15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LIPUTAN UTAMA

Bugan Milik BSP Catat

Piawaian Baru Kelas Dunia

Pelantar Bugan BSP yang canggih serta dikawal

sepenuhnya dari jarak jauh, terletak 21 kilometer di

luar pantai Brunei Darussalam, telah mencatat

piawaian baru bagi kejuruteraan dan penghasilan

projek bertaraf dunia di Brunei.

Projek ini telah disiapkan dengan selamat mengikut piawaian

tertinggi dan setahun lebih awal daripada jadual serta mengikut

bajet. Projek ini akan menghasilkan minyak pertama di bulan

September.

Pelantar dengan unit topside seberat 1,400 tan dan setinggi 40

meter telah dibina di tapak pembinaan marin BSP di Kuala

Belait. Projek ini telah memanfaatkan tenaga kontraktorkontraktor

Brunei bagi segala keperluan daripada perbekalan,

rekabentuk, peralatan, fabrikasi serta pemasangan. Lebih

daripada B$27 juta telah dibelanjakan di kalangan 33

perniagaan-perniagaan tempatan yang telah memainkan peranan

utama dalam penghasilan projek mercutanda ini.

Kejayaan-kejayaan di Bugan ini adalah hasil secara langsung dari

strategi serta komitmen jangkamasa panjang BSP untuk

membangunkan syarikat-syarikat tempatan sebagai tulang

belakang industri minyak dan gas Brunei yang sedang pesat

membangun.

pembangUnan yang paling pantaS di dalam

SeJarah bSp

Keputusan telah dibuat pada 2007 bagi membangunkan dengan

segera sebuah pelantar baru yang akan mempercepatkan

pengeluaran daripada padang minyak Bugan, yang mula ditemui

pada tahun-tahun 1990an. Pada kebiasaannya, tempoh proses

daripada keputusan pelaburan muktamad sehingga penghasilan

minyak yang pertama akan mengambil masa tiga tahun. Bugan

Pasukan Bugan dengan unit topside seberat 1,400 tan dan setinggi 40 meter

12 Salam Julai 2009

hanya mengambil masa 20 bulan sahaja, menjadikannya

pembangunan terpantas seumpamanya di dalam sejarah BSP.

Bahagian jaket atau kaki pelantar Bugan serta unit yang

terpasang di atasnya atau pun yang dikenali sebagai struktur

topside, telah direka sebagai ‘salinan karbon’ pelantar-pelantar

Champion Barat dan Mampak yang telah dibina lebih awal, bagi

memanfaatkan pengetahuan tentang rekabentuk yang telah

terbukti dan juga penggunaan peralatan-peralatan yang

terseragam.

Satu lagi sumbangan utama kepada penghasilan pantas projek ini

adalah prestasi yang tiada tandingannya di kalangan syarikatsyarikat

tempatan, terutamanya IKS (industry kecil dan

sederhana). Ramai di antara mereka yang telah menimba

pengalaman semasa projek Champion Barat, Mampak dan juga

lain-lain projek BSP sebelumnya dan mereka juga telah

mendapat faedah daripada usaha-usaha BSP yang sistematik

serta berterusan untuk membina, menyokong, mempercepatkan

dan mengekalkan perniagaan-perniagaan baru tempatan.

Pihak BSP tidak melantik satu kontraktor antarabangsa yang

besar bagi menguruskan projek ini, tetapi telah membahagibahagikannya

kepada beberapa komponen yang telah

membolehkan para kontraktor serta pembekal tempatan yang

berpengalaman bersaing melalui tender terbuka.

Walaupun projek ini kompleks bagi BSP dan kontraktornya,

pengurusan projek yang sofistikated, kegigihan dan kepakaran

telah bergabung untuk mewujudkan proses yang efisien.

Pengarah Urusan SKS, Omar bin Abdul berkata, “Pemberian

kontrak Fabrikasi Utama kepada SKS merupakan satu peluang

bagi kami untuk mempamerkan kebolehan mengendalikan

projek besar. Sebagai kontraktor tempatan, kami komited untuk

membangunkan rakyat Brunei supaya mempunyai kemahiran-

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!