Pentadbiran dan Akademik) mempunyai

peluang pembangunan diri yang mantap dan berkesan melalui latihan yang komprehensif.

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia adalah saling berkaitan kerana ianya menjadi

penjana, penghubung, penggerak dan penyelaras kepada aset–aset lain yang ada di dalam

organisasi.

Sumber Tenaga Manusia juga menuntut penghargaan dan ganjaran atas usaha untuk mencapai

kecemerlangan. Maka dengan itu, kaedah pelaksanaan untuk Pembangunan Sumber Manusia

di FSR adalah berlandaskan kepada kaedah Pengurusan Sumber UiTM. Pembangunan Sumber

Manusia di FSR juga tertakluk kepada dasar–dasar yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Pembangunan Sumber Manusia dari segi memberikan latihan tertakluk kepada Dasar Latihan

UiTM dalam membantu meningkatkan kompetensi staf. Gambarajah dibawah menunjukkan

struktur latihan khusus untuk staf Pentadbiran di FSR.

Rajah SM. 1: Penyampaian Perkhidmatan Staf FSR

Bagi staf akademik di struktur latihan dan kompetensi juga tertakluk kepada Dasar Latihan UiTM

dan pelaksananya ialah pihak FSR dan ILD. Pengurusan Sumber FSR menggariskan konsep

pengurusan secara bersepadu dengan menggariskan tiga teras dasar utama yang termaktub

seperti berikut:

i. Membudayakan tadbir urus Universiti yang baik berorientasikan pelanggan.

ii. Melantik staf berkelayakan, berpengetahuan dan berkepakaran dalam pengajaran,

penyelidikan dan khidmat masyarakat.

iii. Membangun kepakaran dan kecekapan staf untuk melahirkan staf yang profesional

serta berjiwa murni dan bertaraf dunia.

32
Ketiga-tiga teras dasar ini merupakan dasar utama yang menjadi strategi tersusun FSR untuk

menjamin kecekapan dan keberkesanan staf dalam menyampaikan perkhidmatan yang

berkualiti, berintegriti dan berakauntabiliti.

5.1 Kaedah Pengurusan Sumber Manusia

Hubungan dan kerjasama dikalangan semua staf FSR sentiasa dititik beratkan dalam membantu

mencapai objektif yang telah disasarkan. Jawatankuasa yang menggabungkan staf akademik

dan pentadbiran adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang harmoni bagi

meningkatkan pencapaian serta melahirkan budaya kerja yang kreatif lagi berinovasi.

Kerjasama yang kukuh dan erat dikalangan staf amat dititik beratkan. Pemberian insentif secara

konsisten dan adil juga oleh kepimpinan organisasi adalah untuk menghasilkan perkhidmatan

yang berkualiti. Insentif yang diberikan adalah dalam bentuk imbuhan material (kewangan),

kenaikan pangkat dan juga sokongan moral (surat penghargaan). Pihak fakulti juga banyak

membantu semua staf dalam bentuk latihan, kursus jangka pendek dan jangka panjang serta

pengiktirafan daripada badan-badan profersional. Semua kemudahan latihan sumber manusia

tersebut telah diberi kelonggaran masa dan ganjaran dari pihak terlibat.

Kenaikan

Pangkat

Kewangan

Surat

Penghargaan

Insentif

Rajah SM. 2: Pemberian Insentif FSR

Dalam meningkatkan kualiti dan kepakaran staf akademik, beberapa orang pensyarah FSR telah

mendaftar sebagai ahli persatuan badan profesional seperti Malaysia Institute of Accountants

(MIA) dan Sport Psychology Association (MASPA) dan sebahagian pensyarah terlibat sebagai

penasihat dan perunding untuk organisasi luar dan juga dalaman di dalam bidang sains sukan

dan juga pengurusan. Selain staf akademik, staf pentadbiran juga diberikan galakan insentif

dalam peningkatan kerjaya serta pendidikan dan peluang meningkatkan kemahiran dan

kepakaran.

33
5.2 Pengoptimaan Kepakaran Sumber Manusia

FSR sentiasa komited dalam memastikan segala sumber manusia yang ada dimanfaatkan demi

kepentingan semua mengikut kecemerlangan kepakaran masing-masing. Setiap warga FSR

digalakkan untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan kepada kecemerlangan FSR

termasuk aktiviti seperti pertandingan inovasi, penyelidikan dan penulisan yang berimpak tinggi,

jaringan kepakaran kebangsaan dan antarabangsa serta penglibatan dengan komuniti dan

kesukarelawan.

Pengkayaan sumber manusia di FSR sentiasa dibudayakan dengan melibatkan semua staf

dalam aktiviti rasmi FSR seperti menganggotai jawatankuasa dan koordinator sama ada secara

lantikan atau ’ad hoc’ dalam bidang dan kepakarannya. Berdasarkan bidang tumpuan, beberapa

kepakaran yang berkompetensi staf akademik di FSR sangat diperlukan dan telah terlibat secara

langsung dalam jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawanan dengan berkongsi maklumat

dan kepakaran dalam membina kemajuan dan prestasi masyarakat di dalam dan juga di luar

negara. Berikut adalah senarai nama pensyarah berdasarkan kelayakan yang terlibat secara

langsung dalam aktiviti berkaitan jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan.

Bil Nama Pegawai Kelayakan/Bidang

1. PM Dr. Ahmad Naim

Ismail

• PhD (Sport Science), UPM

• Master of Science in Physical Education, Ohio

University, Athens

• Bachelor of Education (Physical Education), UPM

2. Badrul Hisham Hussein • Master in Forensic Accounting and Financial

Criminology,UiTM

• Sarjana Kaunseling, UM

• Advance Diploma in Acc, UiTM

3. Dr. Hashbullah Ismail

4. Dr. Hasnul Faizal Hushin

Amri

• PhD ( Pengurusan Sukan), UKM

• Sarjana Pendidikan, UKM

• Sarjana Muda Pengurusan Sukan, UiTM

5. Hisyam Che Mat • Master of Outdooor and Enviromental Education, La

Trobe University

• B Sc. (Perhutanan dan Rekreasi), UPM

6. Khairulzaman Hamin • Master of Sports Admin

• Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi)

7. Dr. Mahenderan

Appukuty

8. Mohamed Ali Kimik • Master of Information Management, UiTM

• BBA ( Hons) Human Resouse Manaement), UiTM

9. Dr. Mohd Haidir Mohd

Yusof

• Master of Science in Sports Therapy,Teesside

University

• Bachelor of Medicine,Surgery and Obstetrics,

National University, Ireland

34
10. Mohd Helme Basal • Master of Sport Science

• Bachelor of Sports Management

11. Dr. Mohamad Nizam • Phd (Combat Sport), University of Wales, Cardiff

Mohamed Shapie • Master of Sports Science, UiTM

• Bachelor of Science Genetics, UKM

12. Dr. Mohamad Rahizam

Abdul Rahim

• Master of Sports Science, University NSW Aust

• Bachelor Science information System, Arkansas

State University

13. Mohamed Sadek • Ms Science in HumanResource

Mustaffa

• Sarjana Muda Pendidikan Jasmani

14. Mustakim Hashim • Master of Science (Recreation Resources

Management), UPM

• Bachelor of Sport Management, UiTM

15. Norasrudin Sulaiman • Master of Science (Physical Education)

• Bachelor Pendidikan Jasmani

16. Pekan Ramli • Masters in Edu (Sport Mgmt)

• BA (Hons) Sport Mgmt

17. Dr. Raja Mohamed

Firhad Raja Azidin

• PhD Philosophy, Liverpool John Moores University

• Master of Health Science (Exercise & Sport Science),

University of Sydney

• Sarjana Muda Sains Sukan, UiTM

18. Datin Dr. Sarimah Ismail • PhD ( Mass Communication ), UM

• Master Science Information Management, UiTM

19. Datin Dr. Sarina Md.

Yusof

• PhD (Fisiologi)

• Master Sains

• Bachelor Pendidikan Jasmani

20. Dr. Tan Chee Hian • PhD (Pendidikan Pengembangan), UPM

• Master Sains Pendidikan, UPM

• BA Pendidikan (Pend. Jasmani), UPM

21. Dr. Vincent Parnabas • PhD (Psychology), UKM

• Sarjana Sains (Sains Sukan), UPM

• Sarjana Muda Psikologi, Uni. Gadjah Mada,

Indonesia

22. PM Zukifli Kadir • Master of Sport Science, UiTM

• Bachelor Pendidikan Jasmani, UPM

Jadual SM. 1: Kepakaran Sumber Manusia FSR

* (Sumber: Staf Portal)

35
5.3 Tahap Kepuasan Hati dan Aduan Sumber Manusia terhadap Persekitaran dan

Sistem Kerja

Pihak FSR sentiasa mengamal dan menerapkan budaya organisasi yang mendirikan komunikasi

terbuka dengan melibatkan golongan staf (Akademik dan Pentadbir) dalam merancang masa

depan dan membuat sesuatu keputusan bagi meningkat pencapaian yang lebih cemerlang.

Amalan menggunakan ’e-mail’ dan ’whatsapp’ juga merupakan elemen komunikasi yang

menghubungkan semua warga secara terbuka.

Pihak pengurusan juga akan memastikan segala tindakan dan keperluan yang diberikan kepada

staf akademik dan pentadbiran adalah secara adil. Terdapat beberapa faktor utama yang

memberi kesan terhadap kepuasan hati dan kegembiraan seperti emosi positif, keterlibatan,

hubungan, makna, pencapaian dan infrastruktur. Hasil kajian UiTM hapiness index 2017

keseluruhan kegembiraan untuk FSR adalah 72%.

Rajah SM. 3: Mekanisme Pengukuran Kepuasan Hati

36
5.4 Tindakan Memastikan Persekitaran dan Sistem Kerja Kondusif

Persekitaran yang selesa dan kondusif serta

hubungan sesama staf dalam menjalankan

tugas juga dititik beratkan oleh pihak FSR.

Kemudahan yang sesuai dengan keperluan

semasa disediakan bagi memastikan staf

bekerja dalam suasana yang selesa. Faktor

persekitaran tempat kerja yang selamat dan

kondusif amatlah dititik berat kerana ianya

menjadi motivasi kepada staf. Justeru itu,

Jawatankuasa OSHA diwujudkan bagi

memastikan keperluan kesihatan,

keselamatan dan kesejahteraan warga FSR

dijaga disamping mendidik sikap siap siaga.

Rajah SM. 4: Ruang kerja yang kondusif

Bagi memastikan persekitaran kerja yang hormani, hubungan erat dan kerjasama di kalangan

staf Akademik dan Pentadbiran haruslah ditingkatkan. Dengan mengadakan program Hari

Keluarga Fakulti dapat mengeratkan lagi sillaturahim sesama staf. Program tersebut telah

dijalankan pada 25 Februari 2017 di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka yang memberikan

impak dalam meningkatkan hubungan, kerjasama dan saling menghormati di kalangan staf

akademik mahupun staf pentadbiran. Ini juga merupakan sebahagian dari aktiviti komuniti atau

kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak fakulti untuk warganya sebagai ganjaran dan

penghargaan kepada staf yang telah bertungkus lumus memastikan sistem pengurusan dan

operasi FSR berjalan lancar.

37
Rajah SM. 5: Hari Keluarga FSR

Di samping itu, FSR juga berjaya mengadakan

acara berbentuk komuniti iaitu sukan tiga penjuru

yang melibatkan tiga jabatan utama di fakulti iaitu

jabatan sains sukan, pengurusan sukan dan

pentadbiran. Pelbagai aktiviti sukan telah

dilaksanakan antaranya tarik tali, larian campuran

400m berganti-ganti dan sukan campuran bola

tampar. Program seumpama ini dilihat mampu

meningkatkan hubungan kerjasama dan sikap

toleransi sesama warga fakulti.

Rajah SM. 6: Sukan 3 Penjuru FSR

38
5.5 Inovasi

Kelangsungan dari persekitaran dan sistem kerja yang kondusif dan memastikan staf akademik

dan pentadbiran sentiasa ceria dan bersemangat dalam menjalankan tugasan harian maka FSR

telah mengadakan program saringan kesihatan staf 2017 bertarikh 23 Mei 2017 dengan matlamat

memastikan tahap kesihatan staf berada dalam keadaan optimum. Program ini berjaya mendapat

sambutan yang menggalakan. Data keseluruhan tahap kesihatan menunjukkan semua staf FSR

sihat dan cergas.

Rajah SM. 7: Inovasi Kesedaran Kesihatan

5.6 Penghargaan dan Pengiktirafan Sumber Manusia

FSR sentiasa memastikan setiap staf diberi peluang untuk meningkatkan kompetensi dan

menggalakkan penglibatan bersama masyarakat di peringkat tertinggi. Penilaian Peningkatan

kompetensi staf haruslah berteraskan kepada organisasi dengan memastikan setiap staf

digalakkan untuk menyumbang kepada kecemerlangan dari kemahiran dan pengetahuan

samada dari segi pencapaian akademik (peningkatan jumlah Anugerah Dekan pelajar) atau

bukan akademik (penglibatan bersama alumni, komuniti atau kesukarelawanan). Fakulti juga

menghargai dan berbangga dengan pencapaian staf akademik dan pentadbiran dengan

mengurniakan ”Anugerah Perkhidmatan Cemerlang” kepada mereka yang menunjukkan

sumbangan yang tinggi dan prestasi yang baikterhadap Fakulti. Seramai enam penerima

Anugerah telah dipilih iaitu empat dari staf akademik dan dua dari staf pentadbiran.

Bil Nama Jabatan

1. Pn. Siti Aishah Wahab Pengurusan Sukan

2. Datin Dr. Sarina Mohd Yusof Sains Sukan

3. Dr. Kee Kang Mea Sains Sukan

4. Dr. Hosni Hasan Sains Sukan

5. Pn. Faridah Wahit Pentadbiran

6. En. Muhamad Hafizi Mat Zain Pentadbiran

Jadual SM. 2: Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang FSR

39
Di samping itu, sumber kewangan dan ganjaran akan diberikan kepada staf yang menjalankan

tugas demi kepentingan FSR seperti pembayaran elaun yang selayaknya kepada staf yang

berkhidmat di luar kawasan, surat penghargaan juga diberikan kepada staf yang menjalankan

tugas rasmi dan juga tugas kemasyarakatan yang memerlukan kepakaran staf FSR seperti

jaringan almuni, komuniti dan sukarelawan. Beberapa pensyarah telah terlibat secara

langsung dalam bidang alumni, komuniti dan sukarelawan telah diberi pengiktirafan dan

penghargaan bagi bidang masing-masing di dalam serta di luar negara.

Fakulti juga menjalinkan MOU kerjasama dengan beberapa

universiti luar negara yang membolehkan para pensyarah

berkongsi ilmu dengan para pelajar dari Universiti tersebut.

Pada 13-17 November 2017, Dr. Raja Mohammed Firhad

Raja Azidin dan Datin Dr. Sarimah Ismail telah dijemput

memberi syarahan di Faculty of Physical Education and

Physiotherapy, Opole University of Technology Poland.

Rajah SM. 8: Perkongsian Ilmu Di Peringkat Antarabangsa

Selain itu, Fakulti juga menggalakkan semua staf membentang kertas kerja di mana-mana

konferensi di dalam atau di luar negara bagi bertujuan memperkenalkan program FSR. Bertindak

sebagai pembentang kertas kerja di pelbagai konferen dengan penghasilan inovasi dan kreativiti

yang mantap ataupun sebagai penceramah dalam berkongsi ilmu sains sukan dan rekreasi yang

memberi kesedaran dan makluman kepada setiap komuniti yang terdiri dari pelbagai lapisan

masyarakat. Pada 5-7 December 2017, Fakulti telah berjaya mengadakan International

Conference on Movement, Health and Excercise di Johor Bahru dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia. Ianya telah menghimpunkan para saintis tempatan dan

antarabangsa untuk berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang perubatan sukan dan sains sukan. Ia

juga memberi peluang masyarakat di Johor Bahru khususnya untuk lebih mendalami ilmu

tersebut. Beberapa pensyarah telah dijemput untuk memberi ceramah dan juga membentang

kertas kerja.

40
Rajah SM. 9: Perkongsian Ilmu Di Peringkat Komuniti Setempat

41
5.7 Tindakan Pengurusan kepada Maklumbalas Sumber Manusia

Perjumpaan dengan semua warga FSR bersama pengurusan (Dekan) setiap semester.

Manakala mesyuarat pengurusan melibatkan program di bawah ICAEN bagi mendengar segala

permasalahan, cadangan, kritikan membina di kalangan staf juga merupakan satu mekanisme

untuk meningkatkan lagi kualiti dan nilai FSR di peringkat global. Pihak FSR berusaha mencari

dan menggunakan input daripada staf akademik dan pentadbiran menerusi langkah–langkah

yang melibatkan keperluan pendidikan, latihan, kursus serta pembangunan staf yang membawa

ke arah peningkatan perhubungan alumni, komuniti dan kesukarelawanan. Fakulti telah

menggalakkan semua staf melibatkan diri dalam perhubungan alumni, komuniti dan

kesukarelawan di dalam dan di luar negara bagi bertujuan memperkenalkan FSR. Ianya secara

tidak langsung dapat meletak nama UiTM di mata dunia selaras dengan saranan Yang

Berbahagia Dato’ VC.

Rajah SM. 10: Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UiTM 2017

42
6.0 TUMPUAN KEPADA OPERASI

Rekabentuk proses kerja memerlukan proses sokongan bagi memantapkan lagi kecekapan dan

keberkesanan pelaksaan sistem pengurusan di fakulti. Di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

setiap bahagian memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan dan keberhasilan objektif

dan inisiatif strategik bidang tumpuan pilihan. FSR sentiasa memberikan perkhidmatan dan input

yang berkualiti dengan memastikan keberkesanan sistem sokongan dan output bagi memenuhi

kehendak UiTM khususnya.

6.1 Perlaksanaan Proses-Proses Utama

Secara keseluruhan, setiap aktiviti/program bidang tumpuan yang dilaksanakan adalah yang

menjurus kepada kursus pembelajaran. Ini adalah perlu untuk menjamin kecekapan dan

keberkesanan Justeru ianya perlu mematuhi dan merujuk kepada carta alir yang ditetapkan

seperti berikut:

i. Carta alir aktiviti pelajar

ii. Carta alir aktiviti sukan pelajar

iii. Carta alir kebajikan pelajar

iv. Carta alir mesyuarat aktiviti

pelajar

43
Rajah TO. 1: Carta Alir Program

44
6.2 Model PDCA dalam Proses Utama

Rajah TO. 2: Proses Utama (Alumni - Prosedur Program ICAEN)

Rajah TO. 2: Proses Utama (Komuniti)

45
PLANNING

DO

CHECK

ACTION

•Perancangan

aktiviti

kesukarelawanan

apabila mendapat

permohonan

daripada

organisasi luar.

•Antaranya

kesukarelawanan

untuk Maybank

Open dan

Penganjuran

Sukan Sea 2017

•Bagi program

kesukarelawanan

peringkat fakulti,

penyediaan

kertas kerja serta

mengisi borang C

aktiviti pelajar

untuk

mendapatkan

kelulusan dan

peruntukan dari

fakulti.

• Penilaian

program

•Penambahbaikan

program bagi

jemputan

kesukarelawanan

luar, FSR akan

mengadakan

rundingan

dengan

organisasi yang

terbabit.

Rajah TO. 3: Proses Utama (Kesukarelawan)

6.2.1 Proses Penambahbaikan

Fakulti akan mendapat maklum balas dari program alumni, komuniti dan Kesukarelawan yang

telah dijalankan. Maklumbalas tersebut akan dianalisa bagi mendapatkan input dan output dan

keputusan yang diperolehi akan diambil tindakan berikut:

6.2.1.1 Maklumbalas negatif – penambahbaikan untuk program yang sama di masa akan datang.

6.2.1.2 Maklumbalas positif – mengekal dan mempertingkatkan lagi kualiti dalam pelaksanaan

program tersebut.

46
6.3 Hasil Jangkaan Terhadap Perlaksanaan Operasi

OBJEKTIF

STRATEGIK

HASIL

INISIATIF STRATEGIK

Menyumbang kepakaran

kepada komuniti

setempat dan juga Negara

Pihak fakulti dapat

mengumpulkan data

alumni dan

mewujudkan

rangkaian strategik

alumni

Rakan Strategik Graduate

Employability

Meningkatkan kerjasama

strategik dengan Alumnialumni

FSR yang berjaya

bagi sama-sama

membangunkan

Pembangunan dan

Kejayaan FSR Shah Alam.

(Giving Back from Alma

mater)

Program CSR

Komuniti terancang

dapat dijalankan

dan juga

perkongsian ilmu

dengan komuniti

yang lain dapat

dilaksanakan.

Memberi

pendedahan aktiviti

CSR pada Warga

FSR dan para

pelajar.

Coffee Table Book FSR

Pemetaan Pensyarah

dan Pelajar FSR Shah

Alam diperingkat Global

di bidang Sains Sukan

dan Pengurusan Sukan

Meningkatkan

penglibatan FSR dalam

aktiviti Kesukarelawan

Peringkat Nasional dan

Antarabangsa

1.

Pengiktirafan

organisasi

terhadap

penglibatan

pensyarah dan

pelajar dalam

aktiviti

kesukarelawan

peringkat

kebangsaan

dan

antarabangsa

Pendedahan

kepada

pensyarah dan

pelajar berkaitan

penganjuran

kebangsaan dan

antarabangsa

Memorandum

Persefahaman (MOU)

dengan syarikat/agensi

luar

Rajah TO. 4: Jangkaan Kerberhasilan FSR

47
7.0 HASIL DAN PENCAPAIAN

Perancangan strategik Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dibentuk berdasarkan kepada

Kerangka RMK-11 2016-2020 Universiti Teknologi MARA. Lima (5) elemen yang menjadi

teras utama (Pengajaran dan Pembelajaran; Penyelidikan, Inovasi, dan

Pengkomersialan; Akademia Industri dan Masyarakat; Kepimpinan dan Keusahawanan)

dalam Model Hala Tuju Strategik UiTM perlu dipacu dengan cemerlang agar mencapai

sasaran yang ditetapkan.Bagi bidang tumpuan Akademia Industri dan Masyarakat

terdapat tiga teras utama yang terlibat iaitu Jaringan Alumni, Komuniti dan

Sukarelawan yang menjadi panduan dan kayu ukur setiap PTJ yang terlibat dalam

menilai pencapaian masing-masing. Bidang ini menjadi salah satu teras utama yang perlu

dimainkan peranan yang lebih agresif bagi meningkatkan aktiviti ‘outreach’ dan

‘community engagement’ yang mampu melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi

untuk mencapai sasaran sebuah universiti tersohor. Bagi memastikan teras ini tercapai,

jawatankuasa Jaringan Industri, Komuniti, Alumni, Penyelidikan, dan Keusahawanan

(ICEAN) FSR bertindak sebagai penggerak yang bertanggungjawab terhadap penglibatan

staf dan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan serta penglibatan alumni

FSR dalam program yang dianjurkan oleh fakulti.

7.1 Hasil Pelaksanaan Dan Inisiatif Stategik

7.1 (a) Pencapaian Objektif dan Initiatif Strategik

7.1.1 Jaringan Alumni

Dalam usaha memperkasakan pembangunan alumni, pelbagai aktiviti serta jalinan

kerjasama dilaksanakan seperti menyumbang kepakaran kepada komuniti,

meningkatkan penglibatan alumni dalam aktiviti kesukarelawan di peringkat nasional

dan antarabangsa serta pemetaan pensyarah dan pelajar di peringkat global dalam

bidang sains sukan dan rekreasi. Selain itu, FSR juga meningkatkan kerjasama strategik

dengan alumni melalui penganjuran program bersama HEA dan HEP fakulti. Dalam teras

ketiga Perancangan Strategik FSR telah mensasarkan pencapaian sekurang-kurangnya

250 alumni yang terlibat dengan program kolaborasi bersama fakulti menjelang 2020.

Selari dengan sasaran tersebut bagi tahun 2017, pencapaian bagi sasaran tersebut

adalah sangat membanggakan di mana bilangan alumni yang terlibat dengan program

kolaborasi bersama fakulti adalah jauh melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu

melebihi 200 orang.

TAHUN SASARAN (peserta) PENCAPAIAN

(peserta)

2020 250 -

2019 -

2018 -

2017 200

Jadual H.1: Data Peserta Jaringan Alumni FSR

48
Antara program bersama alumni termasuklah program keusahawanan bersama alumni,

perlawanan amal golf, menembak, dan makan malam. Pencapaian ini telah membantu

meningkatkan jaringan alumni bersama fakulti dan secara tidak langsung dapat menaikkan

kecemerlangan fakulti di persada negara dan antarabangsa.

Bil Jaringan Alumni Pegawai Tempat Tarikh Peringkat

1. Kesedaran Kesihatan

dan Penyakit Kronik

Dr. Hashbullah

Ismail

Meru Klang 14 Okt

2017

Komuniti

Setempat

2.

Invitation Golf Alumni

FSR

Executive Marksman

Day FSR Bersama

3. Media dengan

Persatuan Menembak

MSIA

4. Enterpreneurship and

Sports Carnival 3.0

Dr. Hasnul

Faizal Hushim

Amri

Dr. Hasnul

Faizal Hushim

Amri

Datin Dr.

Sarimah Ismail

Amverton

Cove Golf &

Island, Pulau

Carey

Padang

Sasar Kelab

Menembak

Subang

Padang

Kawad

Jadual H.2: Hasil Program Jaringan Alumni FSR

13 Mei

2017

14 Mei

2017

9-10 Mei

2017

UiTM

UiTM

UiTM

7.1.2 Komuniti

Pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah meningkatkan kolobarasi bersama komuniti telah

dilaksanakan bersama warga fakulti, warga UiTM, warga sekolah, agensi luar dan

masyarakat setempat di pelbagai peringkat negara dan juga antarabangsa. Fakulti telah

mensasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 20 bilangan program bersama komuniti

menjelang 2020. Walau bagaimanapun, dalam tahun 2017 sahaja, pencapaian amatlah

memberansangkan di mana FSR telah berjaya menjalankan sebanyak 45 program bersama

komuniti dan sukarelawan. Kebanyakan program komuniti melibatkan staf FSR antaranya

sebagai penceramah, pengurus, pengarah, fasilitator, penganalisa, pakar rujuk dan pegawai

teknikal yang tidak hanya memberi sumbangan di dalam negara malah di peringkat

antarabangsa. Jumlah program ini menunjukkan lebih dari 50% sasaran yang ditetapkan

dapat dilaksanakan oleh FSR dalam memperkasa jalinan kerjasama bersama komuniti.

TAHUN

SASARAN

PENCAPAIAN

(program)

(program)

2020 20 -

2019 -

2018 -

2017 45

Jadual H.3: Data Program Komuniti FSR

49
Bil. Komuniti Pegawai Tempat Tarikh Peringkat

1. Pengarah Teknikal PM Dr. Ahmad

11 Ogos

Kesatuan Ragbi Naim Ismail

2017 Negara

Malaysia Sessi

2016/2019

2. Penceramah Kursus Dr. Hasbullah Gymnasium 11-14 Agensi Luar

Kecergasan Lanjutan Ismail

Fakulti Sains September

(Advance) Bomba

Sukan dan 2017

Malaysia Airport

Rekreasi UiTM

Holding Berhad

Shah Alam

Anjuran Fakulti Sains

Sukan dan Rekreasi

3. Fiesta 3e Puncak Dr. Hasnul Sekolah Keb 18 Nov Agensi UiTM

Perdana

Faizal Hushim

Amri

Puncak Perdana 2017

4. Power2inspire- Friendly Hisyam Che Kompleks 20 Mei 2017 Agensi Luar

Match

Mat

Kecemerlangan

5. Sport For Disable Hisyam Che Kolam Renang 6 Dis 2017 UiTM

Population ‘Confidence

In Water With Rossar,

The Power To Inspire

Mat

UiTM

6. Penceramah Program Hisyam Che DK 200,

16 Dis 2017 Agensi Luar

Seminar Professional Mat

UiTM Puncak

Development Safety

Alam

and Leadership Skill Di

UiTM Puncak Alam

7. Disapora (International) Khairulzaman Nakhon Si 28Julai -1 Antarabangsa

Melayu

Hamin

Thammarat, Thai Ogos 2017

8. Jemputan Mesyuarat Dr.

Bilik Mesyuarat

Majlis Juruanalisis Mahenderan Staffron, 8 Sept 2017 Negara

Makanan Malaysia Bil

2/2017

Appukutty Bahagian

Keselamatan

Dan Kualiti

Makanan, Aras 4,

Menara Prisma,

Presint 3,

Putrajaya

9. Wonder Glow Mohammad Ali Pusat Sukan 24 Mei 2017 UiTM

Kimik

UiTM

10. Lash D. Sijangkang Mohammad Ali Paya Bakau Kg 17 Dis 2017 Komuniti

11. Pegawai Teknikal

Sempena Sukan Sea

Ke-29, Kuala Lumpur

2017

12. UiTM Valor Obstacle

Challenge

Kimik

Mohamad

Kimik

Ali

Hajar Asmidar

Samat

Sijangkang

The Mines

Resort and Golf

Club

setempat

20-27 Ogos

2017 Antarabangsa

UiTM Shah Alam 16 Dis 2017 UiTM

50
13. Pengurus 12 th Goldis

Malaysia Chess

Challenge 2017 Kuala

Lumpur

14. Pakar Rujuk Kejohanan

Silat Tempur Peringkat

Kebangsaan

15. Pengarah Program

Kejohanan Silat Piala

Aminuddin Anuar

Peringkat Kebangsaan

2017

16. Anugerah Pendita Silat,

Malam Anugerah Silat

Kebangsaan 2017

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

Dr Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

Mohamad

Nizam

Mohamed

Shapie

17. Mini Ironman Mohd Sadek

Mustaffa

18. Penulis Kolum Harian Mohd Sadek

Metro

Mustaffa

19. Kid Sport Carnival Dr. Mohamad

(National Sport) Rahizam Abdul

Rahim

20. Pegawai Teknikal Dr. Mohamad

Sempena Sukan Sea Rahizam Abdul

Ke-29, Kuala Lumpur Rahim

2017

21. Pengarah Kejohanan

Tennis Malaysia Junior

Tour 2017 Leg 5

Pahang

22. Setiausaha Kehormat

Persatuan Tenis

Dr. Mohamad

Rahizam Abdul

Rahim

Dr. Mohamad

Rahizam Abdul

Malaysia (LTAM) Rahim

23. Kempen Derma Darah Dr. Mohd Haidir

Mohd Yusof

24. Fasilitator Aktiviti

Abseiling Pada Hari

Sukan Negara 2017

25. AJK Pengubal

Peosedur Operasi

Standard Kegiatan Luar

Institusi Pendidikan

Tinggi (IPT)

Mustakim

Hashim

Mustakim

Hashim

Hotel Mid Valley

Kuala Lumpur

Dewan Seksyen

7, Bandar Baru

Bangi, Selangor

Dewan Seksyen

7, Bandar Baru

Bangi, Selangor

28 0gos – 3

September

2017

Negara

25-26 Ogos

2017 Negara

26 Ogos

2017 Negara

15 Julai

2017

Negara

Maktab PDRM 23 Okt 2017 Negeri

K.L

Harian Metro 23 Nov Komuniti

2017 Setempat

Pusat Sukan 16 Dis 2017 Negara

UiTM

Pusat Tennis

Jalan Duta,

Kuala Lumpur

Kompleks Tenis

MPK Taman

Gelora, Kuantan,

Pahang

Bilik Kualiti Aras

1 Fakulti Sains

Sukan Rekreasi

Uitm Shah Alam

SMK Seksyen 4

Kota Damansara

19-27 Ogos

2017 Antarabangsa

11-12 Mei

2017 Negara

30 Sept

2017 Negara

27

September

2017

2017

UiTM

Negara

KBS 9 Jun 2017 Negara

51
26. Performance Analyst

Kem Latihan Elit Ragbi

Program

Pembangunan Ragbi

Negara

27. Performance Analyst

Pasukan Bola Sepak

Universiti Malaysia

Bagi Tahun 2017

28. Penganalisa Prestasi

Program

Kecemerlangan Atlet

Tumpuan (PKAT)

Badminton

29. Penganalisa Prestasi

Kejohanan

Antarabangsa

30. Pengurus Media &

Publisiti Bahagian

Sukan Kementerian

Pendidikan Tinggi

(KPT) 2017

31. Pengurus Media

Kontinjen Malaysia ke

World University

Games (Universiade)

2017

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Norasrudin

Sulaiman

Pekan Ramli

32. Welness X19 Dr. Raja

Mohammed

Firhad Raja

Azidin

33. Welness X20 Dr. Raja

Mohammed

Firhad Raja

Azidin

34. Penolong Pegawai Dr. Raja

Jurulatih Kecergasan Mohammed

UiTM FC

Firhad Raja

Azidin

35. Penasihat Kehormat Datin Dr.

Bagi “Misi Menawan 30 Sarimah Ismail

Menara Tertinggi Di

Dunia”

36. Socio Charity Program Dr. Tan Chee

Hian

37. Program Silaturahim

Green Rhinos Dgn

Pusat Jagaan Mahligai

Kasih Zaqut Taqwa

Perth

Auckland

dan

Pekan Ramli Chinese Taipei

Taiwan

Dr. Tan Chee

Hian

Kompleks Sukan

UiTM

Kompleks Sukan

UiTM

UiTM FC

Rumah Bakti

Dato Harun, Hulu

Klang

Pusat Jagaan

Zaqut Taqwa

Shah Alam

20 - 23 April

2017 Negara

21 Mac -

31 Dis 2017

7-12 Mac

2017

2 Nov – 3

Dis 2017

Sepanjang

Tahun 2017

19-30 Ogos

2017

Negara

Negara

Antarabangsa

Negara

17 Mei 2017 UiTM

29 Nov

2017

Sepanjang

2017

Antarabangsa

UiTM

UiTM

11 – 14 Sept

2017 Antarabangsa

14 Mei 2017 Komuniti

Setempat

11 Nov

2017

Komuniti

Setempat

52
38. Pengajar Kursus Sains

Sukan Tahap II Skim

Pensijilan Kejurulatihan

Kebangsaan

39. Penceramah Ke

Program Open Day

2017 Anjuran SME

Corp. Malaysia

PM Zulkifli Abd.

Kadir

PM. Zulkifli

Abd. Kadir

Akademi

Pengangkutan

Jalan Malaysia

Wilayah Timur,

Kota Bharu

Dewan Mahkota,

Aras 5, Blok B

SME Corporation

Malaysia

Platinum,

K.Lumpur

13-18 Ogos

2017 Negara

15 Dis 2017

Agensi Luar

Jadual H.4: Hasil Program Komuniti FSR

7.1.3 Kesukarelawan

Selain itu, pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah meningkatkan kesedaran dan serta

pembangunan diri pelajar telah dilaksanakan oleh FSR seperti kerjasama bersama

masyarakat setempat, program kesukarelawan melalui kolaborasi bersama industri dan

juga program bersama Orang Kurang Upaya (OKU). Fakulti telah mensasarkan pencapaian

sekurang-kurangnya 15 bilangan program kesukarelawanan secara kolaborasi bersama

industri menjelang 2020. Jumlah ini menunjukkan penglibatan pelajar dalam program

kemasyarakatan dan program sukarelawan secara kolaborasi bersama industri pada tahun

2017 adalah bertujuan meningkatkan hubungan fakulti bersama masyarakat di luar.

TAHUN

2020

2019

2018

2017

SASARAN PENCAPAIAN

(program)

(program)

15 -

6

Jadual H.5: Data Program Kesukarelawan FSR

53
Bil Kesukarelawan Pegawai Tempat Tarikh Peringkat

1. Kem Sukan Sri Permata Helme Basal UiTM Shah 27-29 Feb Agensi Luar

Alam

2017

2. Opportunity Not Hisyam Che Kuala Selangor 1-5 Mei Agensi Luar

Sympathy

Mat

Cabin Camp, 2017

Jeram

3. Inspire iTalent Selangor Hisyam Che Pusat

13 Mei 2017 Agensi Luar

Mat

Kecemerlangan

Paralimpik Kg

Pandan

4. Malaysia Tree Climbers Mustakim Taman Tasik 21-23 April Antarabangsa

Champioship (MTCC) Hashim MBSA Shah 2017

2017

Alam

5. Sime Darby LGPA Mohammad TPC Kuala 26-29 Antarabangsa

Malaysia Volunteer Ali Kimik Lumpur October

Program

2017

6. Kejohanan Golf Mohammad Saujana Golf & 9-12 Feb Antarabangsa

Maybank Championship Ali Kimik Country Club 2017

2017

Subang

Jadual H.6: Hasil Program Sukarelawan FSR

7.1(B) Keberkesanan Pengurusan Risiko

Standard Operating Procedure (SOP)

Sepanjang tahun 2017 sebanyak 45 program telah berjaya dilaksanakan mengikut SOP

yang ditetapkan. Hasil daripada program tersebut tiada kemalangan jiwa atau harta

dilaporkan. Berikut adalah jadual hasil pengurusan risiko:

BIDANG

BIL.

PROGRAM

HASIL

(kadar

kemalangan)

Alumni 4 0

Komuniti 39 0

Kesukarelawan 6 0

Jadual H.7: Keberkesanan Pengurusan Risko FSR

7.2 Hasil Tumpuan Pelanggan

Penumpuan dan perhatian penuh terhadap hubungan dua hala atau integrasi yang mantap dan

berterusan antara pihak FSR bersama pelanggannya seperti pelajar, staf, alumni ibubapa,

komuniti setempat serta masyarakat bandar dan luar bandar. Universiti Teknologi MARA

memainkan peranan yang tinggi bagi memastikan misi dan visi FSR dapat dicapai. Maklum balas

pelanggan yang berterusan adalah suatu aspek penting dalam memberikan perkhidmatan yang

terbaik dan penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan kepuasan pelanggan dapat

dicapai.

54
7.2.1 Keberkesanan penglibatan pelanggan

BIDANG BIL. PROGRAM BIL STAF

Alumni 4 12

Komuniti 39 117

Kesukarelawan 6 18

Jadual H.8: Hasil Penglibatan pelanggan FSR

ANALISA TAHAP

KEPUASAN HATI PELANGGAN BAGI PROGRAM

2017

65%

15%

2% 8%

10%

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

NEUTRAL

Jadual H.9: Analisa tahap kepuasan hati pelanggan bagi program FSR

Tahap kepuasan hati pelanggan dianalisa secara keseluruhan bagi tahun 2017. Data diperolehi

daripada borang kepuasan hati pelanggan yang diedarkan selepas tamat program. Hasil dari

analisa menunjukkan bahawa 65% setuju dengan keberkesanan program tersebut. Peratusan

yang tinggi ini dilihat mampu memenuhi permintaan kepada aktiviti yang bercorak fizikal.

7.3 Hasil Tumpuan Sumber Manusia

7.3.1 Keberkesanan Penglibatan Sumber Manusia

FSR sentiasa melibatkan semua staf dalam aktiviti rasmi FSR seperti menjadi

jawatankuasa sama ada secara lantikan atau ’ad hoc’ dalam bidang dan kepakaran

masing-masing. Berdasarkan bidang tumpuan, beberapa kepakaran yang berkompetensi

staf akademik di FSR sangat diperlukan dan telah terlibat secara langsung dalam

jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawanan dengan berkongsi maklumat dan

kepakaran dalam membina kemajuan dan prestasi masyarakat di dalam dan juga di luar

negara

ANTARABANGSA NEGARA AGENSI UITM KOMUNITI

ALUMNI - - - 4 1

KOMUNITI 4 13 4 4 4

SUKARELAWAN 3 - 3 - -

Jadual H.10: Penganjuran Program FSR 2017

55
7.3.2 Tahap Kegirangan Sumber Manusia (Happiness Index)

• EMOSI POSITIF

67%

• HUBUNGAN

• KETERLIBATAN

• MAKNA

78%

• PENCAPAIAN

65%

• INFRASTUKTUR

75 %

76%

64%

Hasil daripada Laporan Statistik Happiness Index FSR

menunjukkan bahawa bagi tahun 2017 Tahap

Kegembiraan paling tinggi adalah 78% dibawah faktor

makna. Faktor ini menerangkan bahawa staf lebih

cenderung kepada sumber yang berbentuk fizikal

(kewangan) berbanding spiritual (keikhlasan). Ini

mungkin dipengaruhi oleh faktor ekonomi semasa.

Rajah H.1: Happiness Index FSR

7.4 Hasil Operasi

7.4.(a) Kecekapan Operasi

Carta alir alumni komuniti sukarelawan

Carta alir aktiviti

x

x

pelajar

Carta alir aktiviti x x x

sukan pelajar

Carta alir

x

x

kebajikan pelajar

Carta alir

mesyuarat

aktiviti pelajar

x x x

Jadual H.11: Mekanisma Kecekapan Operasi FSR

56
Jadual menunjukkan kecekapan operasi adalah merujuk kepada carta alir yang menjadi garis

panduan pelaksanaan program. Melalui carta alir ini segala bentuk pengurusan operasi seperti

sumber peruntukan, jumlah peserta, jadual aktiviti, pengisian program, pelaporan aktiviti dapat

dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

7.4.(b) Keberkesanan Operasi

Menyumbang kepakaran

kepada komuniti setempat dan

juga Negara

Negara – 13

Komuniti setempat – 13

Agensi luar – 7

Meningkatkan kerjasama

strategik dengan Alumnialumni

FSR yang berjaya bagi

sama-sama membangunkan

Pembangunan dan Kejayaan

FSR Shah Alam.

(Giving Back from Alma

mater)

Meningkatkan penglibatan

FSR dalam aktiviti

Kesukarelawan Peringkat

Nasional dan Antarabangsa

1. Coffee Table Book FSR

2. Rakan Strategik Graduate

Employability

3. Memorandum

Persefahaman (MOU) dengan

syarikat/agensi luar - 6

Antarabangsa - 7

Rajah H.2: Hasil Operasi FSR

57
7.5 Hasil dari Prestasi Kewangan

7.5.(a) Keberkesanan Kos

Pengurusan kewangan yang professional dapat

membantu meningkatkan peratus pendapatan

bagi membiayai belanja mengurus. Ini adalah

penting untuk memastikan sasaran stategik

RMK11 tercapai. Pengurusan perbelanjaan dan

tadbir urus yang cekap dan berhemah dapat

membawa perubahan kepada kecemerlangan

sesebuah institusi. Selaras dengan saranan

kerajaan mengamalkan perbelanjaan yang

berkhemah dan pengurusan kejat (lean

management) FSR turut membawa perubahan

tadbir urus dari segi kewangan bagi setiap

perbelanjaan yang dilakukan. Oleh itu, FSR telah

mempraktikkan pengurusan kewangan yang

efisien dan bijaksana bagi melancarkan proses

kerja. FSR mengamalkan pengurusan kewangan

secara berhemah sentiasa menjadi keutamaan. Untuk tujuan itu, bahagian Untuk tahun

2017, program pelajar yang bertunjangkan kepada alumni, komuniti dan sukarelawan telah

meluluskan sebanyak RM28,181.00 daripada keseluruhan peruntukan.

PERKARA 2016 2017

Kelulusan Peruntukkan

Program Alumni, Komuniti,

dan sukarelawan

RM 18,949.00 RM 28,181.00

Jadual H.12: Perbandingan Kelulusan Peruntukan Kewangan FSR

7.5.(b) Pulangan Pelaburan (ROI)

Rajah H.3: ROI FSR

58
Hasil dari peruntukan universiti yang diberikan kepada pihak fakulti untuk projek-projek

pembangunan pelajar, terdapat peningkatan di dalam pencapaian pelajar dari segi akademik,

kemasyarakatan, meningkatkan nilai-nilai murni, meningkatkan aktiviti sukarelawan di

kalangan pelajar dapat membentuk sahsiah pelajar yang lebih baik. Selain daripada itu,

program ini berupaya merapatkan hubungan antara pihak FSR dengan pihak industri bagi

membantu kebolehpasaran pelajar. Peranan FSR dalam usaha untuk meningkatkan

kerjasama bersama alumni, komuniti, dan sukarelawan dilihat berupaya untuk

meningkatkan nilai komersial dalam kemajuan modal insan para pelajar dan warga FSR Shah

Alam. Oleh itu, bagi meneruskan kelangsungan agenda kecemerlangannya menjelang tahun

2020, FSR Shah Alam akan terus berusaha untuk meletakkan fakulti secara realistik dan

mampan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kewangan secara menyeluruh.

7.5(c) Penjanaan pendapatan

Di dalam usaha menyahut saranan UiTM untuk meningkatkan pendapatan, FSR telah

menjana pendapatan melalui bidang tumpuan. Hasil daripada usaha ini, FSR telah berjaya

menjana pendapatan sendiri melalui perkhidmatan pusat latihan gim selain dari sumbangan

dan peruntukan UiTM. Hasil dari pendapatan ini telah disalurkan kepada tabung aktiviti

pelajar untuk meningkatkan dan memperkukuhkan keupayaan untuk memperkayakan aktiviti

pelajar. Jumlah sebenar pendapatan 2017 adalah melebihi dari tahun 2016. Terdapat

beberapa bayaran yang masih belum diselesaikan oleh pihak tertentu. Namun keutamaan

bukanlah mencari keuntungan kerana bidang tumpuan alumni, komuniti, dan sukarelawan

adalah tanggungjawab sosial yang harus dilaksanakan.

TAHUN

JUMLAH PENDAPATAN

2016 RM 12,130.00

2017 RM 8,768.28

Rajah H.4: Penjanaan Pendapatan

59