15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERITA BSP

Makan Malam Perpisahan

Bagi Pengarah Urusan BST

Kakitangan BST dengan bekas Pengarah Urusan BST, Marcel Luijten (tengah)

Satu jamuan makan malam perpisahan telah diadakan

bagi Marcel Luijten di Royal Brunei Polo & Riding

Club pada 22 Julai 2009. Marcel adalah mantan

Pengarah Urusan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd (BST),

jawatan yang disandang beliau dari 2005 sehingga Jun

2009. Ekoran daripada perkembangan di dalam kerjaya beliau,

Marcel telah berkesempatan menerima satu peluang keemasan

yang beliau fikir terlalu berharga untuk ditolak.

Walaubagaimanapun, di dalam ucapan perpisahannya Marcel

berkata bahawa keputusan yang beliau buat bagi menerima

peluang tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Akhirnya, setelah berfikir masak-masak Marcel percaya

keputusan yang dibuatnya adalah bertepatan pada masanya.

Marcel menambah bahawa beliau telah memberikan yang terbaik

daripada dirinya sepanjang masanya di sini, di mana dia telah

menerima layanan mesra daripada semua orang yang ditemui.

Sepanjang menyandang jawatan Pengarah Urusan BST, Marcel

telah menyaksikan titik-titik tanda penting yang dicapai oleh

pihak Syarikat.

Pada 2005, perkhidmatan pengurusan BST telah diserahkan

kepada kepakaran Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC).

Walaupun tidak dapat dinafikan ada cabarannya di sepanjang

perjalanan, sejumlah perubahan-perubahan besar telah dilakukan

di bawah pengurusan BGC.

Bercakap tentang penglibatan beliau di dalam beberapa projek,

Marcel telah menekankan tentang kejayaan Program

PemBruneian. Objektif-objektif program ini sentiasa memacu

strategi perekrutan BST untuk menjurus kepada membangun

serta memajukan rakyat tempatan Brunei bagi mengendalikan

kapal-kapal LNG milik BST dan BGC. Sepanjang tahun-tahun

yang telah berlalu, beliau merasa bangga melihat kejayaan-

22 Salam Julai 2009

kejayaan cemerlang yang dicapai oleh golongan muda rakyat

Brunei yang telah berkali-kali membuktikan bahawa keupayaan

mereka adalah lebih daripada kemampuan asas yang diperlukan

untuk mengendalikan operasi bertaraf dunia kita.

Dalam tempoh tiga tahun, BST dan BGC telah berjaya

memenuhi objektif-objektif PemBruneian. Ini termasuklah

mewujudkan kesemua jawatan-jawatan Pegawai Ketiga dan

Jurutera Keempat, Pegawai Kedua dan Jurutera Ketiga di atas

kelapan-lapan kapal milik Brunei. Selain daripada itu juga,

kesemua jawatan Kelasi di atas lima buah kapal diisi oleh rakyat

Brunei.

Marcel juga turut berpeluang menyaksikan perkembangan

terbaru di mana tiga orang Pegawai rakyat Brunei telah menjadi

sebahagian daripada Kumpulan Pengurusan Kanan di atas kapal.

Menjelang Mac 2009, dua daripada Pegawai kita telah dinaikkan

pangkat ke jawatan Jurutera Kedua dan seorang lagi ke jawatan

Ketua Pegawai.

Perkembangan-perkembangan lain termasuklah peningkatan di

dalam terma dan syarat-syarat pengambilan bekerja, seperti

kelulusan yang telah diberi baru-baru ini bagi menawarkan

penukaran kontrak kelasi-kelasi daripada jangkamasa pendek

kepada sepenuh masa. Pakej-pakej penggajian serta cuti bagi para

Pegawai turut disemak semula dan Marcel merasa amat gembira

dapat melihat kedua-dua kelulusan ini berlaku semasa beliau

menyandang jawatan di BST.

Beliau menambah bahawa perkembangan-perkembangan ini

telah mempertingkatkan lagi kualiti piawaian pekerjaan yang

telah membantu memperkukuhkan lagi kedudukan BST uantuk

menjadi lebih berdaya saing di dalam industri ini. Marcel turut

berkata bahawa masa yang beliau laburkan di sini telah memberi

Bersambung di halaman 23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!