BULETIN PPD BETONG EDISI KEDUA 2017 A
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Bilangan 2 Tahun 2017 “ Fly Kenyalang Fly, Fly High “ Hak Cipta: Pejabat Pendidikan Daerah Betong

01 Mac 2017 - Kunjungan

mengejut oleh Yang Berhormat

Gerald Rentap Jabu ternyata

membakar semangat juang

atlet-atlet yang bertanding.

Perkara ini membuktikan

sokongan tidak berbelah

bahagi pihak YB Gerald Rentap

Jabu dalam membantu membangunkan

bidang sukan di

Bahagian Betong.
22 Feb - Pejabat Pendidikan

Daerah Betong merakamkan

setinggi-tinggi tahniah kepada

sekolah-sekolah yang berjaya

memperolehi Sijil Anugerah

Cemerlang UPSR 2016 Gred Purata

Sekolah Lebih Baik daripada Gred

Purata Negeri. Senarai sekolah

yang menerima sijil anugerah ialah

seperti berikut:

1.SK TANJUNG ASSAM

2.SK BALINGAN, SPAOH

3.SK PAKU CENTRAL, SPAOH

4.SK SERABANG, PUSA

5.SKSAKA, BETONG

6.SK ST MARK, BETONG

7.SK KALOK, PUSA

8.SK ST BARTHOLOMEW, BETONG

9.SK PENOM, SPAOH

10.SK ISSU BANGAT, BETONG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA

GURU BESAR, GURU-GURU DAN

AKP SEKOLAH-SEKOLAH YANG

TERLIBAT
23—26 Feb - Precouncil

Panel Pembangunan

Sumber

Manusia PPD Betong

dipengerusikan oleh

Pegawai Pendidikan

Daerah Betong serta

dihadiri oleh Penolong

PPD Betong, Ketua Unit

Pengurusan

Perkhidmatan Pendidikan

, Pengetua dan

Guru Besar Daerah

Betong.

6 Mac - Bengkel SKPA bersama

GPK Hem sekolah asrama harian

Daerah Betong telah diadakan

dengan jayanya bertempat di Bilik

Mesyuarat PPD Betong. Antara

aspek yang diketengahkan adalah

seperti kualiti Pengurusan Asrama

yang terkini, aspek-aspek pengurusan

asrama dan penilaian kendiri

pengurusan asrama. Bengkel dipengerusikan

oleh Encik Syahrum

Jais dan Encik Awang Marali bin

Awang Razali.
Klinik Hoki untuk sekolahsekolah

di Daerah Betong telah diadakan

dengan jayanya pada 11 dan 12 Mac 2017

bertempat di Mini Stadium Betong. Klinik

Hoki ini dikelolakan oleh Majlis Sukan

Negeri Sarawak setelah mengambil kira

perkembangan sukan hoki terutamanya di

peringkat sekolah di Daerah

Betong. Pelbagai aspek telah didedahkan

seperti Latihan Padang dan Blackboard

Session sepanjang sesi diadakan.Klinik kelolaan

MSN Sarawak ini ternyata mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada

sekolah-sekolah di

Daerah Betong.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada pihak Majlis Sukan

Negeri Sarawak di atas pengelolaan Klinik

Hoki untuk Daerah Betong pada tahun ini.

Diharapkan kerjasama seperti ini akan

tetap diteruskan, bukan sahaja untuk

sukan hoki, malah melibatkan sukan-sukan

lain .