BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

15.12.2012 Views

MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN Tempat Duduk Keselamatan Melindungi Kanak-Kanak Tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa, menyampaikan tempat duduk keselamatan kanak-kanak kepada ibubapa baru Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Hospital Suri Seri Begawan (SSB) bagi penyerahan 280 tempat duduk keselamatan kanak-kanak daripada BSP kepada SSB di Kuala Belait. Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa, yang telah menyerahkan pemberian tersebut bagi pihak BSP. Pada awal tahun ini, sekumpulan warga BSP yang perihatin telah memulakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak semasa pemanduan kenderaan. Mereka ini telah mendapat kerjasama lebih ramai lagi warga BSP dan juga rakan-rakan perniagaan Syarikat untuk membeli 280 tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi diserahkan kepada 04 Salam Julai 2009 Kakitangan BSP menerangkan kelima lima tindakan bagi kekal selamat di jalanraya Hospital SSB. Turut hadir di majlis adalah Pengurus Teknologi Maklumat BSP, Haji Yahkup bin Haji Menudin yang berkata di dalam ucapan beliau bahawa, “Keselamatan adalah keutamaan teratas di BSP. Bagi merealisasikan inisiatif untuk menggalakkan keselamatan di jalanraya, kita tidak hanya menumpukan usaha terhadap pemandu tetapi juga anak-anak mereka. “Salah satu cabaran untuk mengimplementasikan keselamatan jalanraya adalah mengubah minda pemandu supaya mematuhi undang-undang serta peraturan di jalanraya,” tambah beliau. “Para ibu bapa terutamanya, haruslah menjadi contoh yang baik semasa mereka memandu kerana kanak-kanak sentiasa mencontohi ibu bapa mereka. Sehubungan itu, kami harap usaha bersama ini akan membantu mencetuskan perubahan positif di kalangan ibu bapa dan orang ramai,” kata beliau lagi. Projek keselamatan jalanraya oleh BSP dan Hospital SSB ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang ramai bagi mematuhi pemakaian talipinggang keselamatan, terutamanya di kalangan anggota-anggota masyarakat Belait. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada skop yang lebih meluas bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak. Bagi mencapai sasaran ini, latihan turut disediakan bagi kakitangan Hospital SSB di samping pengagihan DvD, brosur dan poster. Para kakitangan hospital ini sendiri akan membantu menunjukkan pemasangan tempat duduk keselamatan kanakkanak serta penggunaannya yang betul. Sebanyak 30 unit-unit pertama telah diserahkan semasa majlis tersebut. Keseluruhan 280 tempat duduk keselamatan kanakkanak tersebut akan diberikan kepada mereka yang paling memerlukannya sepanjang bulan-bulan yang akan datang.

Mempromosi Kehijauan Alam Sekitar Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri (tengah) dengan (kiri ke kanan) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Abu Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, juara Kejohanan Golf Terbuka Brunei 2009, Darren Beck, Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson dan Pengarah Kemajuan Pelancongan, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) sekali lagi diberi penghargaan sebagai penaja utama bagi Kejohanan Golf Terbuka Brunei 2009, berserta dengan penaja-penaja yang lain termasuk Brunei Tourism, di bawah Kementerian Industri dan Sumber Utama, The Empire Hotel and Country Club, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Persatuan Golf Brunei Darussalam, Cross Creek dan Srixon. Kejohanan tahun ini amat bermakna kerana berjaya menampilkan tema ‘Kehijauan’ yang bertujuan mempromosi kesedaran alam sekitar melalui aktiviti golf. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, berkata, “Tema ‘Kehijauan’ tahun ini dengan tepat telah mempamerkan komitmen Brunei terhadap pembangunan berdaya tahan.” “Kerjasama pihak Syarikat dengan Kerajaan dalam pelbagai inisiatif adalah sebahagian dari komitmen sosial kita terhadap Negara Brunei Darussalam. Sokongan yang tidak berbelah-bagi ini termasuklah usaha menggalakkan pertumbuhan di dalam industri eko-pelancongan dan mempromosi Brunei Darussalam sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik melalui aktiviti-aktiviti kesukanan seperti Kejohanan Golf Antarabangsa Terbuka Brunei.” “Dari segi strategi alam sekitar pula, BSP telah memainkan peranan penting di dalam projek ‘Heart of Borneo’ Brunei. Kami merasa bangga kerana menjadi organisasi korporat yang pertama bekerjasama dengan Kementerian Industri dan Sumber Utama, semasa projek ‘Heart of Borneo’ masih lagi dalam peringkat perancangan.” Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Tema Kehijauan, kejohanan tahun ini turut disertakan beberapa aktiviti yang melibatkan juara-juara Asian Tour dan para penonton. Darren Beck dari Australia telah muncul sebagai juara di akhir kejohanan dengan menewaskan Gaganjeet Bhullar dari India. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri; telah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada para peserta. Julai 2009 Salam 05

MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN

Tempat Duduk Keselamatan

Melindungi Kanak-Kanak

Tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan

Kewangan) Kementerian Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa,

menyampaikan tempat duduk keselamatan kanak-kanak kepada

ibubapa baru

Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Hospital Suri

Seri Begawan (SSB) bagi penyerahan 280 tempat

duduk keselamatan kanak-kanak daripada BSP kepada

SSB di Kuala Belait.

Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Timbalan

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian

Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa, yang telah menyerahkan

pemberian tersebut bagi pihak BSP.

Pada awal tahun ini, sekumpulan warga BSP yang perihatin telah

memulakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang

keselamatan kanak-kanak semasa pemanduan kenderaan.

Mereka ini telah mendapat kerjasama lebih ramai lagi warga BSP

dan juga rakan-rakan perniagaan Syarikat untuk membeli 280

tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi diserahkan kepada

04 Salam Julai 2009

Kakitangan BSP menerangkan kelima lima tindakan bagi kekal

selamat di jalanraya

Hospital SSB.

Turut hadir di majlis adalah Pengurus Teknologi Maklumat BSP,

Haji Yahkup bin Haji Menudin yang berkata di dalam ucapan

beliau bahawa, “Keselamatan adalah keutamaan teratas di BSP.

Bagi merealisasikan inisiatif untuk menggalakkan keselamatan di

jalanraya, kita tidak hanya menumpukan usaha terhadap

pemandu tetapi juga anak-anak mereka.

“Salah satu cabaran untuk mengimplementasikan keselamatan

jalanraya adalah mengubah minda pemandu supaya mematuhi

undang-undang serta peraturan di jalanraya,” tambah beliau.

“Para ibu bapa terutamanya, haruslah menjadi contoh yang baik

semasa mereka memandu kerana kanak-kanak sentiasa

mencontohi ibu bapa mereka. Sehubungan itu, kami harap

usaha bersama ini akan membantu mencetuskan perubahan

positif di kalangan ibu bapa dan orang ramai,” kata beliau lagi.

Projek keselamatan jalanraya oleh BSP dan Hospital SSB ini

bertujuan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang ramai

bagi mematuhi pemakaian talipinggang keselamatan,

terutamanya di kalangan anggota-anggota masyarakat Belait.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada skop yang lebih

meluas bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan

penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak. Bagi

mencapai sasaran ini, latihan turut disediakan bagi kakitangan

Hospital SSB di samping pengagihan DvD, brosur dan poster.

Para kakitangan hospital ini sendiri akan membantu

menunjukkan pemasangan tempat duduk keselamatan kanakkanak

serta penggunaannya yang betul.

Sebanyak 30 unit-unit pertama telah diserahkan semasa majlis

tersebut. Keseluruhan 280 tempat duduk keselamatan kanakkanak

tersebut akan diberikan kepada mereka yang paling

memerlukannya sepanjang bulan-bulan yang akan datang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!