11.12.2012 Views

soalan lazim - e-Perolehan - ePerolehan

soalan lazim - e-Perolehan - ePerolehan

soalan lazim - e-Perolehan - ePerolehan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SOALAN‐SOALAN LAZIM (FAQ) PENGUATKUASAAN

PERUBAHAN KOD BIDANG BARU

Bil Soalan / Jawapan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan Kod Bidang Baru ?

Jawapan:

Kementerian Kewangan telah membuat penambahbaikan kepada kod bidang

pendaftaran bekalan dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan perunding agar

relevan dengan keperluan semasa serta berketepatan dengan bidang aktiviti

Syarikat/Firma Perunding.

Perubahan dibuat dengan memperkemaskan Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan-Sub-

Bidang bagi setiap kod bidang berkenaan yang dikuatkuasakan mulai 17 Jun 2012.

Proses pengemaskinian tersebut melibatkan:-

i) Pembatalan Bidang sedia ada;

ii) Pengurangan Bidang;

iii) Pengwujudan Sub-Bidang baru;

iv) Pengwujudan Pecahan-Sub-Bidang baru; dan

v) Pengurangan Pecahan-Sub-Bidang.

2. Siapakah yang terlibat dengan perubahan Kod Bidang LAMA kepada BARU ?

Jawapan:

Pihak yang terlibat dengan perubahan Kod Bidang ini adalah semua Syarikat dan

Firma Perunding sama ada yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan

ataupun yang sedang membuat permohonan pendaftaran baru, pembaharuan dan

tambah bidang.

Syarikat / Firma yang akan membuat permohonan pendaftaran baru, pembaharuan

dan tambah bidang perlu menggunapakai kod bidang baru mulai 17 Jun 2012.

Disamping itu juga, semua Agensi Kerajaan dikehendaki menggunapakai Kod Bidang

Baru dalam perolehan masing-masing mulai 17 Jun 2012. Dengan yang demikian,

Syarikat dan Firma Perunding perlu memastikan mereka mempunyai Kod Bidang Baru

untuk berurusan dengan Agensi Kerajaan mulai dari tarikh penguatkuasaan kod bidang

baru.

Bil Soalan / Jawapan

3. Selain daripada perubahan kod bidang, apakah perubahan lain yang dibuat berkaitan

pendaftaran dengan Kementerian Kewangan ?

Jawapan:

Selain kod bidang, perubahan lain yang berkaitan adalah mengenai tambahan dasar

baru pendaftaran iaitu:-

i) Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu Syarikat/Firma;

ii) Permohonan taraf Bumiputera tidak dibenarkan bersekali dengan

pendaftaran baru/pembaharuan;

iii) Permohonan bidang khas/pembuat hendaklah dibuat secara berasingan

dengan bidang biasa;

iv) Tidak dibenarkan beroperasi menggunakan alamat pejabat maya (On-Line),

Peti Pos (P.O.Box), mailing box office services dan lain-lain premis dimana

kesahihan dan keupayaan syarikat sukar ditentukan.

Sila rujuk Panduan Pendaftaran di laman web ePerolehan.

4. Selain daripada pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, apakah aktiviti‐aktiviti/proses

perolehan yang terlibat secara langsung dengan penguatkuasaan Kod Bidang Baru ?

Jawapan:

Yang terlibat secara langsung dengan penguatkuasaan Kod Bidang Baru adalah

aktiviti berkaitan perolehan Tender, Sebut Harga, eBidding dan Katalog elektronik.

5. Syarikat/Firma kami mempunyai Kod Bidang LAMA. Adakah Kod Bidang Syarikat/Firma kami

ini akan ditukarkan secara automatik kepada Kod Bidang BARU ? Adakah kami perlu

membuat permohonan tambah bidang ?

Jawapan:

Kod Bidang LAMA yang dimiliki oleh Syarikat/Firma tuan/puan akan ditukarkan secara

automatik kepada Kod Bidang BARU oleh sistem komputer pada 17 Jun 2012.

Dengan yang demikian, terdapat perubahan ke atas bilangan Kod Bidang yang dimiliki

oleh Syarikat/Firma, iaitu kemungkinan berlaku:-

i) Pertambahan bilangan Kod Bidang;

ii) Pengurangan bilangan Kod Bidang; atau

iii) Penghapusan Kod Bidang lama.

Syarikat/Firma perlu memastikan mereka mempunyai Kod Bidang BARU yang

bersesuaian. Jika Kod Bidang yang bersesuaian tiada dalam profil Syarikat/Firma atau

Bil Soalan / Jawapan

tiada dalam Sijil Virtual, Syarikat/Firma perlu membuat permohonan tambah bidang.

6. Adakah terdapat Syarikat/Firma Perunding yang tidak memiliki apa‐apa Kod Bidang selepas

ditukarkan secara automatik oleh sistem komputer dari Kod Bidang LAMA ke Kod Bidang

BARU ?

Jawapan:

Hanya beberapa Firma Perunding yang mana bilangan Kod Bidangnya menjadi

kosong selepas proses penukaran dari Kod Bidang LAMA ke Kod Bidang BARU.

Senarai Firma yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan di Laman web

www.eperolehan.gov.my (Pautan: notis penguatkuasaan penggunaan kod-kod bidangbaru

untuk agensi kerajaan syarikat dan firma perunding).

Firma Perunding yang disenaraikan perlu membuat permohonan tambah bidang mulai

17 Jun 2012 bagi membolehkan mereka berurusan dengan Agensi Kerajaan. Walau

bagaimanapun sebelum 17 Jun 2012, Firma Perunding boleh memohon Kod Bidang

Lama yang bersamaan/bersepadan dengan Kod Bidang BARU sepertimana yang

disenaraikan dalam CODE MAPPING di skrin Login Page Pendaftaran Pembekal.

7. Adakah saya boleh teruskan permohonan berdaftar dengan MOF sekiranya jumlah Kod

Bidang melebihi 30 ?

Jawapan:

Mulai 17 Jun 2012, tuan/puan hanya boleh mendaftar sehingga maksimum 30 kod

bidang sahaja. Sistem secara automatik tidak membenarkan tuan/puan meneruskan

permohonan Tambah Bidang sekiranya telah mencapai maksimum 30 kod bidang.

Tuan/Puan perlu membatalkan kod bidang yang tidak berkenaan dengan menghantar

surat rasmi Syarikat/Firma kepada Kementerian Kewangan.

8. Didapati selepas 17 Jun 2012, bilangan Kod Bidang Syarikat/Firma kami melebihi bilangan

maksimum 30 yang dibenarkan. Adakah kami perlu membatalkan kod bidang yang melebihi

tersebut ? Bagaimana pihak kami mahu mengeluarkan kod‐kod bidang yang tidak

dikehendaki ?

Jawapan:

Syarikat/Firma yang terlibat dengan penukaran kod bidang secara automatik oleh

sistem komputer dan memiliki lebih daripada 30 kod bidang, tidak perlu membatalkan

kod bidang yang selebihnya.

Walau bagaimanapun Syarikat/Firma dinasihatkan untuk membatalkan kod bidang

yang melebihi had maksimum yang dibenarkan dengan menghantar surat rasmi

Bil Soalan / Jawapan

Syarikat/Firma kepada Kementerian Kewangan. Surat yang mengandungi senarai Kod

Bidang yang hendak dibatalkan, perlu dialamatkan kepada:-

i) Firma Perunding

ii) Syarikat

Setiausaha,

Bahagian Perolehan Kerajaan,

Kementerian Kewangan Malaysia,

Aras Bawah, Blok Utara,

Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,

No. 5 Persiaran Perdana,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Presint 2,

62592 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

(u.p.: Unit Pendaftaran Syarikat)

a) Semenanjung

Setiausaha,

Bahagian Perolehan Kerajaan,

Kementerian Kewangan Malaysia,

Aras Bawah, Blok Utara,

Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,

No. 5 Persiaran Perdana,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Presint 2,

62592 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

(u.p.: Unit Pendaftaran Syarikat)

b) Sabah

Pegawai Kewangan Persekutuan

Perbendaharaan Malaysia Sabah

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

Jalan Mat Salleh

88592 Kota Kinabalu, SABAH

(u.p.: Unit Pendaftaran Kontraktor)

c) Sarawak

Pegawai Kewangan Persekutuan

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

Jalan Simpang 3

93592 Kuching, SARAWAK

(u.p.: Unit Pendaftaran Kontraktor)

Bil Soalan / Jawapan

9. Selepas 17 Jun 2012, adakah syarikat/firma perunding masih boleh memilih Kod Bidang

LAMA semasa membuat pendaftaran baru, pembaharuan atau tambah bidang ?

Jawapan:

Tidak. Mulai 17 Jun 2012, Syarikat/Firma Perunding hanya boleh memilih kod-kod

bidang baru yang bersesuaian sahaja semasa membuat pendaftaran baru,

pembaharuan atau permohonan tambah bidang. Hanya Kod-kod Bidang baru sahaja

yang akan dipaparkan di Sistem eP.

10. Kami mahu mendaftarkan syarikat dengan Kementerian Kewangan tetapi didapati tiada

Kod Bidang yang sesuai dengan aktiviti syarikat kami. Apakah yang perlu kami lakukan ?

Jawapan:

Tuan/Puan boleh merujuk kepada senarai Code Mapping bagi Bekalan

Perkhidmatan/Perunding di Login Page Pendaftaran Pembekal melalui laman web

www.eperolehan.gov.my, bagi membuat perbandingan di antara kod bidang lama dan

baru.

Tuan/Puan juga boleh membuat sebarang pertanyaan mengenai penggunaan Kod-Kod

Bidang baru kepada Unit Pendaftaran Syarikat melalui panggilan telefon ke 03-8882

3166, 03-8882 4339, 03-8882 3209 atau 03-8882 4341.

11. Syarikat/Firma kami sedang membuat permohonan untuk berdaftar dengan Kementerian

Kewangan (MOF), tetapi belum menghantarnya secara atas talian ke MOF untuk diproses.

Selaras dengan penguatkuasaan Kod Bidang Baru, adakah kami perlu membuat apa‐apa

tindakan ?

Jawapan:

Kod-kod bidang sedia ada dalam permohonan tuan/puan akan ditukarkan secara

automatik kepada kod bidang baru pada 17 Jun 2012. Tuan/Puan perlu menyemak

senarai kod bidang tersebut agar bersesuaian dengan aktiviti Syarikat/Firma

tuan/puan. Tuan/Puan boleh merujuk Code Mapping untuk mendapatkan Kod Bidang

Baru.

Tuan/Puan perlu memastikan bilangan kod bidang yang dipohon tidak melebihi had

maksimum yang ditetapkan.

12. Kami telah membuat permohonan untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan

sebelum 17 Jun 2012 dan ianya sedang diproses oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Permohonan ini menggunakan Kod Bidang lama. Apakah yang terjadi dengan permohonan

Bil Soalan / Jawapan

ini selepas 17 Jun 2012 ?

Jawapan:

Permohonan tuan/puan akan diproses seperti biasa oleh Kementerian Kewangan.

Pada 17 Jun 2012, kod-kod bidang lama yang dipohon akan dipadankan secara

automatik kepada kod-kod bidang baru.

Tuan/Puan perlu memeriksa senarai Kod Bidang Baru yang diluluskan dalam profil

Syarikat/Firma masing-masing. Sekiranya Kod Bidang yang dikehendaki tiada dalam

Sijil Virtual, tuan/puan perlu membuat permohonan tambah bidang.

13. Kod Bidang Firma kami telah dihapuskan/ditamatkan mulai 17 Jun 2012. Adakah kami akan

dapat melihat kod ini selepas tarikh tersebut? Apa yang perlu kami lakukan ?

Jawapan:

Sekiranya kod bidang Firma tuan/puan dihapuskan yang mana menyebabkan tidak

ada satu kod bidang yang tinggal, maka tuan/puan hendaklah membuat Permohonan

Tambah Bidang untuk menambah kembali bidang yang berkaitan dengan Firma

tuan/puan.

14. Sekiranya firma kami mempunyai kontrak dengan Kerajaan dan kod bidang firma kami telah

ditamatkan. Adakah kami akan menghadapi masalah dari segi bayaran ?

Jawapan:

Tidak. Firma tuan/puan tidak akan mempunyai sebarang masalah dari segi bayaran.

15. Selepas 17 Jun 2012, adakah Agensi Kerajaan masih boleh memilih Kod Bidang lama semasa

membuat perolehan ?

Jawapan:

Tidak. Mulai 17 Jun 2012, Agensi Kerajaan hanya boleh memilih kod-kod bidang baru

yang bersesuaian sahaja untuk membuat perolehan. Sistem ePerolehan tidak lagi

memaparkan Kod Bidang LAMA, hanya Kod Bidang BARU sahaja.

Agensi Kerajaan boleh merujuk senarai Kod Bidang Baru dalam portal ePerolehan

atau dalam Login Page Modul Tender, Sebut Harga atau eBidding.

16. Apa akan terjadi kepada Tender yang masih dalam tempoh iklan pada 17 Jun 2012 ?

Jawapan:

Bil Soalan / Jawapan

Ini bermakna iklan dibuat sebelum 17 Jun 2012 dan akan tamat selepas 17 Jun 2012.

Sehubungan itu, dengan pelaksanaan code mapping, di mana kod-kod bidang lama

akan ditukarkan kepada kod bidang baru secara automatik oleh sistem komputer,

semua iklan Tender yang menggunakan kod bidang lama akan diselaraskan kepada

kod bidang baru.

17. Adakah Syarikat/Firma boleh menyertai mana‐mana Tender yang diiklankan dengan

menggunakan kod bidang lama sebelum 17 Jun 2012 tetapi tutup selepas 17 Jun 2012 ?

Jawapan:

Boleh. Sebelum 17 Jun 2012, penyertaan Tender terikat kepada kod bidang lama,

manakala selepas 17 Jun 2012, penyertaan Tender terikat kepada kod bidang baru.

Kod-kod bidang sedia ada yang telah didaftarkan oleh Syarikat/Firma akan ditukarkan

secara automatik oleh sistem komputer kepada kod bidang baru pada 17 Jun 2012.

18. Adakah Syarikat/Firma perlu menyerahkan semula dokumen Tender yang telah dihantar

melalui Tender yang masih dalam tempoh iklan pada 17 Jun 2012.

Jawapan:

Tidak perlu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!