15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Mempromosi Kehijauan

Alam Sekitar

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri (tengah)

dengan (kiri ke kanan) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka

Haji Abu Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, juara Kejohanan Golf Terbuka Brunei 2009, Darren Beck, Pengarah Urusan

BSP, Grahaeme Henderson dan Pengarah Kemajuan Pelancongan, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP)

sekali lagi diberi penghargaan sebagai penaja

utama bagi Kejohanan Golf Terbuka Brunei

2009, berserta dengan penaja-penaja yang lain

termasuk Brunei Tourism, di bawah Kementerian

Industri dan Sumber Utama, The Empire Hotel and

Country Club, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,

Persatuan Golf Brunei Darussalam, Cross Creek dan Srixon.

Kejohanan tahun ini amat bermakna kerana berjaya

menampilkan tema ‘Kehijauan’ yang bertujuan

mempromosi kesedaran alam sekitar melalui aktiviti golf.

Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, berkata,

“Tema ‘Kehijauan’ tahun ini dengan tepat telah

mempamerkan komitmen Brunei terhadap pembangunan

berdaya tahan.”

“Kerjasama pihak Syarikat dengan Kerajaan dalam pelbagai

inisiatif adalah sebahagian dari komitmen sosial kita

terhadap Negara Brunei Darussalam. Sokongan yang tidak

berbelah-bagi ini termasuklah usaha menggalakkan

pertumbuhan di dalam industri eko-pelancongan dan

mempromosi Brunei Darussalam sebagai satu destinasi

pelancongan yang menarik melalui aktiviti-aktiviti kesukanan

seperti Kejohanan Golf Antarabangsa Terbuka Brunei.”

“Dari segi strategi alam sekitar pula, BSP telah memainkan

peranan penting di dalam projek ‘Heart of Borneo’ Brunei. Kami

merasa bangga kerana menjadi organisasi korporat yang pertama

bekerjasama dengan Kementerian Industri dan Sumber Utama,

semasa projek ‘Heart of Borneo’ masih lagi dalam peringkat

perancangan.”

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Tema

Kehijauan, kejohanan tahun ini turut disertakan beberapa

aktiviti yang melibatkan juara-juara Asian Tour dan para

penonton.

Darren Beck dari Australia telah muncul sebagai juara di akhir

kejohanan dengan menewaskan Gaganjeet Bhullar dari India.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di

Pejabat Perdana Menteri; telah berkenan mencemar duli

menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada para peserta.

Julai 2009 Salam 05

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!