15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERITA BSP

Rakyat Brunei Capai

Kelayakan Antarabangsa Bagi

Kejuruteraan Bawah Air

Md Faisal bin Yunus

telah menyertai

Mashhor Dof

Subsea (MDS)

pada Jun 2007

sebagai jurutera pelapor/pemeriksa

pelatih. Latihan beliau bermula sebaik

sahaja beliau diperkenalkan kepada

rakan-rakan sekerja dan setelah

menjalani latihan induksi MDS dan

latihan keselamatan yang berkaitan.

Dalam tempoh tiga bulan Faisal telah

diiktiraf sebagai layak untuk bertugas

di luar pantai dengan penyeliaan, bagi

memulakan fasa pertama latihan luar

pantai.

Tugasan pertama ini berlangsung

selama 3 minggu di mana beliau telah

berpeluang mengalami secara dekat

keperluan-keperluan program

Pemeriksaan dan Penyelenggaraan

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd

(BSP). Faisal turut berpeluang

Former Technical Director David Purvis, presents the

Bekas qualification Pengarah certificate Teknikal to David Bruneian Purvis, Underwater menyampaikan Engineer, sijil Md

pengawal Faisal bin Yunus pemeriksaan bawah air kepada Md Faisal bin Yunus

14 Salam Julai 2009

mengalami serta menyaksikan sendiri

peranan yang telah telah layak beliau

sandang, iaitu sebagai perantara

pasukan penyelam dengan kenderaan

kawalan jauh dalam menentukan serta

memproses maklumat-maklumat yang

dikumpul oleh kedua-duanya.

Faisal telah berjaya menyesuaikan diri

dengan persekitaran baru ini, yang

memerlukan dedikasi, tumpuan

kepada butiran kerja, waktu kerja yang

panjang selama 12 jam setiap shif serta

kebolehan untuk menjalankan tugas

berpasukan. Dengan personalitinya

yang disenangi, Faisal dengan segera

menjadi seorang yang popular di

kalangan kumpulan kerja luar pantai.

Kebolehannya untuk memotivasi diri,

berfikiran jati diri dan kebolehan

untuk bertanya apabila dalam

keraguan, telah menjamin perjalanan

kerjanya daripada seorang pelatih

kepada kedudukannya kini nyata amat

berhasil dengan kejayaannya meraih

faedah maksima.

Kejayaan Faisal baru-baru ini

mencapai pengiktirafan antarabangsa

dengan mendapatkan pensijilan Skim

Pemeriksa Kimpalan (CSWIP) 3.4U

Sijil Pengawal Pemeriksaan Bawah Air

adalah bukti usaha gigih beliau.

Faisal berkata, “Saya bangga menjadi

rakyat Brunei pertama yang mendapat

pengiktirafan Jurutera Pemeriksaan

Bawah Air. Saya ingin menyatakan

seikhlas-ikhlasnya terima kasih saya

kepada pihak pengurusan Mashhor

Dofsubsea dan juga di atas peluang

saya diberi penghargaan menyertai

program PemBruneian BSP. Saya

sememangnya amat berminat dengan

industri minyak dan gas kerana keduadua

ibubapa saya adalah bekas

kakitangan BSP yang berkali-kali

menceritakan pengalamanpengalaman

menarik bekerja dengan

organisasi ini.”

Sepanjang tempoh masa latihan

beliau, Faisal berterusan menjalankan

tugasan di luar pantai sebelum

menduduki peperiksaan 3.4U. Beliau

telah menjalani 200 hari bertugas,

yang mana telah memberi beliau

kesemua pengalaman yang diperlukan

bagi menjadi jurutera pemeriksaan

yang berkebolehan.

Kini, Faisal adalah seorang kakitangan

Jabatan Perkhidmatan Dalam Air

SCO/51 yang amat bernilai dan

dengan kejayaan beliau mendapatkan

kelayakan antarabangsa bagi kerjaya

ini, tanpa ragu-ragu lagi beliau akan

terus berdaya maju dari masa ke

semasa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!