BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

15.12.2012 Views

BERITA BSP Projek Penyelarasan Operasi (OPAL) Pengarah Aset Hajah Rosmawatty mengumumkan Projek OPAL dari pelantar AMPA-9 Pada 8 Jun 2009, Pengarah Aset Hajah Rosmawatty telah mengumumkan Projek OPAL dari AMPA- 9. OPAL adalah Projek Penyelarasan Operasi yang bertujuan meningkatkan lagi kesedaran terhadap keselamatan proses, yang seterusnya akan mewujudkan keselamatan peribadi yang lebih baik. Dengan memberikan penumpuan yang lebih kepada usaha untuk mewujudkan kebanggaan di dalam beroperasi, OPAL disasarkan untuk mempersiapkan organisasi menghadapi masa depan dengan lebih berkeyakinan. Adalah menepati OPAL telah dilancarkan di Ampa-9 di mana ianya mula diilhamkan ekoran kejadian kebakaran pada 26 April 2008, di lokasi kerja ini. Bercakap kepada semua kakitangan Direktorat Aset melalui telekonferens secara langsung, Hjh Rosmawatty telah menggariskan keperluan bagi satu struktur yang lebih teguh yang bukan sahaja akan membantu Direktorat Aset menghapuskan insiden-insiden berpotensi tinggi berlaku, tetapi juga akan membantu mencapai serta mengekalkan prestasi suku teratas 06 Salam Julai 2009 (TQ) yang merupakan salah satu usaha “must win” Shell Global. Projek ini akan diungkayahkan pada 1 Oktober 2009 apabila struktur organisasi yang telah terselaras mula berkuatkuasa. Struktur ini bukan sekadar mempertingkatkan lagi kebertanggungjawaban tetapi juga akan mewujudkan jawatan-jawatan baru yang akan membolehkan teknologi-teknologi seperti telaga SMART, pembanjiran air, peralatan berputar dan sebagainya diaplikasikan dengan lebih meluas lagi. Sehubungan itu, sejumlah 203 jawatan-jawatan yang baru telah diwujudkan dan akan diisi sepanjang tiga tahun yang akan datang. Bagi menangani permintaan yang meningkat bagi tenaga kerja yang berkeupayaan, proses rejuvenasi bidang-bidang kemahiran akan diberi keutamaan dengan penubuhan Akademi Operasi. Akademi yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan serta pengekalan keupayaan yang lebih tinggi, akan berpandukan satu proses Tangga Kerjaya di mana kakitangan yang berkelayakan dan berkebolehan berpeluang meningkat maju di dalam kerjaya masing-masing dari JG 9 sehingga JG 1, di samping berpeluang menerima akreditasi daripada universiti-universiti dan badan-badan kawalan piawaian antarabangsa. OPAL juga akan menyaksikan strategistrategi pengambilan tenaga kerja yang baru serta kreatif, seperti kempen IOR yang berterusan, penempatan graduan, pemegang HND dan TOPP di dalam jawatan-jawatan yang penting di samping pengambilan melalui pengiklanan kekosongan jawatan dan jerayawarya kerjaya. Kesemuanya ini adalah usaha-usaha bersepadu bagi membawa lebih ramai tenaga kerja ke dalam organisasi dan mengisi setiap kekosongan dengan calon-calon yang berkualiti. Matlamat mutakhirnya adalah bagi mempastikan bahawa calon yang sewajarnya ditempatkan di dalam jawatan yang sepatutnya melalui proses OPAL. Salah satu kekuatan proses OPAL adalah penegasannya yang bukan sahaja ditumpukan kepada keupayaan tetapi juga kepada prestasi yang boleh dikekalkan. Dengan adanya Penilaianpenilaian CAS, CBD dan OIM, tahap keupayaan sesuatu bidang kemahiran mampu dibangun serta dikekalkan prestasinya. Seseorang calon akan hanya berpeluang meningkat di dalam kerjayanya apabila keupayaan dan prestasinya dapat diselaraskan. Peningkatan kerjaya ini turut dibantu melalui pengenalan penjaluran pekerjaan bagi jawatan-jawatan yang terpilih, di mana wujud peluang yang lebih besar bagi seseorang kakitangan di dalam sesuatu jalur pekerjaan itu untuk dinaikkan pangkat tanpa perlu terlebih dahulu menunggu kekosongan jawatan di dalam JG yang lebih tinggi. Ini akan mewujudkan pembangunan kerjaya peribadi yang lebih berdaya maju yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan di dalam tahap keupayaan.

SAPHRON Fasa 2 - Apakah Yang Perlu Diketahui Tentangnya? Dengan kejayaan pelaksanaan Pengaktifan SAPHRON Fasa 1 pada Julai 2009, kumpulan Projek SAPHRON kini meneruskan perjalanan untuk menghasilkan SAPHRON Fasa 2. Pelaksanaan Fasa 2 akan dilancarkan dengan Peringkat 1 – Penyediaan Projek. Pada masa yang sama, kumpulan projek ini turut menjalankan kajian di talian Penilaian Semula Pasca, dengan objektif untuk mengumpulkan maklumbalas tentang apa yang boleh kita perelokkan lagi bagi pelaksanaan Fasa 2. SAPHRON Fasa 2 dirancang untuk diaktifkan pada Julai 2010 dan akan menghasilkan modul-modul serta fungsifungsi berikut: • Perekrutan (e.g. pemerosesan permohonan dalaman dan luaran) • Pembangunan Kakitangan (e.g. pengurusan keupayaan dan prestasi) • Pengurusan Kompensasi termasuk Perancangan Kos Kakitangan (e.g. pengurusan penggajian dan penilaian merit, perancangan tenaga kerja dan belanjawan) • Perkhidmatan Layan Diri Kakitangan (e.g. melihat data yang relevan di talian, tuntutan lebih masa di talian, permohonan perjalanan di talian) • Perkhidmatan Layan Diri Pengurus (e.g. kelulusan cuti di talian, melihat butiran organisasi) bagaimana keSannya kepada awda? Bagi para professional HR, SAPHRON Fasa 2 akan menyediakan dua modul fungsi tambahan selain daripada apa yang telah dilaksanakan di bawah Fasa 1. Seperti juga di bawah Fasa 1, modul-modul fungsi tambahan ini adalah sebahagian daripada kaedah-kaedah yang membantu para professional HR menjalankan proses-proses urusan HR dan menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan HR yang ditambah nilai kepada perniagaan serta organisasi dengan lebih berkesan dan cekap. Ini adalah satu tempoh masa yang menarik bagi kesemua kakitangan BSP, BLNG dan BSM, kerana kita akan menyaksi serta mengalami sendiri banyak lagi perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan melalui Fasa 2; terutamanya dengan pengenalan Perkhidmatan Layan Diri Kakitangan (ESS) dan Perkhidmatan Layan Diri Pengurus (MSS). Para pengurus jabatan, penyelia dan kakitangan akan mempunyai capaian secara langsung kepada sejumlah data HR dan peribadi di talian. Kaedah ESS dan MSS melalui SAPHRON menandakan satu permulaan cara bekerja yang baru bagi kakitangan BSP, BLNG dan BSM, khasnya dalam menjalankan proses-proses HR, e.g. permohonan cuti dan tuntutan lebih masa melalui satu kaedah HR yang baru. pendapat awda adalah diambilkira! Kami akan berkongsi lebih banyak lagi maklumat berkenaan SAPHRON di dalam keluaran seterusnya yang harus awda nanti-nantikan! Sila maklumkan kepada kami sebarang pertanyaan berkenaan SAPHRON, dengan menghantar maklumbalas awda melalui e-mel kepada saphron@shell.com. Awda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya di laman web projek kami, yang boleh dikunjungi melalui intranet Shell (http://sww-bsp.bsp.shell.bn/PROJ_saphr/SAPHRON/Index. html) Julai 2009 Salam 07

BERITA BSP

Projek Penyelarasan

Operasi (OPAL)

Pengarah Aset Hajah Rosmawatty mengumumkan Projek OPAL dari pelantar AMPA-9

Pada 8 Jun 2009, Pengarah

Aset Hajah Rosmawatty

telah mengumumkan

Projek OPAL dari AMPA-

9. OPAL adalah Projek

Penyelarasan Operasi yang bertujuan

meningkatkan lagi kesedaran terhadap

keselamatan proses, yang seterusnya

akan mewujudkan keselamatan

peribadi yang lebih baik. Dengan

memberikan penumpuan yang lebih

kepada usaha untuk mewujudkan

kebanggaan di dalam beroperasi,

OPAL disasarkan untuk

mempersiapkan organisasi

menghadapi masa depan dengan lebih

berkeyakinan. Adalah menepati OPAL

telah dilancarkan di Ampa-9 di mana

ianya mula diilhamkan ekoran

kejadian kebakaran pada 26 April

2008, di lokasi kerja ini. Bercakap

kepada semua kakitangan Direktorat

Aset melalui telekonferens secara

langsung, Hjh Rosmawatty telah

menggariskan keperluan bagi satu

struktur yang lebih teguh yang bukan

sahaja akan membantu Direktorat

Aset menghapuskan insiden-insiden

berpotensi tinggi berlaku, tetapi juga

akan membantu mencapai serta

mengekalkan prestasi suku teratas

06 Salam Julai 2009

(TQ) yang merupakan salah satu

usaha “must win” Shell Global.

Projek ini akan diungkayahkan pada 1

Oktober 2009 apabila struktur

organisasi yang telah terselaras mula

berkuatkuasa. Struktur ini bukan

sekadar mempertingkatkan lagi

kebertanggungjawaban tetapi juga

akan mewujudkan jawatan-jawatan

baru yang akan membolehkan

teknologi-teknologi seperti telaga

SMART, pembanjiran air, peralatan

berputar dan sebagainya diaplikasikan

dengan lebih meluas lagi. Sehubungan

itu, sejumlah 203 jawatan-jawatan

yang baru telah diwujudkan dan akan

diisi sepanjang tiga tahun yang akan

datang. Bagi menangani permintaan

yang meningkat bagi tenaga kerja yang

berkeupayaan, proses rejuvenasi

bidang-bidang kemahiran akan diberi

keutamaan dengan penubuhan

Akademi Operasi. Akademi yang

dipertanggungjawabkan dengan

pembangunan serta pengekalan

keupayaan yang lebih tinggi, akan

berpandukan satu proses Tangga

Kerjaya di mana kakitangan yang

berkelayakan dan berkebolehan

berpeluang meningkat maju di dalam

kerjaya masing-masing dari JG 9

sehingga JG 1, di samping berpeluang

menerima akreditasi daripada

universiti-universiti dan badan-badan

kawalan piawaian antarabangsa.

OPAL juga akan menyaksikan strategistrategi

pengambilan tenaga kerja yang

baru serta kreatif, seperti kempen IOR

yang berterusan, penempatan

graduan, pemegang HND dan TOPP

di dalam jawatan-jawatan yang

penting di samping pengambilan

melalui pengiklanan kekosongan

jawatan dan jerayawarya kerjaya.

Kesemuanya ini adalah usaha-usaha

bersepadu bagi membawa lebih ramai

tenaga kerja ke dalam organisasi dan

mengisi setiap kekosongan dengan

calon-calon yang berkualiti. Matlamat

mutakhirnya adalah bagi

mempastikan bahawa calon yang

sewajarnya ditempatkan di dalam

jawatan yang sepatutnya melalui

proses OPAL.

Salah satu kekuatan proses OPAL

adalah penegasannya yang bukan

sahaja ditumpukan kepada keupayaan

tetapi juga kepada prestasi yang boleh

dikekalkan. Dengan adanya Penilaianpenilaian

CAS, CBD dan OIM, tahap

keupayaan sesuatu bidang kemahiran

mampu dibangun serta dikekalkan

prestasinya. Seseorang calon akan

hanya berpeluang meningkat di dalam

kerjayanya apabila keupayaan dan

prestasinya dapat diselaraskan.

Peningkatan kerjaya ini turut dibantu

melalui pengenalan penjaluran

pekerjaan bagi jawatan-jawatan yang

terpilih, di mana wujud peluang yang

lebih besar bagi seseorang kakitangan

di dalam sesuatu jalur pekerjaan itu

untuk dinaikkan pangkat tanpa perlu

terlebih dahulu menunggu

kekosongan jawatan di dalam JG yang

lebih tinggi. Ini akan mewujudkan

pembangunan kerjaya peribadi yang

lebih berdaya maju yang seterusnya

akan membawa kepada peningkatan

di dalam tahap keupayaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!