11.12.2012 Views

Influenza A(H1N1): Soalan-soalan lazim - NikNasri.com

Influenza A(H1N1): Soalan-soalan lazim - NikNasri.com

Influenza A(H1N1): Soalan-soalan lazim - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

A. Soalan-soalan lazim

Influenza A (H1N1)

1. Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat

iaitu

• Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

i. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam

persekitaran

ii. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair,

hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan.

Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)

iii. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua

minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini

iv. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu

yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes,

penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

• Common Cold

i. Disebabkan oleh berbagai jenis virus

ii. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal

tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam

iii. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam

masa 3-10 hari

• Pharyngitis / radang tekak

i. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak

ii. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam

iii. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti

ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

• Pneumonia/ jangkitan paru-paru

i. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru

ii. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas

iii. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

1

2. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang

disebabkan oleh virus influenza A(H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan

terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan

manusia.

3. Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia

menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang

berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang

berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini

dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke

negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web

http://www.who.int/en

5. Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim

(influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema,

sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti

virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan

(surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan;

melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang

tercemar dengan titisan cecair pesakit.

2

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk

babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan

dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

• Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah

atau tempat sesak

• Berehat dan meminum banyak air

• Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu

yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun

dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol

• Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan

dengan lengan dan siku anda

• Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling

anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul

• Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan

elakkan berhubung rapat dengan orang lain

• Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi

membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan

• Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti

demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor

untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula

mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam. Kanak-kanak boleh menyebarkan

penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

• Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan

individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan

• Adab batuk yang baik (cough etiquette)

• Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap

• Pengudaraan dalam rumah yang baik

3

• Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital.

Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan

• Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di

rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.

• Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik

untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama

• Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi

seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paruparu

• Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang

tidak hadir bertugas kerana sakit

• Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan

Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).

Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi

perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir

(Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada

pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi

tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan

terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi

berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin

membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya

mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.

Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke

Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

4

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh

terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya

lakukan sebagai rakan sekerja?

• Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari

luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau

kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

• Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah

sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

• Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala

influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja

dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

• Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja

bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

• Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan

bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan

pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan

pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah

sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1)

ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan

untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada

jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian

influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

• Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa

berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah

tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan

tersebut

• Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau

perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau

kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya

gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

• Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk

mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

5

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa

virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna

semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki

untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang

mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya

orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke

tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang

telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan

perjalanan ke Negara yang terjejas?

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan

daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit

sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza

A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained

human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan

punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22. Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi?

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan

memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan

diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat

penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan

perkhidmatan utama.

6

23. Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan

tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti

orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24. Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi

pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors

(antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika

digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap

atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada

tangan sehingga ia kering.

25. Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan

kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada

individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang

menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja,

sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri

sebelum membasuh tangan.

26. Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani

saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan

dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Sumber : Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysi

(http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php)

B. Maklumat lanjut

1. Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia

(http://h1n1.moh.gov.my/)

2. Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Kerajaan Untuk Merawat Kes-Kes Influenza

A(H1N1) (http://h1n1.moh.gov.my/hospitalkerajaan.php)

7

3. Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Swasta Untuk Merawat Kes-Kes Influenza

A(H1N1) (http://h1n1.moh.gov.my/hospitalswasta.php)

4. Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil. 17 Tahun 2009 “Peraturan-peraturan

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Pandemik Untuk Anggota Kerja TNB”

(http://portal.hq.tnb.com.my/sites/ghr/downloads/Pekeliling/Perubatan/Peraturan-

Peraturan%20Pencegahan%20Dan%20Pengawalan%20Penyakit%20Pandemik%20Untuk

%20Anggota%20Kerja%20TNB.pdf)

C. Pegawai TNB yang boleh dihubungi

Dr. Abdul Rahman Daud

Ketua Pegawai Perubatan

Jabatan Pengurusan Ganjaran, Faedah & Pentadbiran

Bahagian Sumber Manusia Kumpulan

No. Telefon: 03-2296 6722

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!