You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
JILID 1

me-la-yu

MALAY HERITAGE FOUNDATION
kata penyunting

Newsletter ‘me-la-yu’ ini adalah koleksi artkel-artkel yang

ditulis oleh pelajar-pelajar yang bekerja di bawah Yayasan

Warisan. Newsletter ini diberi nama ‘me-la-yu’ kerana semua

artikel-artikel yang terkandung adalah mengenai dunia

Melayu- budaya, seni, bahasa & sastera dan dua artikel

tambahan iaitu Malay Pioneer Series (M.P.S) dan juga

sembang-sembang.

Kesemua artkel yang diletakkan dalam jilid ini, mempunyai

tema ‘Kehalusan’. Kita dapat lihat bagaimana konsep halus

itu terdapat dalam berbagai aspek melayu. Halus itu bukan

sahaja merujuk kepada sesuatu yang lembut, tetapi

merangkumi semua aspek- budaya, bahasa dan juga seni.

Dalam artikel-artikel ini, kami harap anda dapat pelajari

lebih tentang warisan melayu.
kandungan

budaya

EVOLUSI BAJU KURUNG

seni

bahasa&

sastera

SAYANGNYA DONDANG

SAYANG

PUISI

m.p.s

sembangsembang

PENGENALAN

NAMA MEMPUNYAI ERA
BUDAYA

EVOLUSI BAJU KURUNG

BAJU KURUNG SEPANJANG ZAMAN

Oleh: Siti Hajar Binte Zainal

Baju kurung sememangnya telah melalui

pelbagai perubahan dari zaman nenek moyang

kita ke zaman ibu bapa kita hingga ke zaman kita

sekarang.

“Ini sebenarnya mengikut peredaran zaman.

Manusia makin lama tidak menurun, tapi dia

upgrade dan meningkat.” ujar Puan Kamaria

Buang, seorang tukang jahit mapan yang

mengendalikan kelas menjahit termasuk baju

kurung tradisional dan baju kurung moden.

Keadaan konteks persekitaran serta pendedahan

terhadap pengaruh budaya global memainkan

peranan dalam evolusi baju kurung daripada

tradisional ke moden

Baju kurung memang telah lama wujud di rantau

ini sejak zaman pra-moden. Ia bukan sahaja

boleh didapati di Singapura dan Malaysia tetapi

terdapat juga baju kurung di daerah Indonesia.

Sebelum kedatangan Islam ke rantau ini, nenek

moyang kita hanya memakai sarung yang diikat

menutupi dada hingga ke betis atau lebih dikenali

dengan berkemban.

Namun, kedatangan pedagangpedagang

yang beragama Islam ke sini

membawa konsep kesopanan dalam

pemakaian yang bercirikan garis panduan yang

selaras dengan nilai yang dianjurkan oleh

agama Islam.

Baju kurung asli atau tradisional sebetulnya

mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, yang

membuatkannya satu pemakaian unik

masyarakat Melayu pada abad ke-19 and 20.

Melalui nama yang diberi, fungsi baju kurung

sewajarnya adalah untuk mengurung tubuh si

pemakai bagi menjaga kehormatan wanita dan

melindungi mereka daripada anasir-anasir

buruk. Justeru itu, bentuk baju yang labuh dan

longgar merupakan salah satu ciri baju kurung

tradisional.

“Ukuran dia lebih besar daripada sekarang, dari

segi bahunya, dia tak ikut ukuran bahu dia yang

sebenar, dia akan lebih sedikit daripada bahu

kanan dan kiri, mungkin dalam satu inci

ataupun setengah inci, panjang baju pun lebih

ke bawah. Tangannya juga dia tak potong

serong, tangan biasanya besar-besar dan

labuh”, jelas Puan Kamariah.
Walaupun baju kurung dipakai oleh

kebanyakan wanita Melayu di seluruh rantau

ini, setiap daerah mempunyai ciri-ciri khas

mereka yang tersendiri. Di kawasan Malaya

misalnya, terdapat beberapa jenis baju kurung

seperti Baju Kurung Teluk Belangah, Baju

Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Kedah,

Baju Kurung Pahang dan lain-lain lagi.

Selari dengan peredaran zaman yang menuju

ke arah kemodenan, baju kurung mengalami

proses penyesuaian dan adaptasi yang kini

dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Bila ditanya tentang perbezaan baju kurung

tradisional dan moden, Puan Kamariah

mengujarkan bahawa perkembangan fesyen

dunia dan pendedahan pada pengaruh fesyen

menyebabkan adanya perubahan pada baju

kurung.

“Bezanya nampak ketara. Satu, kalau yang

sekarang, bajunya berbentuk. Dia ada dat di

depan dan belakang, dan ia lebih ketat sedikit,

daipada baju kurung asli. Baju kurung asli ia

longgar dan kita pakai selesa kalau kita makan,

kita tak bimbang sebab ia selesa. Lagipun ia

besar, tak menampakkan tubuh badan kita dan

ia lebih sopan.”

Pada zaman ini, baju kurung sudah

tidak berkekek dan berpesak tapi berdat,

sudah tidak longgar dan labuh tetapi

berbentuk. Pelbagai jenis reka bentuk dan

corak moden baju kurung boleh didapati. Ada

yang mengasimilasikan kedua-dua unsur

tradisional dan moden manakala ada yang

membuat baju kurung menjadi sangat

kebaratan, yang membuatkan kita tertanyatanya

bolehkah ia dipanggil Baju Kurung?

Baju kurung dalam kehidupan generasi

muda

Baju kurung tradisional yang diadaptasi

dan diubah menjadi baju kurung moden yang

bercirikan kebaratan bukan bermakna bahawa

masyarakat Melayu telah lupa kepada tradisi

dan budaya Melayu tetapi ia mencerminkan

anjakan dalam pemikiran untuk

memperkayakan budaya Melayu dan

membuatkan ia lebih relevan dan selaras

dengan peredaran zaman.

“Kita kena tengok keadaan. Dari segi fesyen,

memang takda masalah. Kalau fesyen, kita

boleh ubah dia, Cuma kita kena ada pendirian

sama ada fesyen itu kita boleh pakai ke tidak.

Keputusan itu kita yang buat. Kalau kita minat

satu fesyen tu, kita boleh ubah suai dia

mengikut kemahuan kita. Sebab kalau fesyen

barat, yang ada bentuk fesyen dia cantik tapi

tak sesuai sebab takda lengan. Kita boleh

ubah suai, kita jangan takut pada fesyen yang

kita nak pakai”, nasihat Puan Kamariah.
Bagi Cik Hafizah Ghazali, seorang

lulusan Kolej Seni Lasalle dalam bidang

fashion, baju kurung boleh diubahsuai menjadi

moden tetapi tetap mengekalkan ciri

tradisional melalui jenis fabrik dan kain yang

digunakan. Menurut beliau, sekarang terdapat

bermacam jenis fabrik moden yang boleh

digunakan seperti modern lace. Selain itu,

terdapat juga pelbagai aksesori yang boleh

ditambah ke baju kurung untuk mengubahnya

menjadi lebih moden dan menarik seperti

sequins, beadings, frills dan sash tapi dari segi

bentuk pula mengekalkan ciri tradisional

dengan potongan baju yang longgar dan

sopan. Begitulah bagaimana baju kurung

boleh diadaptasi untuk kekal relevan dalam

konteks moden hari ini.

Usahawan muda yang mempunyai koleksi

baju raya rekaan beliau sendiri merasa keliru

jika koleksi beliau yang lebih bersifat smart

casual boleh dinamakan baju kurung. Menurut

beliau, “dengan adanya ciri-ciri baju kurung

dalam pakaian moden tidak semestinya

menjadikan pakaian tersebut baju kurung”.

Keistimewaan Baju Kurung

Walaupun baju kurung sekarang telah

melalui pelbagai perubahan dan adaptasi

mengikuti arus kemodenan, yang mungkin telah

menyebabkan ciri-ciri tradisional terhakis sedikit

demi sedikit, baju kurung secara keseluruhan

masih dianggap penting untuk dikekalkan dan

dilestarikan kerana ia merupakan suatu identiti

bangsa Melayu.

Bagi Puan Kamariah, “mengekalkan pakaianpakaian

seperti ni menjadi suatu kebanggaan

bangsa kita sendiri. Melayu hanya boleh

kekalkan identiti melayu, bukan orang asing.

Baju kurung penting untuk identiti melayu kita

sebagai satu bangsa.”

Bagi sesetengah wanita, baju kurung bukan

sahaja penting untuk mengekalkan identiti

Melayu tetapi ia juga mengandungi pelbagai

nilai yang mencerminkan keindahan bangsa kita

yang bersifat sopan, rendah diri dan sederhana.

Beliau menambah, “I feel that baju kurung is

like sacred. Not sacred but it is special, like it is

very basic but special, I don’t know how to

explain”.
SENI

SAYANGNYA DONDANG SAYANG

Oleh: Farhanah bte Mohamad Saad

Sepanjang deretan rumah kedai di Joo

Chiat Place, anda pasti akan melihatnya. Rumah

kedai yang terang-benderang dan tetap meriah

walaupun ia merupakan malam hari Rabu. Hatiku

berdebar riang dengan setiap langkah menuju ke

Persatuan Gunong Sayang (GSA), gembira

kerana telah diberikan peluang untuk turut serta

dalam latihan mingguan mereka.

Walaupun minat untuk seni Dondang Sayang

kian merosot, GSA kekal sebagai satu-satunya

persatuan yang menggalakkan persembahan

seni ini semenjak pertubuhannya pada tahun

1910 oleh orang Peranakan di Singapura.

Dondang Sayang merupakan seni lisan Melayu

tradisional dimana pantun-pantun dinyanyikan,

diiringi oleh okestra tradisional. Okestra

tradisional sering terdiri daripada biola, ataupun

akordion atau seruling ditempatnya, rebana dan

gong. Ia dipersembahkan oleh sekurangkurangnya

dua penyanyi yang akan menjual-beli

pantun secara spontan, sambil mengikut irama

lagu yang dimainkan. Meskipun ia dikaitkan

dengan budaya Melayu dan Peranakan, seni ini

sering hanya dipersembahkan oleh orang

Peranakan di Singapura.

Permulaan Dondang Sayang

Sejarah Dondang Sayang seringkali

dikatakan bermula pada zaman Kerajaan

Melaka. Namun sedemikan, menurut Pak

Yahya, ketua Dendang Irama, sebuah

okestra tradisional yang kini memainkan

musik untuk latihan-latihan di GSA, sejarah

Dondang Sayang tidak bermula di situ. Beliau

mengatakan bahawa Dondang Sayang telah

mula-mula dipersembahkan di Teluk Pasu,

Indonesia, sebelum ia dikenali di Melaka. Pak

Yahya, yang mempunyai lebih daripada 40

tahun pengalaman dalam permainan musik

Dondang Sayang, juga memainkan akordion

untuk Dendang Irama dan amat bangga akan

pengetahuannya dalam bidang seni ini.

Menurut Baba Victor yang telah menceburi

seni ini sejak 1987 dibawah ajaran mendiang

Baba William Tan, ada beberapa cara untuk

mempersembahkan Dondang Sayang.

Namun, GSA mengekalkan cara asli

mempersembahkannya. “Kami tidak nyanyi

Dondang Sayang Rumba. Terdapat Dondang

Sayang Swing dan Mambo, tapi saya tidak

menyanyi Dondang Sayang dengan cara itu.

Ada juga orang yang ingin menyanyi

Dondang Sayang dalam gaya Mambo.”
Dondang Sayang merupakan seni yang amat

kompleks. Seseorang perlu berlatih untuk

bertahun lamanya sebelum boleh mencapai

kecekapan dalam mempersembahkan Dondang

Sayang sebagai seorang penyayi mahupun

sebagai pemain musik. Ini telah diterangkan

dalam buku “Like Tigers Around a Piece of Meat:

The Baba Style of Dondang Sayang.” Biola,

akordion atau seruling, yang mengiringi

nyanyian Dondang Sayang, harus dimainkan

dengan kesemua nota yang boleh dimainkan

oleh alat musik tersebut. Selain daripada

megikuti pitch setiap penyanyi dan mengekalkan

tempo, pemain musik juga harus pandai

melaraskan permainannya sambil terus-menerus

memainkan musik selama beberapa jam. Si

penyanyi pula harus mempunyai pengetahuan

yang hebat tentang Budaya Melayu dan harus

mempunyai kebolehan untuk mengarang pantun

secara spontan dan laju untuk terus mengikut

irama musik.

Malangnya, masa depan seni Dondang Sayang

di Singapura suram walau dengan kehadiran

dan usaha persatuan-persatuan seperti GSA

dan Dendang Irama untuk terus

mempertahankannya. Pak Yahya dan Encik

Jumaat mengatakan bahawa kekurangan modal

dan pembiayaan merupakan masalah yang

besar dalam ingin meneruskan seni ini. Selain

itu, minat yang semakin merosot untuk seni ini

juga bermakna bahawa terdapat kekurangan

orang yang ingin mencapai kecekapan dalam

seni ini. “Dah tak ada orang yang nak

mendalami seni ini lagi,” sambung Encik

Jumaat. Walau dihadapi dengan pelbagai

cabaran, Baba Victor tetap kelihatan positif

tentang masa depan Dondang Sayang. “Masih

ada ramai yang berminat dalam Dondang

Sayang, seperti kami di GSA. Sebab itu kami

datang ke mari setiap malam Rabu untuk

berlatih.”

“Mendiang William Tan boleh balas pantun. Dia

merupakan yang terakhir dalam generasinya

yang boleh membuat sedemikian,” kata Baba

Victor. Kini, pantun-pantun dihafal sebelum ia

dipersembahkan dihadapan para penonton.

Dahulu, Dondang Sayang sering

dipersembahkan di radio dan televisyen melalui

rancangan yang sangat popular, Kelab Dondang

Sayang. Dondang Sayang juga dulu sering

dipersembahkan di majlis perkahwinan atau

ulang tahun, sesuatu yang tidak akan dialami

oleh generasi muda.

Persembahan Dondang Sayang di GSA
BAHASA&

SASTERA

PUISI

Dalam cahaya kehidupan moden

oleh Izzalina Binte Mohamad Ali

Buah saga buah bidara

Tumbuh elok merata-rata

Wahai adik wahai saudara

Mari dengar hamba cerita

Pantun melayu adalah sebuah bentuk puisi

lisan yang tradisional. Ia bermula sejak adanya

kepulauan melayu, dalam abad ke 15. Namun,

tiada bukti yang menunjukkan siapa yang

mencipta genre sastera ini. Contoh yang pertama

boleh didapati di rekod Sulalatus Salatin dan

Hikayat Hang Tuah. Dianggap sebagai bentuk

puisi yang dicipta oleh orang melayu, pantun itu

dijaga dengan bangga hingga ke hari ini.

Terbang bebas si bayan nari

Hinggap Sebentar di pohon jati

dulu lahir dari naluri

sayangnya kini di ambang mati

Kembang elok di pohon kenanga

Harum semerbak mengundang nuri

Cakapnya belit berbunga-bunga

Flora dan fauna tema diberi

Burung Jentayu milik si parsi

datang ke mari bertubi-tubi

puisi bukan sebarang puisi

pantun berkerat Rima ber A-B

Menurut ahli antrpologi Dr Liaw Yook Fang,

pantun berasal sebagai bentuk sastera untuk

orang ramai, atau lebih dikenali sebagai sastera

rakyat. Bukan seperti bentuk sastera yang lain,

pantun digunakan dalam percakapan harian.

Sebelum orang melayu tahu membaca dan

menulis surat, pantun telah digunakan untuk

menangkap kenangan dan menukar mesej. Oleh

itu, pengarang dan pencipta pantun klasik tidak

diketahui tetapi pantun dianggap sebagai milik

masyarakat.
Fungsi puisi

Bukan seperti zaman dulu, hari ini pantun

jarang digunakan dalam perbualan harian.

Penggunaan pantun hanya dapat dilihat dalam

majlis dan adat tertentu, contohnya adat merisik.

Pantun digunakan dalam adat merisik kerana orang

melayu percaya bahawa, orang tidak patut terlalu

terbuka sangat dengan soal hati. Aspek estetik

pantun juga dapat memeriahkan lagi suasana

majlis.

Mr Ishak Mohd Zain, 51, sering kali menjadi wakil

untuk pihak yang berminat. Dia dijadikan wakil untuk

saudara yang agak jauh juga kerana bukan ramai

dalam keluarganya yang selesa menggunakan

pantun dalam perbualan. Walau bagaimanapun, dia

berkata yang wakil-wakil hari ini juga mengurangkan

penggunaan pantun dalam menyampaikan hajat

mereka. Ini adalah kerana, orang tidak lagi melihat

konsep jual beli pantun ini sebagai praktikal dalam

perbincangan tentang soal perkahwinan

Penjualan pantun bermula dengan:

"Bukan kacang sebarang kacang

Kacang melilit si kayu jati

Bukan datang sebarang datang

Datang membawa hajat di hati"

Pembelian pantun pula dijawab dengan:

"Bila kacang melilit jati

ambil parang pembelah pinang

Bila ada hajat di hati

Mana tepak tanda meminang"

Encik Ishak mengagak bahawa “Orang hari

ini ingin mengelakkan dari kekeliruan kerana

pantun itu boleh membawa makna yang

berlainan.” Rasional orang dahulu menggunakan

pantun adalah untuk cakap beralas. Namun, ini

mungkin boleh menjejas kecekapan

dperbincangan tersebut.

Tambahan pula, orang telah kehilangan

kebolehan untuk menjawab sebuah pantun secara

spontan. Oleh itu, untuk mengelak dari perasaan

malu dan janggal, pantun itu digunakan hanya

pada permulaan perbincangan di mana mereka

boleh bersiap sedia terlebih dahulu.

Identiti melalui pantun

Pertama sekali, Encik Hawazi berasa yang

budaya pantun-memantun menunjukkan yang

orang melayu adalah orang yang berbudi bahasa

dan bangga dengan adab yang baik. Dengan

penggunaan pantun, seseorang itu dapat

memahami mesej, perasaan dan dengan secara

tidak langsung, memberi ruang untuk penerima

membuat intepretasi sendiri, Pantun banyak

bersandarkan simbolisme yang bergantung

kepada ilmu dan ingatan supaya dapat

memahami mesej.

Oleh itu, sindiran yang pedas juga boleh

disampaikan tanpa tindak balas yang

menunjukkan perasaan tersinggung oleh

penerima. Orang melayu mempunyai

kepercayaan yang beralah tidak semestinya

lemah, berlembut tidak semestinya kalah. Pantun

itu turut berfungsi sebagai lapisan tambahan

untuk mengelakkan konflik.
Kedua, penggunaan pantun oleh orang

melayu bererti mereka memberi penghormatan

kepada orang yang ditujukan. Orang melayu

mementingkan nilai hormat-menghormati kerana

orang melayu secara tradisionalnya, tinggal

dalam masyarakat yang sangat rapat di mana

hubungan social adalah penting untuk

keharmonian. Dengan mengamalkan

pendekatan yang lebih lembut dan cara yang

lebih indah dari segi estetik ini, terdapat peluang

yang lebih kecil untuk menyinggung perasaan

Kaitan puisi dengan kemodenan

Encik Hawazi berpegang teguh yang

pantun masih lagi relevan dalam konteks hari ini.

Walaupun kelebihan pantun itu subjektif dan

tidak dapat dirasai denga ketara, pantun masih

lagi penting untuk megasah kuasa emosi (EQ)

seseorang.

Encik Hawazi menekankan bahawa kuasa emosi

ini penting dalam modal sosial seseorang dan

memberi kelebihan kepada seseorang dari segi

peluang pekerjaan.

Di sebelah pula, mahasiswi NUS Nursheila Muiz,

22, mempunyai masalah memahami sudut

pandangan Encik Hawazi yang optimis. Dia rasa

yang pantun itu tidak ketara dan terlalu terhad

perngaruhnya untuk mewujudkan kesedaran

dalam warisan. “Sejujurnya, saya melihat pantun

sebagai tidak releven kerana tidak praktikal.

Namun, tidak dapat dinafikan yang pantun

adalah sebahagian dari budaya kita yang harus

dipelihara.”

Pantun jadi nadi budaya: Masa depan

pantun

Mengikut pandangan optimis Encik

Hawazi, Cikgu Djamal dapat melihat yang kualiti

pantun dalam pertandingan ini bertambah baik.

Ini menunjukkan bahawa generasi muda masih

ada nilai estetik yang membolehkan mereka

menghargai seni. Berazam untuk mengekalkan

ini, berkata yang selama 12 tahun dia menjadi

hakim untuk pesta pantun, dia menyimpan

pantun-pantun yang dikarang oleh pelajarpelajar.

Tahun ini, dia berharap untuk

mengeluarkan sebuah buku untuk menunjukkan

masyarakat yang pantun masih hidup. “Biar

pantun jadi nadi budaya.”

Masa depan pantun dalam tangan generasi

akan datang. Jika ianya dihapuskan, sekadar

hiburan atau betul-betul dipraktikan, tiada siapa

yang tahu. Generasi tua yang diwakili oleh

Cikgu Djamal hanya dapat berharap yang

pantun itu bukan hanya di permukaan sahaja.

Untuk masa depan pantun diera moden ini,

bergantung pada bagaimana orang muda

melihat pantun sebagai bahagian yang penting

dalam identiti melayu.

Tetap megah pohon cemara

Walaupun badai datang melanda

Usah mengalah harus mara

Pantun-memantun warisan nenda
MALAY PIONEER

SERIES

PENGENALAN PADA DUNIA MELAYU

Oleh: Liyana Sulaiman, Siti Hajar Zainal and

Farhanah Mohamad Saad

Apa itu dunia melayu?

Dunia melayu atau lebih dikenali sebagai kepulauan

melayu atau Nusantara, telah wujud dan

berkembang sebelum datangnya penjajah. Dunia

melayu mempunyai jumlah pulau-pulau yang tertinggi

dalam seluruh dunia, anatarnya ialah pulau Timor,

Philippines. pulau-pulau Indonesia, timur Malaysia,

Singapura dan Brunei. Namun, sempadan sebenar

kepulauan ini masih lagi kurang jelas dan sukar

dikawal kerana beberapa cendekiawan percaya

bahawa sempadan itu diregangkan jauh dari itu,

termasuklah New Guinea, Madagascar dan tanah

besar Asia Tenggara. Walaubagaimana pun, tidak

dinafikan bahawa dunia melayu mempunyai sejarah

rangkaian dinamik yang hebat. Empayar yang hebathebat

memerintah kawasan ini dan dunia Melayu

dikenali terutamanya dengan industri maritim yang

bersemangat.

Rakyat

Seperti tamadun-tamadun lain, warga melayu

banyak bersumbang kepada sektor-sektor dalam

masyarakat. Bahagian-bahagian dalam masyarakat

memainkan peranan yang berbeza tetapi apa yang

penting adalah peranan itu saling melengkapi antara

satu sama lain. Menariknya, pemerintah-pemerintah

melayu tidak mementingkan wilayah sempadan

antara pulau-pulau melayu. Apa yang lebih penting

adalah penduduknya. Rakyat-rakyat, tidak kira

asalnya, lebih penting pada pemerintah kerana

jumlah yang tinggi menunjukkan kerajaan yang

kuat.

Sebelum zaman penjajah hingga ke zaman selepas

penjajah, rakyat-rakyat di alam melayu dari kawsan

berbeza dan bangsa yang berlainan, bebas untuk

merantau ke mana-mana pulau melayu yang

mereka ingini. Di sini terdapat penukaran idea, ilmu,

barang dan juga budaya. Tambahan pula, interkasi

perdagangan maritime, mencipta sebuah kejiranan

budaya dan bahasa Melayu menjadi Lingua Franca

kawasan tersebut.

Malay Pioneer Series (M.P.S)

Dalam siri ini, kami akan memperkenalkan

beberapa individu yang telah banyak menyumbang

kepada aktiviti perdagangan yang dinamik dan

individu yang menyumbang kepada kesusasteraan

melayu.
SEMBANG-

SEMBANG

Nama mempunyai era

Pernamaan anak bermula dengan ibubapa yang

mengikut era, melalui penukaran mengikut

agensi individu.

Oleh: Nurul ‘Asyura Mashkur

“Batman Bin Suparman.”

“Bismillah Hir Rahman Nir Rahim”

Jika anda berfikir yang pertama itu datang

dari komedi melayu di mana nama itu

menyerupai wira di dunia barat dan yang kedua

pula adalah dari ayat Quran yang orang muslim

mengatakan sebelum melakukan sesuatu, anda

akan terkejut. Kedua-dua itu adalah nama

sebenar yang diberi kepada orang sebenar.

Saya terkejut melihat nama-nama itu dalam

sebuah gambar yang dikongsikan di Facebook.

Gambar itu adalah gambar IC dengan nama

“Batman Bin Suparman”, lengkap dengan

gambar lelaki tersebut dan juga sebuah kad Ezlink

dengan nama “Bismillah Hir Rahman Nir

Rahim” yang dimiliki seorang perempuan di

sekolah rendah.

Kemudian saya terfikir, bagaimana ibubapa

boleh memilih nama-nama begini untuk anak

mereka? Adakah mereka memikir tentang makna

signifikan nama-nama tersebut.

Pentingnya Islam dalam penamaan anak

Apakah pertimbangan yang harus diambil kira

apabila menamakan anak?

Orang melayu, terutamanya generasi lama,

mempunyai tanggapan sendiri tentang nama baik

dan nama buruk. Dari segi Islam juga, terdapat

tanggapan begitu juga, bahawa nama seseorang

telah tertulis di syurga sebelum bayi itu dilahirkan.

Apabila anak itu dilahirkan, nama yang ibubapa

setuju dengan dipercayai sudah tertulis di Luh

Mahfuz.

Ibu bapa saya juga mempunyai kepercayaan yang

sama. Ini menjelaskan rasional mereka

memikirkan nama yang baik untuk saya dan adik

saya. Nama saya Asyura, bapa saya memilihnya

selepas mendengar khutbah tentang hari Asyura

pada solat jumaat. Hari Asyura adalah salah satu

hari yang penting dalam kalendar islam kerana

banyak kejadian berkaitan dengan Nabi-nabi

berlaku pada hari tersebut. Hari Asyura jatuh pada

10 Muharram dan perkataan Asyura membawa

maksud 10 dalam Bahasa Arab. Dia jatuh cinta

dengan nama tersebut dan justeru itu, orang

percaya bahawa ia telah tertulis di syurga.

Oleh kerana kebanyakkan orang Melayu

beragama Islam, tidak hairanlah yang penamaan

anak banyak mengikut rangka nama-nama

muslim.
Sebelum kehadiran islam di nusantara

melayu, kebanyakkan orang menganut agama Hindu

dan terdapat banyak pengaruh Hindu terhadap

penamaan dan budaya mereka. Proses Islamisasi

berlaku di seluruh nusantara melayu melalui Sufi

Islam dan guru-guru dari Timur Tengah. Salah satu

perubahan yang berlaku adalah penukaran dari

nama-nama hindu ke nama-nama yang berunsur

Islam. Seperti dalam laman web „Anthropology and

Human Condition‟, penukaran nama ini digalakkan

dalam pengajaran Islam dan tradisi nabuatan di

mana orang digalakkan menggunakan nama

berdasarkan 99 nama Allah.

Justeru, apabila orang melayu berbual tentang nama

baik dan nama buruk, mereka sedang merujuk pada

maksud nama tersebut dalam bahasa arab.

Walau bagaimanapun, isu ini mempunyai perspektif

yang berbeza dalam masyarakat melayu. Terdapat

golongan yang rasa bahawa 99 nama Allah tidak

patut dijadikan nama anak. Oleh itu saya membuat

temu janji dengan Cikgu Muhammad Ariff Bin

Ahmad, seorang pakar dalam bahasa dan budaya

melayu. Dia seorang yang ramah dan telah sediakan

buku tentang nama-nama melayu apabila saya

memasuki rumahnya. Menurutnya, jika ibubapa ingin

menggunakan 99 nama Allah, mereka harus letakkan

„Abdul‟ sebelumnya. Ini akan membawa makna

„hamba kepada Allah‟. Namun, Cikgu Ariff berkata

yang terdapat orang yang mempunyai pandapat yang

berbeza berkaitan dengan hal ini.

Apabila berkaitan denga nama, terlalu banyak pilihan

yang ibubapa boleh keliru hendak memilih nama

yang sesuai. Cikgu Ariff percaya bahawa ibu bapa

harus meletakkan kepentingan atas pemilihan nama

yang baik untuk anak mereka.

Tanggapan yang seseorang itu harus

hidupkan namanya

Saya telah mendengar banyak namanama

islam tetapi nama yang paling islamik

adalah „Rabiatul Adawiyah‟. Nama ini datang

dari seorang muslimah yang sangat terkenal

yang sangat alim. Mujurlah saya ada kawan

yang mempunyai nama tersebut dan saya pun

berjumpa dengannya untuk berbual tentang

namanya dan implikasinya.

Rabiatul Adawiyah, 23 tahun, adalah seorang

mahasiswa pengajian melayu di NUS fakulti

sastera dan sains sosial. Apabila saya soal dia

tentang isu ini dia dengan terbuka hati ingin

menolong menjawab soalan-soalan saya.

Pertama sekali, saya dapat tahu yang namanya

diberi oleh ayahnya. Saya juga tanya “adakah

anda rasa nama itu mencerminkan personaliti

anda dan jika anda berasa anda harus

hidupkan nama?”

Dia berkata dia berasa lebih tertekan apabila

gurunya selalu mengingatkannya untuk

menghidupkan nama. “Ustazah saya dan cikgu

saya tahu nama saya dan mereka selalu akan

mengingatkan saya jangan melakukan perkara

yang akan mencemar nama saya.” Waktu dia di

sekolah, terdapat seorang lagi yang bernama

Rabiatul Adawiyah dan dia seorang yang agak

nakal kerana di tangkap berfoya-foya di luar

sekolah. Guru dia sering memesan kawan saya

untuk tidak jadi sepertinya.
Penukaran dalam penamaan

Bayangkan diri anda mendapat nama seperti

„Hitam‟, „Putih‟, „Campak‟, „Dahan‟, „Ranting‟,

„Lembab‟, „Padi‟, „Nipis‟ dan senarainya tidak

akan henti...

Itu adalah antara nama-nama yang ibubapa

memberi kepada anak-anak mereka zaman

1930-1950. Isyarat visual lebih penting kepada

mereka pada waktu itu. Sebagai contoh,

apabila seorang ibu melahirkan anak, mereka

akan melihat pemandangan luar dan apa-apa

yang menangkap perhatian mereka, itulah

yang menjadi nama anaknya. Nama „Putih‟

berkemungkinan besar didapti dari seekor

kucing putih yang lalu rumahnya di mana anak

itu dilahirkan. Amalan ini berleluasa di daerah

kampung pada zaman tersebut.

Menurut Asiah Ibrahim, nama-nama

mempunyai era dan fasa yang tertentu.

Selepas amalan isyarat visual itu, terdapat

pula fasa mencantumkan nama inu dah ayah

untuk mendapat nama anak. Sebagai contoh:

Maznah (ibu) + Daud (ayah) = Mazda (anak)

Percampuran nama orang Barat

Pengaruh orang barat yang semakin ketara

telah membuat ramai orang melayu mengikut

cara orang barat termasuk segi pernamaan.

Dalam “Anthropology and The Human

Condition” dalam bahagian “westernisation of

malay names‟, penulis berkata yang namanama

ini tidak dicatat dalam rekod rasmi atau

dalam sijil kelahiran tetapi lebih kepada

bagaimana individu itu dipanggil.

„Pada zaman dahulu,tren ini telah

mempengaruhi penamaan konvensional.‟

(Anthropology and The Human Condition).

Beberapa ibubapa memilih untuk memberi nama

orang barat terus. Namun, ini tidak bermakna nama

melayu-islam itu dihapuskan sepenuhnya, tetapi ia

diletak bersama. Seperti contoh, Muhammad Danial

atau Muhammad Danish adalah nama yang

mempunyai kedua-dua nama orang barat dan

melayu-islam. Individu ini juga boleh dipanggil „Dan‟

oleh keluarga dan rakan-rakan. Ditulis dalam artikel

„Anthropology and Human Condition‟ yang „oleh

kerana struktur penamaan yang fleksible, seorang

individu itu diberi identiti yang berlapisan kerana

menegakkan identiti yang progresif dan juga identiti

budaya sebagai melayu-islam” dilihat dari nama

hibrid.

Nama melalui era yang berbeza dan fasa yang

fleksible. Secara umumnya, orang mendaftar nama

dengan makna yang baik tetapi kini ramai yang

memilih untuk tampil dengan nama-nama yang

mengikut konteks semasa. Oleh itu, jikalau orang

seperti Batman bin Suparman tidak suka dengan

namanya, dia boleh saja mengubahnya mengikut

orang barat, seperti „Superman‟. Apabila

memikirkannya lagi, namanya memanglah unik.

Dalam konteks hari ini, penting untuk ibu bapa

memilih nama yang sesuai dari mula. Namun,

menurut Cikgu Ariff Ahmad, “simplicity is key”.