03.08.2017 Views

hARNA

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MEDIUM DAKWAH MASA KINI

HARNA

August 2019 / Issue 10 / Volume 2

I S U P E R K A U M A N D I

M A L A Y S I A

RASIS?

KEJADIAN

13 MEI 1969

BERULANG?

ISU PERKAUMAN

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum

dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan

fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan

seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isuisu

yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan

dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial,

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara

stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka

kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan

kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam

yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini

juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau

pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga

melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain

serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup

tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan,

perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh

ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut

(Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat

perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huruhara

dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik

dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan

suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara

kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan

suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman

bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini

akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum

sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran

tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan

keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan

harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama

dan budaya.

13 MEI

1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah

rusuhan kaum yang berlaku dan

kemuncak masalah perpaduan di

Malaysia. Tragedi ini telah meragut

nyawa serta harta benda dan mempunyai

kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya

Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik

hitam dalam sejarah negara Malaysia.

R E I S E | P A G E 4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!