18.07.2017 Views

NUR ARDILLA HANIE BT. MOHD RIZAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

NOBAT:

Muzik Diraja

Nur Ardilla Hanie

Buku ini diterbitkan untuk memenuhi keperluan kursus MUE620 Digital Dekstop

Publishing di bawah seliaan Dr. Ahmad Rithaudin Md. Noor.

Siri Editor: Aaira Ameena

Siri Penolong Editorial: Yusuf Iskandar

Manager Pembuatan: Lara Alana

Pembeli Pembuatan: Shukri Yahya

Editorial Pentadbiran Pengeluaran: Fasha Sandha

Perkhidmatan Pengeluaran Editorial: Hanis Zalikha

Untuk tajuk yang berkaitan dan bahan-bahan sokongan, lawati katalog online kami di

www.tradisikita.com

Copyright 2015 MGK Tradisi.

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini dilindungi oleh hak cipta

notis ini mungkin diterbitkan semula atau digunakan dalam sebarang bentuk atau

dengan sebarang cara, elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau

cara lain sebelum sistem dapatan, tanpa bertulis kebenaran daripada pemilik hak cipta.

Untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan bahan dari kerja-kerja ini, sila

hantar permintaan bertulis kepada MGK Tradisi, Jabatan Kebenaran, 79 Subang Mas,

Subang Jaya, 05876 atau faks permintaan anda untuk 7954285457.

Antara maklumat laman web dikumpul dan kemudian diterbitkan, ia bukan luar biasa

untuk beberapa laman web telah ditutup. Juga, transkripsi URL boleh menyebabkan

kesalahan tipografi.

Penerbit akan menghargai pemberitahuan di mana kesilapan ini berlaku supaya

mereka boleh diperbetulkan dalam edisi berikutnya.

Pengkatalogan dalam Penerbitan Data:

Nur Ardilla Hanie.

Muzik Diraja: Nobat (Muzik Tradisional Melayu)

Termasuk rujukan bibliografi dan indeks.

ISBN 0-524-15245-7

NOBAT:

Muzik Diraja

SEN RAI

KANDUNGAN

1

Pengenalan

1

2

Asal-usul Nobat

3

3

Alat Muzik Nobat

4

4

Adab Bermain Nobat

12

5 Lagu -Lagu Nobat

14

1

1

PENGENALAN

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian

Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah

Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di

istana sebagai seni persembahan istana Diraja

Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih

mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak,

Kedah dan Terengganu.

2

Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang

hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula

terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja.

Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu

generasi ke satu generasi.

Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk

sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat

dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak

mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri.

Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika

majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat

pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan

lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa

pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat

hendak dimainkan.

3

2 ASAL USUL

Perkataan Nobat adalah berasal dari Negeri

Parsi yang menggunakan perkataan "Naubat"

bermakna sembilan jenis. Ianya ialah '

pancaragam' diraja yang telah dipakai dari

zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk

Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri

Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak,

Kedah, Terengganu dan Selangor. Nobat yang

digunakan dalam Istiadat Pertabalan Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong ialah Nobat Negeri Perak.

3

4

A

L

A

T

M

U

Z

I K

5

Pada asalnya alat-alat muzik Nobat DiRaja Kedah mempunyai sembilan

alat-alat muzik kesemuanya. Tetapi semasa pemerintahan Sultan

Mohammad Jiwa, alat-alat muzik Nobat ini telah dikurangkan menjadi 6

alat-alat muzik sahaja Pengurangan dalam jumlah alat muzik Nobat ini

bertujuan untuk menghilangkan irama muzik seakan-akan muzik Hindu

yang tidak melambangkan muzik tempatan dan berunsurkan Islam.

Selain daripada alat-alat muzik yang mengeluarkan bunyi, kumpulan Nobat

DiRaja Kedah juga mempunyai muzik yang tidak mengeluarkan bunyi

dikenali sebagai "semambu". Ia berfungsi sebagai Mahaguru kepada semua

alat-alat muzik Nobat dan mesti ada bersama alat-alat muzik lain ketika

dimainkan dan ianya dipegang oleh Kalau Besar.

6

N A F I R I

Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri

diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai

Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk

seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini

agak leper dan berbunga-bunga.

7

G O N G

Alat ini diperbuat daripada tembaga merah

daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong

ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat

dan disalut dengan kain kuning. Gong ini

digantung pada satu tempat khas dinamakan

‘cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah

kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya.

8

S E R U N A I

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut

seorang pemain Nobat, batang serunai ini

diperbuat daripada batang pokok cili

padi dengan tujuan untuk

memerdukan lagi bunyinya. Bahagian

nya diperbuat daripada salutan perak dan

sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini

diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur

panjang serunai ini adalah 43 cm.

Mempunyai tujuh lubang dipermukaan

atas batang serunai dan satu lubang kecil

dibawahnya. Lubang ini akan

menentukan not lagu apabila dimainkan.

9

GENDANG IBU

Ukur panjang gendang ini adalah

20' bersamaan dengan 50 cm.

Manakala lebar mukanya 7' jejari.

Ia diperbuat daripada kayu yang

baik dan tahan lasak untuk

mengeluarkan bunyi yang baik. Ia

menggnakan kulit harimau di

sebelah kanan dan kulit kambing di

sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan

dengan tangan manakala sebelah

kanan pula dimainkan dengan

paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai

tali yang memudahkannya

untuk digalas ke tempat-tempat

permainan. Di sekeliling gendang

tersebut dililit dengan rotan kertas

sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut

dengan kain berwarna kuning.

10

M A H G U R U /

S E M A M B U

Mahaguru atau Semambu ini adalah alat Nobat yang

paling penting sekali. Ia mesti ada bersama dengan

kumpulan Nobat semasa dimainkan. Mahaguru

merupakan ‘cokmar’ DiRaja yang dipebuat daipada rotan

Semambu. Ia bersaiz 5' X 11'. Lilitan pemukaan semambu

adalah ½ inci berwarna merah. Semambu dibalut dengan

kain berwarna kuning. Kain yang lama tidak akan

dibuang sebaliknya akan dibalut dengan balutan kain

baru di atas balutan yang telah sedia ada.

11

KEDUDUKAN PEMAIN

NOBAT KETIKA

MENGADAKAN

PERSEMBAHAN

12

4 ADAB BERMAIN

NOBAT

Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu

Maghrib. Aturannya adalah pada waktu hendak

memalunya iaitu seperti berikut:

Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.

Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.

Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.

Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.

Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup.

Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan Nafirinya. Setelah itu

dipalu pula Gendang Perang sebagai penutup. Pada malam

Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa ditentukan lagu. Tetapi

lagu Subuh tidak boleh dimainkan pada waktu lain kecuali pada

waktu Subuh sahaja.

13

Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan lagu

'Iskandar Syah' atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja berangkat.

Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu 'Seri

Istana' pula semasa raja memakai pakaian kerajaan.

Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu 'Perang'

dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat dan berhenti

apabila semua peralatan selesai disusun. Ketika raja diangkat ke

tempat Persiraman, Nobat dibunyikan dengan lagu 'Arak-arak'

kemudian lagu 'Palu-palu' semasa raja sampai.

Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat dikehendaki memalunya

dengan berdiri bersaf-saf. Peraturan ini biasanya hanya diikuti

ketika memainkan dua lagu iaitu 'Ibrahim Khalil' dan 'Iskandar

Syah' sahaja.

Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu sewaktu raja

Bersiram Tabal, keadaan memukulnya sambil duduk bersaf-saf. Ketika

memainkan lagu lain pula, ia terpulang kepada pemain-pemainnya.

Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan berasal dari Riau-Lingga

5 LAGU - LAGU

NOBAT

14

15

PENGENALAN

LAGU-LAGU NOBAT

Alat-alat muzik Nobat memainkan lagu-lagu "instrumental" dan

lagu-lagu yang diistilahkan sebagai "man" tanpa menggunakan

suara tetapi hanya kedengaran irama muzik sahaja.

Jumlah lagu-lagu Nobat Diraja Kedah pada asalnya berjumlah 24

buah lagu kesemuanya tetapi sehingga sekarang hanya tinggal 19

lagu sahaja.

Kekurangan dalam jumlah lagu ini kerana telah menjadi pantang

larang Nobat Diraja Kedah melarang mengajar semua lagu yang

diketahui kepada keturunannya. Sebab itulah lagu-lagu Nobat

menjadi semakin kurang dari satu generasi ke satu generasi yang

lain.

16

1. Lagu Raja Burung

2. Lagu Belayar

3. Lagu Sepidin

4. Lagu Gendang Anak

5. Lagu Seduruna

6. Lagu Malaula

7. Lagu Genderang Perang

8. Lagu Mambang Berkayuh

9. Lagu Palu

17

RENTAK NOBAT

RENTAK NOBAT 1

RENTAK NOBAT 2

18

RENTAK NOBAT 3

NOBAT DIRAJA PERAK

Nobat adalah salah satu cabang seni muzik tradisi yang terdapat di

Malaysia. Terdapat empat buah negeri di Malaysia yang mempunyai

kumpulan alat muzik Nobat iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor.

Nobat negeri Kedah dikatakan sebagai yang tertua dan mula diperkenalkan

di Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ataullah Muhammad

Shah I iaitu pada tahun 1118 Masihi. Nobat merupakan orkestra Diraja

bagi Majlis adat istiadat istana seperti istiadat pertabalan, perkahwinan,menjunjung

duli, berkhatan, kemangkatan dan sebagainya.

SM : RM65.00

SS : RM70.00

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!