15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kemudahan pemunggahan.

Inovasi di BLNG lebih mirip kepada

pengembangan secara evolusi daripada

secara mendadak. Keupayaan pengeluaran

beransur-ansur meningkat apabila

peralatan digantikan dengan yang baru,

tetapi yang lebih penting lagi adalah

peningkatan di dalam kecekapan.

Peningkatan yang beransur-ansur ini telah

membantu mengekalkan daya saing

BLNG, sementara faedah kestabilan

operasi dapat dialami melalui penggunaan

teknologi yang telah terbukti. Di antara

2003 dan 2005, BLNG telah muncul

sebagai loji LNG pertama yang berjaya

menjalankan kerja-kerja mengganti

hampir kesemua penukar haba kriogenik

utamanya (MCHE) sambil kekal

beroperasi (MCHE adalah nadi kepada

proses penyejatan gas). Bagi mencapai

tahap keefisienan kuasa/bahanapi yang

lebih tinggi, fasa pertama pembinaan loji

janakuasa kitaran bergabung 40 megawat

telah dilaksanakan pada 2008 bagi

menggantikan loji turbin wap. Rejuvenasi

menara-menara air pendingin loji ini akan

menyusuli pemasangan enam sel air

pendingin yang baru.

Apabila kesemua projek-projek ARP

disempurnakan, serta digabungkan

dengan pembaharuan-pembaharuan

sebelumnya di bawah pengembangan

projek pada 1993, keefisienan tenaga

BLNG dijangka meningkat kepada lebih

35% berbanding dengan rekabentuk

asalnya. Malah lebih penting lagi,

penaikan taraf ini akan turut

mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Penutupan operasi yang tidak dijadualkan

kadangkala ada kelebihannya bagi sebuah

loji matang seperti BLNG. Oleh kerana

saiz-saiz trennya yang lebih kecil, operasi

yang tergendala di BLNG akan

mempunyai impak yang terhad terhadap

hasil pengeluaran dan masa beroperasi

keseluruhannya. Sebaliknya, kejadian yang

serupa di loji baru yang mempunyai tren

yang lebih besar akan mempunyai kesan

yang lebih ketara lagi. Kini BLNG sudah

pun mula meraih faedah daripada projekprojek

ARP; pada 2006 dan 2007, loji

BLNG telah diiktiraf oleh Shell Global

Solutions sebagai loji terbaik dari segi

kebolehpercayaannya daripada 10 tapak

pemerosesan LNG (lihat Rajah 1) yang

mengeluarkan 80% daripada bekalan

dunia. Sepanjang dua tahun tersebut,

BLNG hanya mengalami satu kejadian

penutupan tren yang tidak dijadualkan.

perkapalan tegUh dan

FlekSibel

BLNG mengendalikan lapan kapal LNG

yang disediakan oleh Brunei Shell Tankers

dan Brunei Gas Carriers (BGC).

Sebanyak tujuh kapal bersaiz di antara

75,000 dan 77,000 meter padu, dengan

sebuah di antaranya bersaiz 135,000

meter padu. Tujuh kapal Kelas B ini (yang

dinamakan mengikut spesis ikan

tempatan yang bermula dengan huruf B),

telah berkhidmat sejak dari awal projek

ini bermula, menghantar kargo-kargo

dengan selamat tanpa sebarang insiden

yang berkaitan dengan keselamatan atau

alam sekitar. Di antara 2004 dan 2007,

kapal-kapal ini telah melalui pemeriksaan

di bawah Program Penilaian Lloyd’s dan

telah menerima pengesahan pada tahap

tertinggi dari segi keteguhan keadaannya.

Pada Mac 2008, BGC telah memesan dua

kapal baru bersaiz 147,000 meter padu

yang akan dihantar menjelang 2011,

sebagai sebahagian daripada perancangan

perkapalan jangkamasa panjang BLNG.

Kehadiran kapal-kapal baru ini tidak akan

menjejaskan penggunaan kapal-kapal

Kelas B sedia ada, malah penggunaan bagi

kapal-kapal ini akan terus dikekalkan

selepas 2013 kerana kapal pengangkut

LNG bersaiz sederhana menawarkan

fleksibiliti di dalam operasi.

keberterUSan bekalan gaS

Bekalan gas bagi pelanjutan kontrak

pembekalan BLNG selepas 2013 akan

diperolehi daripada rizab-rizab Brunei

yang sedia ada, yang dianggarkan

melebihi keperluan domestik dan eksport

untuk bertahun-tahun akan datang, dan

juga akan diperolehi daripada penemuanpenemuan

baru. Kawasan laut dalam

negara ini menawarkan peluang-peluang

terbaik untuk menghasilkan penemuan-

penemuan besar. Sepanjang dua tahun

yang akan datang, BSP dan usahasama

Blok B akan melancarkan programprogram

eksplorasi yang meluas,

sementara para pengusaha di Blok L

dan M dijangka memulakan eksplorasi

pada tahun ini.

Teknologi-teknologi baru seperti

telaga-telaga Snake dan Fish Hook

termasuk juga teknik penggerudian

tekanan/haba tinggi, turut

diaplikasikan bagi membolehkan

kawasan-kawasan yang sebelum ini

kurang diberi tumpuan, dinilai

semula. Kejayaan pertama telah diraih

pada akhir 2007 apabila padang gas

laut cetek Bubut ditemui 15 km

daripada loji BLNG, yang seterusnya

menaikkan harapan bagi

kemungkinan masih ada lagi strukturstruktur

sub permukaan yang belum

ditemui.

Sedia UntUk perniagaan

yang lebih melUaS

BLNG hanyalah salah satu elemen di

dalam rangkaian perbekalan yang

komplek. Perancangan dan persiapan

untuk masa hadapan hanya akan siasia

sekiranya elemen-elemen lain di

dalam rangkaian ini tidak

dibangunkan bersama. Pemegangpemegang

saham di dalam projek ini

amat memahami kepentingan

membuat persiapan dan juga sangat

komited kepada program-program

kerja masing-masing. BLNG telah

membuktikan bahawa ianya adalah

pembekal LNG yang menjadi pilihan,

tetapi pihak syarikat ini turut

menyedari bahawa kegigihan yang

berterusan adalah penting untuk

mempastikan kedudukan ini terus

dapat dikekalkan.

Julai 2009 Salam 21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!