11.12.2012 Views

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek - MyIPO

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek - MyIPO

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek - MyIPO

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Soalan-soalan Lazim

Harta Intelek

Intellectual Property - Frequently Asked Questions (FAQs)

Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”

1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia

2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek

3. Sistem Paten di Malaysia

4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia

5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia

6. Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia

7. Sistem Hakcipta di Malaysia

Penafian

Buku panduan ini mengandungi maklumat asas

mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak

bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau

khidmat nasihat perundangan profesional.

Rujukan kepada produk dan perkhidmatan,

nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak

bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan

oleh MyIPO.

Hakcipta MyIPO (2008)

Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana

bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk

dan dengan cara apa jua samada secara

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua

Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

©MyIPO April 2008

Panduan Harta Intelek - 2

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek

Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca

mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil

kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

4

1. Apakah itu paten?

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta,

sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru

bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu

masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

2. Apakah itu perbaharuan utiliti?

Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu

rekacipta yang ringkas. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun

dan boleh dilanjutkan selama dua tempoh 5 tahun, menjadikan tempoh

maksima perlindungan selama 20 tahun.

3. Apakah hak pemunya paten?

PATEN

Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang

dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan

rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang

akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.

4. Bolehkah pemohon mengetahui samada rekaciptanya adalah sesuatu

yang baru sebelum memohon perlindungan?

Boleh. Carian boleh dilakukan di Bilik Carian Awam di MyIPO atau melalui

capaian internet Patent and Trade Mark Administration System (PANTAS)

keatas dokumen paten Malaysia yang terdahulu.

5. Bolehkah pemohon mendapat perlindungan selepas rekaciptanya

diketahui umum sebelum pemohon membuat permohonan?

Boleh, dengan syarat pemohon memfailkan permohonan dalam tempoh

12 bulan selepas rekaciptanya dizahirkan.

6. Berapakah jumlah kos permohonan paten dan perbaharuan utiliti?

Jumlah kos bagi permohonan paten – RM 1050 dan bagi perbaharuan

utiliti – RM 900.

7. Dimanakah pemohon boleh mendapat bantuan bagi menyediakan

permohonan paten?

Pemohon boleh mendapat perkhidmatan penyediaan permohonan

paten dengan ejen paten yang berdaftar.

8. Adakah setiap permohonan dianggap sulit?

Ya, setiap permohonan adalah sulit sehingga selepas 18 bulan dari tarikh

prioriti atau tarikh pemfailan permohonan bagi tujuan semakan awam.

9. Bolehkah pemohon mengambil tindakan mahkamah jika seseorang meniru

rekaciptanya semasa permohonan sedang diproses?

Tindakan mahkamah tidak boleh diambil semasa permohonan sedang

diproses. Walau bagaimanapun, tindakan mahkamah boleh diambil sebaik

sahaja pemberian paten dikeluarkan. Hak perlindungan paten bermula

dari tarikh pemfailan.

10. Apakah yang berlaku setelah paten luput ?

Sebaik sahaja paten luput, pemunya tidak lagi mempunyai hak eksklusif

ke atas rekacipta tersebut.

11. Bagaimanakah pemohon ingin mendapatkan perlindungan rekaciptanya

di negara lain?

Terdapat dua cara dimana suatu rekacipta boleh mendapat perlindungan

di negara lain. Permohonan boleh dibuat terus ke negara negara

berkenaan atau melalui sistem permohonan paten antarabangsa (Patent

Cooperation Treaty).

12. Apakah itu Triti Kerjasama Paten (PCT)?

PCT adalah triti antarabangsa, yang ditadbir oleh Pertubuhan Harta

Intelek Dunia (World Intellectual Property Organisation - WIPO) dengan

memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa

ke atas suatu rekacipta di negara lain dengan hanya memfailkan satu

permohonan.

5

6

13. Di manakah permohonan paten antarabangsa boleh difailkan?

Permohonan paten antarabangsa boleh difailkan di MyIPO, yang

merupakan Pejabat Penerima [Receiving Office (RO)].

14. Apakah fi yang terlibat bagi memfailkan permohonan paten

antarabangsa?

Terdapat tiga jenis fi bagi memfailkan permohonan paten

antarabangsa :

(i) fi pemfailan antarabangsa;

(ii) fi carian; dan

(iii) fi penghantaran.

Pemohon hendaklah membayar hanya satu set bayaran fi

berkenaan dalam Ringgit Malaysia. (sila rujuk PCT Fees di laman

web MyIPO: www.myipo.gov.my)

15. Berapa lamakah proses permohonan paten antarabangsa sebelum

memasuki fasa nasional ?

Proses permohonan paten antarabangsa mengambil tempoh masa

lebih kurang 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan sebelum

memasuki fasa nasional. Proses permohonan adalah termasuk

carian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Carian Antarabangsa

(ISA) dan penerbitan dokumen paten serta laporan carian oleh Biro

Antarabangsa (WIPO).

16. Apakah itu carian antarabangsa ?

Carian antarabangsa adalah carian yang berkualiti ke atas

dokumen paten dan bahan rujukan teknikal yang berkaitan.

Keputusan laporan carian antarabangsa dan pendapat bertulis

oleh ISA adalah mengenai kebaharuan rekacipta permohonan

tersebut.

17. Apakah itu penerbitan antarabangsa ?

Penerbitan antarabangsa ialah penerbitan kandungan permohonan

paten antarabangsa ke seluruh dunia bersama-sama laporan

carian antarabangsa oleh WIPO. Ianya diterbitkan selepas 18 bulan

dari tarikh prioriti.

18. Apakah itu pemeriksaan permulaan antarabangsa?

Pemeriksaan permulaan antarabangsa ialah pemeriksaan ke atas

kebolehpatenan (patentability) rekacipta dimana satu laporan

akan dikeluarkan mengenai kebolehpatenan rekacipta tersebut.

Laporan ini memberi pendapat bertulis ke atas kriteria mematuhi

kebolehpatenan bagi setiap tuntutan dimana pemeriksaan

dijalankan untuk menilai peluang bagi mendapatkan perlindungan

paten.

19. Bila dan bagaimanakah permohonan paten antarabangsa

memasuki fasa nasional?

Pemohon hendaklah membuat permohonan untuk memasuki fasa

nasional sebelum tamat tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti. Pemohon

hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti membayar fi memasuki

fasa nasional dan mengemukakan satu salinan permohonan

antarabangsa dalam Bahasa Inggeris.

20. Apakah faedah PCT?

PCT memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten

antarabangsa ke atas suatu rekacipta ke negara-negara lain dengan

hanya memfailkan satu permohonan di Pejabat Paten Nasional

negara-negara anggota, atau boleh juga difailkan terus ke

Biro Antarabangsa, WIPO. Oleh itu sistem pemfailan ini dapat

menjimatkan kos pemohon.

7

8

1. Apakah cap dagangan?

Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan

barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniagapeniaga

yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo,

gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur

tersebut.

Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna

membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.

Contoh-contoh cap dagangan:-

CAP DAGANGAN

2. Apakah fungsi-fungsi cap dagangan?

• Fungsi asal- Cap dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu

barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.

• Fungsi pemilihan - Cap dagangan mempermudahkan pengguna

membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau

perkhidmatan.

• Fungsi kualiti - Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan

yang berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan.

• Fungsi pemasaran - Cap dagangan adalah medium pengiklanan

yang berkesan bagi membolehkan pengeluar memasarkan

barangan atau perkhidmatan.

• Fungsi ekonomi – Sesuatu cap dagangan terkenal yang terbukti

kualitinya, atau mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan

atau dipindahmilik kepada pihak lain yang menjadikannya aset

ekonomi.

3. Apakah perundangan yang mentadbir cap dagangan?

• Akta Cap Dagangan 1976

• Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997

4. Kenapakah pendaftaran cap dagangan penting?

• Hak eksklusif

- Pemilik Cap Dagangan berdaftar adalah diberikan hak

eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam

perniagaan. Mereka juga berhak mengambil tindakan

undang-undang ke atas sesiapa yang menggunakannya

tanpa kebenaran sama ada dalam bentuk sivil melalui

peruntukan pelanggaran (infringement) di bawah Akta Cap

Dagangan 1976 atau pun mengemukakan aduan kepada

Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) untuk tindakan

di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

• Bukti sah di sisi undang-undang

- Sijil Pendaftaran boleh dijadikan bukti sah kepunyaan ke

atas sesuatu cap dagangan di mana ia boleh diterima

di mahkamah. Sijil Cap Dagangan merupakan dokumen

yang penting untuk mengesahkan hak milik sesuatu cap

dagangan dalam urusan perdagangan dan perniagaan.

5. Adakah cap dagangan wajib didaftarkan?

Pendaftaran cap dagangan adalah penting untuk mendapat hak eksklusif

bagi tujuan mengeksploitasi dan mengambil tindakan pelanggaran walau

pun tidak wajib didaftarkan.

6. Apa akan terjadi sekiranya cap dagangan tidak didafttarkan dalam

memulakan tindakan pelanggaran?

Pemilik tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah peruntukan

Akta Cap Dagangan 1976. Walau bagaimanapun tindakan pelanggaran

boleh diambil di bawah prinsip undang-undang lazim. Sekiranya cap

dagangannya digunakan oleh pihak lain, mereka perlu membuktikan

kepada mahkamah bahawa berlaku kekeliruan di kalangan pengguna

9

10

berkaitan dengan asal usul sesuatu barangan serta membuktikan bahawa

kedudukan pasaran mereka terjejas. Tindakan ini boleh menyebabkan

perbalahan rumit untuk diselesaikan dan memakan masa yang panjang

serta melibatkan kos yang tinggi.

7. Adakah semua cap dagangan boleh didaftarkan?

Tidak. Sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan mestilah:-

• satu atau beberapa perkataan yang dicipta;

• nama perseorangan/firma/syarikat yang dinyatakan dengan cara

yang khas atau tertentu;

• tandatangan pemohon yang boleh dibaca;

• tidak boleh menerangkan sifat atau kualiti barangan atau

perkhidmatan atau satu nama tempat/geografi;

apa-apa tanda yang distinktif seperti logo, gambar, simbol dan

sebagainya;

• tidak memperdaya atau mengelirukan, tidak bertentangan dengan

mana-mana undang-undang dan tidak menyinggung mana-mana

pihak;

• tidakmenyerupaiatauhampirmenyerupaipendaftaranpermohonan

cap terdahulu; dan

• tidak menyerupai atau hampir menyerupai mana-mana cap

dagangan yang terkenal (well-known mark).

Cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa

perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15 Akta Cap

Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan

1997. Antara lain:

• Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk

Berdaftar Dan Hakcipta;

• DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM

Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang Dipertuan Negeri;

• Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang

Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran;

• Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia;

• Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan

Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih Atau Perak Yang

Berlatarkan Warna Merah;

• Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya.

8. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?

Tidak, kerana perlindungan adalah tertakluk kepada wilayah/negara

dimana pendaftaran dipohon sahaja.

9. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara?

Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap

negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di

Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran

di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property

Organization (WIPO).

10. Apakah prosedur-prosedur pemfailan?

Setiap permohonan cap dagangan hendaklah:-

• Memfailkan borang CD 5 sebanyak 5 salinan termasuk 1 salinan asal;

• Mengemukakan Akuan Bersumpah yang menyatakan cap dagangan

tersebut adalah miliknya;

• Menyertakan fi sebanyak RM250.00. Jika bayaran secara cek/ kiriman

wang/wang pos, hendaklah di atas nama Perbadanan Harta Intelek

Malaysia;

• Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti borang

49 (bagi pemilikan persendirian dan perkongsian), Tuntutan Tarikh Prioriti

dan sebagainya.

11. Berapa lamakah tempoh perlindungan cap dagangan?

Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi

satu tempoh selama 10 tahun seterusnya.

12. Bilakah permohonan pendaftaran Cap Dagangan boleh dibuat?

Permohonan pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada

cap dagangan tersebut telah, sedang atau akan digunakan di masa

hadapan.

13. Berapakah jumlah kos bagi sesuatu permohonan Cap Dagangan?

Jumlah kos yang terlibat bagi pemfailan permohonan cap dagangan ialah

RM700.00.

11

12

14. Siapakah yang boleh membuat permohonan pendaftaran Cap

Dagangan?

Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan

warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau

bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilikpemilik

tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian,

syarikat atau pertubuhan.

15. Perlukah pemohon melantik ejen cap dagangan untuk memfailkan

permohonan?

Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan cap dagangan

dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah

memfailkannya melalui ejen cap dagangan berdaftar.

16. Siapakah ejen cap dagangan berdaftar?

Ejen cap dagangan berdaftar adalah orang perseorangan, firma atau

syarikat yang berdaftar di dalam Daftar Ejen Cap Dagangan. Mereka

dilantik oleh pemohon untuk mewakili dirinya di dalam proses untuk

mendapatkan pendaftaran cap dagangan.

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

1. Apakah reka bentuk perindustrian?

Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan

yang memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau

produk yang dihasilkan secara perindustrian.

2. Apakah ciri-ciri reka bentuk perindustrian?

Ciri-ciri reka bentuk perindustrian adalah terdiri daripada bentuk dan

tatarajah (3 dimensi) atau corak dan hiasan (2 dimensi) atau kedua-duanya

yang digunakan pada sesuatu barang.

(a) Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D)

Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletakkepada

bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan.

(b) Corak dan hiasan (Ciri 2D)

Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak

kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.

(c) Gabungan kedua-dua ciri 3D dan 2D di atas.

3. Apakah syarat bagi membolehkan reka bentuk perindustrian itu

didaftarkan?

Bagi membolehkan sesuatu reka bentuk perindustrian didaftarkan, ianya

hendaklah baru di Malaysia dan tidak pernah dizahirkan kepada awam

sebelum permohonan difailkan.

Walau bagaimanapun ciri-ciri perbezaan yang tidak ketara atau biasa

bukanlah dianggap baru. Contohnya pensil bersaiz biasa yang direka

bentuk menjadi pendek.

4. Apakah yang tidak dikategorikan sebagai reka bentuk perindustrian?

(i) Ciri-ciri barangan yang tidak mempunyai nilai estetik yang menarik

pada pandangan mata.

13

14

(i) Kaedah atau prinsip pembinaan.

(iii) Ciri-ciri barangan yang ditentukan semata-mata oleh fungsi.

(dictated solely by the function).

(iv) Ciri-ciri barangan yang bergantung kepada rupa suatu barangan

lain (integral parts).

5. Apakah reka bentuk perindustrian yang tidak boleh didaftarkan?

Reka bentuk yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip

moral.

6. Bagaimanakah cara untuk memfailkan permohonan bagi mendaftarkan

reka bentuk perindustrian?

Pemohon hendaklah mengemukakan:

i) Borang permohonan RBP 1 yang lengkap diisi dalam Bahasa Malaysia

atau Form ID 1 dalam Bahasa Inggeris.

ii) Enam set representasi samada dalam bentuk lukisan ataupun gambar

foto termasuk satu salinan asal.

iii) Satu pernyataan kebaharuan.

iv) Bayaran fi

v) Pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran

(statement justifying applicant’s right) sekiranya pemohon bukan

pencipta.

7. Bilakah sesuatu permohonan harus difailkan?

Pemohon perlu memfailkan permohonan reka bentuk perindustriansecepat

mungkin atau sebelum sesuatu barang itu dizahirkan kepadaawam.

Tuntutan hak adalah berdasarkan kepada pertama difailkan atau first to

file.

8. Siapakah yang layak memohon untuk mendaftarkan reka bentuk

perindustrian?

Individu atau syarikat.

9. Berapa lamakah proses pendaftaran reka bentuk perindustrian?

Suatu permohonan yang lengkap boleh didaftarkan dalam tempoh 8

bulan dari tarikh pemfailan.

10. Berapa lamakah tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian?

Tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian berdaftar adalah selama

5 tahun berkuatkuasa dari tarikh pemfailan. Perlindungan tersebut boleh

dilanjutkan selama 2 tempoh dimana setiap tempoh perlindungan adalah

selama 5 tahun. Tempoh maksima perlindungan ialah 15 tahun.

11. Kenapakah pendaftaran reka bentuk perindustrian penting?

Pemilik reka bentuk perindustrain berdaftar mempunyai hak eksklusif ke

atas reka bentuk perindustrian di mana pemilik berhak untuk membuat,

mengimport, menjual dan juga melesenkan atau menyewakan apa-apa

barang yang menggunakan reka bentuk perindustrian tersebut.

Mana-mana pihak lain mestilah memperolehi kebenaran pemilik reka

bentuk perindustrian berdaftar sebelum menggunakan reka bentuk

perindustrian berdaftar berkenaan. Pemilik reka bentuk perindustrian

berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang

melakukan pelanggaran dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelanggaran.

12. Apakah yang boleh dilakukan sekiranya ada pihak yang meniru reka

bentuk perindustrian berdaftar?

Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas

mana-mana pihak yang menggunakan reka bentuk perindustriannya

tanpa kebenaran melalui tindakan sivil.

Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan oleh Pejabat

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti

yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah.

15

16

13. Bilakah reka bentuk perindustrian itu boleh dikeluarkan atau dijual?

Pemohon boleh mengeksploitasikan reka bentuk perindustrian selepas

ianya difailkan.

14. Bolehkah maklumat permohonan reka bentuk perindustrian itu didedahkan

kepada umum?

Maklumat dan butiran lengkap permohonan reka bentuk perindustrian

yang masih dalam pertimbangan untuk pendaftaran hanya akan terbuka

untuk pemeriksaan awam setelah ianya didaftarkan.

15. Perlukah seseorang itu mendaftarkan reka bentuk perindustriannya?

Suatu reka bentuk perindustrian perlu didaftarkan untuk mendapatkan

perlindungan dibawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

16. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?

Tidak, kerana pendaftaran di Malaysia hanya memberi perlindungan

di Malaysia sahaja.

Pemilik reka bentuk perindustrian yang ingin mendapat perlindungan

di luar negara perlu memfailkan permohonan di negara berkaitan.

Walaubagaimana pun pemohon boleh menggunakan pendaftaran di

Malaysia untuk membuat Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negaranegara

ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization

(WIPO) dengan syarat permohonan difailkan dalam tempoh 6 bulan dari

tarikh pemfailan di Malaysia.

17. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara?

Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap

negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di

Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran

di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property

Organization (WIPO).

18. Perlukah pemohon melantik ejen reka bentuk perindustrian untuk membuat

permohonan?

Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan reka bentuk

perindustrian dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara

hendaklah

berdaftar.

memfailkannya melalui ejen reka bentuk peridustrian

19. Siapakah ejen reka bentuk perindustrian berdaftar?

Ejen reka bentuk perindustrian berdaftar adalah orang perseorangan.

Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakilinya di dalam proses untuk

mendapatkan pendaftaran reka bentuk perindustrian.

17

18

1) Apa itu petunjuk geografi?

PETUNJUK GEOGRAFI

Akta Petunjuk Geografi 2000 mendefinisikan petunjuk geografi sebagai

suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari

sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam

negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu

barang itu adalah berpunca dari tempat asal geografinya.

2) Adakah Malaysia mempunyai barangan yang boleh didaftarkan di bawah

Akta Petunjuk Geografi 2000?

Malaysia mempunyai beberapa barangan yang layak dan telah didaftarkan

sebagai petunjuk geografi. Barangan ini juga telah dieksploitasikan secara

komersil di dalam dan luar Negara. Salah satu contohnya adalah ‘Sarawak

Pepper’ iaitu produk lada hitam yang dihasilkan di negeri Sarawak. Lada

hitam dari Sarawak ini telah dikenali di peringkat antarabangsa kerana

produk yang dihasilkan dari wilayah Sarawak ini berkualiti dan mempunyai

reputasi yang baik.

Selain itu juga, barangan petunjuk georafi yang telah didaftarkan di

Malaysia adalah ‘Sabah Tea’, ‘Tenom Coffee’, ‘Borneo Virgin Coconut Oil’

dan ‘Sabah Seaweed’. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini

berasal dari negeri Sabah.

3) Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunapakai ke atas barangan

keluaran pertanian?

Penggunaan petunjuk geografi adalah tidak terhad atau tertakluk kepada

keluaran pertanian sahaja. Ini kerana petunjuk geografi boleh digunapakai

bagi barangan keluaran semulajadi seperti Gamat Langkawi dan juga

hasil kraftangan seperti Songket Terengganu, Batik Kelantan serta makanan

seperti Belacan Papar dan Budu Kelantan.

4) Adakah pendaftaran petunjuk geografi ini wajib?

Pendaftaran petunjuk geografi tidak diwajibkan namun pendaftaran amat

digalakkan untuk melindungi kepentingan pengeluar dan pengguna.

Tuan punya petunjuk geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif

untuk mengeksploitasi barangan petunjuk geografi bagi mendapat

pengikhtirafan baik di dalam negara mahupun luar negara.

5) Bolehkah petunjuk geografi didaftarkan oleh individu?

Pendaftaran petunjuk geografi bukanlah merupakan konsep pemilikan

persendirian oleh seseorang individu tetapi konsep pemilikan bersama

bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan

geografi yang dinyatakan. Petunjuk geografi juga boleh didaftarkan oleh

suatu pihak yang berwibawa seperti pihak berkuasa tempatan, agensi

kerajaan, badan berkanun; dan organisasi atau persatuan perdagangan.

6) Apakah keistimewaan petunjuk geografi?

keistimewaan petunjuk geografi adalah pada barangannya yang

mempunyai kualiti dan ciri-ciri lain yang dipengaruhi oleh kedudukan

geografi tempat ianya dikeluarkan. Contoh petunjuk geografi seperti

Champagne amat dikenali di seluruh dunia terutama dikalangan peminat

wain. Ini adalah kerana, wain yang berasal dari wilayah Champagne yang

terletak di Perancis mempunyai kualiti yang baik dan rasa yang istimewa

berbanding wain yang dihasilkan dari kawasan lain.

7) Berapalamakahtempohperlindunganpetunjukgeografiyangdiperuntukan

di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000?

Tempoh perlindungan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama

10 tahun dari tarikh pemfailan. Pembaharuan pendaftaran boleh dibuat

bagi setiap 10 tahun selagi petunjuk geografi itu digunapakai.

8) Apakah skop perlindungan petunjuk geografi di Malaysia?

Perlindungan petunjuk geografi adalah terhad di negara di mana ianya

didaftarkan.Sehubunganitu,petunjukgeografiyangdidaftarkandiMalaysia

hanya dilindungi di negara ini sahaja. Bagi mendapatkan perlindungan

di negara lain, petunjuk geografi berkenaan perlu didaftarkan di negara

berkaitan.

9) Apakah perbezaan antara petunjuk geografi dengan cap dagangan?

Cap dagangan adalah sesuatu tanda untuk mengenalpasti sesuatu

19

20

barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan tanda ini dapat

membezakan barangan tersebut dengan barangan yang dikeluarkan

oleh pengeluar-pengeluar lain.

Manakala petunjuk geografi adalah indikasi di mana barangan tersebut

dihasilkan dan mempunyai ciri yang berkait rapat dengan tempat

pengeluarannya atau kedudukan geografi.

10) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terkilan jika

didapati petunjuk geografi yang digunakan adalah mengelirukan orang

ramai?

Mana-mana pihak yang terkilan boleh memfailkan kes ke Mahkamah

Tinggi.

1. Apakah hakcipta?

HAKCIPTA

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang

untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal

penggunaan karya mereka di Malaysia.

2. Apakah Akta yang melindungi hakcipta?

Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta

1987.

3. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:

(i) karya sastera ;

(ii) karya muzik;

(iii) karya seni ;

(iv) filem ;

(v) rakaman bunyi ;

(vi) siaran; dan

(vii) karya terbitan.

4. Adakah Malaysia mempunyai sistem pendaftaran hakcipta?

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya

adalah dilindungi secara automatik.

5 . Bagaimanakah cara untuk membuktikan pemilikan hakcipta?

Bagi membuktikan pemilikan hakcipta, pemilik bolehlah membuat:

i) Akuan Berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960; atau

II) Karya yang dicipta hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang

dilakri dan diposkan ke alamat sendiri.

21

22

6. Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk mendapatkan perlindungan

hakcipta?

Hakcipta wujud apabila syarat-syarat berikut dipenuhi :¬

(i) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu

bersifat asli;

(ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk

bahan;

(iii) penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan

(iv) karya tersebut adalah dibuat di Malaysia atau penerbitan yang pertama

karya adalah di Malaysia.

7. Siapakah yang memiliki hakcipta?

Pemilikan hakcipta bergantung kepada keadaan berikut:

i) karya yang dibuat dibawah sesuatu kontrak perkhidmatan;

- hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh majikan

ii) karya yang dibuat dibawah satu kontrak untuk perkhidmatan;

- hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh pencipta

iii) karya yang ditempah

- hakcipta daripada karya ini dimiliki oleh pihak yang membuat

penempahan.

8. Bolehkah hakcipta dipindahmilik?

Hakcipta boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan, pemberian

berwasiat dan dengan kuatkuasa undang-undang.

9. Selain daripada hak komersil pemunya dan pencipta karya, apakah hak

lain yang diberikan kepada pencipta karya?

Undang-undang hakcipta memberikan hak moral kepada pencipta karya

10. Apakah jenis hak moral yang diberikan oleh Akta?

Dua jenis hak moral adalah diberikan iaitu:

i) hak untuk dikenali sebagai pencipta karya; dan

ii) hak untuk karya tidak dicacatkan.

11. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta bagi

pelanggaran hak moral?

Pemunya hakcipta boleh mengambil tindakan undang-undang, termasuk

gantirugi kewangan dan injunksi .

12. Berapa lamakah tempoh perlindungan hakcipta?

(i) Bagi karya sastera, muzik dan seni hakcipta wujud semasa hayat

pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya;

(ii) Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran hakcipta wujud selama 50

tahun, bermula dari tahun kalender selepas tarikh ia mula diterbitkan;

dan

(iii) Bagi edisi yang diterbitkan hakcipta wujud selama 50 tahun daritahun

kalender selepas tarikh penerbitan pertama.

13. Apakah hak-hak eksklusif pemilik hakcipta?

Pemilik hakcipta mempunyai hak esklusif untuk mengawal sebahagianbesar

karya terutamanya:

(i) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi,

rakaman dan lain-Iain);

(ii) penyampaian kepada orang awam;

(iii) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;

(iv) pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau

pemindahan pemunyaan secara lain; dan

(i) penyewaan secara komersil kepada orang awam.

14. Apakah pelakuan-pelakuan yang melanggar hakcipta?

Pelakuan-pelakuan berikut adalah melanggar hakcipta:

(i) mengeluar semula dalam sebarang bentuk,

(ii) menayang, mempamer, memain dan mengedarkan kepada orang

awam atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian karya itu;

(iii) mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan perdagangan

atau untuk mendapat keuntungan;

(iv) membuat, untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran ;

(v) menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedah atau

menawarkan untuk jualan salinan langgaran;

(vi) mengedarkan salinan langgaran ;

23

24

(vii) memiliki, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik

apa-apa salinan langgaran;

(viii) dengan cara dagangan, mempamerkan kepada umum apa-apa

salinan langgaran.

(ix) mengimpot ke Malaysia, melainkan untuk kegunaan persendirian

dan domestik sebarang salinan langgaran ; atau

(x) membuat atau memiliki sebarang perekaan yang digunakan

atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan

langgaran.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan persendirian dan

domestik?

Penggunaan persendirian dan domestik adalah setakat tiga salinan karya

sahaja.

16. Apakah pengecualian yang diberikan di bawah Akta Hakcipta 1987

kepada pengguna karya?

Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut

adalah dibenarkan tertakluk kepada penghargaan diberikan kepada

pencipta karya:-

(i) penggunaan bagi tujuan penyelidikan;

(ii) penggunaan bagi pengajian persendirian; dan

(iii) penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa.

17. Apakah jenis tindakan yang boleh diambil bagi pelanggaran hakcipta?

Terdapat dua jenis tindakan yang boleh diambil iaitu tindakan sivil dan

jenayah.

18. Apakah penalti yang boleh dikenakan bagi pelanggaran hakcipta?

Bagi setiap pelanggaran hakcipta, mahkamah boleh mengenakan denda

minima sebanyak RM2,000 dan denda maksima sebanyak RM20,000 bagi

setiap pelanggaran.

19. Adakah menjadi kesalahan sekiranya karya hakcipta tersebut dimuat

turun dari internet tanpa kebenaran pemunya hakcipta?

Ini juga menjadi kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987.

20. Adakah jumlah penalti yang sama dikenakan sekiranya muat turun tersebut

dilakukan dengan memintas langkah-langkah teknologi yang disediakan

oleh pemunya hakcipta bagi mengawal penggunaan karya?

Penalti yang lebih tinggi dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM250,000

atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun.

21. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan hakcipta?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(Bahagian Penguatkuasa) dan Polis DiRaja Malaysia bertanggungjawab

terhadap penguatkuasaan undang-¬undang tersebut.

22. Apakah remedi yang boleh diberikan oleh pihak mahkamah bagi

pelanggaran hakcipta?

Remedi berikut diberikan oleh mahkamah:i)

gantirugi kewangan;

ii) akaun keuntungan;

iii) hantar serah; dan

iv) injunksi.

23. Apakah yang dimaksudkan dengan badan pemungut hakcipta?

Badan pemungut hakcipta ialah badan yang diberikan kuasa untuk

memungut bayaran royalti bagi pihak pemunya hakcipta.

24. Apakah badan – badan pemungut hakcipta yang ada di Malaysia?

Badan-badan pemungut hakcipta tersebut adalah:

Nama: Public Performance Malaysia Sdn Bhd [“PPM”] (173608-V)

Tahun Ditubuhkan: 1988

Ahli : Recording Companies

Karya yang diwakili: Sound, Music Video and Karaoke Recordings

Laman Web: www.ppm.org.my

Nama: Music Authors Copyright Protection Bhd [“MACP”] (186403-X)

Tahun Ditubuhkan: 1989

Ahli: Composers, Lyricists and Publishers

Karya yang diwakili: Musical Works

25

26

Laman Web: www.macp.com.my

Nama: Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd[“PRISM”](542747M)

Tahun Ditubuhkan: 2001

Ahli: Recording Artistes and Musicians

Karya yang diwakili: Performances embodied in Sound Recordings

Laman Web: www.prism.org.my

25. Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf badan-badan pemungut tersebut?

Badan tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

26. Apakah hak yang diberikan oleh badan pemungut kepada pihak yang

memohon lesen?

Badan pemungut boleh mengeluarkan lesen kepada pihak yang

terbabit untuk menyiarkan karya-karya berhakcipta di tempat awam.

27. Apakah yang dilakukan oleh badan pemungut kepada royalti yang

dipungut tersebut?

Royalti tersebut diagihkan oleh badan pemungut kepada pemunya karya

pada setiap tahun.

28. Adakah pihak Kerajaan yang menetapkan kadar royalti yang dikutip oleh

badan pemungut?

Kerajaan tidak mengawal dan tidak terlibat dalam menetapkkadar

tersebut. Ia ditetapkan secara kontrak antara pemunya hakcipta dan

badan pemungut.

29. Kenapa pihak Kerajaan tidak boleh terlibat di dalam menetapkan

kadarini?

Hakcipta adalah hak persendirian.

30. Jikalau berlaku pertelingkahan antara pemunya hakcipta dan badan

pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta?

Pertelingkahan bolehlah diselesaikan melalui bantuan Tribunal Hakcipta.

31. Apabila berlaku pertelingkahan antara pengguna karya dan badan

pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna karya?

Pertelingkahan ini bolehlah juga diselesaikan melalui bantuan Tribunal

Hakcipta.

32. Apakah itu Tribunal Hakcipta?

Tribunal Hakcipta adalah ditubuhkan di bawah Akta Hakcipta 1987

untuk:i)

memberikan lesen bagi penterjemahan karya kepada Bahasa Malaysia;

dan

iii) menyelesaikan isu penetapan kadar royalti.

33. Apakah asas penubuhan Tribunal Hakcipta?

Ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 28 Akta Hakcipta 1987

bagi mewujudkan keseimbangan hak di antara pemilik hakcipta dan

pengguna.

34. Siapakah yang melantik ahli Tribunal?

Ahli- ahli Tribunal dilantik oleh Y.B. Menteri yang bertanggungjawab ke

atas pentadbiran Akta Hakcipta 1987, iaitu Y. B. Menteri Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

35. Siapakah yang menjadi ahli?

Keahlian Tribunal adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan

Pengerusi dan tidak lebih daripada 20 orang ahli-ahli lain.

36. Apakah Fungsi Tribunal?

i) Menimbangkan permohonan bagi mendapatkan lesen untuk

mengeluar dan menerbitkan terjemahan dalam Bahasa

Kebangsaan sesuatu hasil penulisan yang ditulis dalam apa-apa

bahasa lain; dan

ii) menyelesaikan pertikaian antara pengguna karya-karya berhakcipta

dan pemilik hakcipta.

27

28

37. Apakah Kes-kes yang boleh difailkan kepada Tribunal?

i) Kes untuk menterjemah karya asing sekiranya tuan punya karya tidak

dapat dihubungi atau tuan punya enggan memberi kebenaran.

ii) Kes berkaitan dengan terma dan skim pelesenan hakcipta termasuk:-

a) kes berkaitan dengan kadar bayaran royalti; dan

b) pengendali skim pelesenan enggan beri lesen atau enggan

perbaharui lesen.

38. Siapakah yang boleh mengemukakan kes kepada Tribunal?

Pihak-pihak berikut boleh memulakan prosiding:i)

Wakil orang yang memerlukan lesen;

ii) Pengendali skim pelesenan; dan

iii) Orang yang enggan diberi lesen oleh pengendali skim pelesenan.

39. Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Tribunal?

Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan Akta Hakcipta

1987.

40. Bolehkah rayuan dibuat terhadap keputusan Tribunal?

Keputusan Tribunal boleh dirayu oleh pihak yang terkilan kepada Mahkamah

Tinggi Harta Intelek.

41. Apakah yang dimaksudkan dengan hak pelaku?

Adalah hak yang diberikan kepada mereka yang mengambil bahagian

dalam persembahan awam secara langsung.

42. Berapa lamakah tempoh perlindungan hak pelaku diberikan?

Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan.

43. Apakah kelayakan bagi perlindungan pelaku?

Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara

langsung yang pelakunya itu ialah:

i) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau

ii) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi

persembahannya-

a) di adakan di Malaysia

b) telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah

Akta ini; atau

c) belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam

suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini

29

30

REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU

1. Apakah Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu?

Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsurunsur

sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua saling hubungan

litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan

bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang..

2. Apakah undang-undang yang melindungi Reka Bentuk Susun Atur Litar

Bersepadu?

Undang-undang yang melindung reka bentuk susun atur litar bersepadu

adalah Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000.

3. Bagaimana untuk melindungi susun atur litar bersepadu?

Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara

automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut;

• Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan

perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang

litar bersepadu;

• telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam

suatu litar bersepadu; dan

• pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak.

4. Siapakah pemegang hak reka bentuk susun atur dan apakah hak

pemegang hak?

• Pencipta;

• Orang yang menugaskan jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut

sesuatu penugasan;

• Majikan jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam

menjalankan pekerjaannya.

5. Apakah hak pemilik reka bentuk susun atur?

Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung mempunyai hak

yang berikut;

• Menghasilkan semula dan memberi kuasa penghasilan semula reka

bentuk susun atur terlindungnya; dan

• Mengeksploitasikan secara perdagangan dan memberi kuasa

pengeksploitasian secara perdagangan;

- Reka bentuk susun atur terlindungnya ;

- Litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun

atur terlindung itu; atau

- Barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya

digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu.

6. Bagaimanakah dengan tempoh perlindungan?

Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari

tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun,

perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia

dicipta.

31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!