Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
NINA ZAHIRA BINTI MD ALI
Buku ini diterbitkan untuk memenuhi keperluan kursus MUE620 Digital Desktop

Publishing di bawah seliaan Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

No Siri Buku: 0035

KK 8919-2322-15418-3212

ISBN 089-094-2418-6

Cetakan Pertama 2017

Dewan Bahasa dan Pusaka 2017

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua,

sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum

mendapat izin bertulis.

Penerbit:

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2148101

Faks: 03-2148969

Laman Web: http://www.dbp.gov.my

Dicetak oleh:

Ninaz Corporation Sdn. Bhd.

No. 4, Kawasan Perindustrian 34/9,

Seksyen 15,

40200 Shah Alam,

Selangor.
1

2

PENGENALAN

ALAT MUZIK

1

4

MUZIK MELAYU ASLI

11

3

4

5

6

7

INANG

MASRI

ZAPIN

16

20

24

JOGET

28
1

1
2
1

Muzik Asli adalah muzik tradisional masyarakat Melayu

yang mengalunkan muzik daripada instrument seperti

gendang, violin, akordian, flute, gitar dengan menghasilkan

lagu-lagu berentak inang, zapin, joget, asli, keroncong, dan

lagu terkini yang sesuai dengan instrumen muzik asli.

Kumpulan Muzik asli biasanya lengkap dengan penyanyi

lelaki atau perempuan yang mengalunkan lagu-lagu melayu

mengikut iringian muzik yang dimainkan. Muzik Asli akan

kedengaran di majlis-majlis kenduri kahwin dan temasya

rakyat. Tetapi kini, muzik asli telah diangkat dengan

mengadakan persembahan di pelbagai peringkat acara di

dalam mahupun di luar Negara dan pelbagai lapisan

golongan penonton bermula daripada rakyat biasa hinggalah

kepada golongan Diraja.

3
2

4
2

Alat muzik yang biasa digunakan untuk memeainkan muzik asli adalah

seperti gendang, biola, guitar, seruling atau lebih dikenali sebagai flute

dan akordian. Ada juga alat tambahan seperti marwas, gambus, mandolin

dan sebagainya. Alat muzik yang digunakan berpandu pada karakter

muzik yang ingin dimainkan. Setiap alat muzik yang digunakan mempunyai

ciri-ciri serta fungsi yang tersendiri.

5
Rebana adalah alat membran semuka dan kulit

mukanya diperbuat daripada kulitkambing.

Apabila dimainkan, rebana itu diletakkan di atas

tapak kaki pemainnya yang duduk bersila. Lutut

kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh

rebana sehingga mencecah kulit muka untuk

menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Untuk

menegangkan kulit rebana digunakan kayu baji

yang diletakkan di bawah buluh rebana dan juga

seutas rotan kecil sebagai penyedak. Rebana

akan mengiringi lagu serta nyanyian dengan

rentak mengikut muzik yang dimainkan.

6
Biola adalah sebuah alat muzik yang dimainkan dengan cara

digesek atau dipetik.Biola menggunakan 4 tali yang diperbuat

dari dawai dan dilaras dengan tali terbuka dari tertinggi

iaiG-D-A-E. Nada yang paling rendah adalah G. Di antara

keluarga biola yang lain adalah biola alto, cello dan double

bass atau kontra bass, biola memiliki nada yang tertinggi.

Sebuah nama yang lazim dipakai untuk biola ialah fiddle,

dan biola seringkali disebut fiddle jika digunakan untuk memainkan

lagu-lagu tradisional. Peranan biola adalah sebagai

pemimpin atau sebagai alat yang membawa melodi. Adakalanya

ia memainkan iringan secara 'counter melody' atau

melodi pengiring. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai permulaan

lagu mengikut gubahan atau susunan lagu. Kebiasannya

pemain biola ini berperanan sebagai dan dia akan

memainkan melodi apabila berhenti sementara daripada

menyanyi di tengah-tengah lagu. Pemain biola juga haruslah

mengkaji dan memahami cara mengiringi yang bercorak asli

iaitu ada not-not hiasan (bunga-bunga).

7
Flute atau juga dikenali sebagai seruling telah dipercayai

digunakan sejak kurun ke-12 lagi. Tetapi dari dahulu lagi

flute juga digunakan untuk alat muzik yang hampir sama

bentuknya, cuma ia ditiup pada pangkal alat dan dipegang

tegak bukannya melintang seperti sekarang. Flute pada masa

kini telah direka oleh Theobald Beohm (1793-1881). Ia

dibuat dengan berbagai jenis yang kecil sekali dikenali

sebagai Picollo, yang besar sedikit dikenali sebagai Alto

Flute yang biasanya digunakan dalam gubahan klasik barat.

Alto flute mengeluarkan bunyi yang lebih rendah. Peranan

flute sama seperti biola iaitu memainkan melodi dan juga

mengiringi secara 'counter melody' serta memainkan not-not

hiasan. Bunyi flute memberi keasyikan kepada peminatnya

jika pemain mempunyai banyak pengalaman dan berkebolehan

dalam menggunakan aliran not bercorak asli. Adakalanya

flute dan juga biola bermain secara duet sama ada secara

harmonik atau unisen.

8
Alat gitar yang digunakan adalah jenis

kotak atau akustik dan menggunakan

tali dawai untuk tali pertama dan

kedua. Tali ketiga hingga keenam

dibuat daripada dawai yang dibalut

dengan logam.Melaras tali gitar adalah

seperti biasa iaitu tali pertama adalah

E, tali kedua adalah B, tali ketiga

adalah G, tali keempat adalah D, tali

kelima adalah A dan tali keenam

adalah E.Gitar memainkan iringan

yang berbentuk counter melody atau

adakalanya rangkaian not-not yang

naik ke atas menurun berasaskan kod

yang dimainkan. Kord saja yang yang

jarang di petik melainkan untuk memberi

tekanan kepada sesuatu lagu ataupun

pada permulaan lagu.

9
Bentuk Alat muzik ini relatif kecil, dan dimainkan dengan

cara digantungkan di leher. Pemusik memainkan tombol-tombol

akord dengan jari-jari tangan kirinya, sedangkan

tangan kanannya memainkan melodi lagu yang dibawakan.

Adapun cara penggunaannya dengan memakai kedua

tangan kita, pada tangan yang pertama difungsikan sebagai

pengatur alunan suara, sedangkan pada tangan yang kedua

digunakan untuk mengatur nada. Pada saat dimainkan, akordian

ditarik untuk menggerakkan udara di dalamnya.

Pergerakan udara ini disalurkan ke lidah akordeon sehingga

menimbulkan bunyi.Fungsi Alat musik ini seringkali digunakan

untuk mengiringi muzik. Pemain akordian seringkali

bermain kord lagu tersebut. Ada ketikanya, pemain akordian

akan memainkan melodi lagu itu apabila mempunya peluang.

10
3

11
3

Muzik Melayu asli merupakan muzik yang berciri sayup, mendayu

atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan dan bunyi muziknya

juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya

menggunakan pantun yang berkenaan dengan sejarah lama seperti

lagu “Seri Mersing”, “Siti Payung” dan “Laksmana Mati Dibunuh”.

Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu “Gurindam

Jiwa”. Selalunya, penyanyi atau pemain violin memainkan peranan

yang penting dalam lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu

akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sementara

diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli

tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia harus memerlukan

penguasaan suara dan teknik nyanyian serta penafasan yang betul.

12
NOTASI BARAT

13
LAKSAMA MATI DIBUNUH

Sayang laksamana mati dibunuh

Mati dibunuh datuk menteri

Sayang laksamana mati dibunuh

Aduhailah sayang

Mati dibunuh datuk menteri

Tuan umpama minyak yang penuh

Sedikit pun tidak melimpah lagi

Tuan umpama minyak yang penuh

Aduhailah sayang

Sedikit pun tidak melimpah lagi

Sayang laksamana mati dibunuh

Mati dibunuh datuk panglima

Sayang laksamana mati dibunuh

Aduhailah sayang

Mati dibunuh datuk panglima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh

Laksamana sayang

Kiranya bumi tak menerima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh

Aduhailah sayang

Kiranya bumi tak menerima

14
SRI MERSING

Sri Mersing lagulah melayu

Dikaranglah oleh biduan dahulu

Sri Mersing lagulah melayu

Dikaranglah oleh biduan dahulu

Hatiku runsing bertambahlah pilu

Mengenangkan nasib

Mengenangkan nasib

Yatimlah piatu

Hatiku rungsing bertambahlah pilu

Mengenangkan nasib

Mengenangkan nasib

Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor

Pantainya bersih sangatlah mashyur

Pantai Mersing kualalah Johor

Pantainya bersih sangatlah masyur

Pohonkan doa kitalah bersyukur

Negaralah kita negaralah kita

Hai aman dan makmur

Pohonkan doa kitalah bersyukur

Negaralah kita negaralah kita

Hai aman dan makmur

15
4

16
4

Muzik inang ini ada kaitannya dengan seorang inang

pengasuh, iaitu seorang ketua dayang di dalam istana pada

zaman kesultanan Melayu dahulu. Inang pengasuh ini

bertanggungjawab atas menjaga puteri di dalam istana. Joget

Inang merupakan muzik rancak yang seperti mengikuti

lenggang-lenggok perjalanan inang pengasuh ini. Temponya

juga laju. Pada abad ke-19, sewaktu zaman kegemilangan

seni bangsawan, muzik inang sering dimainkan pada

adegan-adegan dramatik yang ringan. Muziknya boleh

dimainkan dengan alat-alat muzik Barat seperti mandolin dan

violin, serta alat-alat tradisional seperti rebana.

17
NOTASI BARAT

18
AYAM DIDIK

19
5

20
5

Masri mempunyai asal usul daripada Timur Tengah.

Temponya agak laju dan lirik lagu lazimnya mengenai

cinta dan tradisi mahupun berunsur keagamaan, seperti

memuji kebesaran Allah. Lagu-lagu masri boleh

dinyanyikan secara solo atau berpasangan. Jika

berpasangan, penyanyi akan menjual-beli pantun yang

bersifat mengusik atau mengejek antara satu sama lain.

21
NOTASI BARAT

22
TANJUNG PUTERI

Tambak Johor Tanjung Puteri

Selat Tebrau airnya biru

Di Pantai Lido tepian mandi

Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri

Taman hiburan indah berseri

Pemandangan menawan hati

Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala

Tempat nelayan mengail gelama

Istana Hinggap di Kuala Danga

Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit

Singgah Stulang membeli kopi

Pusara Si Bongkok di lereng bukit

Di tepi pantai Tanjung Puteri

23
6

24
6

Zapin, seperti Masri, juga mempunyai asal usul

daripada Timur Tengah. Ia dibawa oleh

pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Malaya

dan Singapura pada abad ke-19. Muzik Zapin selalu

dimainkan dengan alat muzik gambus (dipanggil

“oud” dalam istillah Inggeris). Tempo muziknya

antara tempo sederhana dan laju rancak. Zapin juga

mempunyai identitinya tersendiri di dalam dunia

tarian Melayu. Selain alat muzik gambus, muzik

Zapin juga boleh dipimpin oleh alat muzik violin atau

accordion. Lazimnya, para pemuzik akan bertukaran

memainkan muzik secara solo antara satu sama lain

untuk mempertunjukkan kecekapan masing-masing.

Alat muzik rebana pula akan mengiringi dengan

memainkan rentak Zapin

25
NOTASI BARAT

26
YA MAULAI

27
7

28
7

Joget juga merupakan muzik tarian yang rancak dan laju,

yang dipimpin oleh violin dan accordion disertakan dengan

rebana. Pada waktu dahulu, muzik joget ini selalunya

dimainkan sewaktu sesuatu perayaan di kapung dan ini

memupuk semangat kemasyarakatan di antara orang-orang

kampung, Muzik joget lazimnya diakhiri dengan bahagian

tandak, di mana muziknya menjadi semakin cepat untuk

menandakan ia akan berakhir.

29
NOTASI BARAT

30
Ayam hutan terbang ke hutan

Turun ke tanah mencari makan

Hendak memikat burung di hutan

Burung di sangkar mati tak makan

Layang-layang di atas bukit

Terbang melayang di hembus angin

Hendak mengharap hujan di langit

Air tempayan dibuang jangan

Buah pepaya di hiris-hiris

Jadi hidangan di waktu senja

Usah percaya mulut yang manis

Bibir yang manis ada maksudnya

Mari belayar ke pulau bentan

Pasang lah layar atas perahu

Pasir berkilau ku sangka intan

Diriku ini yang tidak tahu

Bagaikan kabut di waktu petang

Melayang tinggi ke atas gunung

Jangan ditiru ayam di reban

Bertelur satu ribut sekampung

Angin berhembus di malam sepi

Angin berhembus di malam sepi

Burung merbah duduk mengeram

Burung merbah duduk mengeram

Jangan menumpang biduk kami

Jangan menumpang biduk kami

Biduk tiris menanti karam

Biduk tiris menanti karam

31
Muzik asli

merupakan muzik tradisional

yang sering dimainkan di pesta,

majlis-majlis keramaian dan pelbagai lagi.

Muzik asli kian sayup kedengaran kerana

budaya serta masyarakat kini

dimonopoli oleh muzik-muzik barat. Dengan

usaha murni untuk terus memartabatkan muzik

asli di pesada dunia serta ditempatkan di hati

para generasi kini, Nina Zahira telah berjaya

menghasilkan buku Muzik Asli ini.

Pendokumentasian buku ini akan

menjadi satu sumber rujukan buat

masyarakat.

RM 45.90