15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kemahiran yang diperlukan di dalam industri minyak dan gas.”

“Sehubungan itu, SKS telah melabur jutaan ringgit bagi

membina sebuah institusi latihan baru lengkap dengan

kemudahan bagi melatih pengimpal, pemasang cerucuk,

juruelektrik, pemeriksa serta penyediaan latihan HSE dan

pelbagai kursus yang lain bagi meningkatkan jumlah rakyat

Brunei yang dapat memasuki pasaran tenaga kerja.”

“Kami menyokong kukuh penglibatan IKS yang mana kini ada

lebih 100 syarikat seumpama ini yang bekerja rapat dengan kami

di dalam berbagai-bagai projek.”

Beliau menambah, “Keselamatan kekal sebagai keutamaan

teratas di dalam semua operasi kami. Walaupun wujud aktivitiaktiviti

berisiko tinggi, SKS telah mencatat lebih daripada 2 juta

jam kerja tanpa sebarang insiden kehilangan masa sejak dari

permulaan kontrak ini, di samping mencatat 400 hari tanpa

sebarang kemalangan bagi projek Bugan. Sememangnya ini

adalah satu prestasi keselamatan yang cemerlang. Kejayaan ini

dicapai bersama dengan Kumpulan Projek Utama BSP yang

telah membantu para kontraktor memberikan yang terbaik.”

“Kami di SKS sememangnya berbangga dapat menyempurnakan

projek ini mengikut jadual serta bajet dan terutama sekali dapat

menjalankannya dengan selamat.”

SatU kiSah lUarbiaSa

Bagi menghargai betapa luarbiasanya kisah kecemerlangan di

tanah air sendiri ini, kita harus melihat ke belakang. Sehinggalah

tahun-tahun 1980an, Brunei hanya mempunyai infrastruktur

fisikal yang amat terhad dan tidak ramai rakyat tempatan yang

ada kemahiran teknikal serta komersial yang terbaru. Semenjak

dekad itu, pembangunan bakat rakyat Brunei dan perniagaan

tempatan sudah menjadi keutamaan teratas BSP.

Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, berkata:

“Menyokong pembangunan rakyat Brunei adalah nilai teras BSP.

Kini, 90% daripada 3,500 kakitangan dan 60% daripada pihak

pengurusan kita di BSP adalah rakyat Brunei. Kita adalah salah

satu pelabour di dalam perniagaan tempatan yang terbesar di

negara ini. Lebih daripada tiga suku perniagaan kita pada hari ini

dijalankan dengan syarikat-syarikat Brunei dengan nilai kontrak

tempatan melebihi B$1.8 bilion.”

Lebih 40,000 orang digaji secara langsung atau pun tidak

langsung melalui BSP yang turut menjana 90% daripada

pendapatan minyak dan gas, serta 90% daripada pendapatan

eksport Brunei dan setengah daripada KDNK negara.

Satu visi pembangunan tempatan dan polisi rasmi bagi

menggalak pertumbuhan syarikat-syarikat Brunei telah wujud

sejak lebih daripada 30 tahun dahulu. Sehubungan itu, pihak

syarikat telah berusaha membentuk persekitaran yang sesuai bagi

perniagaan-perniagaan kecil tempatan. Bakal-bakal usahawan

boleh merasai bahawa mereka berpeluang memulakan

perniagaan dengan jayanya apabila bekerjasama dengan BSP,

walaupun berbekalkan sumber-sumber serta kepakaran yang

minima. Banyak syarikat-syarikat tempatan telah menggunakan

peluang permulaan ini untuk membangunkan perniagaan

masing-masing dan seterusnya menjadi berdaya saing.

Pihak BSP membuat pelaburan besar dari segi masa serta

kewangan bagi menyediakan latihan formal dan bimbingan

peribadi, di samping menilai semula proses-proses bagi

mempercepatkan lagi kemahiran dan mempertingkatkan prestasi

syarikat-syarikat tempatan.

“Objektif kita adalah untuk membantu pertumbuhan IKS dan

terus-menerus membantu meningkatkan perniagaan mereka

melalui berbagai cara,” kata Grahaeme Henderson.

“Bugan telah mencatat kejayaan-kejayaan cemerlang.

Kesemuanya adalah prestasi kelas dunia dan menjadi sumber

kebanggaan bagi Brunei.”

pembangUnan diperCepat dan pertUmbUhan

antarabangSa

Grahaeme Henderson berkata bahawa adalah amat

menggembirakan dapat melihat pembangunan perniagaan

tempatan kini bertambah maju dan berkembang pesat hasil dari

pelaburan jangkamasa panjang ini.

“Ramai di antara pekerja-pekerja mahir Brunei, seperti pemasang

cerucuk, pengimpal dan juruelektrik yang bekerja di Bugan telah

terlatih di Mampak – iaitu pelantar terakhir yang kita bina di

Brunei. Kini mereka dipanggil bekerja di bawah projek-projek

lain. Pelaburan di dalam kemahiran ini telah membuka peluangpeluang

baru bagi rakyat Brunei, di samping menyokong secara

terus aspirasi pihak Kerajaan bagi pembangunan kemahiran serta

menambahkan kepelbagaiannya,” tambah beliau lagi.

“Para kontraktor Brunei juga berhasil mendapatkan kerja di luar

negara berdasarkan kebolehan yang telah mereka bina melalui

BSP,” kata Dr Henderson. “Amalan-amalan keselamatan terbaik

di dunia, sistem-sistem pengurusan prestasi, keperluan-keperluan

bagi pengawalan kualiti serta pendedahan kepada teknologiteknologi

terkini, yang dikumpul melalui pengalaman bekerja

dengan BSP, menjadikan syarikat-syarikat tempatan calon-calon

rakan kongsi yang menarik kepada syarikat-syarikat

antarabangsa.”

“Penawanan perniagaan antarabangsa adalah bukti nyata bahawa

syarikat-syarikat ini telah menjadi sangat berdaya saing.”

Salah satu contoh adalah sebuah syarikat tempatan yang sedang

menjalankan kerja penyelenggaraan berkepakaran tinggi bagi

pemeriksaan integriti di Australia dan India. Sebuah lagi syarikat

Brunei telah bergabung dengan rakan-rakan kongsinya bagi

menjalankan kerja bagi pemasangan cerucuk dan penebatan serta

menyediakan perkhidmatan katering, IT dan perbekalan sumber

tenaga manusia di Oman, India, Malaysia dan Indonesia.

perkOngSian dan SOkOngan Oleh kerJaan

Polisi-polisi BSP dibangunkan dengan sokongan kukuh dari

Kerajaan Brunei. Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri,

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B)

Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud,

yang bercakap di Forum vendor BSP baru-baru ini berkata

bahawa, “program pembangunan perniagaan tempatan (BSP)

telah diiktiraf sebagai terbaik di antara program-program

seumpamanya”. Beliau juga berkata yang program ini “adalah

strategi jangkamasa panjang yang memihak kepada perniagaan

Brunei”.

Yang Berhormat Menteri mengalu-alukan program ini yang

terus membuka pintunya kepada para kontraktor serta pembekal

tempatan. Beliau juga turut mengalu-alukan skim bimbingan

BSP yang baru dilancarkan, yang telah membantu menunjukkan

arah kepada organisasi-organisasi Brunei tentang bagaimana

untuk memperkukuhkan lagi keupayaan masing-masing.

Julai 2009 Salam 13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!