15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JULAI 2009

BSP Mempamer

Pembangunan

Perniagaan Tempatan

Majalah bulanan yang menyampaikan berita aktiviti-aktiviti BSP, BLNG, BST dan BSM

SALAM

BRUNEI

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat

lanjut, memberi sebarang komen atau

menyumbang artikel, hantar e-mel yang

mengandungi nama awda, alamat, nama

syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@

shell.com

Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila

kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/

mediacentre/media_centre.asp

LANGGANAN

Bagi mengubah atau membatalkan langganan

ini, sila hantar e-mel kepada editorial@shell.

com dengan menyatakan nama, jawatan,

syarikat/ organisasi dan alamat awda

DITERBITKAN OLEH

Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd

Jalan Utara

Panaga

Seria KB3534

Brunei Darussalam

PENYUNTING EKSEKUTIF

Justin Jaapar

TATA SUSUN DAN REKABENTUK

Hajah Fauziah Haji Jahis

FOTOGRAFI

Mohd Zufri Mohd Bakhtiar

James How (Nanyang Photo Trading)

John Han (Nanyang Photo Trading)

Aryo Santoso (Nanyang Photo Trading)

Jerome Wong (Jen Studio)

PENCETAK

Wing On Printing Sdn Bhd

SINGKATAN

BSP – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd

BLNG – Brunei LNG Sdn Bhd

BSM – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn

Bhd

BST – Brunei Shell Tankers Sdn Bhd

Dari Meja Pengarah Urusan BSP

Rakan-rakan sejawat sekelian,

Kita telahpun tiba ke pertengahan

tahun dan saya ingin berkongsi berita

terkini tentang kemajuan kita.

Keselamatan terus menjadi cabaran

utama kepada kita. Kita telahpun

memperkenalkan 12 Peraturan

Melindungi Nyawa yang telah

dirangka daripada beratus-ratus

kemalangan meragut nyawa di

keseluruhan Shell sepanjang 8 tahun

kebelakangan ini. Peraturan-peraturan

ini adalah perkara-perkara yang benar

dan sekiranya awda mematuhinya

dengan tekun, ianya mampu

menyelamatkan nyawa awda.

Walaupun pertemuan-pertemuan

yang meluas telah diadakan bagi menerapkan pemahaman tentang peraturanperaturan

ini, saya berasa agak kecewa apabila melihat beberapa perkara yang masih

lagi belum dipatuhi semasa melakukan lawatan ke tapak-tapak kerja. Saya menyeru

awda supaya terus memahami dan mengamalkan sepenuhnya peraturan-peraturan

ini, hari ini dan juga pada setiap hari yang akan mendatang.

Kita masih mengikut jadual untuk mencapai sasaran kad markah kita yang berkaitan

dengan pengeluaran, tetapi hanya ada sedikit keupayaan tambahan yang masih tinggal

sehingga ke penghujung tahun. Kita telah mencatatkan kemajuan yang bagus dalam

menyempurnakan projek-projek utama kita. Fasa 1 projek Seria North Flank kini

berjalan lancar dengan 10 telaga pembangunan terpasang bagi pengeluaran minyak

dan injeksi air. Kerja-kerja penilaian yang menggalakkan di Selangkir dan Iron Duke

telah membolehkan kedua-dua prospek ini disatukan di bawah sebuah projek diberi

nama SKID. Satu ujian pengeluaran yang berjaya di Bubut, turut membawa kita

selangkah lebih hampir kepada usaha membangunkan sumber gas di Danau/Bubut.

Kos masih terus tinggi dan kita perlu mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan

kecekapan kita. Inisiatif BI500 menggalakkan segenap lapisan kakitangan di BSP

untuk menggerakkan projek-projek peningkatan perniagaan. Kini kita ada lebih 500

projek-projek yang sedang digerakkan dan ini merupakan satu kejayaan yang

cemerlang, namun hanya 15% sahaja yang telah disempurnakan. Projek perintis

pengurusan kos harian yang dilaksanakan di Aset Timur telah mengenalpasti

penjimatan sejumlah B$7 juta. Berkenaan kontrak dan inventori pula, B$85 juta

telah dirangka bagi 2009/2010, sementara sejumlah B$135 juta lagi telah dikenalpasti

selanjutnya. Teruskan usaha gigih untuk mengurangkan lagi kos-kos.

Seperti kebiasaannya, saya amat mengalu-alukan maklumbalas serta cadangancadangan

daripada awda sekelian.

Grahaeme Henderson

Pengarah Urusan, BSP

KANDUNGAN

16

6

MAJLIS

PERASMIAN

TAPAK PUSAT

INSANI

02

DARI MEJA PENGARAH

URUSAN BSP

04

TEMPAT DUDUK KESELAMATAN

MELINDUNGI KANAK-KANAK

05

MEMPROMOSI KEHIJAUAN

ALAM SEKITAR

08

PENGARAH ASET UMUMKAN

PROJEK OPAL

09

BENGKEL PEMBANGUNAN

PERNIAGAAN TEMPATAN

10

MAJLIS PERASMIAN TAPAK

PUSAT INSANI

11

PEMIMPIN BSP TERIMA

PENGHARGAAN DI

PERSIDANGAN WANITA DALAM

PERNIAGAAN

14

RAKYAT BRUNEI CAPAI

KELAYAKAN ANTARABANGSA

BAGI KEJURUTERAAN BAWAH

AIR

15

LIvEWIRE MENYERTAI DALAM

EKSPO PRODUK HALAL

ANTARABANGSA 2009

16

RUMAH TERBUKA MD 2009

18

CHAMPION TECHNOLOGIES

ANJUR KEMPEN DERMA

DARAH

19

PORTAL WEB

PEMBELAJARAN-E SKILLSOFT

20

BRUNEI LNG BEREvOLUSI

UNTUK PERNIAGAAN

LEBIH BESAR

6

16

10

22

MAKAN MALAM PERPISAHAN

BAGI PENGARAH URUSAN BST

23

HARI KESELAMATAN BSM 2009

MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN

Tempat Duduk Keselamatan

Melindungi Kanak-Kanak

Tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan

Kewangan) Kementerian Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa,

menyampaikan tempat duduk keselamatan kanak-kanak kepada

ibubapa baru

Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Hospital Suri

Seri Begawan (SSB) bagi penyerahan 280 tempat

duduk keselamatan kanak-kanak daripada BSP kepada

SSB di Kuala Belait.

Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Timbalan

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian

Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa, yang telah menyerahkan

pemberian tersebut bagi pihak BSP.

Pada awal tahun ini, sekumpulan warga BSP yang perihatin telah

memulakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang

keselamatan kanak-kanak semasa pemanduan kenderaan.

Mereka ini telah mendapat kerjasama lebih ramai lagi warga BSP

dan juga rakan-rakan perniagaan Syarikat untuk membeli 280

tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi diserahkan kepada

04 Salam Julai 2009

Kakitangan BSP menerangkan kelima lima tindakan bagi kekal

selamat di jalanraya

Hospital SSB.

Turut hadir di majlis adalah Pengurus Teknologi Maklumat BSP,

Haji Yahkup bin Haji Menudin yang berkata di dalam ucapan

beliau bahawa, “Keselamatan adalah keutamaan teratas di BSP.

Bagi merealisasikan inisiatif untuk menggalakkan keselamatan di

jalanraya, kita tidak hanya menumpukan usaha terhadap

pemandu tetapi juga anak-anak mereka.

“Salah satu cabaran untuk mengimplementasikan keselamatan

jalanraya adalah mengubah minda pemandu supaya mematuhi

undang-undang serta peraturan di jalanraya,” tambah beliau.

“Para ibu bapa terutamanya, haruslah menjadi contoh yang baik

semasa mereka memandu kerana kanak-kanak sentiasa

mencontohi ibu bapa mereka. Sehubungan itu, kami harap

usaha bersama ini akan membantu mencetuskan perubahan

positif di kalangan ibu bapa dan orang ramai,” kata beliau lagi.

Projek keselamatan jalanraya oleh BSP dan Hospital SSB ini

bertujuan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang ramai

bagi mematuhi pemakaian talipinggang keselamatan,

terutamanya di kalangan anggota-anggota masyarakat Belait.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada skop yang lebih

meluas bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan

penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak. Bagi

mencapai sasaran ini, latihan turut disediakan bagi kakitangan

Hospital SSB di samping pengagihan DvD, brosur dan poster.

Para kakitangan hospital ini sendiri akan membantu

menunjukkan pemasangan tempat duduk keselamatan kanakkanak

serta penggunaannya yang betul.

Sebanyak 30 unit-unit pertama telah diserahkan semasa majlis

tersebut. Keseluruhan 280 tempat duduk keselamatan kanakkanak

tersebut akan diberikan kepada mereka yang paling

memerlukannya sepanjang bulan-bulan yang akan datang.

Mempromosi Kehijauan

Alam Sekitar

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri (tengah)

dengan (kiri ke kanan) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka

Haji Abu Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, juara Kejohanan Golf Terbuka Brunei 2009, Darren Beck, Pengarah Urusan

BSP, Grahaeme Henderson dan Pengarah Kemajuan Pelancongan, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP)

sekali lagi diberi penghargaan sebagai penaja

utama bagi Kejohanan Golf Terbuka Brunei

2009, berserta dengan penaja-penaja yang lain

termasuk Brunei Tourism, di bawah Kementerian

Industri dan Sumber Utama, The Empire Hotel and

Country Club, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,

Persatuan Golf Brunei Darussalam, Cross Creek dan Srixon.

Kejohanan tahun ini amat bermakna kerana berjaya

menampilkan tema ‘Kehijauan’ yang bertujuan

mempromosi kesedaran alam sekitar melalui aktiviti golf.

Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, berkata,

“Tema ‘Kehijauan’ tahun ini dengan tepat telah

mempamerkan komitmen Brunei terhadap pembangunan

berdaya tahan.”

“Kerjasama pihak Syarikat dengan Kerajaan dalam pelbagai

inisiatif adalah sebahagian dari komitmen sosial kita

terhadap Negara Brunei Darussalam. Sokongan yang tidak

berbelah-bagi ini termasuklah usaha menggalakkan

pertumbuhan di dalam industri eko-pelancongan dan

mempromosi Brunei Darussalam sebagai satu destinasi

pelancongan yang menarik melalui aktiviti-aktiviti kesukanan

seperti Kejohanan Golf Antarabangsa Terbuka Brunei.”

“Dari segi strategi alam sekitar pula, BSP telah memainkan

peranan penting di dalam projek ‘Heart of Borneo’ Brunei. Kami

merasa bangga kerana menjadi organisasi korporat yang pertama

bekerjasama dengan Kementerian Industri dan Sumber Utama,

semasa projek ‘Heart of Borneo’ masih lagi dalam peringkat

perancangan.”

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Tema

Kehijauan, kejohanan tahun ini turut disertakan beberapa

aktiviti yang melibatkan juara-juara Asian Tour dan para

penonton.

Darren Beck dari Australia telah muncul sebagai juara di akhir

kejohanan dengan menewaskan Gaganjeet Bhullar dari India.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, merangkap Menteri Kanan di

Pejabat Perdana Menteri; telah berkenan mencemar duli

menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan kepada para peserta.

Julai 2009 Salam 05

BERITA BSP

Projek Penyelarasan

Operasi (OPAL)

Pengarah Aset Hajah Rosmawatty mengumumkan Projek OPAL dari pelantar AMPA-9

Pada 8 Jun 2009, Pengarah

Aset Hajah Rosmawatty

telah mengumumkan

Projek OPAL dari AMPA-

9. OPAL adalah Projek

Penyelarasan Operasi yang bertujuan

meningkatkan lagi kesedaran terhadap

keselamatan proses, yang seterusnya

akan mewujudkan keselamatan

peribadi yang lebih baik. Dengan

memberikan penumpuan yang lebih

kepada usaha untuk mewujudkan

kebanggaan di dalam beroperasi,

OPAL disasarkan untuk

mempersiapkan organisasi

menghadapi masa depan dengan lebih

berkeyakinan. Adalah menepati OPAL

telah dilancarkan di Ampa-9 di mana

ianya mula diilhamkan ekoran

kejadian kebakaran pada 26 April

2008, di lokasi kerja ini. Bercakap

kepada semua kakitangan Direktorat

Aset melalui telekonferens secara

langsung, Hjh Rosmawatty telah

menggariskan keperluan bagi satu

struktur yang lebih teguh yang bukan

sahaja akan membantu Direktorat

Aset menghapuskan insiden-insiden

berpotensi tinggi berlaku, tetapi juga

akan membantu mencapai serta

mengekalkan prestasi suku teratas

06 Salam Julai 2009

(TQ) yang merupakan salah satu

usaha “must win” Shell Global.

Projek ini akan diungkayahkan pada 1

Oktober 2009 apabila struktur

organisasi yang telah terselaras mula

berkuatkuasa. Struktur ini bukan

sekadar mempertingkatkan lagi

kebertanggungjawaban tetapi juga

akan mewujudkan jawatan-jawatan

baru yang akan membolehkan

teknologi-teknologi seperti telaga

SMART, pembanjiran air, peralatan

berputar dan sebagainya diaplikasikan

dengan lebih meluas lagi. Sehubungan

itu, sejumlah 203 jawatan-jawatan

yang baru telah diwujudkan dan akan

diisi sepanjang tiga tahun yang akan

datang. Bagi menangani permintaan

yang meningkat bagi tenaga kerja yang

berkeupayaan, proses rejuvenasi

bidang-bidang kemahiran akan diberi

keutamaan dengan penubuhan

Akademi Operasi. Akademi yang

dipertanggungjawabkan dengan

pembangunan serta pengekalan

keupayaan yang lebih tinggi, akan

berpandukan satu proses Tangga

Kerjaya di mana kakitangan yang

berkelayakan dan berkebolehan

berpeluang meningkat maju di dalam

kerjaya masing-masing dari JG 9

sehingga JG 1, di samping berpeluang

menerima akreditasi daripada

universiti-universiti dan badan-badan

kawalan piawaian antarabangsa.

OPAL juga akan menyaksikan strategistrategi

pengambilan tenaga kerja yang

baru serta kreatif, seperti kempen IOR

yang berterusan, penempatan

graduan, pemegang HND dan TOPP

di dalam jawatan-jawatan yang

penting di samping pengambilan

melalui pengiklanan kekosongan

jawatan dan jerayawarya kerjaya.

Kesemuanya ini adalah usaha-usaha

bersepadu bagi membawa lebih ramai

tenaga kerja ke dalam organisasi dan

mengisi setiap kekosongan dengan

calon-calon yang berkualiti. Matlamat

mutakhirnya adalah bagi

mempastikan bahawa calon yang

sewajarnya ditempatkan di dalam

jawatan yang sepatutnya melalui

proses OPAL.

Salah satu kekuatan proses OPAL

adalah penegasannya yang bukan

sahaja ditumpukan kepada keupayaan

tetapi juga kepada prestasi yang boleh

dikekalkan. Dengan adanya Penilaianpenilaian

CAS, CBD dan OIM, tahap

keupayaan sesuatu bidang kemahiran

mampu dibangun serta dikekalkan

prestasinya. Seseorang calon akan

hanya berpeluang meningkat di dalam

kerjayanya apabila keupayaan dan

prestasinya dapat diselaraskan.

Peningkatan kerjaya ini turut dibantu

melalui pengenalan penjaluran

pekerjaan bagi jawatan-jawatan yang

terpilih, di mana wujud peluang yang

lebih besar bagi seseorang kakitangan

di dalam sesuatu jalur pekerjaan itu

untuk dinaikkan pangkat tanpa perlu

terlebih dahulu menunggu

kekosongan jawatan di dalam JG yang

lebih tinggi. Ini akan mewujudkan

pembangunan kerjaya peribadi yang

lebih berdaya maju yang seterusnya

akan membawa kepada peningkatan

di dalam tahap keupayaan.

SAPHRON Fasa 2 - Apakah

Yang Perlu Diketahui Tentangnya?

Dengan kejayaan pelaksanaan Pengaktifan

SAPHRON Fasa 1 pada Julai 2009, kumpulan

Projek SAPHRON kini meneruskan perjalanan

untuk menghasilkan SAPHRON Fasa 2.

Pelaksanaan Fasa 2 akan dilancarkan dengan

Peringkat 1 – Penyediaan Projek. Pada masa yang sama,

kumpulan projek ini turut menjalankan kajian di talian Penilaian

Semula Pasca, dengan objektif untuk mengumpulkan

maklumbalas tentang apa yang boleh kita perelokkan lagi bagi

pelaksanaan Fasa 2.

SAPHRON Fasa 2 dirancang untuk diaktifkan pada Julai

2010 dan akan menghasilkan modul-modul serta fungsifungsi

berikut:

• Perekrutan (e.g. pemerosesan permohonan dalaman

dan luaran)

• Pembangunan Kakitangan (e.g. pengurusan

keupayaan dan prestasi)

• Pengurusan Kompensasi termasuk Perancangan Kos

Kakitangan (e.g. pengurusan penggajian dan

penilaian merit, perancangan tenaga kerja dan

belanjawan)

• Perkhidmatan Layan Diri Kakitangan (e.g. melihat

data yang relevan di talian, tuntutan lebih masa di

talian, permohonan perjalanan di talian)

• Perkhidmatan Layan Diri Pengurus (e.g. kelulusan

cuti di talian, melihat butiran organisasi)

bagaimana keSannya kepada awda?

Bagi para professional HR, SAPHRON Fasa 2 akan

menyediakan dua modul fungsi tambahan selain daripada apa

yang telah dilaksanakan di bawah Fasa 1. Seperti juga di bawah

Fasa 1, modul-modul fungsi tambahan ini adalah sebahagian

daripada kaedah-kaedah yang membantu para professional HR

menjalankan proses-proses urusan HR dan menyampaikan

perkhidmatan-perkhidmatan HR yang ditambah nilai kepada

perniagaan serta organisasi dengan lebih berkesan dan cekap.

Ini adalah satu tempoh masa yang menarik bagi kesemua

kakitangan BSP, BLNG dan BSM, kerana kita akan menyaksi

serta mengalami sendiri banyak lagi perubahan-perubahan yang

akan dilaksanakan melalui Fasa 2; terutamanya dengan

pengenalan Perkhidmatan Layan Diri Kakitangan (ESS) dan

Perkhidmatan Layan Diri Pengurus (MSS). Para pengurus

jabatan, penyelia dan kakitangan akan mempunyai capaian

secara langsung kepada sejumlah data HR dan peribadi di talian.

Kaedah ESS dan MSS melalui SAPHRON menandakan satu

permulaan cara bekerja yang baru bagi kakitangan BSP, BLNG

dan BSM, khasnya dalam menjalankan proses-proses HR, e.g.

permohonan cuti dan tuntutan lebih masa melalui satu kaedah

HR yang baru.

pendapat awda adalah diambilkira!

Kami akan berkongsi lebih banyak lagi maklumat berkenaan

SAPHRON di dalam keluaran seterusnya yang harus awda

nanti-nantikan! Sila maklumkan kepada kami sebarang

pertanyaan berkenaan SAPHRON, dengan menghantar

maklumbalas awda melalui e-mel kepada saphron@shell.com.

Awda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya di laman web

projek kami, yang boleh dikunjungi melalui intranet Shell

(http://sww-bsp.bsp.shell.bn/PROJ_saphr/SAPHRON/Index.

html)

Julai 2009 Salam 07

PENGUNGKAYAHAN PENINGKATAN

Demonstrasi ESP-Decklite

di MCY

Satu demonstrasi bagi sistem

platform kerja ESP-Decklite,

telah diadakan di Tapak

Pembinaan Marin di Kuala

Belait khas bagi Kumpulan

Pengurusan Kanan BSP yang terdiri

daripada Pengarah Teknikal BSP yang

baru Catherine McRae, mantan

Pengarah Teknikal BSP David Purvis

dan Pengurus Perkhidmatan Pg Haji

Omarali. Demonstrasi ini diketuai

oleh Ketua Kempen Operasi

Perkhidmatan (SCO), Kevin

Mcconnachie, dan turut dihadiri oleh

lain-lain kakitangan BSP.

Demonstrasi ini yang mempamerkan

potensi penggunaan sistem platform

kerja yang baru ini merupakan

sebahagian daripada usaha berterusan

SCO untuk mempromosi satu lagi

kaedah yang efektif kos serta cara

bekerja yang lebih cekap di bawah

proses KAIZEN dan inisiatif BI.

Sistem ESP-Decklite yang dipatenkan

di seluruh dunia adalah satu teknologi

baru tetapi amat terbukti kelebihannya

sebagai platform kerja yang efisien,

khas digunakan bagi kawasan-kawasan

yang sukar untuk dikerjakan tanpa

perlu menegakkan cerucuk-cerucuk

08 Salam Julai 2009

yang lebih mahal kosnya. Sistem ini terdiri daripada lembaran Jaringan Struktur PvC

yang diikat menggunakan kabel-kabel besi marin. Sistem ESP-Decklite ini boleh

dipasang dengan segera dan kerana ianya boleh diubah suai, jurang-jurang yang kecil

atau besar boleh direntangi menggunakan lembaran-lembaran yang boleh digunakan

berulang kali.

Sistem ESP-Decklite ini sangat ringan dengan berat hanya 5kg bagi setiap 2 meter

persegi, tetapi amat kukuh dan boleh menyokong bebanan sehingga 200 kg bagi setiap 2

meter persegi dengan kekenduran hanya beberapa sentimeter.

Kelebihan berbanding kaedah-kaedah biasa:

Bekas Pengarah Teknikal, David Purvis and Pengarah Teknikal baru, Cathy McRae (tengah)

dan kakitangan semasa demonstrasi ESP-Decklite yang diadakan di Tapak Pembinaan marin

• Mudah angkut (walaupun dengan helikopter) kerana berat dan saiz keseluruhan

yang padat.

• Mudah dan segera dipasang oleh Juruteknik Laluan Menggunakan Tali yang

berkemahiran.

• Efektif kos dari segi pengangkutan, pemasangan dan penggunaan tenaga kerja.

• Mudah disimpan, menggunakan ruang dek yang jauh lebih kecil berbanding

dengan cerucuk biasa.

• Tidak tergugat oleh keadaan cuaca seperti hujan dan angin kencang.

• Modular dan mudah diubahsuai mengikut kebanyakaan situasi.

• Boleh digunakan oleh kumpulan-kumpulan perkhidmatan penyelenggaraan

dan juga kumpulan pelbagai kemahiran pemasangan Laluan Menggunakan

Tali.

• Pelbagai guna: platform sokongan kerja, perlindungan untuk pekerja terjatuh

ataupun barang terjatuh.

BSP akan menjalankan ujian penggunaan sistem ESP-Decklite ini bagi kerja-kerja E/I

ke atas struktur-struktur jejambat dalam masa yang terdekat ini. Satu kajian masa dan

pergerakan akan turut dijalankan bagi menilai faedah sistem ini selanjutnya.

PERNIAGAAN

Bengkel Pembangunan

Perniagaan Tempatan

Inisiatif CSi ini menggabungkan sumbangan daripada pelbagai syarikat-syarikat utama

sebagai sokongan serta perkongsian amalan-amalan terbaik bagi manfaat syarikat

syarikat IKS yang lebih kecil untuk berkembang dan menjadi lebih berdaya maju

Inisiatif Skim Bimbingan (CSi) di

bawah Pembangunan Perniagaan

Tempatan (LBD) telah mengadakan

bengkel keduanya daripada lapan

yang dirancang di OGDC. Bengkel

tersebut telah memberi penumpuan kepada

Perancangan Strategik Perniagaan atau

“Fokus Strategik”.

Seramai 14 pemilik daripada sembilan

syarikat yang terdaftar di bawah kuadran

Bumiputra di dalam kategori-kategori

pendaftaran BSP, telah mengambil

bahagian di dalam bengkel tersebut.

Bengkel turut mengenengahkan Awg Gary

Young, seorang penceramah jemputan

daripada Joffren Omar yang telah

menyumbang pengalaman serta

pengetahuan yang bernilai semasa

bengkel berlangsung.

Inisiatif CSi ini menggabungkan

sumbangan daripada pelbagai syarikatsyarikat

utama sebagai sokongan serta

perkongsian amalan-amalan terbaik bagi

manfaat syarikat-syarikat IKS yang lebih

kecil untuk berkembang dan menjadi lebih

berdaya maju. Tahun ini telah menyaksikan

sumbangan daripada Syarikat Kejeruteraan

Sistematik Sdn.Bhd., Bank Baiduri,

Seramai 14 pemilik dari sembilan syarikat yang terdaftar

di bawah kuadran Bumiputra telah mengambil bahagian

di dalam bengkel tersebut

Mashhor Group of companies dan

Petrokon Utama Sdn Bhd.

Inisiatif CSi - LBD ini adalah usaha

BSP yang menjadi sebahagian

daripada komitmennya untuk

memupuk dan membangunkan

keupayaan, kebolehan serta daya saing

perniagaan-perniagaan tempatan.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi

Kerajaan Ke Bawah Duli Yang Maha

Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam untuk

membangunkan sektor perniagaan

tempatan yang kukuh dan

berkebolehan, yang pada masa yang

sama mampu menyumbang kepada

keberdayatahanan jangkamasa

panjang ekonomi sektor swasta

Brunei.

Julai 2009 Salam 09

BERITA BSP

Majlis Perasmian

Tapak Pusat Insani

Tetamu Kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato

Seri Setia Haji Adanan Pehin Dato Seri Setia Haji Mohd Yussof,

merasmikan tapak Pusat Insani

Satu majlis perasmian tapak Dewan Serbaguna Mukim

Seria, yang merupakan sebahagian daripada projek hab

komuniti Pusat Insani, telah diadakan baru-baru ini

dengan dirasmikan oleh tetamu kehormat, Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Seri Setia Haji

Adanan Pehin Dato Seri Setia Haji Mohd Yussof.

Projek ini diusahakan oleh pihak Kerajaan dengan Syarikat

Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) menyumbang kepada

pembangunannya sebagai satu projek pembangunan masyarakat.

Turut hadir di majlis adalah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam

Negeri, Pehin Dato Paduka Haji Dani Haji Ibrahim, Ahli Majlis

Perundangan Haji Mohd Shafiee Ahmad, Setiausaha Tetap di

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Abdoh Dato Seri

Setia Haji Abd Salam, Timbalan Setiausaha Tetap Haji Mawardi

10 Salam Julai 2009

Haji Abdullah, Pegawai Daerah Belait Haji Jamain Momin,

berserta dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, para penghulu

dan ketua kampung. Hadir mewakili BSP di majlis tersebut

adalah Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji Zainal Abidin Haji

Md Ali.

Projek hab komuniti ini akan turut menyaksikan pembinaan

lain-lain bangunan baru yang berdekatan, seperti sebuah pusat

boling dan sinepleks, yang dijangka akan menarik kunjungan

Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji Zainal Abidin Haji Md Ali

memberi taklimat tentang kemudahan kemudahan hab komuniti

Pusat Insani yang akan dibina

penduduk tempatan dan juga para pelancong. Hab ini akan

mempunyai sebuah dewan utama yang boleh memuatkan 1,500

orang bagi jamuan makan, bilik-bilik majlis, sebuah surau, kafe,

jimnasium, sebuah bilik vvIP dan sebuah Unit Pembelajaran

dua tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan Internet. Ianya

akan dibina di sebuah kawasan 10 meter persegi berhadapan

dengan bangunan OGDC dan pusat boling 24 lorong yang

dirancang akan merupakan yang terbesar di Negara ini.

Projek ini juga diharap akan menggalakkan pembangunan bagi

Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di samping menjadi daya

tarikan di Belait yang menganjurkan aktiviti senaman dan amalan

gaya hidup yang sihat dan aktif.

Kerja-kerja telah dimulakan di atas tapak projek seluas 2.93

hektar dengan dewan-dewan yang dicadangkan berukuran 5,700

meter persegi berhadapan dengan OGDC di sepanjang Jalan

Tengah di Seria. Pembangunan ini juga adalah satu simbol

keharmonian di antara industri minyak dan gas dengan

masyarakat tempatan.

Pemimpin BSP Terima

Penghargaan Di Persidangan

Wanita Dalam Perniagaan

Lima pemimpin wanita

Brunei telah menerima

penghargaan di

“Persidangan Wanita

Dalam Perniagaan 2009”,

di mana mereka dianugerahkan plak

pengiktirafan daripada Yang Teramat

Mulia Paduka Seri Pengiran Anak

Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah Binti

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

Waddaulah.

Forum tersebut menyampaikan

penghargaan kepada para pemimpin

wanita Brunei yang cemerlang di satu

majlis makan tengahari “Penghargaan

Kepada Pemimpin Wanita Brunei”.

Penghargaan ini mengiktiraf wanita

Brunei bagi kepimpinan yang

ditunjukkan mereka di dalam

lapangan masing-masing dan juga

sumbangan mereka kepada ekonomi

Brunei secara umumnya.

Di antara lima pemimpin wanita yang

diberi penghargaan di majlis tersebut

adalah Ketua Perancangan dan

Pembangunan Sumber Tenaga

Manusia Syarikat Minyak Brunei Shell

Sdn Bhd (BSP), Hajah Malai Nuridah

bte Sheikh Mohammad, yang telah

menerima anugerah “Pemimpin

Wanita Brunei di Dalam Perniagaan”.

Penerima yang lain termasuklah Setia

Usaha Tetap di Kementerian

Pendidikan, Datin Paduka Hajah

Apsah Haji Abdul Majid yang

menerima anugerah “Pemimpin

Wanita Brunei di Dalam Kerajaan”;

Hajah Khadijah Mohammad,

Pengarah Urusan Megamas Training

Company Sdn Bhd bagi anugerah

“Usahawan Wanita Brunei Harapan”;

Datin Hajah Adina Othman,

Pengarah Jabatan Pembangunan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah (tengah)

dengan empat diantara lima pemimpin wanita yang diberi penghargaan - Hajah Malai

Nuridah dari BSP (kedua dari kiri)

Komuniti di Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan yang

menerima anugerah “Pemimpin

Wanita Brunei di Dalam Masyarakat”;

serta Dr Kamariah Abu Salim,

Pengarah Pusat Kajian Luar Kuala

Belalong di bawah Jabatan Biologi

Universiti Brunei Darussalam bagi

anugerah “Pemimpin Wanita Brunei

di Dalam Bidang Akademik”.

Hadir sebagai penceramah jemputan

di Forum Wanita di Dalam Perniagaan

yang bertema “Kaum Wanita

Pemimpin Perubahan “, adalah Ketua

Perancangan Perniagaan Korporat dan

Ekonomi, Farida Dato Talib.

Turut serta adalah tokoh-tokoh utama

Brunei Darussalam yang mengetuai

perbincangan pelbagai isu kewanitaan,

yang merangkumi tajuk-tajuk “Wanita

Sebagai Agen Perubahan”, “Wanita di

Dalam Ekonomi: Satu Aliran

Sedunia?”, “Wanita di Dalam

Pengurusan: Betapa Saksama Bidang

Ini?”

Farida telah memberikan satu komen

yang menarik bahawa sekarang adalah

masanya bagi kaum wanita

menunjukkan kualiti kepimpinan

mereka. Beliau menasihatkan supaya

kaum wanita melihat di sekeliling

mereka, belajar serta mendapatkan

kemahiran yang dipunyai oleh kaum

lelaki kerana inilah adalah generasi

“Wanita Alfa” (Wanita Unggul).

Forum Wanita di Dalam Perniagaan

adalah satu platform unik yang

menyatukan para ahli perniagaan,

pemimpin, golongan profesional dan

usahawan wanita Brunei bagi belajar,

membentuk rangkaian hubungan serta

berkongsi pengalaman dan amalanamalan

terbaik yang membawa

perubahan kepada kaum wanita di

dalam masyarakat dan peranan

mereka sebagai agen-agen perubahan

di dalam persekitaran kerja hari ini

yang berdaya saing.

Julai 2009 Salam 11

LIPUTAN UTAMA

Bugan Milik BSP Catat

Piawaian Baru Kelas Dunia

Pelantar Bugan BSP yang canggih serta dikawal

sepenuhnya dari jarak jauh, terletak 21 kilometer di

luar pantai Brunei Darussalam, telah mencatat

piawaian baru bagi kejuruteraan dan penghasilan

projek bertaraf dunia di Brunei.

Projek ini telah disiapkan dengan selamat mengikut piawaian

tertinggi dan setahun lebih awal daripada jadual serta mengikut

bajet. Projek ini akan menghasilkan minyak pertama di bulan

September.

Pelantar dengan unit topside seberat 1,400 tan dan setinggi 40

meter telah dibina di tapak pembinaan marin BSP di Kuala

Belait. Projek ini telah memanfaatkan tenaga kontraktorkontraktor

Brunei bagi segala keperluan daripada perbekalan,

rekabentuk, peralatan, fabrikasi serta pemasangan. Lebih

daripada B$27 juta telah dibelanjakan di kalangan 33

perniagaan-perniagaan tempatan yang telah memainkan peranan

utama dalam penghasilan projek mercutanda ini.

Kejayaan-kejayaan di Bugan ini adalah hasil secara langsung dari

strategi serta komitmen jangkamasa panjang BSP untuk

membangunkan syarikat-syarikat tempatan sebagai tulang

belakang industri minyak dan gas Brunei yang sedang pesat

membangun.

pembangUnan yang paling pantaS di dalam

SeJarah bSp

Keputusan telah dibuat pada 2007 bagi membangunkan dengan

segera sebuah pelantar baru yang akan mempercepatkan

pengeluaran daripada padang minyak Bugan, yang mula ditemui

pada tahun-tahun 1990an. Pada kebiasaannya, tempoh proses

daripada keputusan pelaburan muktamad sehingga penghasilan

minyak yang pertama akan mengambil masa tiga tahun. Bugan

Pasukan Bugan dengan unit topside seberat 1,400 tan dan setinggi 40 meter

12 Salam Julai 2009

hanya mengambil masa 20 bulan sahaja, menjadikannya

pembangunan terpantas seumpamanya di dalam sejarah BSP.

Bahagian jaket atau kaki pelantar Bugan serta unit yang

terpasang di atasnya atau pun yang dikenali sebagai struktur

topside, telah direka sebagai ‘salinan karbon’ pelantar-pelantar

Champion Barat dan Mampak yang telah dibina lebih awal, bagi

memanfaatkan pengetahuan tentang rekabentuk yang telah

terbukti dan juga penggunaan peralatan-peralatan yang

terseragam.

Satu lagi sumbangan utama kepada penghasilan pantas projek ini

adalah prestasi yang tiada tandingannya di kalangan syarikatsyarikat

tempatan, terutamanya IKS (industry kecil dan

sederhana). Ramai di antara mereka yang telah menimba

pengalaman semasa projek Champion Barat, Mampak dan juga

lain-lain projek BSP sebelumnya dan mereka juga telah

mendapat faedah daripada usaha-usaha BSP yang sistematik

serta berterusan untuk membina, menyokong, mempercepatkan

dan mengekalkan perniagaan-perniagaan baru tempatan.

Pihak BSP tidak melantik satu kontraktor antarabangsa yang

besar bagi menguruskan projek ini, tetapi telah membahagibahagikannya

kepada beberapa komponen yang telah

membolehkan para kontraktor serta pembekal tempatan yang

berpengalaman bersaing melalui tender terbuka.

Walaupun projek ini kompleks bagi BSP dan kontraktornya,

pengurusan projek yang sofistikated, kegigihan dan kepakaran

telah bergabung untuk mewujudkan proses yang efisien.

Pengarah Urusan SKS, Omar bin Abdul berkata, “Pemberian

kontrak Fabrikasi Utama kepada SKS merupakan satu peluang

bagi kami untuk mempamerkan kebolehan mengendalikan

projek besar. Sebagai kontraktor tempatan, kami komited untuk

membangunkan rakyat Brunei supaya mempunyai kemahiran-

kemahiran yang diperlukan di dalam industri minyak dan gas.”

“Sehubungan itu, SKS telah melabur jutaan ringgit bagi

membina sebuah institusi latihan baru lengkap dengan

kemudahan bagi melatih pengimpal, pemasang cerucuk,

juruelektrik, pemeriksa serta penyediaan latihan HSE dan

pelbagai kursus yang lain bagi meningkatkan jumlah rakyat

Brunei yang dapat memasuki pasaran tenaga kerja.”

“Kami menyokong kukuh penglibatan IKS yang mana kini ada

lebih 100 syarikat seumpama ini yang bekerja rapat dengan kami

di dalam berbagai-bagai projek.”

Beliau menambah, “Keselamatan kekal sebagai keutamaan

teratas di dalam semua operasi kami. Walaupun wujud aktivitiaktiviti

berisiko tinggi, SKS telah mencatat lebih daripada 2 juta

jam kerja tanpa sebarang insiden kehilangan masa sejak dari

permulaan kontrak ini, di samping mencatat 400 hari tanpa

sebarang kemalangan bagi projek Bugan. Sememangnya ini

adalah satu prestasi keselamatan yang cemerlang. Kejayaan ini

dicapai bersama dengan Kumpulan Projek Utama BSP yang

telah membantu para kontraktor memberikan yang terbaik.”

“Kami di SKS sememangnya berbangga dapat menyempurnakan

projek ini mengikut jadual serta bajet dan terutama sekali dapat

menjalankannya dengan selamat.”

SatU kiSah lUarbiaSa

Bagi menghargai betapa luarbiasanya kisah kecemerlangan di

tanah air sendiri ini, kita harus melihat ke belakang. Sehinggalah

tahun-tahun 1980an, Brunei hanya mempunyai infrastruktur

fisikal yang amat terhad dan tidak ramai rakyat tempatan yang

ada kemahiran teknikal serta komersial yang terbaru. Semenjak

dekad itu, pembangunan bakat rakyat Brunei dan perniagaan

tempatan sudah menjadi keutamaan teratas BSP.

Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, berkata:

“Menyokong pembangunan rakyat Brunei adalah nilai teras BSP.

Kini, 90% daripada 3,500 kakitangan dan 60% daripada pihak

pengurusan kita di BSP adalah rakyat Brunei. Kita adalah salah

satu pelabour di dalam perniagaan tempatan yang terbesar di

negara ini. Lebih daripada tiga suku perniagaan kita pada hari ini

dijalankan dengan syarikat-syarikat Brunei dengan nilai kontrak

tempatan melebihi B$1.8 bilion.”

Lebih 40,000 orang digaji secara langsung atau pun tidak

langsung melalui BSP yang turut menjana 90% daripada

pendapatan minyak dan gas, serta 90% daripada pendapatan

eksport Brunei dan setengah daripada KDNK negara.

Satu visi pembangunan tempatan dan polisi rasmi bagi

menggalak pertumbuhan syarikat-syarikat Brunei telah wujud

sejak lebih daripada 30 tahun dahulu. Sehubungan itu, pihak

syarikat telah berusaha membentuk persekitaran yang sesuai bagi

perniagaan-perniagaan kecil tempatan. Bakal-bakal usahawan

boleh merasai bahawa mereka berpeluang memulakan

perniagaan dengan jayanya apabila bekerjasama dengan BSP,

walaupun berbekalkan sumber-sumber serta kepakaran yang

minima. Banyak syarikat-syarikat tempatan telah menggunakan

peluang permulaan ini untuk membangunkan perniagaan

masing-masing dan seterusnya menjadi berdaya saing.

Pihak BSP membuat pelaburan besar dari segi masa serta

kewangan bagi menyediakan latihan formal dan bimbingan

peribadi, di samping menilai semula proses-proses bagi

mempercepatkan lagi kemahiran dan mempertingkatkan prestasi

syarikat-syarikat tempatan.

“Objektif kita adalah untuk membantu pertumbuhan IKS dan

terus-menerus membantu meningkatkan perniagaan mereka

melalui berbagai cara,” kata Grahaeme Henderson.

“Bugan telah mencatat kejayaan-kejayaan cemerlang.

Kesemuanya adalah prestasi kelas dunia dan menjadi sumber

kebanggaan bagi Brunei.”

pembangUnan diperCepat dan pertUmbUhan

antarabangSa

Grahaeme Henderson berkata bahawa adalah amat

menggembirakan dapat melihat pembangunan perniagaan

tempatan kini bertambah maju dan berkembang pesat hasil dari

pelaburan jangkamasa panjang ini.

“Ramai di antara pekerja-pekerja mahir Brunei, seperti pemasang

cerucuk, pengimpal dan juruelektrik yang bekerja di Bugan telah

terlatih di Mampak – iaitu pelantar terakhir yang kita bina di

Brunei. Kini mereka dipanggil bekerja di bawah projek-projek

lain. Pelaburan di dalam kemahiran ini telah membuka peluangpeluang

baru bagi rakyat Brunei, di samping menyokong secara

terus aspirasi pihak Kerajaan bagi pembangunan kemahiran serta

menambahkan kepelbagaiannya,” tambah beliau lagi.

“Para kontraktor Brunei juga berhasil mendapatkan kerja di luar

negara berdasarkan kebolehan yang telah mereka bina melalui

BSP,” kata Dr Henderson. “Amalan-amalan keselamatan terbaik

di dunia, sistem-sistem pengurusan prestasi, keperluan-keperluan

bagi pengawalan kualiti serta pendedahan kepada teknologiteknologi

terkini, yang dikumpul melalui pengalaman bekerja

dengan BSP, menjadikan syarikat-syarikat tempatan calon-calon

rakan kongsi yang menarik kepada syarikat-syarikat

antarabangsa.”

“Penawanan perniagaan antarabangsa adalah bukti nyata bahawa

syarikat-syarikat ini telah menjadi sangat berdaya saing.”

Salah satu contoh adalah sebuah syarikat tempatan yang sedang

menjalankan kerja penyelenggaraan berkepakaran tinggi bagi

pemeriksaan integriti di Australia dan India. Sebuah lagi syarikat

Brunei telah bergabung dengan rakan-rakan kongsinya bagi

menjalankan kerja bagi pemasangan cerucuk dan penebatan serta

menyediakan perkhidmatan katering, IT dan perbekalan sumber

tenaga manusia di Oman, India, Malaysia dan Indonesia.

perkOngSian dan SOkOngan Oleh kerJaan

Polisi-polisi BSP dibangunkan dengan sokongan kukuh dari

Kerajaan Brunei. Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri,

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B)

Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud,

yang bercakap di Forum vendor BSP baru-baru ini berkata

bahawa, “program pembangunan perniagaan tempatan (BSP)

telah diiktiraf sebagai terbaik di antara program-program

seumpamanya”. Beliau juga berkata yang program ini “adalah

strategi jangkamasa panjang yang memihak kepada perniagaan

Brunei”.

Yang Berhormat Menteri mengalu-alukan program ini yang

terus membuka pintunya kepada para kontraktor serta pembekal

tempatan. Beliau juga turut mengalu-alukan skim bimbingan

BSP yang baru dilancarkan, yang telah membantu menunjukkan

arah kepada organisasi-organisasi Brunei tentang bagaimana

untuk memperkukuhkan lagi keupayaan masing-masing.

Julai 2009 Salam 13

BERITA BSP

Rakyat Brunei Capai

Kelayakan Antarabangsa Bagi

Kejuruteraan Bawah Air

Md Faisal bin Yunus

telah menyertai

Mashhor Dof

Subsea (MDS)

pada Jun 2007

sebagai jurutera pelapor/pemeriksa

pelatih. Latihan beliau bermula sebaik

sahaja beliau diperkenalkan kepada

rakan-rakan sekerja dan setelah

menjalani latihan induksi MDS dan

latihan keselamatan yang berkaitan.

Dalam tempoh tiga bulan Faisal telah

diiktiraf sebagai layak untuk bertugas

di luar pantai dengan penyeliaan, bagi

memulakan fasa pertama latihan luar

pantai.

Tugasan pertama ini berlangsung

selama 3 minggu di mana beliau telah

berpeluang mengalami secara dekat

keperluan-keperluan program

Pemeriksaan dan Penyelenggaraan

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd

(BSP). Faisal turut berpeluang

Former Technical Director David Purvis, presents the

Bekas qualification Pengarah certificate Teknikal to David Bruneian Purvis, Underwater menyampaikan Engineer, sijil Md

pengawal Faisal bin Yunus pemeriksaan bawah air kepada Md Faisal bin Yunus

14 Salam Julai 2009

mengalami serta menyaksikan sendiri

peranan yang telah telah layak beliau

sandang, iaitu sebagai perantara

pasukan penyelam dengan kenderaan

kawalan jauh dalam menentukan serta

memproses maklumat-maklumat yang

dikumpul oleh kedua-duanya.

Faisal telah berjaya menyesuaikan diri

dengan persekitaran baru ini, yang

memerlukan dedikasi, tumpuan

kepada butiran kerja, waktu kerja yang

panjang selama 12 jam setiap shif serta

kebolehan untuk menjalankan tugas

berpasukan. Dengan personalitinya

yang disenangi, Faisal dengan segera

menjadi seorang yang popular di

kalangan kumpulan kerja luar pantai.

Kebolehannya untuk memotivasi diri,

berfikiran jati diri dan kebolehan

untuk bertanya apabila dalam

keraguan, telah menjamin perjalanan

kerjanya daripada seorang pelatih

kepada kedudukannya kini nyata amat

berhasil dengan kejayaannya meraih

faedah maksima.

Kejayaan Faisal baru-baru ini

mencapai pengiktirafan antarabangsa

dengan mendapatkan pensijilan Skim

Pemeriksa Kimpalan (CSWIP) 3.4U

Sijil Pengawal Pemeriksaan Bawah Air

adalah bukti usaha gigih beliau.

Faisal berkata, “Saya bangga menjadi

rakyat Brunei pertama yang mendapat

pengiktirafan Jurutera Pemeriksaan

Bawah Air. Saya ingin menyatakan

seikhlas-ikhlasnya terima kasih saya

kepada pihak pengurusan Mashhor

Dofsubsea dan juga di atas peluang

saya diberi penghargaan menyertai

program PemBruneian BSP. Saya

sememangnya amat berminat dengan

industri minyak dan gas kerana keduadua

ibubapa saya adalah bekas

kakitangan BSP yang berkali-kali

menceritakan pengalamanpengalaman

menarik bekerja dengan

organisasi ini.”

Sepanjang tempoh masa latihan

beliau, Faisal berterusan menjalankan

tugasan di luar pantai sebelum

menduduki peperiksaan 3.4U. Beliau

telah menjalani 200 hari bertugas,

yang mana telah memberi beliau

kesemua pengalaman yang diperlukan

bagi menjadi jurutera pemeriksaan

yang berkebolehan.

Kini, Faisal adalah seorang kakitangan

Jabatan Perkhidmatan Dalam Air

SCO/51 yang amat bernilai dan

dengan kejayaan beliau mendapatkan

kelayakan antarabangsa bagi kerjaya

ini, tanpa ragu-ragu lagi beliau akan

terus berdaya maju dari masa ke

semasa.

LiveWIRE Pamerkan IKS Tempatan

Di Ekspo Halal Antarabangsa

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

berkenan melihat pameran LiveWIRE, disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan BSP

dan Pengerusi LiveWIRE Brunei, Haji Zainal Abidin Haji Md Ali

Dalam komitmennya

untuk

membangunkan

perniagaanperniagaan

tempatan,

Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd

(BSP) telah mencatat kemajuan besar

memperkukuhkan kebolehupayaan

syarikat-syarikat Brunei, termasuklah

industri kecil dan sederhana (IKS)

serta syarikat-syarikat Bumiputera.

Salah satu inisiatif utama

pembangunan perniagaan tempatan

yang telah BSP perkenalkan adalah

LiveWIRE Brunei. Program ini

ditujukan kepada pengusaha

perniagaan atau sesiapa yang baru

sahaja belajar berniaga.

Baru-baru ini, BSP telah membawa

perhatian kepada LiveWIRE Brunei di

Ekspo Antarabangsa Produk Halal ke-

4 Brunei 2009. Di sini telah

dipamerkan usahawan-usahawan

LiveWIRE tempatan dan perniagaan-

perniagaan mereka yang berjaya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

Waddaulah, Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam

telah berkenan mencemar duli

merasmikan ekspo empat hari ini di

Pusat Konvensyen Antarabangsa

(ICC). Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

kemudiannya telah berangkat

menziarah ruang pameran yang

menampilkan kejayaan serta inisiatif

yang diusahakan oleh BSP dan

LiveWIRE Brunei.

Hadir bagi menjunjung duli di ruang

pameran tersebut adalah Pengarah

Urusan BSP, Grahaeme Henderson,

Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji

Zainal Abidin Haji Md Ali dan

Pengarah Program LiveWIRE, Pg.

Redzuan Pg. Haji Abas.

LiveWIRE Brunei telah dilancarkan

pada 1 Mei, 2001, sebagai menyambut

usaha Majlis Ekonomi Brunei

Darussalam (BDEC) bagi menyokong

satu pembangunan jangkamasa

panjang ekonomi yang berdaya tahan.

Salah satu perkembangan utama yang

diketengahkan oleh LiveWIRE Brunei

di ekspo tersebut adalah penubuhan

Projek Udang and Ikan Tropika, yang

terletak di sebidang tanah 10 ekar di

Kampong Bukit Selangan,

Temburong. Infrastruktur projek ini

telah dibiayai sepenuhnya oleh BSP.

Projek yang diuruskan oleh sebuah

koperasi yang dianggotai 327

penduduk tempatan, adalah satu

inisiatif pelaboran sosial yang

disasarkan bagi mewujudkan peluang

perniagaan di dalam sektor akuakultur

bagi masyarakat Daerah Temburong.

Bercakap tentang projek tersebut dan

bagaimana ia akan membantu

ekonomi tempatan, Pengarah Program

LiveWIRE, Pg. Redzuan Pg. Haji Abas

berkata, “Salah satu penyelesaian yang

telah kami fikirkan dengan segera

adalah untuk membantu masyarakat di

Daerah Temburong dengan

mewujudkan satu infrastruktur

ekonomi yang berdaya tahan.”

Projek Udang and Ikan Tropika adalah

satu projek perladangan komersial

yang dilengkapkan dengan

kemudahan-kemudahan moden dan

merupakan ladang seumpamanya yang

pertama. “Ia mempunyai takungan air,

kolam-kolam pemendakan dan enam

kolam bagi penternakan udang.

Sumber bekalan air disalurkan

daripada sebatang sungai yang

berdekatan”, tambah Pg. Redzuan.

Pihak BSP dan LiveWIRE Brunei telah

mengusahakan projek ini dari

peringkat kajian lagi, yang telah

melibatkan kerjsama dengan pihakpihak

berkuasa kerajaan di

Kementerian Industri dan Sumber

Utama serta Pejabat Daerah

Temburong.

Julai 2009 Salam 15

BERITA BSP

Ria Bersama Keluarga

Di Rumah Terbuka MD

Pengarah Urusan BSP Grahaeme Henderon menyampaikan

hadiah kepada pemenang cabutan bertuah

Pertunjukan silap mata

16 Salam Julai 2009

Acara tahunan Rumah Terbuka MD (Pengarah

Urusan) yang diadakan di No. 49 telah menjadi

satu lagi kejayaan membanggakan dengan lebih

seribu kakitangan Syarikat-syarikat Usahasama

Brunei Shell berserta ahli-ahli keluarga mereka

mencatatkan kehadiran.

Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson dan isteri,

Annmarie telah menyambut para tetamu yang datang, sambil

menagih-agihkan beg-beg berisi juadah kepada kanak-kanak

setibanya mereka. Para tetamu diraikan selama berjam-berjam

dengan aktiviti permainan dan keseronokan, serta dijamu

dengan makanan yang berlimpah-ruah daripada pelbagai menu

masakan tempatan dan barat.

Kanak-kanak terutamanya telah berseronok dengan berbagaibagai

aktiviti menghiburkan yang dijalankan sepanjang hari.

Mereka tersenyum seharian dengan adanya sekumpulan badut-

Mencuba melepasi kayu rendah Bermain dan berseronok di bouncer slide air

badut yang turut memeriahkan suasana, di samping disediakan

pula dengan kupon-kupon untuk belon helium, gula kapas dan

ais kerim Mr Softy yang popular.

Antara aktiviti yang diadakan untuk kanak-kanak dan orang

dewasa termasuklah cabutan bertuah untuk keluarga, serta

pertandingan mewarna dan melukis bagi kanak-kanak berusia

lapan dan sembilan tahun sehingga 12 tahun, menatah inai dan

melukis muka serta pertunjukan silap mata.

Di penghujung hari tersebut, Grahaeme telah menyampaikan

ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. “Saya amat

sukacita kerana berpeluang bertemu awda dan ahli-ahli keluarga

awda sekelian. Hari ini adalah satu hari yang amat membahagia

dan menggembirakan dan akan menjadi satu kenangan yang

berkekalan.”

Kanak-kanak sedang diikat

rambut secara braiding

Para tetamu menikmati

pelbagai jamuan makanan

Permainan free throw bola kedalam keranjang

Julai 2009 Salam 17

BERITA BLNG

Champion Technologies Anjur

Kempen Derma Darah

Kakitangan BSP mengambil ujian tekanan darah

Lebih 50 kakitangan dan para kontraktor mengambil

bahagian dalam kempen derma darah itu

18 Salam Julai 2009

Kumpulan OPM/68 telah menganjurkan kempen

derma darah bagi pihak Champion Technologies.

Kempen pertama kali ini yang diadakan sempena

Hari Derma Darah dan juga bagi menandakan

ulang tahun pertama Champion Technologies,

telah disertai oleh lebih 50 kakitangan BSP dan juga para

kontraktornya.

Sekumpulan anggota perubatan daripada Tabung Darah

Kebangsaan Suri Seri Begawan telah menjalankan kempen

tersebut.

“Kempen derma darah ini dianjurkan sebagai sebahagian dari

komitmen kami terhadap masyarakat tempatan dan juga bagi

menyahut seruan menyediakan bekalan yang berterusan kepada

tabung darah Negara”, kata Pengurus Kontrak, Serge Ikink

(OPM/68).

Kempen ini juga bertujuan untuk menerapkan rasa

tanggungjawab di kalangan para kakitangan melalui kerja amal

menderma darah yang juga diharapkan dapat menggalakkan

lebih ramai lagi untuk tampil ke hadapan menunaikan

tanggungjawab murni ini.

Portal Web SkillSoft Kini Tersedia

Untuk Semua Kakitangan BSP

SkillSoft adalah sebuah portal e-pembelajaran yang

menyediakan pelbagai sumber-sumber pembelajaran.

Kini ianya tersedia untuk semua kakitangan Syarikat

Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP). Sumber-sumber

yang disediakan termasuk buku-buku, kursus-kursus

latihan, kaedah-kaedah bantuan pekerjaan, simulasi-simulasi,

penerangan tentang kemahiran-kemahiran, peperiksaanpeperiksaan

serta panduan-panduan. SkillSoft memberi

tumpuan utama kepada pembangunan kemahiran profesional

serta perniagaan, IT dan kemahiran komputer Desktop bagi

membantu para individu memperbaiki lagi keupayaan masingmasing

dan meningkatkan prestasi.

Salah satu faedah utama bagi pengguna-pengguna portal ini

adalah kemudahan bagi mereka untuk belajar pada bila-bila

masa. Kini para kakitangan boleh menguruskan pembelajaran

mereka sendiri dengan belajar kemahiran-kemahiran bernilai

mengikut masa dan keupayaan diri masing-masing. Sistem ini

mudah untuk digunakan dan tersedia sepanjang masa. Bagi

mempastikan yang kursus-kursus bersesuaian diambil bagi

menangani jurang di dalam keupayaan yang dikenalpasti melalui

Pelan Pembangunan Peribadi (IDP), para pengguna harus

membuat pilihan bersama-sama dengan penyelia masing-masing

sebelum mereka memulakan sebarang kursus latihan.

Sehingga penghujung Jun, seramai 1,103 kakitangan BSP telah

mendaftar dengan SkillSoft. Mereka ini tidak perlu menunggu

sebarang sesi pembelajaran untuk bermula bagi merapatkan

jurang keupayaan masing-masing. Mereka boleh memulakan

sendiri perjalanan menimba ilmu pengetahuan.

Semua orang digalakkan mendaftar dengan SkillSoft bagi

meninjau dan mengenalpasti sumber-sumber pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan sendiri. Awda perlu mendaftar

sebelum boleh menggunakan sistem ini.

Awda boleh mengunjungi portal SkillSoft melalui: https://shell.

skillport.com/SkillPortFE/login/login.cfm,

Awda juga boleh mengunjungi portal SkillSoft melalui laman

utama Shell Open University (seperti yang ditunjukkan di

bawah):

For further information or questions, please contact HLD/2

Team.

Julai 2009 Salam 19

BERITA BLNG

Brunei LNG Berevolusi

Untuk Perniagaan Lebih Besar

Dipetik dari LNG Review 2009

oleh Adzlan Hassan (MKB)

Setelah 37 tahun beroperasi

dengan lancar, BLNG dan

rakan-rakan kongsinya

sedang mengatur

perancangan bagi evolusi

peringkat seterusnya projek ini yang

akan menyaksikan pelanjutan jangka

hayat operasi loji dengan kecekapan

yang bertambah.

Brunei LNG (BLNG) adalah projek

pembekalan LNG yang pertama di

Asia dan yang ke-empat di dunia.

Selepas tamat pembinaan pada 1972,

BLNG muncul sebagai projek

pengeksportan LNG terbesar di dunia

dengan kapasiti sebanyak 3.4 juta tan

setahun (t/y) yang dihasilkan melalui

empat tren penyejatan. Kini, selepas

37 tahun beroperasi, kapasiti BLNG

telah dipertingkatkan kepada lebih

kurang 7.5 juta t/y dan projek ini telah

menghantar lebih daripada 5,800

kargo LNG tanpa gagal. Projek ini

telah menjadi kenyataan hasil

penemuan padang luar pantai Ampa

Barat Daya pada 1963. Teknologi

LNG masih lagi pada peringkat

awalan pada masa itu – loji LNG

komersial pertama di Algeria, hanya

mula beroperasi pada 1964 – dan tiada

lagi pasaran yang besar bagi LNG di

rantau Asia Pasifik. Projek tersebut

yang telah mula mengeluarkan hasil

dalam tempoh 10 tahun selepas

penemuan Ampa Barat Daya adalah

kejayaan perkongsian yang kukuh di

antara para pemegang saham BLNG:

Shell (25%), Mitsubishi (25%) dan

Kerajaan Brunei (50%).

Aktiviti-aktiviti kajian dan

pembangunan Shell yang meluas telah

dapat menjamin bahawa teknologi

yang sesuai digunakan bagi

pengeksportan LNG, termasuklah

satu sistem pemuatan buritan kapal –

yang merupakan satu-satunya sistem

seumpamanya di dalam industri pada

20 Salam Julai 2009

masa itu. Mitsubishi telah

mengaplikasikan pengetahuan pasaran

serta rangkaian perniagaannya,

sementara Kerajaan Brunei telah

menyediakan rangkakerja serta asas

sektor tempatan yang diperlukan bagi

menjayakan satu projek pelaburan

terus asing berskala besar. Tokyo

Electric Power, Tokyo Gas dan Osaka

Gas telah menandatangani perjanjian

pembelian pengeluaran 3.4 t/y projek

tersebut dan penambahan tren kelima

pada 1974 telah menaikkan kapasiti

kepada 4.8m t/y.

pengembangan prOJek

yang pertama

Persediaan awal bagi memanjangkan

hayat projek ini melebihi 20 tahun

telah berjalan pada pertengahan

1980an. Projek-projek pertama

rejuvenasi loji telah dimulakan pada

1990, termasuk pemasangan jeti

pemuatan pertengahan badan kapal.

Di sektor huluan pula semasa itu,

Ampa Barat Daya mengandungi gas

yang mencukupi bagi memenuhi

komitmen selepas 1993 dan Syarikat

Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP)

juga telah disahkan mempunyai risab

tambahan yang mencukupi bagi

menyokong komitmen pembekalan

lanjutan selama 20 tahun.

Perbincangan dengan para pembeli

bagi melanjutkan kontrak-kontrak

mereka yang sedia ada telah bermula

pada 1990 dan hasilnya satu perjanjian

baru 20 tahun, yang merangkumi 13

kargo tambahan setahun, telah

dimeterai pada Mac 1993. Jeti

pemuatan pertengahan badan kapal

yang baru dipasang telah

mempertingkatkan lagi fleksibiliti

operasi BLNG dan telah

membolehkan perjanjian pembekalan

jangkamasa pendek ditandatangani

dengan Korea Gas (Kogas) pada 1994.

Satu kontrak jangkamasa panjang

sehingga 2013 dengan Kogas, telah

dipersetujui pada 1997 dan pada masa

yang sama, jumlah penghantaran ke

Jepun telah ditambah lagi sebanyak

350,000 t/y. Penambahan ini adalah

hasil pengenalan sumber bekalan

kedua pada 1999, melalui konsesi Blok

B yang diusahakan oleh Total. Padang

Maharaja Lela/Jamalulalam

membekalkan lebih kurang 10%

daripada keperluan gas BLNG,

dengan selebihnya dibekalkan oleh

BSP.

pelanJUtan SeterUSnya,

riSikO dimitigaSikan

Kesemua kontrak-kontrak BLNG bagi

membekalkan 6.7 juta t/y akan tamat

pada penghujung Mac 2013. Bagi

menjamin integriti serta

kebolehpercayaan jangkamasa panjang

projek ini sebuah Pelan Rujukan Aset

(ARP) telah diwujudkan pada tahun

2000, yang menyenaraikan lebih

kurang 25 projek-projek rejuvenasi

penting yang harus dilaksanakan di

antara 2004 dan 2010. Para pemegang

saham BLNG telah meluluskan

sejumlah pelaburan yang melebihi

$500 juta bagi projek-projek ini dan

senarai ini terus dikemaskini bagi

mempastikan keutuhan operasi bagi

tahun-tahun selepas 2013.

keCemerlangan teknOlOgi

dan OperaSi

Projek-projek pembekalan LNG masa

kini menetapkan keperluan bagi saizsaiz

tren yang lebih besar bagi

mempertingkatkan kecekapan

pengeluaran, misalnya tren Qatargas

yang berkeupayaan menghasilkan

7.8m t/y. Begitu juga bagi perkapalan

LNG, dengan kapal-kapal Q-max

yang berupaya memuatkan 266,000

meter padu LNG menetapkan

piawaian baru bagi saiz kapal dan

kemudahan pemunggahan.

Inovasi di BLNG lebih mirip kepada

pengembangan secara evolusi daripada

secara mendadak. Keupayaan pengeluaran

beransur-ansur meningkat apabila

peralatan digantikan dengan yang baru,

tetapi yang lebih penting lagi adalah

peningkatan di dalam kecekapan.

Peningkatan yang beransur-ansur ini telah

membantu mengekalkan daya saing

BLNG, sementara faedah kestabilan

operasi dapat dialami melalui penggunaan

teknologi yang telah terbukti. Di antara

2003 dan 2005, BLNG telah muncul

sebagai loji LNG pertama yang berjaya

menjalankan kerja-kerja mengganti

hampir kesemua penukar haba kriogenik

utamanya (MCHE) sambil kekal

beroperasi (MCHE adalah nadi kepada

proses penyejatan gas). Bagi mencapai

tahap keefisienan kuasa/bahanapi yang

lebih tinggi, fasa pertama pembinaan loji

janakuasa kitaran bergabung 40 megawat

telah dilaksanakan pada 2008 bagi

menggantikan loji turbin wap. Rejuvenasi

menara-menara air pendingin loji ini akan

menyusuli pemasangan enam sel air

pendingin yang baru.

Apabila kesemua projek-projek ARP

disempurnakan, serta digabungkan

dengan pembaharuan-pembaharuan

sebelumnya di bawah pengembangan

projek pada 1993, keefisienan tenaga

BLNG dijangka meningkat kepada lebih

35% berbanding dengan rekabentuk

asalnya. Malah lebih penting lagi,

penaikan taraf ini akan turut

mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Penutupan operasi yang tidak dijadualkan

kadangkala ada kelebihannya bagi sebuah

loji matang seperti BLNG. Oleh kerana

saiz-saiz trennya yang lebih kecil, operasi

yang tergendala di BLNG akan

mempunyai impak yang terhad terhadap

hasil pengeluaran dan masa beroperasi

keseluruhannya. Sebaliknya, kejadian yang

serupa di loji baru yang mempunyai tren

yang lebih besar akan mempunyai kesan

yang lebih ketara lagi. Kini BLNG sudah

pun mula meraih faedah daripada projekprojek

ARP; pada 2006 dan 2007, loji

BLNG telah diiktiraf oleh Shell Global

Solutions sebagai loji terbaik dari segi

kebolehpercayaannya daripada 10 tapak

pemerosesan LNG (lihat Rajah 1) yang

mengeluarkan 80% daripada bekalan

dunia. Sepanjang dua tahun tersebut,

BLNG hanya mengalami satu kejadian

penutupan tren yang tidak dijadualkan.

perkapalan tegUh dan

FlekSibel

BLNG mengendalikan lapan kapal LNG

yang disediakan oleh Brunei Shell Tankers

dan Brunei Gas Carriers (BGC).

Sebanyak tujuh kapal bersaiz di antara

75,000 dan 77,000 meter padu, dengan

sebuah di antaranya bersaiz 135,000

meter padu. Tujuh kapal Kelas B ini (yang

dinamakan mengikut spesis ikan

tempatan yang bermula dengan huruf B),

telah berkhidmat sejak dari awal projek

ini bermula, menghantar kargo-kargo

dengan selamat tanpa sebarang insiden

yang berkaitan dengan keselamatan atau

alam sekitar. Di antara 2004 dan 2007,

kapal-kapal ini telah melalui pemeriksaan

di bawah Program Penilaian Lloyd’s dan

telah menerima pengesahan pada tahap

tertinggi dari segi keteguhan keadaannya.

Pada Mac 2008, BGC telah memesan dua

kapal baru bersaiz 147,000 meter padu

yang akan dihantar menjelang 2011,

sebagai sebahagian daripada perancangan

perkapalan jangkamasa panjang BLNG.

Kehadiran kapal-kapal baru ini tidak akan

menjejaskan penggunaan kapal-kapal

Kelas B sedia ada, malah penggunaan bagi

kapal-kapal ini akan terus dikekalkan

selepas 2013 kerana kapal pengangkut

LNG bersaiz sederhana menawarkan

fleksibiliti di dalam operasi.

keberterUSan bekalan gaS

Bekalan gas bagi pelanjutan kontrak

pembekalan BLNG selepas 2013 akan

diperolehi daripada rizab-rizab Brunei

yang sedia ada, yang dianggarkan

melebihi keperluan domestik dan eksport

untuk bertahun-tahun akan datang, dan

juga akan diperolehi daripada penemuanpenemuan

baru. Kawasan laut dalam

negara ini menawarkan peluang-peluang

terbaik untuk menghasilkan penemuan-

penemuan besar. Sepanjang dua tahun

yang akan datang, BSP dan usahasama

Blok B akan melancarkan programprogram

eksplorasi yang meluas,

sementara para pengusaha di Blok L

dan M dijangka memulakan eksplorasi

pada tahun ini.

Teknologi-teknologi baru seperti

telaga-telaga Snake dan Fish Hook

termasuk juga teknik penggerudian

tekanan/haba tinggi, turut

diaplikasikan bagi membolehkan

kawasan-kawasan yang sebelum ini

kurang diberi tumpuan, dinilai

semula. Kejayaan pertama telah diraih

pada akhir 2007 apabila padang gas

laut cetek Bubut ditemui 15 km

daripada loji BLNG, yang seterusnya

menaikkan harapan bagi

kemungkinan masih ada lagi strukturstruktur

sub permukaan yang belum

ditemui.

Sedia UntUk perniagaan

yang lebih melUaS

BLNG hanyalah salah satu elemen di

dalam rangkaian perbekalan yang

komplek. Perancangan dan persiapan

untuk masa hadapan hanya akan siasia

sekiranya elemen-elemen lain di

dalam rangkaian ini tidak

dibangunkan bersama. Pemegangpemegang

saham di dalam projek ini

amat memahami kepentingan

membuat persiapan dan juga sangat

komited kepada program-program

kerja masing-masing. BLNG telah

membuktikan bahawa ianya adalah

pembekal LNG yang menjadi pilihan,

tetapi pihak syarikat ini turut

menyedari bahawa kegigihan yang

berterusan adalah penting untuk

mempastikan kedudukan ini terus

dapat dikekalkan.

Julai 2009 Salam 21

BERITA BSP

Makan Malam Perpisahan

Bagi Pengarah Urusan BST

Kakitangan BST dengan bekas Pengarah Urusan BST, Marcel Luijten (tengah)

Satu jamuan makan malam perpisahan telah diadakan

bagi Marcel Luijten di Royal Brunei Polo & Riding

Club pada 22 Julai 2009. Marcel adalah mantan

Pengarah Urusan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd (BST),

jawatan yang disandang beliau dari 2005 sehingga Jun

2009. Ekoran daripada perkembangan di dalam kerjaya beliau,

Marcel telah berkesempatan menerima satu peluang keemasan

yang beliau fikir terlalu berharga untuk ditolak.

Walaubagaimanapun, di dalam ucapan perpisahannya Marcel

berkata bahawa keputusan yang beliau buat bagi menerima

peluang tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Akhirnya, setelah berfikir masak-masak Marcel percaya

keputusan yang dibuatnya adalah bertepatan pada masanya.

Marcel menambah bahawa beliau telah memberikan yang terbaik

daripada dirinya sepanjang masanya di sini, di mana dia telah

menerima layanan mesra daripada semua orang yang ditemui.

Sepanjang menyandang jawatan Pengarah Urusan BST, Marcel

telah menyaksikan titik-titik tanda penting yang dicapai oleh

pihak Syarikat.

Pada 2005, perkhidmatan pengurusan BST telah diserahkan

kepada kepakaran Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC).

Walaupun tidak dapat dinafikan ada cabarannya di sepanjang

perjalanan, sejumlah perubahan-perubahan besar telah dilakukan

di bawah pengurusan BGC.

Bercakap tentang penglibatan beliau di dalam beberapa projek,

Marcel telah menekankan tentang kejayaan Program

PemBruneian. Objektif-objektif program ini sentiasa memacu

strategi perekrutan BST untuk menjurus kepada membangun

serta memajukan rakyat tempatan Brunei bagi mengendalikan

kapal-kapal LNG milik BST dan BGC. Sepanjang tahun-tahun

yang telah berlalu, beliau merasa bangga melihat kejayaan-

22 Salam Julai 2009

kejayaan cemerlang yang dicapai oleh golongan muda rakyat

Brunei yang telah berkali-kali membuktikan bahawa keupayaan

mereka adalah lebih daripada kemampuan asas yang diperlukan

untuk mengendalikan operasi bertaraf dunia kita.

Dalam tempoh tiga tahun, BST dan BGC telah berjaya

memenuhi objektif-objektif PemBruneian. Ini termasuklah

mewujudkan kesemua jawatan-jawatan Pegawai Ketiga dan

Jurutera Keempat, Pegawai Kedua dan Jurutera Ketiga di atas

kelapan-lapan kapal milik Brunei. Selain daripada itu juga,

kesemua jawatan Kelasi di atas lima buah kapal diisi oleh rakyat

Brunei.

Marcel juga turut berpeluang menyaksikan perkembangan

terbaru di mana tiga orang Pegawai rakyat Brunei telah menjadi

sebahagian daripada Kumpulan Pengurusan Kanan di atas kapal.

Menjelang Mac 2009, dua daripada Pegawai kita telah dinaikkan

pangkat ke jawatan Jurutera Kedua dan seorang lagi ke jawatan

Ketua Pegawai.

Perkembangan-perkembangan lain termasuklah peningkatan di

dalam terma dan syarat-syarat pengambilan bekerja, seperti

kelulusan yang telah diberi baru-baru ini bagi menawarkan

penukaran kontrak kelasi-kelasi daripada jangkamasa pendek

kepada sepenuh masa. Pakej-pakej penggajian serta cuti bagi para

Pegawai turut disemak semula dan Marcel merasa amat gembira

dapat melihat kedua-dua kelulusan ini berlaku semasa beliau

menyandang jawatan di BST.

Beliau menambah bahawa perkembangan-perkembangan ini

telah mempertingkatkan lagi kualiti piawaian pekerjaan yang

telah membantu memperkukuhkan lagi kedudukan BST uantuk

menjadi lebih berdaya saing di dalam industri ini. Marcel turut

berkata bahawa masa yang beliau laburkan di sini telah memberi

Bersambung di halaman 23

BERITA BSM

Hari Keselamatan BSM 2009

Pada awal Julai, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn

Bhd (BSM) telah mengadakan Hari Keselamatan di

ibupejabat BSM sempena kejayaan mencatat sifar LTI

sepanjang 8 tahun.

Hari Keselamatan BSM bertujuan mewujudkan

kesedaran serta menyelaraskan tindakan-tindakan yang diambil

pada peringkat individu dan organisasi. Ianya juga bertujuan

mempertingkatkan lagi pematuhan sambil memberi peluang

kepada para kakitangan untuk menilai dan merenungkan semula

perancangan-perancangan yang telah dibuat, di samping

mengiktiraf apa yang telah dilakukan serta kejayaan yang telah

dicapai selama ini.

Tetamu kehormat di acara pelancaran Hari Keselamatan tersebut

adalah Aslie Lakim, Pemangku Pengarah Urusan BSM. Dalam

ucapan beliau, Aslie menjelaskan bahawa pematuhan kepada

piawaian-piawaian HSSE adalah satu usaha bersama kesemua

pihak, di mana kegagalan untuk bekerjasama akan membawa

kepada kesulitan bagi semua yang terlibat. Beliau turut

Sambungan dari halaman 22

banyak pendedahan yang tidak ternilai berkenaan industri

perkapalan dan pengalaman peribadi serta profesional beliau,

akan menyediakan dirinya bagi tanggungjawab yang akan

dipikulnya pada masa hadapan.

Dengan adanya usaha-usaha bersama oleh BST, BGC dan

Brunei LNG Sdn Bhd, penglibatan Negara di dalam perkapalan

LNG telah bertambah kukuh dan pada waktu yang sama dapat

memenuhi aspirasi Kerajaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Melihat kepada kejayaan syarikat-syarikat ini sekarang, Marcel

tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa akan wujud lebih

banyak perkembangan dan peluang besar di masa hadapan.

Tambah Marcel lagi, kemajuan dan kejayaan-kejayaan BST dan

BGC yang telah dicatat semenjak beliau mula menyandang

jawatan adalah kerana usaha gigih mereka yang terlibat – Para

Pemangku Pengarah Urusan BSM, Aslie Lakim, menyampaikan

Anugerah Keselamatan sempena kejayaan 8 tahun tanpa LTI

menekankan betapa perubahan-perubahan kecil mampu

membawa kepada perbezaan yang besar.

Mereka yang hadir pada acara tersebut telah berpeluang belajar

daripada perkongsian kisah peribadi serta pengalaman

berhadapan dengan ancaman-ancaman bahaya di tempat kerja

yang diceritakan oleh kakitangan dan para kontraktor. Semua

kakitangan dan para kontraktor turut mengambil bahagian di

dalam kuiz HSSE yang berdasarkan 12 Peraturan Melindungi

Nyawa.

Acara utama di majlis tersebut adalah penyampaian pengiktirafan

kepada Pemangku Pengarah Urusan BSM, oleh Haji Alias, Ketua

HSSE BSM sempena kejayaan Syarikat mencapai kejayaan LTI

sifar untuk 8 tahun. Tema Hari Keselamatan tahun ini adalah,

Lakukan Yang Sepatutnya.

Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan BGC dan BST dan

tidak lupa juga para pelaut kapal-kapal Kelas A & B kita.

Marcel merasa bahawa beliau telah mendapat satu penghargaan

besar dan menyatakan kesyukuran beliau kerana telah diberi

peluang bekerja dengan kumpulan kakitangan yang terbaik dan

telah juga berpeluang menjadi sebahagian penting daripada

pengalaman menarik yang telah beliau lalui. Beliau berharap BST

dan BGC akan terus mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin

global di dalam kecemerlangan perkapalan LNG.

Para kakitangan BGC dan BST mendoakan beliau berjaya di

dalam karier dan yakin bahawa beliau akan mengulangi

sebahagian daripada kejayaan yang telah beliau capai sepanjang

masa beliau di sini. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson,

akan mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Urusan BST

sambil memegang jawatan Pengarah Urusan BSP.

Julai 2009 Salam 23

ULANGTAHUN PERKHIDMATAN

35 yearS

Hj Ali Rahim B Hj A Latip EAP511

Chan Yau Fook POP122

Chin Sung Hung DOP112

Cho Kai Foo SCO330

Hj Kipli Bin Md Tahir EOP241

Liew Yen Soon MPO12

Lim Kok Khiong HCD5

Hj Suhaily Bin Hj Abdul Gani ESB4

Wong Fook Ming PPA323

30 yearS

Ang Clement HLD113

Hj Asmadi Hj Mohammad Yussof SCO233

A Abd Bari B M Abd Aziz PCC1

Hj Carudin Bin Hj Metussin HSE1123

Chang Lit Yan ISC522

Chang Sit Yan DOP123

Chaw Chee Leong DOP121

Chin Ba Sheng WOP111

Chung Robert OPM13

Clouatre J L BPE37

Mohd Hashim Bin Hj Alias OPS743

Hj Lathif Bin Hj Omar WOP24

Lim Chung Min J DOP112

Lim Chung Sing J SCO3221

Lim Koh Feai SCO420

Mohd Shahriza F Abdullah WOP123

Ng Peng Yack WOP113

Sham Mei Ling BMF21

Shim Chai Hwa DOP122

Mohd Naim Muhammad Halim EOP32

Wong Nyuk Kiong HBS31

Zaini Bin Hj Ahmad TSW53

25 yearS

Abdul Rahman Bin Hj Ibrahim MPS13

Awang Ahmad Bin Tusin PPA4

Anas Bin Hj Labuk WOP113

Arifen Bin Md Janah WOP241

Asmah Bte Hj Bagul TSW5222

Asri Bin Hj Abd Ladi IPS31

Hj Awg Abas Bin Awg Bakar WOP123

Awg Mat Japar B Hj A Karim PEN31

A Othman A Hj Kamaluddin EEN23

Pg Behrin B Pg Mohamed IWM13

Chabu Anak Malang PEN31

Ealau Ak Tandang WOP24

Halidy Bin Hj Harry SCO2142

Hanafi Bin Hj Kamis OPM34

Harry Bin Deli SCM3211

Ibrahim Bin Hj Mahmud SCM221

Ishak Bin Masri PPA112

Ishak Bin Taim WOP123

Ismalee Bin Mohd Jali EOP121

Jabair Bin Hj Sulaiman EOP121

Hj Julaihi Bin Kifli WOP131

Jufri Bin Hj Selamat WOP123

Juliana Bte Ramli SCM3212

Kahar Bin Haji Tuah OPM132

Hj Kassim Bin Johan TSW31

Hj Khanafiah Bin Hj Hitam WOP121

Hj Lukman Hakim Bin Hj Ramli SEN541

Manggau Ak Galawing HLD114

Mesli Bin Hj Lamat SCM14

Matrashad B Abd Rahaman STL212

Hj Md Ayub Bin Serudin SCO252

Mohd Zulkifli B Morshidi WBS51

Mohammad Fauzi B Salleh WOP113

Hj Muhammed Sunni B Hj Timbang

HLD112

Mustafa Bin Mokti MPA2

Musa Bin Hj Idris EOP111

Hjh Noorgeyah Bte Hj Metali PHA2

Noorhayati Bte Usop CEA111

Reduan Bin Brahim OPM122

Roslie Bin Bakar IPS

Rosli Bin Hj Zinin WOP121

Roslan Bin Idris TSW4113

Pg Saiful Redzalli P H M Puteh IRT11

Satuyah Bte Hj A Asmat FAC122

Sayed Sofri Hj Sayed Mohammed DBS1

Hj Shuffri B Hj Mohamad Yahya WOP111

Walamma Bin Haji Othman HSE412

Yusni Supawarti Bin Suti EOP113

20 yearS

Ali Noordin B Hj Md Diah HCD1

Azman Bin Apong EME532

Jafrydin Bin Sangai EPO31

Jalinah Bte Ali HRS40

Kamisah Bte Abidin WOP31D

Awang Massuni B Awg Hj Tengah IPS2

Masni Bte Hj Nayan SCO12

Rokiah Bte Hj Omar PCC0

Siti Norain Bte Abdullah/Lawa SMR10

Pg Yusoff Bin Pg Hj Aji EME511

Hjh Zainab Bte Abidin MD0

15 yearS

Hj Abdul Aziz Hj Abdul Hamid OPS646

Cheng Yuhua TSM2

Al Riyami H M M TSW13

Al-Shammakhy A J A EPE74

10 yearS

Kamaruddin Bin Rahmat IWM32

© Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya)

keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak

Brunei Shell Sendirian Berhad.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!