soalan lazim borang b - Lembaga Hasil Dalam Negeri
soalan lazim borang b - Lembaga Hasil Dalam Negeri
soalan lazim borang b - Lembaga Hasil Dalam Negeri
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
BAHAGIAN 1 : AM

SOALAN LAZIM BORANG B

S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B?

J1: Borang B perlu diisi oleh individu berikut:

� Individu yang bermastautin di Malaysia.

� Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B?

J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai

Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai

punca pendapatan selain daripada perniagaan.

Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan

perniagaan (tunggal) atau perkongsian.

S3: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya

menerima Borang BE?

J3: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B.

S4: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya

menerima Borang B?

J4: Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan penggajian.

Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang

betul iaitu Borang BE.

S5: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010?

J5: Tarikh akhir pengembalian Borang B 2010 ialah pada 30 Jun 2011.

S6: Bilakah tarikh akhir mengembalikan Borang B 2010 sekiranya saya

memilih taksiran bersama atas nama pasangan?

1
J6: Dalam kes taksiran bersama, jika isteri atau suami menjalankan

perniagaan, tarikh akhir pengembalian kedua-dua borang suami dan isteri

iaitu Borang B atau BE 2010 ialah pada 30 Jun 2011.

S7: Saya mempunyai punca pendapatan penggajian dan telah menerima

Borang BE 2010, manakala isteri saya yang mempunyai punca

pendapatan perniagaaan telah menerima Borang B 2010. Bilakah

tarikh akhir pengembalian kedua-dua Borang jika memilih taksiran

bersama dan jika memilih taksiran berasingan?

J7: Jika memilih Taksiran Bersama - Tarikh akhir pengembalian Borang B dan

BE 2010 pada 30 Jun 2011.

Dan jika memilih Taksiran Berasingan – Tarikh akhir pengembalian

Borang BE 2010 tuan pada 30 April 2011, sementara Borang B 2010 isteri

tuan pula pada 30 Jun 2011.

S8: Di manakah saya perlu menghantar Borang B?

J8: i) Sekiranya borang tersebut dihantar melalui pos ;

Sila kembalikan ke alamat berikut :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,

Pusat Pemprosesan,

Aras 10–18, Menara C, Persiaran MPAJ,

Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,

Karung Berkunci 11096,

50990 Kuala Lumpur.

ii) Sekiranya hadir sendiri, tuan bolehlah hadir ke Tingkat 12 di alamat

seperti di atas untuk membuat serahan tangan.

iii) Sebagai pilihan, tuan boleh menghantar Borang B secara e-filing. Sila

layari www.hasil.gov.my > e-Filing.

S9: Bolehkah saya menghantar Borang B melalui faks memandangkan

saya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut?

J9: Tuan tidak dibenarkan menghantar Borang B melalui faks. Sekiranya

diterima, akan dianggap sebagai borang tidak sah dan tidak akan

diproses. Tuan dinasihatkan menghantar Borang B secara e-filing

sekiranya tidak sempat untuk mengepos borang tersebut.

2
S10: Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang

B selepas tarikh 30 Jun?

J10: Ya. Tuan akan dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan

notis taksiran di bawah subseksyen 90(3) dan pembayar cukai

dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan (dan cukai asal sekiranya

masih belum dijelaskan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut

dikeluarkan.

S11: Sekiranya saya tidak menerima Borang B saya, bagaimanakah saya

boleh mendapatkan borang tersebut?

J11: Tuan boleh mendapatkan Borang B di mana–mana cawangan LHDNM

yang berdekatan atau tuan boleh menghantar Borang B secara e-filing.

S12: Bolehkah saya menggunakan Borang B fotostat untuk tujuan

penghantaran borang cukai pendapatan?

J12: Penggunaan borang fotostat adalah tidak dibenarkan kerana borang

fotostat adalah tidak sah. Tuan dinasihatkan untuk mendapatkan Borang

B dari mana–mana cawangan LHDNM berdekatan. Tuan juga boleh

menghantar Borang B secara e-filing.

S13: Bagaimana saya boleh mengemukakan Borang B secara e-filing?

J13: Untuk menggunakan e-filing buat kali pertama, tuan perlu mendapatkan

No. PIN terlebih dahulu. No. PIN boleh didapati melalui:

1. Cawangan LHDNM yang berhampiran

2. Emel ke pin@hasil.gov.my. Sila sertakan nombor telefon dan salinan

Kad Pengenalan (muka depan dan belakang) atau passport

Langkah-langkah e-filing akan disertakan bersama-sama No. PIN tuan.

Tuan dinasihatkan menyimpan dan mengingati kata laluan e-filing untuk

log masuk ke aplikasi e-filing yang seterusnya.

S14: Pada awal tahun 2010 pendapatan saya hanyalah daripada gaji

sahaja, namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara

3
kecil-kecilan. Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan

BE?

J14: Tuan hanya dikehendaki mengisi Borang B 2010 memandangkan tuan

telah mempunyai pendapatan perniagaan dan perlu mengembalikan

Borang B 2010 selewat–lewatnya pada 30 Jun 2011.

S15: Saya ada menerima Borang B suami yang telah meninggal dunia

pada 20 Mei 2010. Walau bagaimanapun, Borang B untuk diri saya

masih belum diterima. Bolehkah saya mengisi sahaja Borang B

suami (arwah/mendiang) dan kembalikan ke LHDNM?

J15: Puan tidak dibenarkan berbuat demikian. Puan masih dikehendaki

melaporkan pendapatan suami yang diperolehi dari tempoh 1 Januari

2010 hingga 20 Mei 2010 dalam Borang B yang diterima. Sila kembalikan

borang tersebut ke LHDNM dengan menyertakan salinan sijil kematian

bagi tujuan kemaskini fail cukai pendapatan suami. Manakala bagi tujuan

pengembalian Borang B untuk diri sendiri, puan dinasihatkan untuk

mendapatkan Borang B di mana–mana cawangan LHDNM yang

berdekatan atau membuat penghantaran secara e-filing.

S16: Saya menerima dua Borang B untuk Tahun Taksiran yang sama

tetapi di bawah nombor rujukan cukai pendapatan yang berlainan.

Borang yang mana satukah yang perlu saya isi?

J16: Tuan perlu menyemak dengan cawangan yang mengendalikan fail cukai

pendapatan tuan untuk mendapat kepastian nombor fail yang aktif

sebelum mengisi dan menghantar Borang Nyata. Sila isi dengan lengkap

Borang Nyata dengan nombor rujukan yang aktif sementara Borang Nyata

dengan nombor rujukan yang tidak aktif dipulangkan semula ke Pusat

Pemprosesan dengan menyertakan bersama surat iringan memaklumkan

nombor fail tersebut adalah bagi fail pendua yang tidak aktif.

S17: Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa Borang B saya telah

diterima oleh LHDNM? Saya bimbang sekiranya borang tersebut

tidak diterima dan saya dikenakan penalti.

J17: Tuan dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di

talian 03-42893700 untuk mengetahui status penerimaan Borang B tuan.

4
S18: Sekiranya Borang B saya diproses di Pusat Pemprosesan LHDNM,

adakah bermakna fail cukai pendapatan saya juga telah dipindahkan

dari cawangan sekarang ke Pusat Pemprosesan LHDNM?

J18: Fail cukai pendapatan tuan masih lagi dikendalikan di cawangan tuan

sekarang. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, semua borang cukai

pendapatan akan diproses secara berpusat di Pusat Pemprosesan

LHDNM.

S19: Saya ingin mengetahui bilakah saya akan menerima Borang J saya

kerana saya ingin mengetahui jumlah cukai sebenar saya.

J19: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, notis taksiran (Borang J) tidak akan

dikeluarkan kepada pembayar cukai. Ketua Pengarah LHDNM disifatkan

telah membuat taksiran berdasarkan pengiraan cukai dalam Borang Nyata

yang dikemukakan oleh pembayar cukai. Borang Nyata yang diisi dengan

lengkap dan dikemukakan kepada LHDNM sebelum atau pada 30 Jun

disifatkan sebagai notis taksiran.

S20: Memandangkan borang J tidak lagi dikeluarkan oleh LHDNM di

bawah Sistem Taksir Sendiri, bagaimanakah saya boleh mengetahui

jumlah cukai saya adalah tepat?

J20: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, Borang B yang dihantar ke LHDNM

adalah dianggap tepat sehinggalah semakan audit LHDNM membuktikan

sebaliknya. Sekiranya tuan mempunyai sebarang masalah berhubung

pengiraan cukai semasa mengisi Borang B, sila hubungi Pusat Khidmat

Pelanggan di talian 03-42893700.

S21: Kenapa saya perlu menyimpan rekod-rekod perniagaan selama 7

tahun ?

J21: Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan

cukai perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun

dalam mana borang cukai pendapatan dihantar ke LHDNM, untuk tujuan

rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

S22: Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya

tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan saya?

J22: Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah

seksyen 119A, ACP 1967, tuan boleh didakwa di mahkamah dan jika

5
disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300

dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau

kedua-duanya sekali.

S23: Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadi

dan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebut

bersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan

bil–bil tuntutan yang lain?

J23: Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan

akan dikembalikan kepada tuan untuk diisi dengan lengkap. Di bawah

Sistem Taksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod

perniagaan dan bil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–

rekod berkenaan selama 7 tahun bagi tujuan rujukan dan semakan

LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

S24: Selepas saya menghantar Borang B, saya menyedari bahawa saya

telah melaporkan pendapatan yang tidak tepat. Perlukah saya

mengisi borang yang baru dan hantar semula ke Pusat Pemprosesan

LHDNM?

J24: Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan bagi

sesuatu tahun taksiran lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun, tuan

dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang

telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke

cawangan yang mengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan

tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih

lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan

perlu mengisi Borang Nyata Terpinda B 2010. Borang Nyata Terpinda

yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM

yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan.

S25: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapati

pendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang?

J25: Taksiran tambahan berserta penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP

1967 akan dibangkitkan.

S26: Saya telah berhenti berniaga kira–kira 2 tahun yang lalu dan tiada

pendapatan lain tetapi setiap tahun saya masih lagi menerima

Borang B daripada LHDNM. Perlukah saya mengisi borang tersebut

6
atau saya hanya perlu mengembalikan sahaja (tanpa mengisi)

borang tersebut?

J26: Tuan masih perlu melengkapkan borang tersebut. Sila isikan ruangan

yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi

serta tandatangan dan kembalikan kepada LHDNM sebelum/pada 30 Jun

setiap tahun. Walau bagaimanapun, tuan boleh memohon secara bertulis

berserta alasan ke cawangan yang mengendalikan fail tuan, supaya tidak

lagi mengeluarkan borang pada masa akan datang.

S27: Bagaimana pula sekiranya saya telah berhenti berniaga dalam tahun

2009 dan kini hanya menerima pendapatan penggajian sahaja bagi

tahun 2010. Bolehkah saya mengisi borang B 2010 yang telah saya

terima dan bilakah tarikh akhir penghantaran borang tersebut?

J27: Sekiranya tuan tidak lagi menjalankan perniagaan dan hanya menerima

pendapatan penggajian tetapi menerima Borang B, tuan boleh sama ada:

a. Menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan

pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan

sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau

b. Membuat penukaran kepada Borang BE dengan mendapatkan borang

di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran atau terus

membuat pengisian Borang e-BE 2010 secara e-Filing.

Tarikh akhir penghantaran Borang BE 2010 adalah pada 30 April 2011.

S28: Saya adalah seorang ejen hartanah/saham/insurans/jualan langsung

tetapi tidak mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM). Borang apakah yang perlu saya isi?

J28: Jenis borang yang perlu diisi tidak bergantung sama ada tuan telah

mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM) atau tidak. Ia bergantung kepada punca pendapatan yang diterima

oleh tuan sama ada perniagaan atau tidak.

Komisen yang diterima oleh seorang ejen bebas adalah dianggap sebagai

punca pendapatan perniagaan. Oleh yang demikian, tuan perlu

melaporkan pendapatan komisen tersebut di Bahagian C, Borang B.

S29: Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah

menyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakan

berdasarkan anggaran. Bagaimana saya hendak mengisi Borang B?

7
Adakah pengiraan saya akan diterima? Adakah saya akan dikenakan

penalti kerana tidak menyimpan rekod?

J29: Bagi pengisian Borang B, tuan boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,

Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Penentuan sama ada

pengiraan tuan akan diterima atau tidak, akan diketahui apabila tuan

diaudit oleh pegawai LHDNM. Tuan dinasihatkan supaya menyimpan

rekod-rekod perniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan

seksyen 82 dan 82A, ACP 1967. Kegagalan berbuat demikian akan

menyebabkan tuan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda

tidak kurang dari RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara 12

bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (Rujuk Ketetapan Umum

Bil 5/2000 (Pindaan) bertarikh 30 Jun 2001). Ketetapan Umum ini boleh

diperolehi dari laman web LHDNM di alamat www.hasil.gov.my > Undangundang

dan Peraturan > Ketetapan Umum.

S30: Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B?

J30: Tuan boleh melayari laman web LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang >

Kategori > Tahun taksiran > Buku Panduan Borang B.

S31: Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang

perlu disimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan

Kunci Kira-kira yang betul?

S31: Tuan boleh merujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang

boleh diperolehi di www.hasil.gov.my berhubung penyimpanan rekod yang

mencukupi. Tuan juga boleh berhubung dengan pegawai LHDNM di

mana-mana cawangan LHDNM untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Selain itu, tuan juga boleh mendapatkan khidmat dari mana-mana

akauntan atau ejen cukai bertauliah.

S32: Saya telah melakukan sedikit kesilapan semasa mengisi Borang B,

bolehkah saya menggunakan pemadam cecair untuk

membetulkannya?

J32: Tuan tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair untuk membuat

pembetulan. Sekiranya berlaku kesilapan yang sedemikian, tuan hanya

perlu memotong kesilapan yang dibuat dan membuat pembetulan di atas

ruangan yang tersilap. Kemudian sila tandatangan ringkas di sebelah

pembetulan yang dibuat.

8
S33: Jika saya telah memulakan perniagaan tunggal dalam tahun 2010

dan saya juga merupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat

Sendirian Berhad, perlukah saya mengisi dua Borang berlainan

untuk melaporkan dua punca pendapatan tersebut?

J33: Tuan tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Tuan hanya perlu

mengisi Borang B 2010 kerana tuan mempunyai pendapatan perniagaan

dalam tahun 2010. Pendapatan berkanun perniagaan perlu dilapor di

ruangan C1 manakala pendapatan penggajian sebagai pengarah perlu

dilaporkan di ruangan C10.

S34: Bagaimanakah saya hendak melaporkan pendapatan dari

perkongsian sekiranya sehingga tarikh akhir penghantaran Borang B

saya masih belum menerima CP30?

J34: Sekiranya sehingga 30 Jun, CP30 (maklumat Pembahagian Pendapatan

Perkongsian) masih belum diterima, tuan dinasihatkan membuat

anggaran setepat mungkin terhadap pendapatan pembahagian

perkongsian. Tuan dikehendaki melaporkan pendapatan perkongsian

sebenar dengan segera di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail

tuan bersama surat iringan apabila CP30 diperolehi.

S35: Jika seseorang menerima yuran konsultan atau komisen secara

sampingan daripada sesuatu syarikat, adakah pendapatan ini

dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan atau bukan

perniagaan?

J35: Pendapatan komisen secara sampingan dari sesebuah syarikat adalah

dianggap sebagai punca pendapatan perniagaan dan tuan adalah

dikehendaki mengisi Borang B bagi melaporkan pendapatan tersebut.

S36: Sekiranya bayaran komisen di atas diterima sekali gus sahaja atau

bulanan, adakah bayaran kepada LHDNM perlu dibuat semasa

bayaran diterima ataupun apabila borang cukai tahunan difailkan?

J36: Tuan mempunyai dua pilihan bagi membuat pembayaran tersebut iaitu :

a) Pembayaran boleh dibuat sebelum / pada tarikh akhir

pengemukaan Borang B iaitu pada 30 Jun setiap tahun;

atau

b) Membuat permohonan ansuran CP 500 di Cawangan

Pungutan yang mengendalikan fail tuan.

9
S37: Adakah saya boleh menyemak bayaran CP500 yang telah dibuat di

dalam tahun semasa?

J37: Ya. Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan

tuan. Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut

menggunakan perkhidmatan e-lejar di laman web LHDNM. Untuk

menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor

kad pengenalan berserta kata laluan e-filing.

S38: Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran

ansuran CP500?

J38: Tuan dibenarkan untuk memohon pindaan amaun anggaran CP500

dengan menghantar borang CP502. Permohonan akan dipertimbangkan

sekiranya permohonan tersebut diterima pada atau sebelum 30 Jun bagi

tahun taksiran berkaitan. Permohonan hendaklah dihantar kepada

cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan dikendalikan.

S39: Bolehkah saya membuat bayaran ansuran CP500 di bank?

J39: Bayaran ansuran CP500 boleh dibuat di kaunter LHDNM (Jalan

Duta/Kuching/K. Kinabalu), di kaunter bank terpilih atau melalui

perbankan internet. Bayaran ansuran CP500 boleh dibuat di kaunter bank

/ ejen LHDNM berikut :

� CIMB Bank

� Public Bank

� Maybank

� EON Bank (bayaran cek terhad kepada House Cheque sahaja)

� POS Malaysia (tunai sahaja)

S40: Apakah kod yang digunakan jika membuat pembayaran baki cukai

kena dibayar bagi kes perniagaan sekiranya bayaran dibuat di bank?

J40: Kod bayaran cukai untuk Tahun Taksiran Semasa ialah 084.

S41: Bolehkah saya membuat bayaran baki cukai kena dibayar secara

tunai di Pusat Pemprosesan LHDNM?

J41: Tidak boleh.

10
BAHAGIAN 2 : PENGISIAN BORANG B

BUTIRAN PEMBAYAR CUKAI

S1: Saya dapati terdapat kesilapan ejaan nama yang dicetak pada surat

iringan Borang B, adakah bermakna ejaan nama saya juga silap

dalam fail cukai pendapatan saya? Bagaimana saya boleh

membetulkan kesilapan tersebut?

J1: Sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama :

i. Isikan nama tuan seperti di kad pengenalan/passport di ruangan

nama, Borang B.

ii. Kemukakan salinan kad pengenalan/passport ke Pusat Khidmat

Pelanggan untuk tindakan kemaskini nama melalui :

a. Faks ke 03-42893400; atau

b. Emel ke callcentre@hasil.gov.my

S2: Bagaimana saya perlu mengisi Nombor Cukai Pendapatan dalam

Borang B saya?

J2: Sila masukkan sebelas (11) digit Nombor Cukai Pendapatan.

Contoh: OG 01234567000 (sebelas digit) tanpa „–‟ dan „( )‟.

S3: Perlukah saya mengisi nombor Pasport?

J3: Perlu diisi sekiranya ada, di ruangan berikut :

� Ruang 7 bagi nombor pasport semasa

� Ruang 8 bagi nombor pasport yang didaftar dengan LHDNM

BAHAGIAN A : MAKLUMAT INDIVIDU

S4: Bagaimana saya boleh dapatkan Kod Negara untuk mengisi ruangan

Warganegara (A1)?

J4: Tuan boleh merujuk kepada Nota Penerangan Borang B atau Buku

Panduan Borang B (Lampiran E). Nota Penerangan dan Buku Panduan

boleh dimuat turun dari laman sesawang LHDNM di www.hasil.gov.my.

Contoh: Malaysia kod MY.

11
S5: Adakah saya perlu mengisi tarikh kahwin di ruangan A4 setiap kali

saya mengisi Borang B?

J5: Ruangan A4 hanya perlu diisi sekiranya tarikh kahwin/tarikh cerai/tarikh

mati adalah tarikh kahwin/tarikh cerai/tarikh mati yang berlaku dalam

tahun semasa sahaja.

S6: Apakah yang dimaksudkan dengan Jenis Taksiran?

J6: „1‟ - Bersama atas nama suami = Sekiranya isteri memilih taksiran

bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama suami.

„2‟ - Bersama atas nama isteri = Sekiranya suami memilih taksiran

bersama dan taksiran dikeluarkan atas nama isteri.

„3‟ - Berasingan = Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan.

„4‟ – Diri sendiri = Sekiranya suami / isteri tiada punca pendapatan atau

pendapatan dikecualikan cukai; atau

„5‟ – Diri sendiri = Sekiranya status individu adalah Bujang / janda / duda /

simati

S7: Sekiranya saya seorang pesara dan hanya menerima pendapatan

daripada bayaran pencen sahaja, apakah jenis taksiran yang perlu

diisi di ruangan A5?

J7: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4.

S8: Status saya adalah bujang. Apakah jenis taksiran yang perlu diisi

pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

J8: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4.

S9: Status saya berkahwin dan isteri tidak bekerja. Apakah jenis taksiran

yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

J9: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4.

12
S10: Status saya berkahwin dan suami tidak bekerja. Apakah jenis

taksiran yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B

2010?

J10: Jenis Taksiran yang perlu diisi adalah 4.

S11: Status saya berkahwin dan isteri bekerja. Apakah jenis taksiran yang

perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

J11: Jika memilih taksiran berasingan, isikan „3‟ atau jika memilih taksiran

bersama, isikan „1‟ atau „2‟. Bagi individu berkahwin yang memilih untuk

ditaksir berasingan, kedua-dua suami isteri perlu mengisi Borang B/BE

yang berasingan iaitu satu untuk suami dan satu untuk isteri.

S12: Status saya berkahwin dan isteri berniaga. Bolehkah saya memilih

taksiran bersama di ruangan Jenis Taksiran (A5) Borang B 2010?

J12: Tuan dan isteri perlu mematuhi syarat untuk taksiran bersama seperti

berikut:

i. Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas berkenaan.

ii. Kedua-dua suami isteri mempunyai jumlah pendapatan untuk

disatukan. Jumlah pendapatan merujuk kepada amaun di ruang

C17 Borang BE atau C34 Borang B.

iii. Individu yang memilih taksiran bersama adalah warganegara

Malaysia jika tidak bermastautin.

iv. Pilihan untuk taksiran bersama boleh dibuat dengan seorang isteri

sahaja.

S13: Saya seorang peniaga kedai runcit. Status saya berkahwin dan isteri

bekerja. Saya ingin memilih taksiran bersama atas nama saya.

Apakah jenis taksiran yang perlu diisi pada ruangan Jenis Taksiran

(A5) Borang B 2010?

J13: Jika memilih taksiran bersama di atas nama suami, isikan „1‟ di ruang A5.

Bagi individu berkahwin yang memilih untuk ditaksir bersama dan

mempunyai jumlah pendapatan yang disatukan, kedua-dua suami isteri

perlu mengisi Borang B/BE yang berasingan. Bagi Borang B suami/isteri

yang pendapatannya ditaksir atas nama pasangan, beliau tidak perlu

mengisi ruang C35 dan C36, Bahagian D, Bahagian E dan Bahagian F,

dan teruskan pengisian di bahagian Akuan.

13
S14: Jika suami atau isteri kurang upaya, layakkah saya memilih taksiran

bersama?

J14: Tuan boleh memilih taksiran bersama tidak kira sama ada tuan atau isteri

kurang upaya atau tidak, dengan syarat pasangan mempunyai jumlah

pendapatan.

S15: Apakah yang dimaksudkan dengan Ketetapan Umum? Apakah

kesannya sekiranya saya memilih 1 atau 2?

J15: Ketetapan Umum dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orang

awam dan pegawai LHDNM. Ia menggariskan interpretasi Ketua

Pengarah LHDNM berhubung peruntukan tertentu undang – undang cukai

dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya. Tuan boleh

menyemak Ketetapan Umum di www.hasil.gov.my. Isikan „1‟ jika setiap

ketetapan dipatuhi. Sekiranya satu atau lebih ketetapan umum tidak

dipatuhi, sila pilih 2.

S16: Apakah yang dimaksudkan dengan Penyimpanan Rekod (A7)?

J16: Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti

dikehendaki dalam peruntukan ACP 1967. Pembayar cukai

bertanggungjawab menyimpan semua rekod perniagaan seperti rekod

jualan, belian dan stok, rekod perbelanjaan perniagaan, resit, bil-bil,

keratan cek dan penyata bank selama 7 tahun untuk tujuan rujukan dan

semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak. Isikan “1” jika mematuhi

atau “2” jika tidak.

S17: Perniagaan saya mengalami kerugian dalam tahun semasa.

Bagaimana saya boleh menuntut kerugian tersebut di ruangan A8?

J17: Jumlah kerugian tahun semasa tidak melebihi RM100,000 bagi Tahun

Taksiran 2010 dibenarkan untuk dibawa ke belakang sebagai potongan

daripada pendapatan agregat tertentu dalam Tahun Taksiran 2009.

Syarat-syarat kelayakan di bawah seksyen 44B ACP 1967:-

� Jumlah kerugian bagi tahun taksiran 2010 yang dibawa ke belakang

hendaklah:-

i. tidak melebihi RM100,000; atau

ii. di mana pendapatan agregat tertentu kurang daripada

RM100,000 bagi tahun taksiran 2009, tidak melebihi pendapatan

agregat tertentu itu.

� Seseorang yang ingin menuntut kerugian bawa ke belakang

dikehendaki membuat pilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam

14
uangan A8; serta menyatakan amaun kerugian dibawa ke belakang di

ruangan J1a(i) dan baki kerugian dihantar hadapan di ruangan J1a(ii).

Tuan boleh membuat pengiraan menggunakan HK-1.3 di Buku

Panduan Borang B.

Cara membuat tuntutan:

� Kemukakan:-

o Salinan muka surat 1 dan 8 Borang B 2010

o Pindaan pengiraan cukai bagi Tahun Taksiran 2009

ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan

pada tarikh yang sama dengan tarikh pengemukaan Borang B 2010.

Untuk petak yang disediakan di ruangan A8:-

- isikan „1‟ jika layak dan ingin menuntut.

- isikan „2‟ jika layak tetapi tidak ingin menuntut atau jika tidak berkenaan.

S18: Siapakah yang dimaksudkan sebagai Pekerja Berpengetahuan di

ruangan A9?

J18: Menurut P.U.(A) 344/2010*, Pekerja Berpengetahuan ditakrifkan sebagai

individu yang :

� memegang ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana daripada institusi

yang diiktiraf** dan mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun

pengalaman bekerja dalam mana-mana aktiviti yang layak; atau

� memegang ijazah kedoktoran daripada institusi yang diiktiraf** dan

mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam

mana-mana aktiviti yang layak

� memenuhi apa-apa kriteria lain sebagaimana yang boleh ditentukan

oleh Menteri

* P.U.(A) 344/2010 boleh diperolehi di www.hasil.gov.my.

** institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh disemak

di http://pengiktirafan.jpa.gov.my.

Bagi tujuan permohonan skim cukai pendapatan individu pada kadar

15%, Pekerja Berpengetahuan perlu memenuhi syarat berikut:

� warganegara Malaysia atau warga asing

� mula bekerja pada atau selepas 24 Oktober 2009 tetapi tidak lewat

daripada 31 Disember 2015 dengan syarikat yang ditetapkan

� tidak pernah memperoleh apa-apa pendapatan penggajian di Malaysia

untuk sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum tarikh permohonan

yang dibuat

� bekerja dan tinggal di Iskandar Malaysia

15
Garis panduan dan borang permohonan boleh diperolehi di

http://www.iskandarmalaysia.com.my.

Untuk ruangan A9:-

- isikan „1‟ jika permohonan skim cukai pendapatan individu pada

kadar 15% telah diluluskan oleh Menteri.

- isikan „2‟ jika tidak berkenaan.

Untuk ruangan A9a:-

- jika A9 = 1, isikan tarikh kelulusan Menteri dalam ruangan ini.

S19: Sekiranya tiada pertukaran alamat surat menyurat, perlukah saya

mengisi ruangan A10?

J19: Ya, sila isikan alamat di ruangan A10.

S20: Bagaimana saya boleh mengemaskini alamat surat-menyurat

sekiranya berlaku perubahan alamat selepas menghantar Borang B

2010?

J20: Bagi tujuan kemaskini alamat surat-menyurat, sila lengkapkan borang

pertukaran alamat (CP600B). Borang ini boleh dimuat turun di laman web

http://www.hasil.gov.my > Borang > Lain-lain Borang > CP600B.

Lengkapkan borang tersebut dan kemukakan ke cawangan LHDNM yang

mengendalikan fail cukai tuan.

S21: Bagaimana saya boleh mengemaskini alamat kediaman, disebabkan

tiada ruangan untuk kemaskini alamat kediaman dalam Borang B

2010?

J21: Bagi tujuan kemaskini alamat kediaman, sila maklumkan secara bertulis

pertukaran alamat kediaman tuan ke cawangan yang mengendalikan fail

cukai pendapatan tuan. Sebagai pilihan, tuan juga boleh menggunakan

aplikasi e-Kemaskini di www.hasil.gov.my untuk mengemaskini alamat

surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan. Untuk

log masuk ke e-Kemaskini, sila gunakan no pengenalan dan kata laluan e-

Filing tuan.

S22: Saya mempunyai 3 premis perniagaan, alamat premis yang mana

satukah perlu saya isi untuk ruangan A11?

J22: Tuan hanya perlu mengisikan alamat premis bagi perniagaan yang utama.

16
S23: Pada awal tahun 2010 saya menyewa sebuah bangunan sebagai

premis perniagaan sehingga bulan April 2010. Walau bagaimanapun

selepas membeli bangunan kedai baru, saya berpindah ke premis

tersebut mulai bulan Mei 2010 sehinggalah sekarang. Alamat premis

yang manakah saya perlu isikan di ruangan A11?

J23: Tuan perlu mengisi ruangan A11 dengan alamat premis yang terkini.

S24: Nombor telefon siapakah yang perlu diisi pada ruangan A12?

J24: Nombor telefon bimbit / pejabat / rumah / premis perniagaan / firma ejen

cukai tuan, yang mana memudahkan pihak LHDNM untuk berurusan

dengan tuan kelak.

S25: Saya telah berhenti kerja pada Julai 2010. Mulai September 2010

saya bekerja dengan majikan baru. Nombor majikan manakah yang

perlu diisi di ruangan No. Majikan (A13)?

J25: No. Majikan yang perlu diisi adalah nombor majikan yang terkini. No.

Majikan ada dinyatakan pada borang EA / EC dan bermula dengan „E‟.

S26: Saya bekerja secara bebas (freelancer) sejak awal tahun 2010 dan

tiada majikan tetap, perlukah saya mengisi No. Majikan (A13)?

J26: No. Majikan tidak perlu diisi.

S27: Saya mempunyai 2 akaun bank, satu akaun untuk tujuan perniagaan

dan satu lagi untuk tujuan peribadi. Nombor akaun yang manakah

saya perlu isi di A17 ?

J27: Ruangan A17 adalah bertujuan untuk pembayaran balik cukai (sekiranya

ada) yang dikreditkan dari LHDNM ke akaun tuan. Oleh itu, sila tuan

nyatakan nama bank dan nombor akaun bank mengikut pilihan tuan di

ruangan A16 dan A17.

17
BAHAGIAN B : MAKLUMAT SUAMI / ISTERI

S28: Sekiranya saya dan isteri melaporkan pendapatan dalam borang

yang berasingan adakah saya dan isteri masih perlu mengisi

ruangan maklumat suami/isteri di Bahagian B?

J28: Dalam keadaan di mana kedua-dua suami dan isteri mengisi borang

secara berasingan atau hanya suami atau isteri yang mengisi borang

kerana pasangan tiada punca pendapatan, tuan masih dikehendaki

mengisi maklumat di Bahagian B.

S29: Isteri saya tidak bekerja. Apakah nombor cukai pendapatan beliau di

ruangan No. Cukai Pendapatan (B2)?

J29: Sekiranya isteri tuan tidak pernah didaftarkan nombor cukai pendapatan di

LHDNM, ruangan ini tidak perlu diisi.

S30: Jika saya mempunyai dua orang isteri atau lebih, bagaimana saya

mengisi maklumat isteri, sebab ruangan yang disediakan hanya

satu?

J30: Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada seorang isteri, sila berikan

maklumat isteri-isteri tuan yang lain di lampiran tambahan mengikut

format B1 hingga B7 dan kemukakan bersama Borang B. Lampiran

secara atas talian disediakan sekiranya tuan mengemukakan Borang B

secara e-filing.

BAHAGIAN C : PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH

PENDAPATAN

S31: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Kod Perniagaan untuk

mengisi Ruangan C1, Borang B 2010?

J31: Tuan boleh mendapatkannya dalam Lampiran G, Buku Panduan Borang

B 2010. Buku Panduan Borang B 2010 boleh dimuat turun daripada laman

web LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang > Kategori > Tahun Taksiran

> Buku Panduan Borang B 2010.

S32: Sekiranya saya mempunyai 5 jenis perniagaan, di manakah saya

harus melaporkan pendapatan saya dari perniagaan yang ke 4 dan

ke 5 kerana ruangan yang disediakan hanya untuk 3 jenis perniagaan

iaitu dari C1 sehingga C3 sahaja?

18
J32: Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan

pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya, dan masukkan

jumlah ini ke ruangan C3. Sila senaraikan mengikut format C1 dan C2

bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang B.

Pendapatan Berkanun bagi Perniagaan 1 hendaklah diisi di ruangan C1 –

Perniagaan 1 setiap kali tuan mengisi Borang B sehinggalah perniagaan

tersebut dibubarkan. Perniagaan yang lain akan menggunakan

“Perniagaan 2” dan seterusnya.

S33: Saya menjalankan perniagaan runcit dan semua wang keluar dan

masuk daripada perniagaan direkodkan dalam buku tunai. Adakah

saya hanya perlu membuat pengiraan jumlah bersih (wang masuk –

wang keluar) dan masukkan jumlah tersebut di ruangan C1?

J33: Ruangan C1 merupakan pendapatan berkanun perniagaan. Sila rujuk HK-

1 (Pengiraan Pendapatan Berkanun Perniagaan) di Buku Panduan

Borang B bagi membantu tuan membuat pengiraan dengan tepat.

Tuan juga boleh mendapatkan khidmat ejen cukai yang bertauliah bagi

membantu dalam penyediaan penyata akaun perniagaan untuk tujuan

pengiraan cukai pendapatan.

S34: Saya adalah ahli kongsi dalam satu perniagaan restoran. Bagaimana

saya boleh melapor pendapatan yang saya terima daripada

perniagaan restoran ini? Adakah berdasarkan bahagian modal yang

disumbangkan oleh saya?

J34: Bagi setiap perkongsian, ahli kongsi utama perlu mengisi Borang P dan

CP30. CP30 adalah penyata pembahagian pendapatan perkongsian bagi

setiap ahli kongsi. Setiap ahli kongsi perlu melapor pendapatan berkanun

perkongsian di Borang B masing-masing di ruangan C4. Tuan boleh

membuat pengiraan Pendapatan Berkanun Perkongsian menggunakan

HK-1B dalam Buku Panduan Borang B.

S35: Perniagaan saya mengalami kerugian pada tahun 2009. Bolehkah

saya menuntut tolakan atas kerugian tersebut di ruangan C8?

J35: Ruangan C8 merupakan kerugian perniagaan yang tidak dapat diserap

oleh pendapatan agregat tahun taksiran sebelumnya dan dibawa ke tahun

semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja.

Sila rujuk Helaian Kerja HK-1.3 di Buku Panduan Borang B bagi

19
menentukan amaun C8. Jika tidak ada kerugian bawa hadapan, isikan “0”

di ruang ini.

S36: Bagaimana saya boleh mengisi ruangan Penggajian (C10, Borang B)

yang tidak disediakan nilai sen sebab pendapatan saya di dalam EA

mempunyai nilai sen?

J36: Tuan dikehendaki menulis amaun Ringgit Malaysia tanpa nilai Sen.

Contoh: Pendapatan Berkanun Penggajian RM 125,955.67.

Masukkan di ruangan C10, Borang B : RM 125,955

S37: Saya mempunyai pendapatan dividen dari Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia (SSM) / Unit Trust. Di manakah perlu saya isikan

pendapatan tersebut?

J37: Isikan di ruangan C11, Borang B iaitu jumlah pendapatan dividen kasar

yang diperolehi. Sila rujuk HK-6 (Tolakan Cukai Di Bawah Seksyen 110

lain-lain) di Buku Panduan Borang B untuk senaraikan dividen tersebut

dan masukkan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) di ruangan E11.

S38: Saya menerima pendapatan dividen. Perlukah saya kemukakan

baucar dividen tersebut kepada LHDNM?

J38: Mulai tahun taksiran 2008 tuan tidak perlu mengemukakan baucar dividen

asal. Walau bagaimanapun tuan perlu menyimpannya dalam tempoh 7

tahun untuk rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

S39: Saya mempunyai pendapatan sewa dari sebuah rumah. Bagaimana

saya mengira dan mengisi pendapatan ini?

J39: Tuan boleh membuat pengiraan seperti di HK-4 (Butir-Butir Harta / Aset

dan Jumlah Sewa) di Buku Panduan Borang B untuk mendapatkan sewa

bersih dan jumlah ini dipindahkan ke ruangan C13 dalam Borang B 2010.

S40: Dalam keadaan bagaimana pendapatan sewa boleh dianggap

sebagai pendapatan perniagaan?

J40: Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006, pendapatan sewa hanya boleh

dikenakan cukai sebagai pendapatan perniagaan di bawah seksyen 4(a)

ACP 1967 sekiranya tuan punya harta menyediakan secara aktif

kemudahan sampingan atau perkhidmatan sokongan berhubung

20
penyewaan harta tersebut iaitu kemudahan atau perkhidmatan yang

diperolehi, diuruskan dan disediakan oleh orang yang menyewakan harta

dan bukannya terbit secara pasif atau tidak sengaja akibat pemilikan atau

pajakan harta tersebut.

S40A: Apakah yang dimaksudkan dengan “kemudahan sampingan atau

perkhidmatan sokongan” berhubung penyewaan harta tersebut?

J40A: Kemudahan sampingan atau perkhidmatan sokongan yang dimaksudkan

termasuklah menyediakan perkhidmatan keselamatan, penghawa dingin,

bekalan air panas, eskalator, lif, kemudahan rekreasi (rumah kelab,

gimnasium, gelanggang tenis/badminton/squasy, kolam renang, dll),

pembersihan atau pengemaskinian termasuk pembuangan sampahsarap,

penyelenggaraan harta, taman, lanskap, lampu, dll.

S40B: Sekiranya pendapatan sewa saya ditaksir di bawah seksyen 4(a),

adakah saya layak menuntut elaun modal dan kerugian sewa

sebagaimana pendapatan perniagaan yang lain?

J40B: Sekiranya pendapatan sewa ditaksir di bawah seksyen 4(a), tuan layak

menuntut elaun modal ke atas loji dan jentera yang digunakan dalam

menghasilkan pendapatan sewa. Ini termasuklah elaun modal untuk

penghawa dingin, peti sejuk, perabot dan lekapan. Kerugian sewa bagi

tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun

taksiran berkenaan. Jika ada jumlah kerugian yang tidak dapat diserap,

ianya boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada agregat pendapatan

berkanun perniagaan bagi tahun taksiran yang seterusnya.

S41: Saya ada menerima pencen. Perlukah saya laporkan pendapatan

pencen saya. Bagaimana saya perlu isi dalam Borang B?

J41: i. Bersara sebelum umur 55 tahun

Sekiranya tuan bersara sebelum umur 55 tahun, pencen tuan layak

dikenakan cukai pendapatan sehingga tuan berumur 55 tahun. Sila

isikan pendapatan pencen tersebut di ruangan Pencen, anuiti dan

bayaran berkala lain (C14, Borang B).

ii. Bersara apabila mencapai umur 55 tahun

Pencen yang diterima tidak kenakan cukai. Sila masukkan angka „0‟ di

ruangan Pencen, anuiti dan bayaran berkala lain (C14, Borang B).

21
iii. Pencen terbitan

Pencen terbitan yang diterima tidak dikenakan cukai. Contoh: Isteri

terima pencen (terbitan) di atas kematian suami beliau. Pencen ini tidak

dikenakan cukai. Sila masukkan angka „0‟ di ruangan Pencen, anuiti

dan bayaran berkala lain (C14, Borang B).

Di mana seseorang mendapat lebih daripada satu pencen hanya pencen

yang tertinggi dikecualikan. Pencen yang lain hendaklah dilaporkan.

S42: Saya mengalami kerugian perniagaan dalam tahun semasa.

Bagaimana saya boleh menuntut kerugian perniagaan tersebut di

dalam Borang B 2010?

J42: Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan

agregat tahun semasa. Rugi perniagaan tahun semasa boleh dituntut di

ruangan C19. Contohnya kerugian perniagaan pada tahun 2010 ditolak

daripada pendapatan agregat bagi tahun 2010. Tuan dinasihatkan

mengisi helaian kerja HK-1.3 terlebih dahulu dan memindahkan amaun di

ruangan E helaian kerja tersebut ke ruangan C19, Borang B. Amaun C19

terhad kepada amaun C18. Baki kerugian tahun semasa yang belum

diserap oleh pendapatan agregat boleh dipindahkan ke ruangan J1a(ii),

Borang B.

Sila rujuk soalan 15 berhubung Kerugian Tahun Semasa Dibawa ke

Belakang.

S43: Saya telah memberi sumbangan wang tunai kepada Kerajaan Negeri

Pahang untuk mangsa banjir. Bagaimana saya boleh menuntut

dalam Borang B?

J43: Sila isi jumlah yang telah didermakan di ruangan Hadiah wang kepada

Kerajaan/Kerajaan Tempatan (C24). Sila simpan resit asal derma selama

7 tahun untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya diperlukan

kelak.

S44: Saya telah menderma sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Diabetes

Malaysia. Bagaimana saya boleh tuntut didalam Borang B 2010?

J44: Persatuan Diabetes Malaysia merupakan institusi yang diluluskan oleh

Ketua Pengarah LHDNM. Tuan layak mendapat tolakan derma di ruangan

C24A. Bagaimanapun, jumlah keseluruhan hadiah wang atau kos

sumbangan bagi ruangan C24A, C25 dan C26 adalah terhad kepada 7%

daripada pendapatan agregat (C18, Borang B). Sila simpan resit asal

22
derma selama 7 tahun untuk tujuan rujukan dan semakan LHDNM

sekiranya diperlukan kelak.

S45: Jika saya (isteri) memilih taksiran bersama tetapi Jenis Taksiran (A5)

adalah atas nama suami, di manakah jumlah pendapatan saya yang

perlu diisi di Borang B 2010?

J45: Isi Borang B 2010 puan sehingga Jumlah Pendapatan Sendiri (C34)

sahaja dan terus ke Bahagian Akuan. Pendapatan Tahun Kebelakangan

(jika ada) yang belum dilaporkan perlu diisi di Bahagian G.

Sekiranya suami puan mengisi Borang BE 2010 :

i. Masukkan jumlah pendapatan puan tadi di ruangan C17 Borang BE

suami

ii. Di petak C17 Borang BE suami, isi „1‟ jika pendapatan isteri yang

dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika

tiada.

iii. Jumlahkan C16 dan C17 Borang BE suami untuk mendapatkan

jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C18.

Sekiranya suami puan mengisi Borang B 2010 :

i. Masukkan jumlah pendapatan puan tadi di ruangan C35 Borang B

suami.

ii. Di petak C35 Borang B suami, isi „1‟ jika pendapatan isteri yang

dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika

tiada.

iii. Jumlahkan C34 dan C35 Borang B suami untuk mendapatkan

jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C36.

S46: Jika saya (suami) pilih taksiran bersama tetapi Jenis Taksiran (A5)

adalah atas nama saya sendiri, bagaimanakah cara saya isikan

jumlah pendapatan saya dalam Borang B 2010?

J46: Isi Borang B 2010 tuan sehingga Jumlah Pendapatan Sendiri (C34)

sahaja dan terus ke Bahagian Akuan. Pendapatan Tahun Kebelakangan

(jika ada) yang belum dilaporkan perlu diisi di Bahagian G.

Sekiranya isteri tuan mengisi Borang BE 2010 :

iv. Masukkan jumlah pendapatan tuan tadi di ruangan C17 Borang BE

isteri.

v. Di petak C17 Borang BE isteri, isi „1‟ jika pendapatan suami yang

dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika

tiada.

vi. Jumlahkan C16 dan C17 Borang BE isteri untuk mendapatkan

jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C18.

23
Sekiranya isteri tuan mengisi Borang B 2010 :

iv. Masukkan jumlah pendapatan tuan tadi di ruangan C35 Borang B

isteri.

v. Di petak C35 Borang B isteri, isi „1‟ jika pendapatan suami yang

dipindahkan terdapat punca pendapatan perniagaan atau „2‟ jika

tiada.

vi. Jumlahkan C34 dan C35 Borang B isteri untuk mendapatkan

jumlah pendapatan yang disatukan iaitu C36.

BAHAGIAN D : PELEPASAN

S47: Saya menanggung ibu, bapa, adik-beradik dan lain-lain. Bagaimana

saya boleh tuntut untuk pelepasan individu dan saudara tanggungan

(D1)?

J47: Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan pelepasan diberi

sebanyak RM8,000 bagi pelepasan individu dan saudara tanggungan di

ruangan D1. Mulai tahun taksiran 2010, pelepasan ini telah dinaikkan

kepada RM9,000.

S48: Saya telah membayar kos perubatan ibu tetapi saya tidak

menyimpan resit-resit tersebut. Bolehkah saya membuat tuntutan

untuk kos perubatan ibu bapa di ruangan D2?

J48: Semua tuntutan pelepasan memerlukan dokumen sokongan dan perlu

disimpan selama 7 tahun untuk tujuan semakan dan rujukan LHDNM,

sekiranya diperlukan kelak. Isikan tuntutan di ruangan perubatan ibu bapa

(D2) dan terhad kepada maksimum RM5,000.

S49: Saya telah menghantar ibubapa saya untuk rawatan perubatan

tradisional. Bolehkah saya menuntut pelepasan perubatan tersebut?

J49: Tidak boleh.

S50: Saya telah membayar kos perubatan ibu mertua. Bolehkah saya

membuat tuntutan tersebut?

J50: Kos perubatan ibu mertua tidak dibenarkan.

S51: Bagaimanakah saya layak untuk menuntut pelepasan peralatan

sokongan asas di mana saya telah membeli sebuah mesin dialisis

24
untuk kegunaan isteri. Bolehkah saya membuat tuntutan sebagai alat

sokongan asas di ruangan D3?

J51: Pelepasan untuk peralatan sokongan asas boleh dibenarkan terhad

kepada RM5,000 sekiranya isteri tuan berdaftar dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya.

S52: Saya telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kehilangan

kedua-dua belah kaki dan disahkan oleh doktor sebagai orang hilang

upaya selama-lamanya. Bagaimana saya layak untuk menuntut

pelepasan individu kurang upaya di ruangan D4?

J52: Tuan dinasihatkan membawa laporan perubatan kepada Pejabat

Kebajikan Masyarakat untuk mendaftar sebagai “Orang Kurang Upaya”

(OKU) dan simpan Kad OKU atau surat pengesahan tersebut untuk tujuan

semakan dan rujukan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

S53: Bagaimanakah saya layak untuk tuntut pelepasan yuran pendidikan

dalam bidang yang diluluskan (D5). Saya mengambil kursus

pengajian „Master In Accountancy‟. Adakah saya layak menuntut

pelepasan RM 5,000 atas yuran pendidikan saya?

J53: Sekiranya tuan mengikuti kursus tersebut di institusi atau badan

professional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh

Menteri Kewangan, tuan layak menuntut potongan tersebut dengan

sokongan resit-resit pembayaran dan terhad kepada RM5,000. Semakan

Institusi Pendidikan Tinggi (IPTA/IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan

Malaysia boleh dibuat di alamat: http://pengiktirafan.jpa.gov.my.

Senarai badan profesional yang diiktiraf oleh Menteri Kewangan boleh

diperolehi di laman sesawang Hasil www.hasil.gov.my > LAIN-LAIN >

Penerbitan Cukai.

S54: Saya membuat pemindahan organ (buah pinggang) di hospital

Singapura. Adakah saya layak menuntut pelepasan bagi kos

perubatan bagi penyakit yang sukar diubati di ruangan D6?

J54: Tuan tidak layak menuntut pelepasan tersebut kerana tuntutan

perbelanjaan mesti dibuktikan dengan resit yang disahkan oleh pengamal

perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian

Medical Council).

25
S55: Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan perubatan penuh di

ruangan D7 dan bagaimana saya layak untuk mendapat pelepasan

tersebut?

J55: Pemeriksaan perubatan penuh bermaksud pemeriksaan yang dijalankan

secara menyeluruh sepertimana yang telah ditakrifkan oleh Majlis

Perubatan Malaysia (MMC) termasuk kedua-dua pemeriksaan fizikal dan

ujian makmal (ujian atas darah dan urine) serta perbincangan dengan

doktor yang menjalankan rawatan iaitu seperti berikut:

i. Pemeriksaan fizikal adalah pemeriksaan weight, blood pressure,

eyes, ears, nose and throat, examining your neck for the size of the

thyroid gland and any enlarged lymp nodes, listening to your chest

and heart, breast examination, abdominal exam, looking at your

arms and legs and the pelvic exam (pap smear).

ii. Pemeriksaan makmal adalah blood tests, urinalysis and pap smear.

Blood test checking on your cholesterol level, thyroid hormones,

complete blood count.

iii. Perbincangan selepas pemeriksaan (Consultation).

Tuntutan ini dibenarkan ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak dan

mestilah disokong dengan resit dan terhad kepada RM500.00 dan isikan

di ruangan D7. Jumlah pelepasan untuk ruangan D6 dan D7 adalah

terhad kepada RM5,000 sahaja.

S56: Adakah saya dan isteri layak menuntut pelepasan pembelian buku /

majalah terhad kepada RM 1,000 setiap individu di ruangan D8 jika

kami memilih taksiran berasingan?

J56: Suami dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM1,000

setiap individu dengan sokongan resit-resit.

S57: Bolehkah saya menuntut pelepasan di ruangan D8 bagi pembelian ebook

atau kamus elektronik dan juga buku yang dibeli di luar

negara?

J57: Tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada RM1,000 bagi pembelian

buku, jurnal, majalah dan mana-mana bahan penerbitan (sama ada dalam

bentuk hardcopy atau elektronik) sama ada dibeli di Malaysia atau di luar

negara tetapi tidak termasuk surat khabar atau bacaan yang terlarang

seperti majalah lucah. Tuntutan hendaklah disokong dengan resit-resit

pembelian.

26
S58: Saya telah membeli komputer peribadi pada Ogos 2010 dengan

harga RM3,850. Adakah saya layak untuk menuntut pelepasan ini di

ruangan D9 Borang B 2010?

J58: Tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada RM3,000. Pelepasan ini

dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun bagi 1 unit komputer sahaja.

Contoh: Sekiranya tuan telah menuntut pelepasan tersebut pada tahun

2010, tuntutan seterusnya ialah pada tahun 2013.

S59: Saya telah membeli komputer peribadi pada Januari 2010 dengan

harga RM2,650. Isteri saya pula telah membeli komputer riba pada

September 2010 dengan harga RM4,150. Adakah saya dan isteri

layak tuntut pelepasan ini di ruangan D9, Borang B/BE 2010 masingmasing

jika kami memilih taksiran berasingan? Bagaimana pula

sekiranya saya memilih taksiran bersama?

J59: Tuan dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM3,000

seorang. Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM2,650 dan

isteri RM3,000. Bagi Taksiran Bersama, tuan atau isteri layak menuntut

pelepasan terhad kepada RM3,000 sahaja. Pelepasan ini dibenarkan

sekali dalam setiap 3 tahun bagi setiap individu.

S60: Saya telah membeli sebuah komputer untuk digunakan dalam

perniagaan saya. Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai atas

pembelian tersebut?

J60: Tuan tidak layak menuntut pelepasan kerana komputer tersebut dibeli

untuk digunakan bagi tujuan perniagaan. Walau bagaimanapun, tuan

layak menuntut elaun modal atas kos pembelian komputer tersebut. Sila

rujuk helaian kerja HK-1.2.4 di Buku Panduan Borang B untuk pengiraan

elaun modal.

S61: Sekiranya resit pembelian komputer ditulis/dicetak atas nama anak

saya yang masih belajar, bolehkah saya menuntut pelepasan bagi

pembelian komputer tersebut dalam Borang B 2010?

J61: Boleh. Tuan layak menuntut pelepasan bagi pembelian komputer tersebut

terhad kepada RM3,000.

S62: Saya telah membuat simpanan RM2,500 dalam Skim Simpanan

Pendidikan Nasional (SSPN) pada Mac 2010. Tetapi pada November

27
2010 pengeluaran sebanyak RM1,000 telah dibuat. Berapakah jumlah

pelepasan yang dibenarkan di ruangan D10 Borang B 2010?

J62: Jumlah pelepasan yang boleh dituntut adalah amaun tabungan bersih

dalam sesuatu tahun iaitu jumlah tabungan tolak jumlah pengeluaran.

Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM1,500 iaitu (RM2,500

– RM1,000). Pelepasan juga dibenarkan kepada ibu dan bapa bagi

tabungan bersih yang dilakukan untuk seorang anak yang sama.

Pelepasan adalah terhad kepada RM3,000 setahun bagi setiap individu.

S63: Apakah yang dimaksudkan dengan Peralatan Sukan?

J63: Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang

singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi tidak termasuk pakaian

sukan seperti pakaian renang dan kasut sukan. Potongan yang

dibenarkan di ruangan D11 adalah terhad kepada RM300.

Bagi sukan Fitness – apa-apa peralatan sukan berkaitan dengan aktiviti

sukan tersebut adalah layak mendapat potongan. Peralatan senaman

seperti treadmill,exercise bike dan airwalker adalah dibenarkan.

Bagi sukan Recreational – Diving diklasifikasikan sebagai sukan rekreasi,

maka peralatan sukan berkaitan aktiviti tersebut layak mendapat potongan

kecuali pakaian sukan dan kasut.

S64: Bagaimana saya boleh saya menuntut pelepasan cukai bagi yuran

langganan jalur lebar di ruangan D12?

J64: Tuan boleh menuntut potongan terhad kepada RM500 setahun bagi

bayaran langganan jalur lebar yang didaftarkan atas nama tuan sendiri.

berkenaan dalam tempoh asas. Potongan ini dibenarkan selama 3 tahun

taksiran sahaja iaitu Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012 dengan

disokong oleh penyata bulanan dan resit bayaran.

S65: Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai di ruangan D12 bagi

langganan jalur lebar secara prabayar?

J65: Potongan di ruangan D12 ini juga meliputi belanja langganan jalur lebar

secara pra-bayar dengan syarat individu boleh mengemukakan penyata

bulanan menunjukkan nilai isi semula (reload) serta resit yang

membuktikan penyata tersebut telah dibayar.

S66: Bolehkah saya menuntut pelepasan cukai bagi di ruangan D12 bagi

langganan perkhidmatan internet secara dial-up?

28
J66: Dial-up service adalah perkhidmatan penyambungan internet melalui

talian telefon dengan kelajuan 56kbps. Manakala jalur lebar adalah

capaian internet dengan kelajuan bersamaan dengan atau lebih daripada

256kbps satu arah atau kedua-dua arah. Oleh itu kaedah pencapaian

internet melalui dial-up service tidak layak mendapat potongan cukai

RM500.

S67: Bagaimana saya boleh menuntut potongan Faedah Pinjaman

Perumahan di ruangan D13, Borang B 2010?

J67: Potongan Faedah Pinjaman Perumahan adalah dibenarkan untuk

potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun

taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Syarat

kelayakan:

i. Pemastautin warganegara Malaysia

ii. Pembelian perumahan terhad pada satu unit sahaja

iii. perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009

sehingga 31 Disember 2010; dan

iv. rumah kediaman tersebut tidak boleh disewakan.

S68: Saya tidak tinggal bersama isteri tetapi tidak bercerai. Adakah saya

layak menuntut pelepasan isteri di ruangan D14, Borang B 2010?

J68: Tuan tidak layak menuntut pelepasan isteri sekiranya tidak tinggal

bersama secara kekal menurut Seksyen 45(2) ACP 1967. Walau

bagaimanapun, sekiranya tuan terpaksa tinggal berasingan, contohnya

atas sebab pekerjaan dan tuan masih suami isteri, maka tuan layak

mendapat pelepasan tersebut. Tuan layak menuntut RM3,000 di D14 jika

tuan mempunyai isteri yang tinggal bersama dalam tahun asas. Dan

tambahan potongan di D15 berjumlah RM3,500 juga diberi jika isteri

hilang upaya dan mempunyai Kad Orang Kurang Upaya.

S69: Jika saya (suami) bermastautin di Malaysia tetapi isteri tidak

bermastautin, bolehkah saya menuntut pelepasan isteri di ruangan

D14?

J69: Boleh.

S70: Saya mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama mempunyai

pendapatan dan memilih taksiran berasingan. Bolehkah saya

29
menuntut pelepasan isteri kedua kerana beliau belum ada

pendapatan kerana masih belajar ?

J70: Tuan boleh menuntut pelepasan untuk isteri kedua. Pelepasan yang

dibenarkan adalah RM3,000.

S71: Adakah saya layak untuk menuntut bayaran alimoni kepada bekas

isteri jika beliau menetap di luar negara?

J71: Bayaran alimoni / nafkah ini adalah atas perintah mahkamah, tidak kira

sama ada bekas isteri bermastautin ataupun tidak. Bayaran alimoni /

nafkah secara sukarela adalah tidak layak dituntut. Pelepasan yang

dibenarkan adalah terhad kepada RM 3,000 di D14.

S72: Bagaimanakah isteri saya layak untuk menuntut pelepasan suami

(D14)? Saya memilih taksiran bersama atas nama isteri.

J72: Pelepasan suami diberi sebanyak RM3,000 kepada isteri di mana suami

tiada punca pendapatan / tiada jumlah pendapatan atau suami memilih

taksiran bersama.

S73: Adakah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun di ruangan D16a

terhad kepada bilangan anak tertentu?

J73: Tidak ada had bilangan bagi anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan

belum berkahwin.

S74: Jika saya dan isteri memilih taksiran berasingan, bagaimanakah cara

saya dan isteri boleh menuntut pelepasan anak?

J74: Jika memilih taksiran berasingan, hanya seorang layak menuntut

pelepasan sepenuhnya mana-mana anak. Contoh, jika tuan memiliki tiga

orang anak. Isteri menuntut pelepasan untuk dua orang anak, maka tuan

berhak untuk pelepasan baki seorang anak lagi.

S75: Anak saya berumur 18 tahun ke atas dan masih belajar di university

tempatan tetapi di peringkat matrikulasi / A Level. Bolehkah saya

menuntut pelepasan untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar

sebanyak RM 4,000 dalam ruangan D16b?

J75: Jumlah pelepasan yang layak adalah RM1,000 sahaja.

30
S76: Anak saya berumur 18 tahun ke atas dan masih belajar di kolej

swasta di luar Malaysia dengan sepenuh masa untuk memperolehi

kelayakan peringkat Diploma. Adakah saya layak untuk pelepasan

anak 18 tahun ke atas yang masih belajar di ruangan D16b?

J76: Tuan hanya layak pelepasan RM1,000 untuk anak tuan. Jumlah

pelepasan sebanyak RM4,000 mulai Tahun Taksiran 2006 dibenarkan jika

anak tuan belajar di peringkat ijazah dan ke atas di Institusi Penggajian

Tinggi Luar Malaysia yang diiktiraf.

S77: Saya ada seorang anak tiri kurang upaya (ada Kad OKU) yang saya

pelihara. Bolehkah saya menuntut pelepasan anak hilang upaya di

ruangan D16c?

J77: Jumlah pelepasan sebanyak RM5,000 dibenarkan.

S78: Bagaimana saya layak untuk menuntut pelepasan insurans nyawa

dan KWSP (D17), bolehkah saya menuntut pelepasan insurans

nyawa milik isteri serta caruman isteri kepada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP)?

J78: Perbelanjaan yang dilakukan oleh isteri adalah dianggap dilakukan oleh

suami dan tuntutan insurans nyawa dan KWSP bagi tuan dan isteri adalah

terhad kepada RM6,000 (sekiranya isteri tuan memilih taksiran bersama).

Walau bagaimanapun, sekiranya isteri tuan tiada jumlah pendapatan yang

boleh disatukan dengan jumlah pendapatan tuan, tuan hanya layak

menuntut pelepasan insurans nyawa milik isteri sahaja. Caruman KWSP

isteri tidak dibenarkan untuk tolakan.

S79: Saya menjalankan perniagaan tunggal dan saya membuat caruman

kepada KWSP bukan berdasarkan gaji. Adakah caruman saya layak

mendapat potongan cukai?

J79: Bagi kes perniagaan tunggal, potongan kepada KWSP tidak boleh

dibenarkan dalam mengira pendapatan larasan perniagaan kerana ia

merupakan perbelanjaan persendirian. Walau bagaimanapun, caruman

sebagai pekerja (11%) boleh dibenarkan sebagai potongan di ruangan

D17, Borang B dalam mengira pendapatan bercukai.

S80: Saya menjalankan perniagaan tunggal dan saya membuat caruman

kepada Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Adakah caruman saya

layak mendapat potongan cukai?

31
J80: Caruman kepada Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia adalah sama

seperti Skim Caruman Sukarela. Oleh itu, caruman yang dibuat adalah

dibenarkan dituntut di bawah pelepasan Insurans nyawadan KWSP,

terhad kepada peruntukan sedia ada iaitu RM6,000.

S81: Saya membeli skim anuiti dengan bayaran premium secara tahunan.

Bolehkah saya menuntut potongan atas bayaran premium ini (D17)?

J81: Pelepasan atas bayaran premium ini layak dinikmati oleh individu yang

membeli polisi annuiti baru ATAU menambah jumlah yang diinsuranskan

atas polisi annuiti sedia ada yang dilakukan pada atau selepas

01/01/2010. Ini menjadikan jumlah pelepasan yang dibenarkan di D17 dan

D18 terhad kepada RM7,000. Walau bagaimanapun, jumlah pelepasan

dibenarkan bagi KWSP dan insurans nyawa masih terhad kepada

RM6,000.

S82: Saya baru sahaja membeli insurans nyawa beberapa bulan yang lalu.

Bolehkah saya menuntut pelepasan walaupun ia kurang dari satu

tahun?

J82: Boleh. Ia diambil kira dalam tahun asas yang mana perbelanjaan itu

dilakukan.

S83: Premium insurans saya dibayar melalui „Auto Premium Loan (APL)‟.

Bolehkah saya menuntut untuk pelepasan tersebut?

J83: Skim APL diwujudkan agar polisi insuran tidak luput sekiranya premium

tidak dibayar oleh pemegang polisi. Oleh itu, sekiranya pemegang polisi

insuran nyawa membayar balik pinjaman kepada skim APL ini, cuma

pembayaran premium yang dibayar untuk Skim APL sahaja dibenarkan.

Faedah yang kena dibayar di bawah Skim APL ini tidak akan dibenarkan.

Bagi APL di mana tidak perlu dibayar balik premium bersamaan faedah

yang dikenakan tetapi dipotong daripada “capital sum due on maturity”‟

maka tiada pembayaran premium dilakukan oleh pemegang polisi. Oleh

itu tidak dibenarkan potongan APL di bawah cara tersebut.

S84: Bolehkah saya menuntut pelepasan insurans nyawa atas nama anak

saya ?

32
J84: Premium insurans atas nyawa anak tidak dibenarkan pelepasan. Premium

insurans yang dibayar atas polisi yang menjamin nyawa individu, suami

atau isteri sahaja dibenarkan pelepasan cukai.

S85: Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk premium insurans polisi

kemalangan ?

J85: Tidak boleh.

S86: Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk Perkeso / Sosco yang

dibuat oleh majikan saya pada setiap bulan?

J86: Tidak boleh.

S87: Sekiranya suami dan isteri memilih taksiran bersama, berapakah

potongan maksimum ke atas polisi insurans pendidikan dan

perubatan yang layak di ruangan D13?

J87: Jika pendapatan tuan dan isteri disatukan di bawah taksiran bersama,

tuan layak diberi potongan maksimum terhad kepada RM3,000.

S88: Adakah saya layak membuat tuntutan bagi bayaran premium yang

dibayar atas nama anak? Jenis polisi adalah pendidikan dan

perubatan.

J88: Tuan layak mendapat pelepasan bagi bayaran premium insurans

pendidikan atau manfaat perubatan untuk diri sendiri, suami atau isteri

dan anak, terhad kepada RM3,000.

BAHAGIAN E : CUKAI KENA DIBAYAR

S89: Bagaimanakah untuk mengisi pendapatan bercukai di ruangan E1,

sekiranya jumlah pendapatan lebih kecil dari jumlah pelepasan.

Apakah jumlah yang perlu saya masukkan?

J89: Isikan dengan nilai “0” di ruangan E1.

S90: Bagaimanakah untuk mengira cukai pendapatan di ruangan E2,

sekiranya saya bukan Pekerja Berpengetahuan?

33
J90: Ruangan E2a hanya terpakai kepada individu yg diluluskan oleh Menteri

sebagai Pekerja Berpengetahuan. Jika A9 = 2 (tidak berkenaan), sila

teruskan pengiraan ke ruangan E2b dan E2c. Sila rujuk jadual cukai

dalam Nota Ringkas Borang B untuk pengiraan cukai pendapatan.

S91: Saya difahamkan bahawa dalam sesetengah keadaan rebat cukai

individu dan rebat cukai suami/isteri adalah tidak dibenarkan.

Apakah keadaan-keadaan tersebut ?

J91: Rebat cukai individu adalah sebanyak RM400 bagi pendapatan bercukai

(E1) yang tidak melebihi RM35,000.

Rebat cukai suami/isteri adalah sebanyak RM400 bagi pendapatan

bercukai (E1) yang tidak melebihi RM35,000. Rebat cukai suami/isteri ini

layak dituntut sekiranya :

� Tuan telah menuntut pelepasan isteri/suami yang tiada punca

pendapatan/jumlah pendapatan di ruangan D14 ; atau

� Tuan telah menuntut pelepasan isteri/suami di ruangan D14 di

bawah Taksiran Bersama

** Sekiranya tuan memilih Taksiran Berasingan, maka tuan/puan tidak

layak untuk menuntut pelepasan isteri/suami dan juga rebat cukai untuk

isteri/suami.

S92: Saya memilih Taksiran Bersama atas nama saya (suami). Jumlah

cukai pendapatan saya di ruangan E3 adalah RM500 dan saya layak

untuk menuntut rebat cukai individu dan isteri berjumlah RM800.

Berapakah amaun yang patut saya masukkan di ruangan E8 untuk

jumlah rebat dalam Borang B 2010?

J92: Jumlah rebat pada ruangan E8 adalah terhad kepada jumlah cukai

pendapatan di ruangan E3. Ini bermakna tuan perlu masukkan RM500 di

ruangan E8 untuk jumlah rebat dan bukannya RM800.

S93: Adakah zakat yang dimaksudkan di ruangan E6, zakat simpanan atau

zakat harta?

J93: Zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis zakat yang dibayar dalam

sesuatu tahun asas.

34
S94: Isteri saya tidak bekerja dan beliau telah membayar zakat pada tahun

2010. Bolehkah saya menuntut rebat zakat tersebut?

J94: Zakat yang dibayar oleh isteri yang tidak bekerja dan tiada punca

pendapatan atau tiada jumlah pendapatan tidak boleh dituntut oleh suami.

S95: Saya telah membayar zakat perniagaan bagi tahun 2010 dalam bulan

Januari 2011. Bolehkah saya menuntut rebat zakat dalam Borang B

2010?

J95: Tidak. Tuntutan rebat zakat adalah mengikut tarikh bayaran dibuat. Ini

bermakna bayaran zakat tersebut boleh dituntut sebagai rebat dalam

Borang B 2011. Resit bayaran zakat hendaklah disimpan untuk tujuan

rujukan dan semakan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

S96: Sekiranya saya dan isteri memilih Taksiran Bersama atas nama saya

(suami), adakah rebat bagi zakat yang dibayar oleh isteri boleh

diberikan kepada saya (suami)?

J96: Tidak. Rebat bagi zakat hanya diberikan kepada pembayar cukai atas

zakat yang dibayar atas namanya sendiri. Ini bermakna dalam taksiran

bersama yang mana taksiran dibangkitkan atas nama suami, rebat bagi

zakat yang dibayar oleh isteri tidak boleh diberikan kepada suami dan

begitu juga keadaan sebaliknya.

S97: Saya menggaji seorang warga asing untuk bekerja di premis

perniagaan saya. Bolehkah saya menuntut rebat cukai sekiranya

bayaran fi/levi dibuat oleh saya?

J97: Tidak boleh. Rebat ini boleh dituntut oleh pekerja tuan sekiranya beliau

mengisytiharkan pendapatannya di dalam Borang BEnya sendiri. Rebat ini

diberi bagi fi yang telah dibayar oleh pemegang pas penggajian, pas

lawatan (kerja sementara) atau pas kerja menurut mana-mana perintah

yang dibuat di bawah Akta Fi 1951 Seksyen 6c. Rebat tidak boleh

dibenarkan kepada tuan jika tuan menggajikan warga asing.

S98: Perlukah saya membuat pengiraan dividen untuk mendapat tolakan

cukai (Seksyen 51, Akta Kewangan 2007) di ruangan E10 dalam

Borang B 2010?

35
J98: Tuan perlu membuat pengiraan menggunakan HK-3 yang disertakan

bersama-sama Nota Ringkas Borang B dan isikan jumlahnya di ruangan

E10.

BAHAGIAN F : KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2010

S99: Perlukah ruangan F1 diisi bahagian ini jika jumlah cukai yang kena

dibayar adalah tiada (0) ataupun kurang daripada RM25.00?

J99: Sila masukkan amaun cukai yang kena dibayar sama ada 0 atau kurang

dari RM 25.00. Mulai tahun taksiran 2006, bayaran perlu dibuat walaupun

cukai kena dibayar (ruangan E14) adalah kurang daripada RM25.00.

S100: Saya tidak pasti jumlah bayaran ansuran (CP500) yang telah saya

bayar dalam tahun 2010. Bagaimana saya boleh membuat semakan?

J100: Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan tuan.

Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut

menggunakan perkhidmatan e-lejar di laman web LHDNM. Untuk

menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor

kad pengenalan berserta kata laluan e-filing.

S101: Saya terlupa untuk memasukkan jumlah bayaran ansuran (CP500) di

ruangan F2 yang telah dibayar untuk cukai Tahun Taksiran 2010

semasa mengisi Borang B 2010 dan saya telah pun menghantar

Borang B tersebut ke Pusat Pemprosesan. Bagaimana saya boleh

membetulkan kesilapan ini ?

J101: Memandangkan bayaran ansuran CP500 tersebut telah masuk ke akaun

cukai tuan, pihak LHDN akan membuat penyesuaian baki akaun dengan

amaun cukai kena dibayar secara automatik.

S102: Saya memilih taksiran bersama. Saya membayar ansuran CP500

manakala isteri bekerja dan ada Potongan Cukai Berjadual (PCB). Di

manakah PCB isteri perlu dimasukkan dalam Borang B 2010 saya?

J102: Bayaran ansuran dan potongan cukai (PCB) yang telah dibuat atas nama

tuan dan juga atas nama isteri perlu dicampurkan dan dimasukkan dalam

ruang F2 Borang B.

S103: Jika saya ada baki cukai kena dibayar (F3) bagi Tahun Taksiran 2010,

bilakah perlu saya menjelaskan baki cukai tersebut dan di mana?

36
J103: Bayaran baki cukai perlu dijelaskan sebelum/pada tarikh akhir

pengembalian Borang B 2010 (bagi punca perniagaan) iaitu pada 30 Jun

2011. Pembayaran boleh dibuat di:

a) Bank

- kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB),

Malayan Banking Berhad (Maybank) dan EON Bank dengan

menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, EON Bank dan

perbankan telefon Maybank.

- Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank.

b) LHDNM

- e-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di laman

web LHDNM, http://www.hasil.gov.my

- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos:

Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan

dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Sila catatkan nama, alamat, nombor telefon, nombor cukai

pendapatan, tahun taksiran dan kod bayaran di belakang

instrumen bayaran.

Bayaran melalui CEK / KIRIMAN WANG / WANG POS / DRAF

BANK hendaklah dihantar secara berasingan ke alamat LHDNM

seperti di bawah.

Bayaran secara TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online

Resit bayaran atau slip bank tidak perlu dihantar ke Pusat Pemprosesan,

Pandan Indah bersama Borang B. Sila simpan resit bayaran / slip bank

untuk rujukan dan semakan LHDNM, sekiranya diperlukan kelak.

BAHAGIAN G : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG

BELUM DILAPORKAN

S104: Dalam Borang EA 2010 saya, majikan saya telah mencatatkan pada

Butiran F bayaran tunggakan bonus berjumlah RM500.00 untuk

tahun 2009. Bagaimana saya melaporkannya di dalam Borang B 2010

saya?

J104: Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus dan fi pengarah menjadi

sebahagian daripada pendapatan kasar dalam tahun ia diterima dan akan

ditaksir dalam tahun ia diterima. Ini bermakna amaun RM500.00 tersebut

37
perlu dimasukkan dalam ruangan C10 iaitu ditambah kepada gaji yang

telah diterima.

S105: Dalam Borang EA 2010 saya terdapat potongan PCB bagi bayaran

tunggakan gaji tahun kebelakangan. Di mana saya perlu masukkan

amaun ini di dalam Borang B ?

J105: Tiada ruangan yang disediakan untuk potongan PCB bagi bayaran

tunggakan dalam Borang B. Walau bagaimanapun amaun ini akan

diambilkira dalam akaun tuan untuk menyelesaikan cukai tambahan yang

akan dibangkitkan untuk pendapatan tahun kebelakangan tersebut.

S106: Majikan saya menerima arahan potongan gaji CP38 daripada LHDN

untuk membuat potongan tambahan keatas gaji saya. Dimana saya

perlu melaporkan amaun potongan gaji ini?

J106: Arahan potongan gaji CP38 dikeluarkan untuk pembayar cukai yang

memiliki baki cukai tertunggak. Oleh kerana baki cukai tertunggak ini

adalah untuk tahun-tahun kebelakangan, tuan tidak perlu melaporkannya

dalam borang B 2010.

BAHAGIAN H : MAKLUMAT PENTADBIR HARTA PUSAKA

S107: Bapa saya telah meninggal dunia pada Jun 2010. Maklumat siapakah

yang harus dimasukkan di ruangan Maklumat Pentadbir Harta

Pusaka?

J107: Maklumat wakil sah atau waris yang telah dilantik sebagai Pentadbir Harta

Pusaka.

BAHAGIAN J, K DAN L

S108: Adakah Bahagian J,K dan L dalam Borang B 2010 perlu diisi?

J108: Tuan hanya perlu isi di ruangan yang berkaitan dengan perniagaan tuan

sahaja. Jika tidak berkaitan, biarkan kosong. Sila rujuk Buku Panduan

Borang B 2010 untuk mengetahui mengenai keterangan untuk setiap

ruangan.

S109: Ruangan J2 adalah ruangan untuk elaun modal. Apakah yang

dimaksudkan dengan elaun modal?

38
J109: Elaun modal adalah potongan berupa elaun bagi perbelanjaan modal

yang layak. Syarat utama dalam menuntut elaun modal adalah aset modal

tersebut mesti dibeli, dimiliki dan digunakan dalam perniagaan. Kadar

elaun modal permulaan adalah 20% dan kadar elaun modal tahunan

adalah seperti berikut :

i) Loji dan jentera 14%

ii) Kenderaan 20%

iii) Peralatan Pejabat / Perabot 10%

iv) Komputer 80%

S110: Pada 2 Jun 2010 saya telah membeli kenderaan untuk digunakan

dalam perniagaan, adakah saya boleh menuntut elaun modal

dipercepatkan?

J110: Boleh. Mengikut Bajet Mini 2009, aset dibeli dalam tempoh 10 Mac 2009

hingga 31 Disember 2010 layak menuntut elaun modal dipercepatkan

dengan kadar elaun permulaan 20% dan elaun tahunan 40%. Sila rujuk

Garis Panduan Mini Bajet 2009 untuk maklumat lanjut.

BAHAGIAN M : MAKLUMAT KEWANGAN ORANG PERSEORANGAN

S111: Saya mempunyai lebih dari satu perniagaan. Bagaimana saya perlu

mengisi Bahagian M : Maklumat Kewangan Orang Perseorangan?

J111: Bahagian M adalah ruangan untuk perisytiharan maklumat kewangan

dari punca perniagaan milikan tunggal sahaja. Jika tuan mempunyai

lebih dari satu perniagaan utama, isi maklumat perniagaan yang

mempunyai perolehan terbesar bagi di ruang M1 sehingga M7.

Bagi perniagaan-perniagaan yang lain, isikan jumlah jualan atau

perolehan dari punca selain dari M1 di M8. Untuk pendapatan

perkongsian - amaun dari ruang A13, CP30 dimasukkan di M8.

S112: Tidakkah ini bermakna angka di ruangan M25 (Untung/Rugi bersih),

Borang B tidak sama dengan untung bersih perniagaan utama?

J112: Tuan hanya perlu masukkan untung bersih perniagaan utama di ruangan

M25 dan bukannya dengan menolak angka di ruangan M13 dengan

M24.

39
S113: Sekiranya ada lebih daripada satu punca perniagaan, kod perniagaan

yang mana satu patut dimasukkan di Bahagian M ruangan M1A?

J113: Jika mempunyai lebih dari satu perniagaan utama, isi kod perniagaan

yang mempunyai perolehan terbesar. Kod perniagaan adalah seperti di

Lampiran G, Buku Panduan Borang B.

S114: Jika pendapatan perniagaan saya berpunca dari perniagaan

perkongsian, perlukah saya mengisi Bahagian M Borang B?

J114: Sekiranya pendapatan perniagaan tuan adalah daripada perniagaan

perkongsian, tuan hanya perlu mengisi amaun dari ruangan A13, CP30 ke

ruangan M8, Borang B.

S115: Bagi ruangan pendapatan M9 sehingga M12 adakah saya patut

melaporkan pendapatan kasar?

J115: Ya. Tuan perlu melaporkan pendapatan kasar bagi ruangan-ruangan

tersebut.

S116: Apakah maksud pendapatan lain yang perlu diisi di ruang M12?

J116: Pendapatan lain di sini bermaksud pendapatan bukan perniagaan yang

tidak disenaraikan di ruangan M9 hingga M11 seperti pendapatan

sampingan / sambilan atau apa-apa laba atau keuntungan lain yang boleh

dikenakan cukai.

S117: Di manakah hutang lapuk pulih perdagangan perlu dimasukkan di

dalam Bahagian M, Borang B?

J117: Hutang lapuk pulih perdagangan merupakan pendapatan kasar

perniagaan dan ia seharusnya dilaporkan sebagai perolehan atau jualan

di ruangan M2, Borang B. Hutang lapuk pulih bagi perniagaan lain

hendaklah dilaporkan bersama–sama dengan jualan atau perolehan

perniagaan tersebut di ruangan M8.

S118: Apakah jenis faedah yang dimaksudkan di dalam ruangan M14,

Borang B?

40
J118: Ruangan M14, Borang B merujuk kepada perbelanjaan faedah pinjaman

yang dilakukan seperti pinjaman bank atau pinjaman jangkamasa tetapi

TIDAK termasuk faedah sewa beli dan faedah pajakan.

S119: Apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh dibenarkan di dalam

mengira pendapatan larasan daripada mana-mana punca pendapatan

mengikut undang-undang percukaian?

J119: Seksyen 33 ACP 1967 memperuntukkan semua perbelanjaan yang

dibelanjakan semata-mata dan kesemuanya dalam menghasilkan

pendapatan kasar seseorang adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun,

jenis-jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan telah dinyatakan dalam

Seksyen 39, ACP 1967, antaranya:

Perbelanjaan peribadi dan domestik dalam apa jua bentuk.

Belanja modal seperti belanja membeli aset.

Perbelanjaan yang tidak kesemua dan semata-matanya

dibelanjakan dalam menghasilkan pendapatan kasar seperti

derma, perbelanjaan guaman berhubung dengan perolehan

aset atau untuk urusan peribadi dan denda atas kesalahan

melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan

rayuan cukai pendapatan.

Perbelanjaan keraian yang tidak dibelanjakan dalam

menghasilkan pendapatan.

Belanja yang merupakan suatu peruntukan kerana ia tidak

dibelanjakan, kecuali peruntukan hutang lapuk berhubung

dengan dagangan secara spesifik di bawah ACP 1967.

** Sila rujuk helaian kerja HK-1, HK-1C, HK-1D atau HK-1E pada

Buku Panduan B 2010 di laman web Hasil.

S120: Jika saya tidak menyediakan Penyata Kunci Kira – Kira perniagaan

saya, perlukah saya mengisi maklumat Ruang M27 hingga M49?

J120: Di bawah Sistem Taksir Sendiri, pembayar cukai yang mempunyai

pendapatan dari punca perniagaan adalah dikehendaki mengisi Bahagian

M, Borang B yang mengandungi Akaun Perdagangan Untung Rugi dan

Kunci Kira – kira.

Sehubungan itu, pembayar cukai dikehendaki menyimpan rekod – rekod

perniagaan yang lengkap di bawah seksyen 82 dan seksyen 82A, ACP

1967 bagi tujuan pelaporan di Bahagian M, Borang B. Tuan boleh hadir ke

mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan

41
khidmat nasihat berhubung cara penyediaan akaun perniagaan yang

lengkap.

S121: Saya seorang ahli kongsi dalam suatu perkongsian di antara suami

dan isteri. Saya tidak pernah membuka fail perkongsian kerana tidak

diminta berbuat demikian. Bagaimana saya dan isteri hendak

mengisi Bahagian M, Borang B ?

J121: Pihak LHDNM telah mewajibkan perniagaan perkongsian di antara suami

dan isteri untuk mendaftar fail perkongsian bermula Tahun Taksiran 2004.

Sekiranya tuan belum mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi

perniagaan perkongsian tersebut, sila ikuti langkah berikut:

� Sila daftarkan perkongsian tuan dengan LHDNM bagi

mendapatkan nombor rujukan cukai perkongsian.

� Setelah mendapat nombor rujukan cukai perkongsian, pihak

tuan dikehendaki mengisi Borang P 2010 bagi perisytiharan

maklumat kewangan dan agihan pendapatan perkongsian.

� Dalam Borang B 2010 pula, tuan dan isteri perlu melaporkan

pendapatan berkanun perkongsian di ruangan C4, Bahagian C

serta masukkan pendapatan kasar perkongsian di ruangan M8,

Bahagian M.

BAHAGIAN : AKUAN

S122: Jika Borang B 2010 ini disediakan oleh ejen cukai yang dilantik oleh

saya, adakah saya masih perlu untuk mengisi dan menandatangani

di bahagian Akuan?

J122: Ya. Tuan masih dikehendaki mengisi dan menandatangani bahagian

Akuan sebagai pengesahan ke atas maklumat yang tuan isytiharkan di

dalam borang. Manakala ejen cukai tuan akan mengisi dan

menandatangani Bahagian Maklumat Firma Dan Tandatangan Orang

Yang Menyediakan Borang Nyata Ini.

S123: Bolehkah Borang B ditandatangani oleh wakil saya sekiranya saya

berada di luar negara sehingga tarikh akhir penghantaran borang

dan apakah prosedur yang perlu dipatuhi ?

J123: Sekiranya pembayar cukai tidak dapat menandatangani sendiri Bahagian

Akuan disebabkan berada di luar negara atau kecemasan lain, Borang B

boleh ditandatangani oleh wakil beliau atau pihak ketiga. Walau

bagaimanapun sila maklum, pihak ketiga atau wakil yang menandatangani

borang tersebut juga akan bertanggungjawab ke atas maklumat dalam

42
orang yang dihantar. Sila ikuti langkah berikut jika borang ditandatangani

dan dihantar oleh wakil atau pihak ketiga:

Isi maklumat pembayar cukai seperti biasa ke dalam Borang 2010.

Bahagian Akuan di muka surat 12 Borang B 2010, perlu diisi seperti

berikut:

� Sila isikan nama dan nombor kad pengenalan/ pasport wakil

pembayar cukai yang akan menandatangani borang tersebut

di ruang berkenaan.

� Sila pilih “2” di petak „Borang nyata ini bagi pihak individu di

ruangan 1‟.

� Wakil pembayar cukai menurunkan tandatangan di dalam kotak

tandatangan yang disediakan.

Disediakan oleh : Unit 4, Pusat Khidmat Pelanggan

Jabatan Khidmat Korporat

Pindaan sehingga : Akta Kewangan 2010 (Akta 702)

Tarikh : 28 Februari 2011

43