09.01.2017 Views

PERKIM

Berita-PERKIM-Kedua-2016

Berita-PERKIM-Kedua-2016

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Untuk Ahli Sahaja

Percuma

PERKIM

BERITA

ÁηjŠ BNÍjI

Wadah Informasi Dakwah Edisi Kedua 2016

-2

MDN Tubuh

Jawatankuasa Atasi

Stigma Komuniti

Cina Muslim

Dalam

Masyarakat

-15

NGO Islam

Bergabung Tubuh

Jawatankuasa

Khas Akta 355

-18

PERKIM Boleh

Membantu Kerajaan

Bendung Masalah Sosial

- Hasidah

-29

www.perkim.net.my

PENAFIAN

Risalah BERITA PERKIM diterbitkan oleh

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ia

mengandungi artikel berkaitan hal ehwal Islam di

Malaysia khasnya dan seluruh dunia Islam. Ia

diterbitkan bertujuan untuk menggalakkan

kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu yang

melibatkan umat Islam merentasi kepelbagaian

geografi dan budaya. BERITA PERKIM juga

mengandungi berita yang meliputi aktiviti dalam

bidang dakwah, sosial, ekonomi dan politik. BERITA

PERKIM mengalu-alukan artikel berkaitan oleh

pengarang yang ingin menerbitkan karya mereka.

Sebarang artikel atau komen boleh dialamatkan

kepada: Pengarang, BERITA PERKIM, di alamat

seperti di atas. Pengarang juga berhak untuk

menyunting apa-apa sumbangan tanpa notis terlebih

dahulu dan tidak akan dikembalikan. Pandangan

yang dinyatakan dalam BERITA PERKIM tidak

semestinya mencerminkan pandangan PERKIM,

Pengarang atau Risalah tersebut.

Kandungan

SCORE PERKIM: Santuni Komuniti Strok

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-55

Wanita PERKIM Dekati Gelandangan

KETUA PENGARANG:

MDN Tubuh Jawatankuasa Atasi Stigma

Hj. Mohd Zuber Zain

Komuniti Cina Muslim Dalam Masyarakat

PENGARANG:

Saudara Baru Perkukuh Ilmu Fardhu Ain

Firdaus Lokman Tah

PENOLONG PENGARANG: NGO Islam Bergabung Tubuh

Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi Jawatankuasa Khas Akta 355 18

PENERBIT:

Dakwah Remaja Secara Santai

Pertubuhan Kebajikan Islam

19

Malaysia (PERKIM),

Mantapkan Akidah Mualaf India

Ting. 4 & 6, Bangunan PERKIM,

150, Jln. Ipoh, 51000 Kuala Lumpur.

20

Menziarahi Srikandi Negara

: 03-4042 6224 / 03-4041 2482

21

: 03-4042 7403

: info@perkim.net.my

PERKIM Selangor & MAIS Anjur Program

http// : www.perkim.net.my Syura Pendakwah Saudara Muslim Cina

PENCETAK:

Da’imr Enterprise.

: 019-333 8800

PERKIM Boleh Membantu Kerajaan

: rodimusa@yahoo.com

Bendung Masalah Sosial: Hasidah 29

Kaji pendekatan Islam Bagi Perangi

Ekstremis Agama - Dr Mahathir 30

Selalu Mimpi Pintu Syurga,

Pemuda Cina Nekad Masuk Islam 30

Jesse Lim Akhirnya Mengaku

Sudah 18 Tahun Peluk Islam 31

Tahniah ! Hj. Abdul Rahim Lim Abdullah

Raja Perlis Mahu Umat Islam Perbaiki Diri

SCORE 35

1 Berita PERKIM

2

4

Anugerah PERKIM Kepada Tokoh dan Kakitangan

PERKIM Sambut Korban Bersama Muhajirin Rohingya

14

15

17

22

PERKIM Selangor Terima Sumbangan RM500,000

Wakaf Selangor Muamalat Sumbang Dana

Wakaf RM6.4 Juta Dalam Pendidikan, Kesihatan

8

12

28

32

33

34

SCORE PERKIM:

Berita

Santuni Komuniti Strok

Oleh: MOHD SYAHRIL ROSDI

AHMAD ZAHUDI

Menzahirkan keprihatinan terhadap golongan

pesakit merupakan tanggungjawab sosial setiap ahli

masyarakat. Usaha kebajikan tersebut merupakan

amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam.

Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) Kebangsaan menganjurkan Majlis

Perasmian Pusat Pemulihan Komuniti Strok (SCORE)

PERKIM bertempat di Flat Sri Perak, Bandar Baru

Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ianya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada

Universiti Malaya (UM) Cares dan Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL).

SCORE memberi perkhidmatan pemulihan khusus

kepada pesakit strok serta pesakit yang baru keluar

daripada hospital dan memerlukan khidmat terapi

dan sosial susulan.

Selain itu SCORE menawarkan juga perkhidmatan

terapi untuk semua peringkat umur, kaum dan

agama melalui penjadualan yang fleksibel serta

kemudahan peralatan moden.

Matlamat SCORE adalah untuk membantu pesakit

mempraktik semula keupayaan yang telah hilang

selepas mengalami strok. Turut melibatkan pakar

perubatan pemulihan, jururawat pemulihan dan

fisioterapi iaitu terapi cara kerja dan terapi

pertuturan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM,

Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor mengucapkan terima

kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak

Universiti Malaya menerusi UM Cares di atas

kesudian bersama-sama dalam satu projek PERKIM

sebagai satu langkah memberi perkhidmatan di luar

kampus.

Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan

Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL,

Mohd. Muzammer Jamaluddin mewakili Datuk

Bandar DBKL, Datuk Seri Mohd. Amin Nordin

Dr. Mohd. Yusof (berbaju hijau) merasmikan Pusat Pemulihan

Komuniti Strok (SCORE) PERKIM baru-baru ini.

Abd. Aziz di atas kerjasama yang diberikan bagi

menjayakan majlis dengan menyediakan

kemudahan dan persiapan.

SCORE merupakan premis sumbangan ihsan

daripada DBKL dan projek terbaik bagi penduduk

setempat. Menurut perspektif Islam, ganjaran

pahala akan tetap diperoleh walaupun bentuk

sumbangan sebesar zarah.

Usaha membantu pesakit strok masih kurang

mendapat perhatian dari agensi kebajikan. Oleh itu

PERKIM mengambil langkah sewajarnya

mempergiatkan aktiviti kebajikan melalui SCORE.

Tiada siapa yang terselamat sekiranya menghidapi

penyakit berkaitan dengan saraf (neuro) iaitu strok.

Penglibatan PERKIM secara langsung melalui SCORE

bertujuan untuk memulihkan pesakit sebanyak

mungkin.

Jelasnya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-

Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama

berusaha supaya pusat pemulihan seperti SCORE

diwujudkan malah telah diperkenal pada tahun 1980

lagi dengan nama Pusat Pemulihan Kesihatan

PERKIM.

Sejumlah 500 pesakit telah dirawat sejak

penubuhannya pada tahun 1980 walaupun ruangan

yang disediakan agak sempit. Pada ketika itu pusat

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

2

tersebut berjaya dikunjungi oleh pelawat dari negara

Kanada, Jepun, Australia, Brunei dan Sri Lanka.

Biar pun jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan

tidak mencecah 1,000 orang, namun telah memberi

kesan serta mengurangkan penderitaan yang

ditanggung oleh pesakit dan keluarganya.

Perkim merupakan badan kebajikan yang tidak

langsung berhasrat untuk menjadikan pusat tersebut

sebagai medan perniagaan.

"Bukan nak cari untung tetapi untuk membantu

masyarakat," kata Dr. Mohd. Yusof ketika memetik

kata-kata Pengasas PERKIM, Almarhum Tunku Abdul

Rahman.

Melalui jalinan kerjasama yang erat bersama DBKL,

PERKIM merancang untuk memiliki kompleks

kesihatan sendiri yang diberi nama PERKIM

Medicare dalam memberikan perkhidmatan

kesihatan kepada masyarakat dan diwujudkan

sekurang-kurangnya di setiap negeri.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM, Bendahari

Kehormat, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul

Karim; Penolong Setiausaha Agung, Datuk Haji

Hasbullah L. Isa; Setiausaha Kerja, Zulkefli Arifin;

Pengarah Unit Perancangan, Penyelidikan dan

Perlaksanaan (UPPP), Mamat Che Chik; Timbalan

Pengarah UPPP, Datuk Abdul Hanif Harun, Penyelaras

Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato' Ahmad

Mustafa; Pengarah UM Cares, Prof Dr. Norzulaani

Khalid dan Pakar Perubatan Pemulihan Pusat Pakar

UM (UMSC), Prof Madya Dr. Lidya Abdul Latif.

Dr. Mohd. Yusof bersalaman dengan pesakit strok ketika menjalani

rawatan.

Dr. Muhammad Rais (kiri) beramah mesra dengan salah

seorang pesakit strok.

Jururawat pemulihan melatih pesakit dalam sesi terapi pertuturan.

Pesakit strok menjalani sesi

fisioterapi bersama jururawat

pemulihan.

www.perkim.net.my

3 Berita PERKIM

Berita

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan

menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan

sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama

mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang

Kami beri kepadanya,"

(As-Syura: 38)

Mesyuarat Agung Tahunan

PERKIM Ke-55

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI

AHMAD ZAHUDI

Bagi menyelaras dan membincangkan agendaagenda

dan usul-usul mengenai hal ehwal dakwah,

kebajikan, pendidikan dan kewangan, Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menganjurkan

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM kali ke-55

bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

pada 15 September 2016 baru-baru ini.

Ianya dihadiri seramai 450 ahli mesyuarat terdiri

daripada perwakilan dan pemerhati dari PERKIM

Bahagian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan,

Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,

Sarawak dan Kelab PERKIM Universiti (KPU).

Turut bersama, badan gabungan PERKIM seperti

Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Harakah

Islamiah Sarawak (HIKMAH), Persatuan Islam

Seluruh Sabah (USIA) dan Persatuan Darul Fitrah

Malaysia.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr.

Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata,

walaupun kini masyarakat dunia menghadapi

pelbagai cabaran dan ujian namun PERKIM

sepanjang penggal ini iaitu dari tahun 2014 sehingga

2016 telah dilaksanakan dengan baik.

Pertama, kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan

dakwah, kebajikan dan pendidikan seperti yang

dinyatakan di dalam prinsip-prinsip perlembagaan

berjalan mengikut kemampuan kewangan. Malahan

urus tadbir sentiasa dikawal selia selari dengan

prinsip-prinsip pentadbiran yang ditambah baik dari

semasa ke semasa.

Jelasnya, kedua, pengurusan aset secara profesional

akan terus dipertingkatkan untuk mengelak

kebergantungan sepenuhnya kepada kerajaan selain

berusaha mencapai pengurusan organisasi yang

teratur dan berdisiplin.

"Ketiga, walaupun perkembangan keahlian agak

perlahan, pengurusan akan mengatur langkah yang

sesuai untuk memajukan PERKIM dan selanjutnya

dapat mencapai sasaran keahlian PERKIM seramai

satu juta ahli menjelang tahun 2020," kata Dr. Mohd.

Yusof.

Ujarnya, ia adalah sebagai satu cabaran yang

memerlukan komitmen serta kerjasama dari semua

peringkat dan kita harus yakin matlamat tersebut

boleh dicapai.

Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hafizuddin Abdullah daripada MAIWP.

Menurut beliau, imej PERKIM sebagai organisasi

yang bercorak perkhidmatan sosial akan terus

diperkasakan menerusi kerja-kerja amal.

Beliau memaklumkan bahawa persidangan pada kali

ini dihadiri seramai 139 orang perwakilan dari

seluruh negeri.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

4

Perwakilan PERKIM menyemak laporan tahunan di persidangan

mesyuarat agung

Mohd. Nawawi menyampaikan taklimat pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan

(AMK) kepada para perwakilan.

Beliau turut mengumumkan bilangan keahlian tiga

tempat tertinggi mengikut cawangan iaitu PERKIM

Bahagian Negeri Perlis, PERKIM Cawangan Wanita

Johor dan PERKIM Cawangan Hulu Klang, Selangor.

Manakala PERKIM negeri yang paling aktif ialah

PERKIM Bahagian Negeri Melaka diikuti PERKIM

Bahagian Negeri Terengganu dan PERKIM Bahagian

Negeri Selangor.

"Pengumuman itu sebagai satu rangsangan kepada

cawangan yang lain untuk menambah bilangan

keahlian," kata Dr. Mohd. Yusof mengakhiri

ucapannya.

Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan kali ke-55

diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Taklimat pemillihan Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM

2016-2019 turut disampaikan penerangannya oleh

Datuk Mohd. Nawawi Ismail selaku Pengerusi

Jawatankuasa Pemilihan PERKIM.

Pengundian dilaksanakan secara telus dan amanah

serta di kawal selia oleh petugas Suruhanjaya Pilihan

Raya (SPR) dan bantuan Polis DiRaja Malaysia

(PDRM) sejurus taklimat pemilihan Ahli Majlis

Kebangsaan 2016 - 2019 diperdengarkan.

(Dari kiri:) Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Tan Sri Dato' Dr.

Muhammad Rais Abdul Karim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Tun Dr. Mahathir

Mohamad, Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Dato' Dr. Mustapha Ma, Dato'

Mohd. Nakhaie Ahmad dan (belakang) Dato' Abu Bakar Shaari.

telah dirangka sejajar dengan penubuhan PERKIM

yang sekian lama.

www.perkim.net.my

Pelbagai agenda-agenda dan usul-usul telah

dibentangkan oleh para perwakilan di mesyuarat

tersebut serta diperdengar oleh pemerhati.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian dan

penggulungan oleh Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr.

Mahathir Mohamad.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana

sekali lagi telah dilantik tanpa bertanding sebagai

Yang DiPertua PERKIM bagi penggal 2016 hingga

2019 dan mengharapkan dengan perlantikan kali ini

dapat meneruskan segala agenda dan tujuan yang

"Saya turut mendengar ucapan daripada setiap

perwakilan dan terdapat pelbagai perkara

berbangkit serta memerlukan perhatian yang

sewajarnya agar dapat ditangani oleh PERKIM

melalui mesyuarat ahli-ahli majlis," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, Malaysia adalah sebuah

negara yang terdiri di kalangan orang Islam secara

majortinya iaitu sekitar 60 peratus dan selebihnya

diwakili penganut agama lain seperti Hindu, Buddha,

Kristian dan sebagainya. Namun begitu, terdapat

juga beberapa negara bukan Islam yang memiliki

rakyat yang beragama Islam secara minoriti.

5 Berita PERKIM

Perwakilan Perlis memeriksa senarai nama sebelum dibenarkan mengundi.

Para perwakilan membuat pilihan bagi Pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan

PERKIM bagi sesi 2016 hingga 2019.

pernah berlaku dan masih aman tanpa tercetusnya

serangan dari negara-negara bukan yang memusuhi

negara-negara umat Islam. Hal ini didorong oleh

sikap rakyat Malaysia yang saling menghormati

terutama elemen-elemen yang berkaitan dengan

sensitiviti agama masing-masing.

Salah seorang perwakilan membuang kertas undi bagi pemilihan Naib Yang

DiPertua.

Jelasnya, kita tidak harus melakukan sesuatu seperti

menindas kaum-kaum lain yang bukan beragama

Islam di Malaysia seperti mana kita tidak suka

melihat negara bukan Islam menindas minoriti

rakyat Islam.

"Ketika negara berjuang untuk mencapai

kemerdekaan, pihak British dan sesetengah

penduduk Tanah Melayu termasuklah orang-orang

Melayu sendiri berpendapat bahawa kemerdekaan

negara tidak akan diperoleh disebabkan berlakunya

permusuhan yang ketat antara orang Islam dan

bukan Islam," terangnya.

Kata beliau, hal ini adalah kerana pihak British

berpendapat bahawa penduduk di Tanah Melayu

secara majoritinya adalah beragama Islam dan ini

memungkinkan orang Islam akan menindas

penganut agama lain. Keadaan ini juga disebabkan

oleh faktor luaran yang melihat kebanyakan

penduduk minoriti akan ditindas oleh penduduk dari

kaum atau penganut agama yang majoriti di

beberapa buah negara.

Namun begitu setelah sekian lama negara mencapai

kemerdekaan perkara tersebut langsung tidak

Menurut Dr. Mahathir, keadilan tidak terhad kepada

orang Islam sahaja. Pengurusan pentadbiran negara

yang tidak teratur akan memberi impak kepada

penghijrahan jutaan rakyat ke negara lain.

Natijahnya, hari ini kita melihat hampir berjuta-juta

orang Islam melakukan penghijrahan ke beberapa

buah negara bukan Islam. Hal ini demikian terdapat

beberapa buah negara Islam yang mengamalkan

pemerintahan dan sistem 'kuku besi'.

Beliau berharap supaya negara-negara Islam bersatu

kerana mereka yang merusuh dan berperang

sesama sendiri mengakibatkan beratus ribu manusia

yang tidak bersalah turut terkorban dan tercedera.

Oleh itu saya tidak mahu perkara yang sama berlaku

di negara kita.

Jelasnya, rusuhan yang berlaku adalah tidak sejajar

dengan pemahaman yang diajar dalam agama Islam.

Islam tidak menganjurkan permusuhan malah

menitikberatkan jalinan persaudaraan sesama

manusia.

Segala urusan pentadbiran negara yang dijalankan

perlu mengambil kira kesan dan akibat terhadap

setiap tindakan yang bakal kita laksanakan.

Sekiranya terdapat perbezaan dari segi pendapat

dalam aspek keagamaan, kita perlu berbincang

dengan cara berhikmah dan bijaksana. Supaya hasil

yang baik dapat dinikmati oleh setiap rakyat tanpa

prejudis kepada agama, kaum dan bangsa Malaysia

yang pelbagai.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

6

“Saya yakin kita pasti bangga andai masyarakat luar

mengagumi pencapaian negara kita sebagai negara

Islam paling berjaya di dunia," harapan beliau selaku

Mantan Perdana Menteri.

Sebagai sebuah negara Islam, kita mengalu-alukan

orang ramai yang ingin mempelajari, mendalami dan

memeluk agama Islam tanpa paksaan. Malah

mereka akan dibimbing oleh pegawai agama dari

jabatan agama atau agensi pengislaman yang telah

ditauliahkan.

Kita juga akan mengambil perhatian dan bertindak

dengan sewajarnya andai terdapat permasalahan di

antara saudara baru dan ahli keluarga bukan Islam.

Kebanyakan individu yang mudah menerima Islam

terdiri di kalangan masyarakat pertengahan dan

bawahan.

Berikut adalah keputusan pemilihan Ahli Majlis

Kebangsaan PERKIM bagi sesi 2016 - 2019:

Pengerusi Tetap:

Y.Bhg. Dato' Dr. Hj. Abu Bakar Shaari

Timbalan Pengerusi Tetap:

Tuan Hj. Wan Abd. Halim Hj. Wan Ismail

Yang DiPertua:

Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Naib Yang DiPertua:

Golongan pengemis atau gelandangan yang

beragama Islam tidak mempunyai tempat tinggal

hanya tidur di kaki lima dan tempat ibadat seperti

masjid. Hal ini perlu ditangani dengan bijaksana

supaya golongan ini diberi hak perlindungan.

Pada pandangan saya, sikap yang dipamerkan oleh

umat Islam kurang berjaya menarik hati golongan

bukan Islam dari kelas atasan atau profesional untuk

mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Y.Bhg. Dato' Seri

Dr. Shahidan Kassim

Y.Bhg. Dato' (Dr)

Haji Mustapha Ma

www.perkim.net.my

Akhlak yang terpuji merupakan teladan atau contoh

terbaik yang perlu dipraktikkan oleh orang Islam

dalam konteks berdakwah. Sikap toleransi juga perlu

dititikberatkan terhadap masyarakat bukan Islam.

Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika

berdakwah kepada orang bukan Islam.

"Orang Islam perlu lebih berjaya dalam kehidupan

dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya

agar dapat dipandang tinggi oleh orang bukan Islam

sekali gus menggambarkan kejayaan Islam dan

ke b e r ke s a n a n k i t a d a l a m m e n j a l a n ka n

tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat

secara umumnya," kata Dr. Mahathir di akhir ucapan

penggulungannya.

-Tun

Sikap yang dipamerkan oleh umat Islam

kurang berjaya menarik hati golongan

bukan Islam dari kelas atasan atau

profesional untuk mengenali Islam

dengan lebih dekat lagi.

Dr. Mahathir

Mohamad

Y.Bhg. Dato'

Haji Mohd Nakhaie

Ahmad

Y.Bhg. Prof. Dr. Haji

Mohd Ridhuan Tee

Abdullah

Ahli Majlis Kebangsaan:

1. Y.Bhg. Datuk Haji Hasbullah L. Isa

2. Y.Bhg. Dr. Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah

3. Y.Bhg. Ustaz Hj. Muhammad Fitri Abdullah

4. Y.Bhg. Dr. Ann Wan Seng

5. Y.Bhg. Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman

6. Y.Bhg. Prof. Dr. Ramle Abdullah

7. Y.Bhg. Datuk Haji Zainal Abidin Ab Kadir

8. Y.Bhg. Dato' Dr. Ismail Ibrahim

9. Y.Bhg. Datin Paduka Hajah Hapipah Endot

10. Y.Bhg. Prof. Dr. Nur'azah Dato' Abd. Manaf

11. Y.Bhg. Prof. Madya Dato' Haji Mohd Mokhtar

Shafii

12. Y.Bhg. Datuk Haji Yidris Abdullah

13. Y.Bhg. Dato' Dr. M. Fadzli Dato' Hassan

7 Berita PERKIM

Berita

Anugerah PERKIM Kepada

Tokoh dan Kakitangan

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Halim Yazid (berdiri)

m e n g e t u a i

persembahan dikir

barat dari Persatuan

Aktivis Seni Warisan

Melayu Putrajaya

( P u t e r a S e n i

Putrajaya).

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-55

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang

diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur,

PERKIM menganjurkan majlis makan malam pada 14

September 2016 baru-baru ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 300 perwakilan dan

pemerhati serta tetamu khas terdiri daripada

Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban,

Bidayuh, Murut dan lain-lain.

Ia diadakan untuk meraikan seluruh delegasi,

perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia

dengan jamuan makan istimewa sebelum mesyuarat

bersidang pada hari keesokkan harinya.

Aturcara tahunan tersebut diadakan untuk

menghimpunkan ahli mesyuarat PERKIM dalam satu

ukhwah Islamiyyah dan merapatkan silaturahim

sesama Muslim dengan menyuarakan beberapa

agenda dan usul serta hal ehwal berkaitan dengan

saudara baharu dan umat Islam.

Ia turut memperdengarkan ucapan aluan Setiausaha

Agung Kehormat PERKIM, ucapan dasar Yang

DiPertua PERKIM selain menyampaikan beberapa

kategori anugerah untuk menghargai jasa dan bakti

ahli serta kakitangan PERKIM.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr.

Mohd. Yusof Noor dalam ucapan aluannya berkata,

malam tersebut merupakan malam yang penting

kerana Yang DiPertua PERKIM akan menyampaikan

amanat dan nasihat kepada para perwakilan,

pemerhati dan ahli-ahli PERKIM dari seluruh pelusuk

negeri melalui ucapan dasarnya.

Ianya sangat berbeza jika dibandingkan pada tahuntahun

sebelumnya kerana ucapan dasar dilakukan

pada Majlis Makan Malam PERKIM bagi

memudahkan kelancaran proses pemilihan yang

dilakukan pada esok hari dan memandangkan ini

adalah tahun yang penting buat PERKIM yang

meraikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM kali

ke-55.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

8

Dr. Mohd. Yusof turut memberi penghargaan kepada

Tun Yang DiPertua dan isteri kerana sudi meluangkan

masa untuk bersama-sama menyampaikan amanat

penting kepada perwakilan dan pemerhati serta

jemputan khas.

Katanya, perjumpaan pada setiap tahun sebagai ahli

pertubuhan merupakan titik tolak untuk

meneruskan usaha yang diasaskan oleh Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih dari 50 tahun

yang lalu. Semoga kepimpinan Almarhum dapat

diteruskan seperti yang dicita-citakan sehingga ke

akhir hayatnya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua yang terlibat terutama kepada para

petugas yang telah bertungkus-lumus melakukan

persiapan majlis agar berjalan dengan lancar seperti

yang direncanakan.

Semua tetamu menikmati juadah makanan seperti

kambing masak kari, udang bersalut keju, sayur

campur, ayam panggang lada hitam dan jus longan

sambil dihiburkan persembahan dikir barat daripada

Persatuan Aktivis Seni Warisan Melayu Putrajaya

(Putera Seni Putrajaya).

Dr. Mahathir (berbatik biru) bersama tetamu kehormat menyampaikan warkah penghargaan Anugerah Tokoh Pendakwah Unggul PERKIM kepada Mufti Perak, Tan Sri

Harussani Zakaria.

www.perkim.net.my

"Usaha yang bersungguh-sungguh dan keikhlasan

yang mendalam adalah perlu untuk menjadikan

PERKIM terus maju dan serta muncul sebagai badan

dakwah dan kebajikan yang paling berkesan dalam

negara kita," tegas Dr. Mohd. Yusof yang juga

Presiden Universiti Islam Malaysia (UIM).

"Saya berharap agar kita semua akan terus

beristiqamah mengukuhkan dan memartabatkan

imej umat Islam tanpa mengira harta, pangkat, kaum

dan budaya yang berbeza," ujarnya.

Majlis diserikan dengan ucapan dasar dan perasmian

oleh Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr. Mahathir

Mohamad.

Beliau dalam ucapannya berkata, keadaan umat

Islam pada ketika ini berada pada tahap yang

membimbangkan dan kurang mengamalkan ajaran

Islam yang sebenarnya menyebabkan kita sering

ditindas. Malahan berlakunya peperangan sesama

umat Islam menggambarkan bahawa Islam ini adalah

agama pengganas.

9 Berita PERKIM

Katanya, beliau berpendapat bahawa setiap yang

terjadi disebabkan oleh sikap umat Islam itu sendiri

yang tidak mahu memajukan diri dan bersaing secara

sihat berlandaskan kehidupan Islam yang sebenar.

Mempraktikkan cara kehidupan Islam boleh

mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan yang

baik. Namun sebaliknya yang berlaku dengan kita

membenarkan nafsu kita menguasai fikiran dan

tindakan.

Katanya, perpecahan umat Islam di kebanyakan

negara Islam merujuk kepada kelemahan

pentadbiran. Malangnya kita tidak boleh mencipta

atau mengeluarkan teknologi baharu jika tidak

mempunyai ilmu pengetahuan.

Masyarakat Islam perlu mengubah nasib dengan

berusaha memperbaiki kelemahan yang ada

misalnya menguasai ilmu dan kepakaran yang

didominasi oleh golongan bukan Islam.

Kemahiran yang bukan terhad kepada ilmu fardu ain

semata-mata malahan ilmu fardu kifayah juga perlu

dikuasai oleh umat Islam.

"Saya berharap agar PERKIM menjadi ikutan terbaik

sebagai badan kebajikan dan pentadbiran yang

mempamerkan imej Islam yang sebenar seimbang

dengan tuntutan dunia dan akhirat. Pegangan atau

i ku ta n a j a ra n I s l a m ya n g b e r tenta n ga n

menyebabkan masyarakat mudah terjerumus

kepada kebinasaan akidah dan akhlak," ujar Dr.

Mahathir.

"Selain itu saya yakin dengan keupayaan ahli-ahli

PERKIM untuk menjadi individu cemerlang yang

patut dicontohi oleh masyarakat luar khususnya di

kalangan bukan Islam. Kita perlu menangani cabaran

untuk memperbetulkan imej Islam yang telah

dicemari dengan isu peperangan dan pembunuhan,"

jelasnya.

Kita harus sedar bahawa Islam itu bersaudara tanpa

mengenal perbezaan warna kulit, bahasa dan

negara, tetapi hakikatnya kita tidak menunjukkan

nilai persaudaraan maka tidak akan ramai yang

berminat untuk memeluk agama Islam.

Oleh sebab itu, kita menjadi masyarakat yang daif

dan mudah ditindas oleh pihak tertentu.

Saya dapati bahawa kita gagal mempertahankan

umat Islam di saat mereka memerlukan kita.

Hari ini kita dapati di seluruh dunia tiada satu pun

negara Islam yang paling berjaya. Jika ada yang kaya

sekali pun masih tidak mampu mengurus kebajikan

orang Islam.

Terdapat segelintir negara Islam yang kaya dengan

hasil bumi iaitu anugerah daripada Allah SWT tetapi

Dr. Mahathir menyerahkan

warkah penghargaan Anugerah

Khidmat Bakti Dakwah PERKIM

kepada mantan Setiausaha

Agung Kehormat PERKIM, Hj.

Yaacob Lazim (kanan).

Berita PERKIM

10

www.perkim.net.my

www.perkim.net.my

masih gagal membantu negara Islam yang miskin dan

mundur. Kekayaan tidak perlu disimpan sepatutnya

diurus dengan cara yang baik untuk dimanfaatkan

kepada seluruh umat Islam.

Sepatutnya pada hari ini telah banyak negara Islam

yang maju dilahirkan.

Tanggungjawab untuk berdakwah bukan sematam

ata m e n j e l a s ka n h u ku m - h a ka m teta p i

menunjukkan akhlak yang baik untuk kebaikan dunia

dan akhirat.

"Saya mengharapkan agar Malaysia menjadi contoh

kepada negara Islam yang lain, bukan hendak

berbangga dengan kejayaan yang kita miliki tetapi

merasa sedih apabila melihat negara Islam lain yang

tidak mengikut ajaran Islam sebagai cara kehidupan

sebaliknya memilih nafsu menguasai diri untuk

mengaut harta dan kekayaan menerusi peperangan

dan pembunuhan sehingga mengabaikan hak orang

lain," rintihnya.

Tambah Dr. Mahathir, kita sedar bahawa kita

merupakan manusia biasa yang tidak lari dari

melakukan kesilapan tetapi kita perlu berusaha

untuk mengurangkan kelemahan yang ada pada diri

kita dan mampu mentadbir negara kita dengan lebih

baik.

Beliau turut terima kasih kepada pengurusan

PERKIM kerana berjaya meneruskan kepimpinan dan

pentadbiran Islam sehingga ke hari ini.

Dr. Mahathir dan Dr. Mohd. Yusof seterusnya

menyampaikan hadiah sijil penghargaan, trofi dan

wang tunai kepada penerima anugerah tokoh-tokoh

kepimpinan dan kakitangan PERKIM di akhir majlis.

Anugerah Tokoh Pendakwah Unggul PERKIM

dinobatkan kepada Mufti Perak, Sahibus Samahan

Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Anugerah Khidmat Bakti Dakwah PERKIM pula

disandang oleh Bekas Naib Yang Dipertua PERKIM,

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi; Pendakwah

Bebas Pedalaman Sabah, Ustaz Mohd. Fadli Yusof;

Timbalan Pengarah Unit Perancangan, Penyelarasan

dan Pelaksanaan (UPPP) PERKIM Kebangsaan, Datuk

Haji Abdul Hanif Harun; Bekas Setiausaha Agung

Kehormat PERKIM, Haji Yaacob Lazim; Presiden

Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI)

Ustaz Kamaruddin Abdullah dan Presiden

Pertubuhan Al-Khadeem, Ustaz Hussain Yee.

Manakala bekas Pengarah Unit Pembangunan dan

Aset PERKIM Kebangsaan, Datuk Yidris Abdullah dan

Penaung Koperasi Permodalan Mualaf Berhad

(KPMB), Datuk Seri Muhammad Ali Rangen Abdullah

dinobatkan Anugerah Khas Yang DiPertua PERKIM.

Mohd Yusoff Ahmad (PERKIM Bahagian Negeri

Selangor); Hashimah Hashim (PERKIM Kebangsaan),

Rosmiah Daud (Institut Dakwah Islamiah PERKIM)

dan Abdul Razak Yusof (SCORE PERKIM) masingmasing

menerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang PERKIM.

Anugerah Khas Setiausaha Agung Kehormat PERKIM

diraih oleh Muhammad Farhan Tee Abdullah dan

Jamilatun Noor Hashim@Hamid daripada PERKIM

Kebangsaan.

Nordin Abdullah @ Noraden Anuraksas (PERKIM

Bahagian Negeri Kelantan); Rohaiza Mohamed Tan

(PERKIM Kebangsaan) dan Hj. Morsidi Mustafa

(PERKIM Bahagian Negeri Sarawak) menerima

Anugerah Perkhidmatan Lama PERKIM.

Yang turut hadir ialah kepimpinan PERKIM, Naib Yang

DiPertua, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Datuk Dr.

Mustapha Ma, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad, Prof.

Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah; Bendahari

Kehormat, Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul

Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk

Hasbullah L. Isa.

Kita harus sedar

bahawa Islam itu bersaudara

tanpa mengenal perbezaan

warna kulit, bahasa dan

negara, tetapi hakikatnya kita

tidak menunjukkan nilai

persaudaraan maka

tidak akan ramai yang

berminat untuk memeluk

agama Islam.

11 Berita PERKIM

PERKIM Sambut Korban Bersama

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI MUHAJIRIN ROHINGYA

AHMAD ZAHUDI

Aktiviti

Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha

bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : 'Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku

melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?'.

Anaknya menjawab : 'Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah,

ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."

(as-Saaffaat: 102)

Aidil Adha adalah perayaan istimewa bagi umat Islam

dalam memperingati kisah pengorbanan Nabi

Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam mematuhi

perintah Allah.

untuk menyeru seluruh manusia supaya kepada

agama Allah tanpa berkorban," jelas Amran selaku

Pengerusi Biro Dakwah PERKIM Bahagian Wilayah

Persekutuan.

Mengambil semangat itu, Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan menganjurkan

Majlis Ibadah Korban Perdana PERKIM 1437 H

bertempat di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya

Perkim, Taman Lembah Maju, Pandan Indah,

Selangor pada 13 September 2016 lalu.

Penyelaras Program, Amran Anbarasu Abdullah

berkata, korban bermaksud menyembelih binatang

tertentu pada pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari

Tasriq iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah dengan tujuan

untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada

Allah SWT.

Menurut Amran, ibadah suci ini menekankan

perpaduan Islam yang dibina atas dasar takwa bagi

mengharmoni dan memantapkan hubungan sesama

Muslim.

Peristiwa korban mencatatkan sejarahnya yang

tersendiri di mana Allah SWT memerintahkan Nabi

Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail

AS melalui mimpi.

Katanya, ibadah itu secara tidak langsung dapat

memupuk semangat berkorban sesama Muslim

dengan menjaga hubungan persaudaraan, bersatu

hati, menghindari sikap mementingkan diri agar

membentuk kekuatan yang perlu difahami dan

dijunjung oleh setiap Muslim.

Katanya, di dalam Islam, hukum korban adalah sunat

muakkad, yakni sangat dituntut ke atas umat Islam.

Jelasnya, bagi yang sudah melaksanakan ibadah

korban pada masa lalu, tidak perlulah menghentikan

ibadah tersebut pada masa akan datang kerana

menurut mazhab Imam Hanafi ibadah korban ini

adalah wajib kerana berdasarkan hadis Nabi

Muhammad SAW: "Barang siapa yang mampu

membuat ibadah korban, maka jangan datang

duduk di tempat sembahyang kami ini.”

"Mengikut mazhab kita iaitu Imam Syafie walaupun

ibadah korban hanyalah sunat muakad, tetapi bagi

mereka yang berkemampuan harus melaksanakan

kerana ia satu ibadah yang penting dan dituntut,"

kata Amran selaku Pengerusi Pertubuhan Mualaf

Malaysia.

Tambahnya lagi, sehinggakan Rasulullah SAW

mengatakan kepada puteri baginda, Saiditina

Fatimah Az-Zahra: "Apabila kamu membuat korban

ketika titisan darah itu menitis ke bumi hendaklah

kamu lihat kerana ketika itu Allah mengampunkan

dosa-dosa kamu. Dan haiwan itu nanti menjadi

"Tidak akan tertegak amal Islam untuk

mengembalikan semula Islam yang telah dihina

kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia tanpa

berkorban dan tidak akan tertegak dakwah Islamiah

Antara satu daripada empat ekor lembu yang dikorbankan untuk

majlis ibadah korban perdana bagi masyarakat Rohingya.

Berita PERKIM

12

www.perkim.net.my

tunggangan kita untuk menyeberangi ketika

di titian Siratul Mustaqim kelak.”

Program tersebut menghimpunkan 200

masyarakat Rohingya yang menetap di sekitar

Pandan Indah dan terdapat di antara mereka

di bawah seliaan program penempatan

semula Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan

Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Pada malam sebelumnya, petugas PERKIM

menyaksikan ibadah korban di mana sebanyak

empat ekor lembu disembelih diketuai oleh

Pegawai Unit Perancangan, Penyelidikan dan

Perlaksanaan (UPPP) PERKIM, Muhammad

Jais Mariappan Abdullah.

Dr. Mohd. Yusof (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak

Rohingya.

Petugas seterusnya bergotong-royong

melapah dan memotong daging korban serta

mengasingkan setiapnya ke dalam beg plastik.

Majlis dihadiri oleh Setiausaha Agung

Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof

Noor.

Program ini merapatkan persaudaraan antara

komuniti minoriti Islam Rohingya dengan

PERKIM. Selain memupuk persefahaman

dalam kalangan masyarakat minoriti Islam, ia

secara tidak langsung menonjolkan PERKIM

sebagai organisasi yang bertanggungjawab

dalam menyampaikan dakwah, kebajikan dan

pendidikan kepada umat Islam.

Pengurusan PERKIM bergambar bersama-sama masyarakat Rohingya di akhir majlis

tersebut.

www.perkim.net.my

Dr. Mohd. Yusof turut menyampaikan daging

korban dan wang raya kepada 200 keluarga

Rohingya sambil beramah mesra terutamanya

kanak-kanak.

Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya PERKIM

ditubuhkan pada tahun 2009 dan pengurusan

sepenuhnya ditaja oleh PERKIM.

Antara subjek atau mata pelajaran yang

disediakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,

Pendidikan Seni, Sains dan Bahasa Arab.

Komuniti Rohingya perlu berusaha untuk

menguasai, memahami dan bertutur Bahasa

Melayu dengan baik melalui penganjuran

kelas yang akan dikelolakan oleh PERKIM.

Dr. Mohd Yusof (tiga dari kanan) menyerahkan daging korban kepada Ghani (baju merah

jambu) selaku pengetua pusat tersebut.

Majlis berakhir dengan menikmati juadah makanan kari

daging dan sup daging. Yang turut hadir ialah Pengurusan

PERKIM Kebangsaan iaitu Penolong Setiausaha Agung

Kehormat, Datuk Hasbullah L. Isa; Setiausaha Eksekutif, En

Zulkefli Arifin; Pengarah UPPP, Mamat Che Chik; serta

Penyelaras Unit Komunikasi dan Media Baru, Dato' Ahmad

Mustafa.

13 Berita PERKIM

Aktiviti

WANITA PERKIM

dekati

GELANDANGAN

“Golongan ini kita anggap sebagai gelandangan

sementara kerana mempunyai potensi untuk

berjaya dalam hidup.

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Menjejak gelandangan

untuk diagih makanan dan minuman sekitar pukul 12

tengah malam mungkin dianggap kerja buang masa

apatah lagi jika melibatkan golongan wanita bergelar

isteri dan ibu.

Namun berbeza kepada kira-kira 30 ahli wanita dari

biro pendidikan Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (Perkim) cawangan Hulu Klang yang

sanggup mengharungi kedinginan malam sematamata

mahu mendekati golongan ini.

Naib Pengerusinya, Datin Rebecca Nur Al-Islam

Ahmad, berkata, sifat semula jadi wanita yang penuh

kasih sayang dan prihatin membuatkan sebahagian

ahli tertarik menyertai program yang julung kali

diadakan itu.

"Sekiranya dibantu, mereka mungkin boleh keluar

daripada kelompok berkenaan," katanya ketika

ditemui Utusan Malaysia dalam program amal

Perkim mendekati gelandangan di sini.

Menurut Rebecca Nur Al-Islam pihaknya merancang

memperluaskan program pada tahun depan dengan

penglibatan lebih banyak pertubuhan bukan

kerajaan (NGO).

"Kami merancang untuk menyumbang keperluan

asas lain seperti selimut dan pakaian pada program

akan datang.

"Terima kasih kepada sukarelawan daripada Kuala

Lumpur Selangor Feed The Homeless yang turut

sama menjayakan program ini," katanya.

Sumber :www.utusan.com.my

Menurutnya, sepanjang

program berlangsung

a h l i t i d a k h a n y a

m e n g a m b i l

t a n g g u n g j a w a b

mengagihkan makanan

d a n m i n u m a n ,

s e b a l i k nya m e re ka

berpeluang menyelami

kehidupan gelandangan.

"Wanita cukup sinonim

dengan tugasan sebagai

s u k a r e l a w a n d a n

p r o g r a m a m a l i n i

s e b a g a i b u k t i

k e p r i h a t i n a n

pertubuhan terhadap

m a sya ra kat ku ra n g

bernasib baik.

www.perkim.net.my

Berita PERKIM

14

Berita

MDN tubuh jawatankuasa

atasi stigma komuniti

CINA MUSLIM

dalam masyarakat

Oleh: Dalia Ismail

15 Berita PERKIM

www.perkim.net.my

Majlis Dakwah Negara (MDN) akan menubuhkan

satu jawatankuasa khas untuk menjadi penghubung

kepada kerajaan dan agensi kerajaan dalam

mengatasi stigma terhadap komuniti Cina Muslim

di negara ini.

Pengerusinya Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmood

Zohdi Ab Majid berkata, pelbagai isu membabitkan

komuniti Cina Muslim dianggarkan kini sekitar

85,000 orang di negara ini, harus ditangani secara

total untuk membangun dan membina masyarakat

Malaysia yang lebih mampan di masa akan datang.

Stigma di kalangan masyarakat Melayu pula

terhadap Cina Muslim apabila istilah 'mualaf' itu

tidak lagi dihormati di kalangan orang Melayu

berbanding zaman di awal kemerdekaan dahulu.

"Dulu orang Melayu menganggap seorang mualaf itu

perlu dihormati dan diraikan kerana memilih Islam.

"Sebaliknya kini mualaf merupakan satu momokan

satu istilah yang kini seakan merendahkan

kedudukan mualaf itu sendiri.

"Mualaf hari ini digambarkan sebagai seorang yang

terpaksa meminta-minta di pejabat agama, pusat

zakat dan agensi lainnya.

"Malah jabatan agama sendiri tidak cukup sensitif

dalam hal ini, apabila pegawainya lebih bersikap

sebagai seorang autoriti daripada seorang

pendakwah.

“Kemelut ini MDN perlu merungkai satu persatu

kerana tali yang mengikat kemerdekaan kita

bersama sudah sekian lama kusut," katanya.

Justeru MDN akan berunding dengan pihak

berkuasa supaya masalah pentadbiran di jabatan

kerajaan dan agensi agama dapat diselesaikan

membabitkan komuniti Cina Muslim.

“Ini penting dilaksanakan kerana ia dianggap

membantutkan pertumbuhan agama Islam dalam

masyarakat Cina itu sendiri.

“Jika hal ini berjaya dilaksanakan selepas itu akan

wujud sebuah komuniti Cina Muslim yang lebih

berkeyakinan, mempunyai jati diri untuk

menjalankan dakwah terhadap bangsanya sendiri

dan orang Melayu lebih memahami keperluan dan

permasalahan Cina Muslim," Ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas

merasmikan Persidangan Meja Bulat Cina Muslim

bertema 'Peranan Cina Muslim Dalam Pembinaan

Negara Bangsa Malaysia’ semalam.

Ditanya mengapa diberikan tumpuan kepada Cina

Muslim berbanding kaum lain, Mahmood Zohdi

menjelaskan, majoriti kaum terbesar selepas

Melayu adalah populasi kaum Cina di negara ini.

Justeru katanya, masalah Cina Muslim dilihat lebih

terpinggir berbanding komuniti India Muslim.

"MDN akan pergi juga kepada kaum lain, cuma kita

lihat masalah Cina Muslim lebih terpinggir, India

Muslim pula ada kumpulannya yang mungkin tidak

begitu menghadapi masalah sebagaimana Cina

Muslim.

"Supaya dakwah itu boleh diperluaskan kita tidak

mahu wujudnya jurang antara Cina Muslim dengan

bukan Islam atau Cina Muslim dengan orang Melayu

atau jurang sesama orang Islam di negara ini. Ini

kerana masyarakat kita telah disektorkan mengikut

kaum, agama dan kedudukan mereka sekian lama,"

ujarnya.

Stigma komuniti Cina Muslim

Presiden MACMA Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin pula

berkata, tanggapan Islam itu 'agama Melayu' di

kalangan orang Cina perlu diperbetulkan.

(dari kiri) Taufiq Yap, Hussein Yee dan Mohd Ridhuan Tee

"Selagi salah faham ini tidak diperbetulkan, ramai

orang Cina yang tidak mahu menganut agama

Melayu itu. Sedangkan agama Islam itu tidak

dikhususkan kepada satu bangsa sahaja sebaliknya

dikhususkan untuk semua bangsa.

"Dengan ada dakwah dan penjelasan dalam bahasa

Cina bahawa agama Islam itu sememangnya

diturunkan untuk semua bangsa ia lebih mudah

untuk berdakwah di kalangan orang Cina Muslim dan

bukan Muslim," ujarnya.

Felo Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM, Dr Mohd

Riduan Tee Abdullah pula berpandangan, konotasi

Melayu dalam perlembagaan negara yang

menyatakan Melayu itu seorang yang beragama

Islam, mengamalkan budaya Melayu, bertutur

bahasa Melayu juga menjadi stigma di kalangan Cina

Muslim.

"Kalau ikutkan perlembagaan 160 (2) itu orang Cina

kalau masuk Islam mereka jadi Melayu. Adakah

orang Cina yang masuk Islam rela dilabelkan sebagai

Melayu?

"Jadi walaupun undang-undang itu berkata

sedemikian, orang Cina tetap Cina. Pada masa yang

sama Cina Muslim kena fahami cara hidup orang

Melayu, bila seseorang masuk Islam mereka suka

untuk meraikannya. Ini dianggap satu kelebihan yang

ditonjolkan orang Melayu.

"Dilema Cina Muslim pula bila berhadapan dengan

keluarga dan rakan-rakan Cina yang berlainan

agama, pada Cina Muslim mereka bukannya Melayu

tetapi keluarga dan rakan mereka menganggap

sudah masuk Melayu," ujarnya.

Presiden Al-Khadeem Sheikh Mohd Hussain

Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan

Hussain Yee

berpandangan,

o r a n g C i n a

menganggap

agama Islam

i t u s e p e r t i

agama orang

M e l ay u d a n

Arab.

Malah katanya,

Cina Muslim

juga menghadapi masalah dengan orang Melayu

yang seakan memandang Cina Muslim sebagai kelas

kedua.

“Kita hadapi masalah dengan orang Melayu sendiri,

seakan mereka jadikan Cina Muslim 'second class',

tidak banyak suara dan adakan perbincangan kerana

tidak diterima sebagai satu jemaah Islam bersama.

Kita sebolehnya mahu buktikan bahawa Islam itu

untuk semua bangsa.

"Kita juga mahu dedahkan kepada orang Cina jangan

memandang negatif terhadap orang Islam untuk

mewujudkan semangat perpaduan supaya

kefahaman mereka terhadap agama Islam

bertambah baik dan mengeratkan hubungan antara

kaum.

"Macam-macam pogram dakwah dibuat, mereka

tidak berkenan dengan Islam bukan kerana Cina

Muslim tetapi mereka takut anak mereka jadi

Melayu," ujarnya.

Persidangan sehari meja bulat itu dihadiri seramai

100 orang yang turut dianjurkan bersama Persatuan

Cina Muslim Malaysia (MACMA),Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),Jabatan

Kemajian Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Univerisiti

Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi

Malaysia (UTM).

MDN akan berunding dengan pihak berkuasa

supaya masalah pentadbiran di jabatan kerajaan dan

agensi agama dapat diselesaikan membabitkan

komuniti Cina muslim.

Foto Malaysia Dateline oleh :

Wan Zahari Wan Salleh.

Sumber: www.malaysiadateline.com

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

16

Berita

Kuala Lumpur - Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan

Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan

Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif

Fardhu Ain Siri 1 2016 bertempat di Dewan

Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama

Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.

Program selama satu hari ini telah menarik

seramai 27 orang saudara baru sekitar Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dengan pengisianpengisian

menarik berkisar tentang asas aqidah,

fardhu ain dan akhlak yang disampaikan oleh

penceramah-penceramah di antaranya Saudara

Muhammad Amir bin Hashim daripada Global

Unity Network membincangkan tajuk "Islam

Agama Fitrah", saudara Muhammad Fitri bin

Abdullah daripada Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (PERKIM) yang mengupas tajuk "Adat

dan Ibadah" dan tidak ketinggalan saudara

Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, juga

daripada PERKIM yang menyampaikan ceramah

bertajuk "Peribadi Muslim Cemerlang".

Aturcara penutup dan penangguhan majlis

disempurnakan oleh YBhg. Tuan Yusof bin

Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan,

Bahagian Pengurusan Dakwah Secara

keseluruhannya, program ini mendapat

sambutan yang cukup baik dan respon yang

sangat positif daripada peserta. Semoga

pengisian ilmu yang diperolehi dapat

dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan

menjadi pemangkin kepada kehidupan

berlandaskan Islam secara 'syumul'.

Sumber: www.jawi.gov.my

17 Berita PERKIM

www.perkim.net.my

S A U D A R A B A R U

Perkukuh Ilmu Fardhu Ain

Berita

Oleh: Athirah Huda Zalhe

NGO ISLAM BERGABUNG TUBUH

JAWATANKUASA KHAS AKTA 355

PUTRAJAYA,- Lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO)

Islam bersepakat membentuk sekretariat khas Akta

355 bagi menyokong dan memastikan rang undangundang

persendirian yang dibentangkan oleh

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu,

diluluskan.

Serentak itu, persetujuan bersama juga telah

diputuskan menerusi perbincangan meja bulat,

melantik Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam

(PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai ketua

sekretariat tersebut.

Malah anggota sekertariat yang diwakili oleh barisan

NGO juga bersetuju bahawa pembentukan

jawatankuasa khas itu berfungsi sebagai penyelaras

dalam konteks mempertahankan Akta 355.

Perbincangan juga bersepakat bahawa pindaan Akta

355 tidak menyentuh orang bukan Islam di Malaysia

mahupun mempunyai kaitan dengan pelaksanaan

undang-undang hudud.

“Mereka tiada hak untuk mencampuri urusan orang

Islam dan agama Islam," kata Aminuddin kepada

pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang lanjut

pada mesyuarat sekretariat yang dijadualkan minggu

hadapan bagi merangka semula usaha dalam

memastikan tujuan penubuhan jawatankuasa Akta

355 itu dilaksanakan.

Antara NGO yang hadir ialah Ikatan Muslimin

Malaysia (Isma), MUAFAKAT, Pro Muslim, Persatuan

Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pertubuhan Pembela

Islam (PEMBELA).

Sumber : www.ismaweb.net

"Jadi, orang bukan Islam tidak perlu gusar atau

bimbang dengan apa yang dibentangkan di Parlimen

baru-baru ini. Itu tidak melibatkan mereka, ia hanya

melibatkan orang Islam.

www.perkim.net.my

Berita PERKIM

18

www.perkim.net.my

Dakwah REMAJA

Secara Santai

SUNGAI PETANI - Program 'Street Da'wah Sungai

Petani anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(Yadim) Zon Utara menggunakan konsep santai

dalam mendekati golongan muda mendapat

sambutan luar biasa.

Eksekutifnya, Mohd Afifi Ruslan berkata, antara

ke l a i n a n y a n g d i b a w a k a n t e r m a s u k l a h

mencampurkan persembahan hiburan yang tidak

melalaikan dalam menyampaikan dakwah melalui

pengisian 'busking' meniup seksofon dan monoloq

filem P Ramlee.

Menurutnya, tujuan program ini ialah untuk

memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan

kepentingan solat di samping peranan ibu bapa

dalam memberi didikan kepada anak-anak agar

terhindar daripada perbuatan zina.

"Konsep santai dipilih bagi menarik anak muda dan

masyarakat yang berada di taman rekreasi

berkenaan sama ada sedang beriadah bersama

keluarga mahupun rakan agar tertarik kepada

pengisian ilmiah berbentuk agama.

19 Berita PERKIM

Aktiviti

“Ia dilihat berbaloi dan bermanfaat apabila

pengunjung sekitar turut mengikuti pengisian

program dan program ini turut mendapat kerjasama

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Majlis

Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Majlis

Perbandaran Sungai Petani Kedah ," katanya ketika

ditemui pada program itu.

Sumber : Sinar Harian

Antara peserta yang

mengikuti Street Da'wah

Sungai Petani 2016 di

Taman Jubli Perak, barubaru

ini.

Tujuan program ini ialah

untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat berkaitan kepentingan

solat di samping peranan ibu

bapa dalam memberi didikan

kepada anak-anak agar

terhindar daripada

perbuatan zina.

MANTAPKAN AKIDAH MUALAF INDIA

Oleh : Mohd Syahril Rosdi

Dalam kesibukan menganjurkan pelbagai aktiviti dan

program keagamaan, ramai sering terlepas pandang

masih ada mualaf belum diterapkan dakwah susulan

selepas mereka menganut Islam.

Ini menyebabkan mutakhir ini mualaf termasuk

masyarakat Islam mengabaikan hal berkaitan agama

khususnya akidah dan solat. Paling dibimbangi ialah

murtad.

Berikutan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) Wilayah Persekutuan menganjurkan

Kursus Pemantapan Akidah Mualaf India di

Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala

Lumpur, baru-baru ini.

Kursus itu menghimpunkan 60 Saudara Muslim

berketurunan India dari seluruh Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dengan sebahagian besar

peserta memeluk Islam lebih dua tahun.

Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Wilayah

Persekutuan Mohd Jogi Maruli berkata, kursus itu

menjadi medan mengumpulkan Saudara Muslim di

sekitar ibu negara dengan objektif memantapkan

kefahaman peserta mengenai Islam.

"Selain memupuk semangat kekeluargaan dalam

kalangan Saudara Muslim berbangsa India, kami juga

menyediakan ruang untuk peserta mendalami Islam

secara lebih mendalam melalui penggunaan bahasa

ibunda (Tamil) bagi melancarkan komunikasi dan

kefahaman," katanya.

Ia memberi pendedahan dan latihan secara teori dan

praktikal mengenai akidah dan solat serta amalan

kehidupan Islam seharian. Ia juga bukan sahaja

memupuk semangat ukhuwah peserta, malah

berpeluang memantapkan keimanan dan

keperibadian Muslim dalam semua aktiviti.

Menurut Mohd Jogi, tanpa disedari kita lebih

berbangga dengan program berbentuk teori

sedangkan ia kurang memberi impak kepada

pendidikan mualaf, menyebabkan mereka tidak

mampu menguasai ilmu asas agama serta bacaan

dalam solat.

Program itu turut memberi kekuatan kepada mualaf

menghadapi pelbagai masalah pada zaman kini dan

Aktiviti

Peserta mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa tamil

diibupejabatPERKIM, Kuala Lumpur.

membuka peluang kepada mereka untuk mengenali

antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman.

Program dimantapkan dengan ceramah bertajuk

Akidah yang disampaikan Imam Besar Madrasah

Noorul Muhammadiah Bangsar Muhamed Mubarak

Abdul Lathif al-Hafiz.

Sementara itu, Pengerusi Biro Dakwah PERKIM

Wilayah Persekutuan Amran Anbarasu Abdullah

berkata, kebelakangan ini banyak kes mualaf yang

baru melafazkan ikrar dua kalimah syahadah terabai

menyebabkan mereka kembali ke agama asal.

Program itu antara platform memberi bimbingan

kerohanian bersifat praktikal dan mudah

dilaksanakan seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan

Rukun Solat.

Amran yang juga Pengerusi Pertubuhan Mualaf

Malaysia berkata, program itu antara inisiatif

melahirkan Saudara Muslim bertakwa selain

memperkukuh dan memantapkan minat peserta

menuntut ilmu. Peserta juga berpeluang mengenali

PERKIM Wilayah Persekutuan dan fungsinya.

" P E R K I M a d a l a h o rga n i s a s i I s l a m ya n g

bertanggungjawab menjalankan misi penyebaran

dakwah Islamiah dan kerja kebajikan," katanya.

Amran yang juga kakitangan Unit Perancangan,

Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP) PERKIM

Kebangsaan berkata, usaha dakwah itu penting bagi

melahirkan peserta berilmu, berakhlak mulia,

berketrampilan dan bertanggungjawab. Beliau turut

menyarankan agar Saudara Muslim mengikuti kelas

pengajian harian anjuran PERKIM secara percuma

agar mereka dapat mendalami Islam yang

dikendalikan guru bertauliah.

"Peserta juga perlu konsisten mengikuti kursus

anjuran Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam,

badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan ilmu

agama," katanya selepas merasmikan kursus itu.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

20

Aktiviti

SEREMBAN, 05 OGOS - Yang

DiPertua Persatuan Isteri Wakil-

Wakil Rakyat dan Pegawai-

Pegawai Kanan Negeri Sembilan

(PEKERTI NS) juga selaku YDP

Pertubuhan Wanita Negeri

Sembilan (NSWO), YM Raja

Datin Seri Hajah Salbiah Tengku

Nujumudin beserta lain lain ahli

dari NSWO telah menziarahi

Dato' Hajah Siti Rahmah Haji

Abu Kasim di kediaman anaknya

Prof. Puan Sri Dr. Rohaty Mohd

Majzub di Kelana Jaya, semalam.

Selain daripada PEKERTI Negeri

S e m b i l a n , l a i n l a i n A h l i

Persatuan Gabungan NSWO

yang turut bersama di dalam

kunjungan dan ziarah tersebut

ialah PERKIM Bahagian Negeri

S e m b i l a n , P e r t u b u h a n

Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Sembilan dan

Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan.

Rombongan PEKERTI NS dan NSWO turut disambut

oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Tan

Sri Dr. Muhamad Rais Abdul Karim. Lawatan ziarah

tersebut berikutan perkhabaran kesihatan pejuang

kemerdekaan yang dikenali dengan gelaran 'Srikandi

Gelang Kemerdekaan' itu kian merosot.

Srikandi 'Gelang Kemerdekaan', merupakan gelaran

bagi tokoh wanita patriotik, veteran Wanita UMNO dan

Wakil Rakyat Wanita Pertama di Negeri Sembilan yang

juga merupakan sejarawan dan pejuang yang tidak di

dendang dan seakan dilupakan.

Hakikat dari itu, generasi muda hari ini wajar

mengetahui bahawa tokoh veteren UMNO ini

merupakan insan pertama yang menyumbangkan

gelang emas hadiah perkahwinan ibu-bapanya kepada

almarhum YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

sebelum diikuti oleh orang lain bagi usaha

mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Sumbangan oleh Dato' Hajah Siti Rahmah berlaku

ketika YAM Tunku Abdul Rahman merupakan Presiden

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)

sedang berucap di dalam satu perjumpaan di Dewan

Meng Seng, Bandar Hilir, Melaka.

Sumbangan gelang emas dan sumbangan orang ramai

itu adalah bagi membiayai kos perjalanan rombongan

YAM Tunku Abdul Rahman yang akan ke London bagi

rundingan mencapai kemerdekaan.

21 Berita PERKIM

www.perkim.net.my

Menziarahi Srikandi Negara

Kunjungan ziarah oleh YM Raja

Datin Seri Hajah Salbiah Tengku

Nujumudin isteri Menteri Besar

Negeri Sembilan turut disusuli

dengan majlis ringkas doa

s e l a m a t b a g i ke a f i a t a n

kesihatan Dato' Siti Rahmah.

Pada usia genap 90 tahun

ketika ini, Dato' Siti Rahmah

semakin uzur dimamah usia di

samping mengalami Dementia

dan Alzheimer.

Ketika YM Raja Datin Seri Hajah

Salbiah Tengku Nujumudin

berbual dengannya, tidak

lekang di bibir beliau berbicara

kisah perjuangan kemerdekaan

sambil menyatakan berulang

kali semangat wanita tidak

pernah luntur dan wanita

adalah tiang Negara.

PEKERTI NS dan NSWO turut menyampaikan

sumbangan dan cenderahati buat Dato' Hajah Siti

Rahmah Haji Abu Kasim yang disampaikan kepada Tan

Sri Dr. Muhamad Rais Abdul Karim dan Prof. Puan Sri Dr.

Rohaty Mohd Majzub.

Selain gelaran tokoh 'Srikandi Gelang Kemerdekaan',

Dato' Hajah Siti Rahmah Haji Abu Kasim merupakan

bekas Wakil Rakyat Wanita Pertama Negeri Sembilan

yang bekhidmat di Kawasan Terentang, Rembau (1959 -

1969), pernah bekerja sebagai Pengarah Bank (Malay

National Banking Corp. Limited, Rembau, Negeri

Sembilan, Pegawai Penerangan UMNO Malaya (1946 -

1957), Naib Yang Dipertua Angkasa Malaysia dan Ahli

Lembaga Pengarah Bank Rakyat Malaysia.

Ketika sihatnya, beliau juga aktif sebagai Pengerusi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri

Sembilan, Ahli Majlis Tertinggi Perkim Malaysia,

Pengerusi Mubarak Negeri Sembilan, Ahli Majlis

Tertinggi Mubarak Malaysia, Naib Pengerusi

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri

Sembilan dan juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ibu

Tunggal Negeri Sembilan. Beliau juga pernah menjawat

Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah

Rembau dan Pengerusi Koperasi Kaum Ibu Rembau

Utara Berhad.

Anugerah dan pencapaian cemerlang yang

didedikasikan kepadanya ialah Tokoh Wanita UMNO

Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Daerah Rembau (2002),

Tokoh Wanita PERKIM (2005 & 2013), Anugerah

Pengkisahan Sejarah 'Wira Tak Dicanang' (2010), Tokoh

Jubli Emas PERKIM (2010) dan Srikandi Negara (2014)

dan Tokoh Melayu Terbilang (2015).

Sumber : n9kini.com

PERKIM SELANGOR & MAIS

Anjur Program Syura Pendakwah

Saudara Muslim Cina

Aktiviti

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya

untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayah

petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata

hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi

orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima

peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya,

adalah dalam kesesatan yang nyata."

(az-Zumar: 22)

Kaedah dakwah merupakan satu wadah

penyampaian yang dilihat cukup berkesan untuk

membina sahsiah mukmin dan melahirkan

pendakwah-pendakwah di kalangan Saudara

Muslim.

Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) Bahagian Negeri Selangor dan Majlis

Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan

Program Syura Pendakwah Saudara Muslim Cina

Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di Hotel

Impian Morib, Banting, Selangor pada 20 hingga 22

Mei 2016 baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan 55 Saudara Muslim

berketurunan Cina dari seluruh semenanjung itu

mendapat kerjasama Pertubuhan Mualaf Malaysia

dan sokongan Perkim Kebangsaan.

Pengarah Program, Ustaz Haji Amran Abdullah

berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk

menghimpunkan pendakwah-pendakwah Saudara

Muslim Cina dari seluruh Malaysia bagi

membincangkan kaedah-kaedah dakwah berkesan

yang akan digerakkan sendiri oleh mereka di negeri

masing-masing.

Program itu merupakan medan percambahan idea

dan fikiran di kalangan pendakwah-pendakwah

untuk mewujudkan penyelarasan dalam urusan

kerja-kerja dakwah yang yang lebih berkesan sejajar

d e n g a n m i s i p r o g r a m t e r s e b u t i a i t u

memperkenalkan Islam sebagai agama yang

sempurna kepada masyarakat Cina di Malaysia

secara berkesan dengan pencapaian 30 peratus

pengislaman menjelang tahun 2030.

Jelas Amran yang juga Pengerusi Pertubuhan Mualaf

Malaysia, program tersebut merupakan cetusan idea

oleh beberapa orang pendakwah dan Ahli Majlis

Kebangsaan PERKIM untuk mengerakkan kerja-kerja

dakwah yang tersusun di kalangan pendakwah

Saudara Muslim Cina di seluruh Malaysia.

Sekurang-kurangnya program tersebut dapat

mengenalpasti kelemahan dan tahap perlaksanaan

kerja-kerja dakwah yang telah dilakukan selama ini.

"Program itu menggunakan sepenuhnya bahasa

ibunda (Mandarin, Hokkien dan Kantonis) bagi

melancarkan komunikasi dan kefahaman dan ia juga

m e r u p a ka n s a l a h s atu a l ternatif u ntuk

Ustaz Noor Lee Abdullah memimpin dan mengendalikan program yang

diadakan sepanjang ianya berlangsung.

Forum bertajuk

Wacana Minda

B e r s a m a

Pendakwah yang

disampaikan oleh

( d a r i k i r i : )

M u h a m m a d

F a r h a n Te e ,

Mohd. Taufik Tee,

Mohd. Hafiz Ng,

Dr. Ann Wan Seng

dan Wahab Mah.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

22

mendedahkan ilmu dakwah yang pelbagai khusus

untuk masyarakat Cina," kata Amran selaku

kakitangan Unit Perancangan, Penyelarasan dan

Perlaksanaan PERKIM Kebangsaan.

Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti pendakwahpendakwah

yang mampu menggerakkan dakwah

serta komited dalam melakukan sebarang kerja-kerja

dalam berdakwah.

Selain itu, pendakwah juga turut diberi peluang

untuk mencambah idea, pandangan atau pemikiran

bagi memperkasakan lagi pendekatan dakwah

kepada Saudara Muslim Cina dan masyarakat Cina

khususnya.

Para pendakwah menyaksikan forum yang disampaikan.

Menurut Amran, melalui program tersebut, ianya

dapat mengenalpasti halangan-halangan

pendakwah Saudara Muslim Cina dari seluruh

Malaysia dan cara mengatasinya.

Program itu juga diadakan untuk berkongsi

pengalaman peserta dalam menyampaikan dakwah

kepada masyarakat Cina dan merangka strategi

terkini dalam menyampaikan dakwah.

Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong (kanan) menyampaikan kuliah Subuh.

Ini adalah suatu perjuangan yang besar untuk

meneruskan usaha-usaha dakwah kepada mualaf. Di

Malaysia begitu banyak badan bukan kerajaan (NGO)

berkaitan Saudara Muslim wujud ibarat cendawan

tumbuh selepas hujan.

Kumpulan 1 menyediakan idea, pandangan dan khidmat di dalam

perbincangan bengkel.

www.perkim.net.my

Pengarah program, Amran Abdullah menyampaikan ucapan aluan.

Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin selaku Pengerusi MACMA mengemudikan slot

Bengkel Pelan Tindakan Dakwah Kebangsaan (Masyarakat Cina).

Mereka yang telah bersyahadah adalah golongan

yang perlu diberikan perhatian kerana mereka

sangat hampir dengan ibu, bapa, adik, kakak, abang

dan saudara mereka yang bukan Islam. Masyarakat

bukan Islam akan melihat mualaf sebagai testimoni

produk Islam. Baik atau buruknya Islam, mereka akan

lihat kepada mualaf.

Kita harus memastikan kebajikan mualaf terpelihara

kerana terdapat juga beberapa perkara yang kita

terlepas pandang. Misalnya setelah memeluk Islam

kehidupan berubah menjadi miskin dan meminta

sedekah sedangkan sebelumnya merupakan ahli

perniagaan tersohor.

Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu

mualaf memahami Islam dengan sepenuhnya,

Masuk Islam tidak bermaksud masuk Melayu. Islam

23 Berita PERKIM

Kumpulan 2 membuat latihan sebelum persembahan diadakan.

Mohd. Danial Au menyampaikan persembahan di bengkel Pelan Tindakan

Dakwah Kebangsaan.

meraikan kepelbagaian bangsa untuk saling kenalmengenal.

Tunjukkan akhlak yang baik kepada

mereka dan kepada yang bukan Islam.

Sementara itu, Eksekutif Unit Latihan dan

Perkaderan MAIS, Ustaz Ahmad Fauzi Siva Abdullah

berkata, matlamat program syura itu bersama

Perkim Selangor ialah menyatukan pendakwah di

kalangan mualaf Cina dalam usaha, teratur, kemas

dan efektif.

Pelan Tindakan Dakwah Kebangsaan (Masyarakat Cina) merupakan tajuk

yang disampaikan oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Hj. Nicholas

Sylvester Muhammad Abdullah.

Program tersebut diadakan untuk menyahut

perintah 'amar makruf nahi mungkar' selain

memberi kefahaman dan penghayatan Islam

khususnya kepada pendakwah untuk disampaikan

kepada masyarakat Cina.

Ia dilaksanakan supaya tidak ada pertindihan

program dan tidak mahu dilabelkan sebagai program

yang hanya melepaskan batok di tangga kerana

program tersebut dilihat dapat melahirkan

p e n d a k w a h p r o f e s i o n a l s e k a l i g u s

mentransformasikan Saudara Muslim yang berkualiti

serta berjaya di dunia dan akhirat.

Cetusan idea dan cambahan fikiran di kalangan

Saudara Muslim Cina menjadikan mereka bersatu

dalam satu fikrah.

Dengan adanya program seperti itu, kita telah

melangkah dengan jayanya pada separuh langkah

dalam melengkapi halangan-halangan dan kejayaan

dalam berdakwah dalam satu naungan dan wadah.

Program seperti ini perlu kerap diadakan kerana

mengambil sunnah Rasulullah SAW, di mana Baginda

sendiri yang telah menjalankan dakwah bukan

sahaja di negeri Arab tetapi meliputi seluruh dunia

dari timur ke barat.

Ustaz Ahmad Fauzi Siva

Abdullah

Haji Ahmad Shahir

Makhtar

Banyak input yang dapat diambil dari program kali ini

melalui perkongsian para ilmuan Cina yang tersohor

seperti Prof. Dr Taufiq Yap, Nicholas Sylvester, Dr. Ann

Wan Seng dan Hafiz Ng. Pendekatan dakwah yang

disampaikan dapat membantu para peserta

menyebarkan dakwah kepada masyarakat Cina yang

masih belum memeluk Islam dengan kaedah yang

berbeza tetapi masih berlandaskan Al-Quran dan

Sunnah.

Pihak MAIS mengharapkan kesepakatan membina

satu fikrah dakwah yang telah dipersetujui bersama

pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

serta Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat

dilaksanakan. Walaupun berbeza pendapat dan

pendekatan, tetapi dalam waktu yang sama kita

perlu ada satu fikrah yang dapat menyatukan semua

pendakwah-pendakwah Cina Muslim supaya

hasilnya itu lebih berkesan.

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

24

Program syura tersebut akan dijadikan program

berkala setelah melihat beberapa aspek melalui

maklum balas daripada peserta dan resolusi.

Peranan pendakwah lebih mudah dan teratur

dengan adanya penganjuran khusus yang

dilaksanakan oleh MAIS, PERKIM Bahagian Negeri

Selangor dan Pertubuhan Mualaf Malaysia di

samping sokongan daripada NGO-NGO seperti

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA),

Al-Hidayah, Hidayah Centre Foundation supaya para

pendakwah boleh bergerak dengan lebih tersusun

lagi.

perbandingan agama dengan membuat beberapa

penyelidikan dan mengkaji mengenai latarbelakang

agama lain agar mudah untuk berkomunikasi dan

memberi penerangan kepada mereka yang belum

Islam dengan berhikmah.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan

mengadakan persembahan kumpulan bertajuk

'Pelan Tindakan Dakwah Kebangsaan (Masyarakat

Cina)’.

Mais mengharapkan umat Islam dapat bersatu padu

di atas nama dakwah dan akidah dengan

mengadaptasi segala risalah yang dibawa oleh

Rasulullah SAW seperti yang diwar-warkan oleh

ulama', para pendakwah mahupun jabatan agama.

MAIS turut berhasrat menganjurkan Konvensyen

Saudara Muslim pelbagai kaum dan etnik pada masa

akan datang.

Peserta mendengar amanat dan pesanan yang disampaikan melalui kuliah

tersebut.

Sesi taklimat dan taaruf (suai kenal) disampaikan

oleh Ustaz Noor Lee Abdullah selaku Pegawai

Dakwah MAIS. Beliau turut memimpin slot bengkel

kaedah berdakwah berkesan yang diadakan

sepanjang ianya berlangsung.

Noor Lee turut menegaskan kepada pendakwah

supaya berhijrah untuk mempertingkatkan ilmu

Tekiun... peserta mengambil ilmu ketika ceramah disampaikan.

Solat lima waktu merupakan

asas utama bagi para daie

dalam melaksanakan usaha

dan kerja dakwah.

www.perkim.net.my

25 Berita PERKIM

‘Wacana Minda Bersama Pendakwah' pula

merupakan tajuk forum yang dipengerusikan oleh

Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah selaku

Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan

Perlaksanaan PERKIM serta disampaikan oleh empat

ahli panel iaitu Dr. Ann Wan Seng dari Persekutuan

Seruan Islam (Jam'iyah) Selangor & Wilayah

Persekutuan, Ustaz Taufik Tee Abdullah dari Jabatan

Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Ustaz

Mohd. Hafiz Ng dari MACMA Ipoh dan Wahab Mah

Abdullah dari MACMA Kluang berkongsi dan

berdiskusi bersama peserta.

Forum tersebut turut menyampaikan kaedah

berdakwah melalui 'Comparative Religion Sharing'

(CRS) iaitu dengan cara mengkaji, mengenal pasti

menganalisis dan memahami agama lain melalui

teknik perbandingan agama.

Program disusuli dengan pelbagai aktiviti

membabitkan solat berjemaah, kuliah selepas solat,

bengkel dan persembahan kumpulan.

Bagi menyuntik semangat idealogi dan uslub dakwah

kepada para daie, diadakan 'Bengkel Hala Tuju

Dakwah Untuk Masyarakat Cina' yang disampaikan

oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Nicholas

Sylvester Muhammad Abdullah.

Beliau turut menyampaikan kaedah analisis SWOT

(kekuatan, kelemahan, tentangan, peluang,

ancaman) yang perlu difahami oleh pendakwah.

p e n d a k w a h p r o f e s i o n a l m u a l a f u n t u k

membincangkan perihal kejayaan dan masalah

mualaf atau lebih dikenali sebagai Saudara Muslim,"

jelas Shila.

Agensi Pertubuhan Mualaf Berhad pula

melaksanakan aktiviti seperti kelas asas fardu ain,

kelas pemurnian akidah, bengkel motivasi,

kaunseling, dakwah susulan, aktiviti kebajikan dan

lain-lain.

Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah

Pembangunan Sosial Sektor Pembangunan Sosial

MAIS, Haji Ahmad Shahir Makhtar.

Shahir dalam ucapannya berkata, program syura

yang julung kali diadakan di Morib melibatkan

p e n d a k wa h - p e n d a k wa h M u s l i m C i n a d i

Semenanjung bersandarkan kepada objektif iaitu

merangka strategi berdakwah kepada masyarakat

Cina bukan Islam di samping meningkatkan kualiti

perkhidmatan perkara yang berkaitan dengan

mualaf. Program yang sama telah diadakan

sebelumnya di Shah Alam khusus bagi pendakwah

India.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah

kepada peserta kerana sudi meluangkan masa dan

berkorban tenaga serta meninggalkan seketika orang

Nabila Shila Lama Abdullah daripada Yayasan Mualaf

Malaysia turut menyampaikan slot bertajuk

'Pengenalan Penubuhan Agensi-Agensi Mualaf'.

Beliau turut berkongsi bersama peserta mengenai

peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh

Koperasi Permodalan Mualaf Berhad iaitu

perkhidmatan perumahan untuk membantu mualaf

yang memerlukan rumah dan perkhidmatan

perniagaan untuk membantu mualaf dalam

perniagaan.

Shahir (kanan) menyampaikan hamper kepada ibu Shila Lama yang masih

belum memeluk Islam.

"Yayasan Mualaf Malaysia pula berperanan

melaksanakan Persidangan Mualaf Malaysia yang

diharapkan akan berlangsung pada tahun 2016 ini

yang pendapat penajaan daripada beberapa syarikat

serta program tersebut akan menghimpunkan 1,000

orang mualaf dari seluruh Malaysia di mana 100

orang daripadanya terdiri daripada ulama dan

Peserta wanita turut tidak ketinggalan mengambil gambar kenang-kenangan

bersama tetamu kehormat.

www.perkim.net.my

Berita PERKIM

26

yang tersayang di rumah atau di kampung sematamata

untuk turut serta bersama-sama memberi

idea, pandangan dan cadangan bagi memastikan

program yang telah diaturkan dapat berjalan dengan

lancar.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Shila Lama

kerana beliau sedaya upaya menghimpunkan mualaf

berbangsa Cina dari beberapa agensi dalam

memastikan perjuangan dakwah wanita mualaf di

Malaysia terpelihara dan berjalan dengan baik.

Jelasnya, peningkatan kutipan zakat Selangor melalui

perbankan internet telah berjaya diinovasikan dari

semasa ke semasa oleh pihak MAIS. Pemberian

bantuan zakat yang telus menunjukkan sistem

pengurusan MAIS terhadap kebajikan mualaf

semakin mantap di samping menitikberatkan

keperluan asnaf yang lain.

Sejajar dengan perkembangan teknologi kini, proses

pengagihan zakat kepada saudara baru boleh

dilakukan dengan cukup mudah. Begitu juga yang

berlaku dalam proses pendaftaran pengislaman

boleh dilaksanakan secara atas talian.

"Saya mengandaikan pertemuan yang berfokus

kepada pendakwah Muslim Cina pada hari ini adalah

bergantung kepada minat para peserta sendiri," ujar

Shahir.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua

malam itu telah berjaya merangka strategi dan ideaidea

baru dalam penambahbaikan mutu pendakwah

yang boleh dilaksanakan pada kelas pengajian Islam

dalam pelbagai bahasa ibunda seperti Mandarin dan

Tamil.

Pendakwah mualaf perlu mendekati golongan yang

berpotensi untuk memeluk Islam dan mempunyai

minat yang mendalam terhadap Islam. Kita tidak

boleh bergerak secara bersendirian dan sehala tanpa

meminta sokongan daripada para sahabat Muslim

yang lain.

Berdakwah kepada keluarga bukan Islam pastinya

berhadapan dengan pelbagai ujian. Sebagai

manusia, kita perlu mempunyai kesabaran dalam

menghadapi cabaran sosial sama ada ketika masih

mukalaf atau mualaf. Selain itu perlu banyak

menghadiri majlis ilmu dan sentiasa bersedia dengan

dugaan yang mendatang.

Seperti yang kita sedia maklum, kes murtad adalah

yang paling mencabar serta perlu dipandang serius

selain cabaran-cabaran sosial yang lain seperti

penagihan dadah dan hubungan songsang di

kalangan sesama umat Islam.

Shahir juga berharap, melalui diskusi tersebut kita

akan cuba mencari jalan penyelesaian terutama yang

melibatkan program kebudayaan yang tidak

berkaitan dengan upacara agama seperti Tahun Baru

Cina dan Deepavali. Peningkatan saudara baru di

kalangan masyarakat Cina di Selangor saban tahun

semakin meningkat, maka dengan ini usaha dakwah

terhadap orang-orang Cina perlu dipergiatkan lagi.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan dan

hadiah kepada peserta.

Turut hadir ialah Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian

Negeri Selangor, Ustaz Mohd. Yusoff Ahmad.

www.perkim.net.my

Pendakwah lelaki bersama-sama merakamkan gambar di akhir program.

27 Berita PERKIM

Berita

PERKIM SELANGOR

TERIMA SUMBANGAN

RM500,000

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah) meneriman cenderahati dari Mohd. Yasin (kanan) pada Majlis Santapan Diraja Golf Amal PERKIM Selangor 2016

semalam. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (PERKIM) Selangor menerima sumbangan

hampir RM500,000 hasil kutipan daripada rakan

korporat dan ahli perseorangan persatuan tersebut

ketika Majlis Santapan Diraja Golf Amal PERKIM

Selangor 2016 di Shah Alam, Selangor semalam.

Sumbangan yang diterima adalah untuk mengumpul

dana bagi projek pembinaan Kompleks PERKIM

Selangor yang bakal dibina di Taman Sri Gombak,

Batu Caves, Selangor dengan kos RM20 juta.

Kompleks tiga tingkat yang dijangka siap pada 2019

itu bakal dijadikan rumah tumpangan sementara dan

rumah anak angkat selain menjadi lokasi

penganjuran program berkaitan saudara baharu dan

asnaf.

Menurut Pengerusi PERKIM Selangor, Datuk Mohd.

Yasin Taib, pembinaan kompleks tersebut dilihat

mampu mengukuhkan peranan PERKIM Selangor

dalam penyebaran syiar Islam dan kerja-kerja

kebajikan.

"PERKIM Selangor telah berjaya menjalankan aktiviti

dan program untuk menyebarkan syiar Islam dan

kerja-kerja kebajikan ummah di atas usaha gigih dari

ahli-ahlinya.

"Kini PERKIM Selangor mengutuhkan peranannya

a g a r s e l a r i d e n g a n k e m a m p u a n b a g i

mentranformasikan tatacara dakwah untuk sampai

kepada khalayak yang lebih besar," katanya dalam

kenyataan di sini hari ini.

Sumber: www.kosmo.com.my

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

28

www.perkim.net.my

SIBU: Di samping menjaga kebajikan mereka yang

memerlukan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) memainkan peranan penting membantu

kerajaan membendung masalah gejala sosial.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan

Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed

Aman Ghazali berkata pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) dan badan agama seperti PERKIM memain

peranan penting membendung cabaran gejala

sosial timbul daripada pemodenan pesat termasuk

kemajuan yang menghakis nilai moral serta agama.

"Pada masa kini, cabaran adalah besar, dengan

kehamilan remaja dan gejala sosial yang lain kesan

negatif daripada media sosial dan lain-lain perlu

ditangani secara kolektif," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah

Aldilfitri dianjurkan PERKIM cawangan Sibu di Hotel

Li Hua di sini, malam Selasa lepas.

Tambahnya, kerjasama PERKIM dengan NGO dan

agensi kerajaan penting dalam menghadapi

cabaran, terutamanya dalam menangani masalah

sosial dengan menganjurkan aktiviti yang

membawa manfaat kepada masyarakat.

"Banyak aktiviti boleh dianjur melalui kerjasama

antara PERKIM, NGO dan agensi-agensi kerajaan,

dan hubungan baik dengan NGO dan agensi

kerajaan perlu sentiasa diteruskan.

"Justeru, kamu semua tidak boleh berputus asa dan

terus berjuang dalam menghadapi cabaran dalam

menangani masalah sosial, terutama dalam

kalangan generasi muda,"ujarnya.

Sharifah juga merupakan Ahli Dewan Undangan

Negeri(ADUN) Semariang turut memuji PERKIM

Sibu yang aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk

aktiviti kebajikan bagi membantu golongan yang

memerlukan bantuan di Sibu.

Oleh itu, beliau berharap PERKIM Sibu terus aktif

dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka untuk

pembangunan masyarakat dan institusi keluarga.

"PERKIM Sibu menjalankan pelbagai aktiviti

setakat ini, yang membawa banyak manfaat kepada

29 Berita PERKIM

Berita

PERKIM Boleh

Membantu

Kerajaan Bendung

MASALAH SOSIAL:

Hasidah

orang Islam dan bukan Islam di Sibu melalui aktiviti

yang dianjurkan oleh mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PERKIM cawangan Sibu

Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz yang turut

berucap pada majlis itu menyeru semua ahli-ahli

cawangan PERKIM Sibu untuk terus bekerjasama

antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti

PERKIM untuk faedah bersama dan pembangunan

masyarakat.

Sumber : www.theborneopost.com

Berita

Kaji Pendekatan Islam

Bagi Perangi

EKSTREMIS AGAMA:

Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mengkaji

semula pendekatan mereka mengenai Islam

terutamanya dari segi kesederhanaan bagi

memerangi ekstremis agama, kata Yang

Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam

Malaysia (PERKIM) Tun Dr Mahathir

Mohamad.

Beliau berkata mesej Islam sebenar harus

diperjelaskan bagi menangani fahaman dan

ideologi ekstremisme.

Selain itu, umat Islam perlu menitikberatkan

ilmu pengetahuan dan bukannya menekankan

kepada aspek keagamaan semata-mata

kerana Islam tidak terhad kepada solat sahaja,

katanya semasa merasmikan mesyuarat

agung tahunan PERKIM peringkat kebangsaan

kali ke-55, di sini malam semalam.

"Kita (umat Islam) tidak boleh melupakan

aspek pendidikan, tanpa ilmu pengetahuan

ummah tidak akan dapat bersaing dengan

negara-negara besar dunia.

"Tetapi malangnya pada hari ini orang Islam

lebih gemar berperang sesama sendiri dan

menggunakan keganasan. Ini bukan Islam

sebenar," katanya.

SELALU MIMPI PINTU SYURGA,

PEMUDA CINA NEKAD MASUK ISLAM

KOTA BARU, 24 Jul - Sering bermimpi berada di pintu

syurga, seorang pemuda Cina nekad memeluk Islam

walaupun ditentang keluarga.

Danial Ikram Soon Abdullah, 32, berkata beliau beberapa

kali mengalami mimpi sama kira-kira empat tahun lalu

sebelum merujuk persatuan agama.

"Saya tidak pernah belajar tentang Islam sebelum ini,

bagaimanapun kerap kali bermimpi berada di pintu syurga

menyebabkan saya memeluk Islam," katanya seperti

dilapor Sinar Harian.

Katanya, sebelum nekad memeluk Islam, beliau banyak

membaca buku dan mendapat nasihat Persatuan Cina

Muslim Malaysia (MACMA) serta Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia (PERKIM).

Beliau kemudian bertemu jodoh dengan gadis Melayu dan

kini menetap di Kubang Kerian dekat sini bersama keluarga

mentua.

Danial Ikram kini masih mendalami Islam dengan PERKIM

dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

"Sudah tiga bulan saya berada di Kelantan namun sehingga

kini gagal mendapatkan pekerjaan, lebih membimbangkan

isteri sedang sarat mengandung dan tentunya saya

memerlukan perbelanjaan mencukupi sebagai persediaan

menyambut kelahiran bayi kami nanti," katanya.

Sumber: www.themalaymailonline.com

Mesyuarat dua hari itu dihadiri lebih 300

perwakilan PERKIM di seluruh negara, dan

pada majlis itu Mufti Perak Tan Sri Dr

Harussani Zakaria dianugerahi Tokoh

Pendakwah Unggul PERKIM 2016 di atas

usahanya mengembangkan ajaran Islam.

Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat

PERKIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk

Seri Dr. Shahidan Kassim.

Sumber : www.astroawani.com

Keratan akhbar Sinar Harian yang menceritakan pengalaman kisah Danial Ikram Soon

Abdullah masuk Islam dan cabaran hidupnya di Kelantan

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

30

Berita

JESSE

LIM

Oleh: EMMA HASSAN

“Waktu itu jiwa saya benar-benar

sudah terbuka menjadi saudara

baru Islam. Macam sekarang ini bila

Emma telefon dan minta izin untuk

mengeluarkan cerita ini, maka

dengan ikhlas hati saya izinkan.

"Sebelum ini adalah juga beberapa

wartawan bertanyakan hal sama

tetapi waktu itu hati saya belum

benar-benar terbuka untuk

berkongsi cerita.

"Keluarga pula sampai sekarang

masih belum tahu saya peluk Islam.

Maka rasanya, inilah waktu yang

benar-benar sesuai untuk saya

mengakuinya," jelas Jesse ketika

dihubungi Mangga Media pada

Selasa.

Jesse Lim memulakan karier seni

sebagai model.

31 Berita PERKIM

www.perkim.net.my

Akhirnya Mengaku

Sudah 18 Tahun

Peluk Islam

SEBELUM ini kecoh di laman sosial kononnya

pelawak veteran Accapan telah memeluk agama

Islam. Namun beliau menafikannya dan meminta

netizen tidak menyebarkan berita tidak benar.

Namun, mungkin ada yang terlepas pandang bahawa

seorang lagi aktor berketurunan Cina, Jesse Lim atau

Lim Kung Seng sebenarnya sudah lama bergelar

mualaf. Buat pertama kali, aktor yang menggunakan

nama Islam, Nor Halim Abdullah memberi keizinan

ke p a d a M a n g ga M e d i a b a g i m e ny i a r ka n

pengakuannya yang sudah memeluk agama Islam di

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sejak

11 Ogos 1998.

"Memang sebelum ini saya tidak pernah menguaruarkan

berita sudah peluk Islam. Hanya kawankawan

rapat sahaja mengetahuinya.

"Bukan sengaja mahu merahsiakan cuma saya tidak

mahu menghebohkannya. Saya ke sana (PERKIM)

seorang diri tidak ditemani sesiapa.

Baru-baru ini beliau muncul dalam drama bersiri

Rumi & Jawi di saluran Astro Prima. Bakal masuk

lokasi drama baru berjudul Karisma untuk siaran

RTM tidak lama lagi.

Sudah puluhan drama lakonannya, antaranya

Kemboja Di Laman Chin Peng dan Sayang Suria. Filem

pertamanya ialah The Deadly Disciple pada 2001.

Sudah 18 tahun memeluk Islam, pastinya ramai tidak

menduga bahawa semasa menyertai teater muzikal

Sirah Rasulullah Tahajud Cinta di Istana Budaya tahun

lepas, beliau sudahpun beragama Islam. Dalam

teater tersebut Jesse memegang watak Abhrahah.

Aktor asal Kedah ini juga mengakui masih bujang.

"Awie Wings dan Kazar Saisi adalah antara kawan

artis yang rapat. Mereka puji saya kerana tidak peluk

Islam hanya sebab nak kahwin.

"Saya peluk Islam dengan hati yang tulus ikhlas. Ada

sebabnya juga mengapa saya tidak memaklumkan

berita peluk Islam sejak dulu lagi sebab saya tak

mahu dikatakan sengaja mahu mencari publisiti.

"Kalau nak popular sudah tentu sejak dulu lagi saya

sudah mengaku. Saya tak mahu dikatakan 'jual' cerita

ini semata-mata untuk kepentingan diri di dalam

industri seni," ujar Jesse sambil memaklumkan

sebenarnya sudah bersedia mengakhiri zaman

bujang. Soal jodoh beliau serah pada takdir.

Sumber: manggamedia.com.my

BANTING, 18 Okt (Bernama) - Wakaf Selangor

Muamalat menyumbang dana wakaf berjumlah kirakira

RM6.4 juta kepada pihak yang memerlukan

dalam bidang pendidikan dan kesihatan, selain

diagihkan untuk pelaburan setakat September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad

berkata, penerima wakaf itu tidak terhad kepada

umat Islam tetapi juga untuk golongan bukan Islam

yang kurang berkemampuan.

"Tanggungjawab wakaf Selangor Muamalat

antaranya menyalurkan dana wakaf dalam bentuk

aset tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

"Secara tidak langsung menerusi dana ini ia akan

memberi persepsi yang baik dalam kalangan

golongan bukan Islam terhadap agama Islam,"

katanya ketika berucap di majlis penyerahan

sumbangan van dan anggota palsu di pejabat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

cawangan Banting di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata sumbangan dana wakaf

kepada sektor pendidikan merangkumi bantuan

bangunan sekolah, van dan projektor manakala bagi

sektor kesihatan pula sumbangan berbentuk klinik

bergerak, mesin dialisis, mesin ultrabunyi serta

pelbagai peralatan perubatan.

Berita

Wakaf Selangor Muamalat

sumbang dana wakaf RM6.4 juta

dalam pendidikan, kesihatan

Tanggungjawab wakaf Selangor

Muamalat antaranya

menyalurkan dana wakaf dalam

bentuk aset tanpa mengira

perbezaan agama dan bangsa.

Secara tidak langsung menerusi

dana ini ia akan memberi

persepsi yang baik dalam

kalangan golongan bukan Islam

terhadap agama Islam,"

- Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad

Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat

RM117,847.12 kepada PERKIM dan memberi

sumbangan anggota palsu bernilai RM50,000

kepada MyCARE (Humanitarian Care Malaysia)

untuk empat kanak-kanak Palestin yang telah

tercedera akibat keganasan tentera Zionis.

Sementara untuk pelaburan, katanya, ia bertujuan

mengembangkan nilai dana wakaf.

Menurut Abdul Rahman, dengan saiz dana yang

semakin berkembang, Wakaf Selangor Muamalat

terus komited untuk mencari penerima yang layak,

selain terus berusaha membesarkan dana supaya

lebih ramai penerima mendapat manfaat wakaf itu

pada masa depan.

"Hari ini, Wakaf Selangor Muamalat telah

menyempurnakan sumbangan sebuah van bernilai

"Diharapkan sumbangan van kepada Perkim

cawangan Banting ini dapat memberi manfaat

kepada pelajarnya dan anggota palsu tersebut dapat

memberi sinar kepada kanak-kanak Palestin supaya

dapat berdikari dan mampu bersekolah," katanya.

- BERNAMA

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

32

www.perkim.net.my

PERKIM Kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah kepada Tuan Haji Abdul Rahim Bin Abdullah

di atas pengurniaan Darjah Ahli Mahkota Perlis oleh

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum

Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis

pada 6 September lalu.

Haji Abdul Rahim Bin Abdullah atau nama

sebelumnya Lim Yin Lu, seorang berketurunan Cina

dan pernah menganut ajaran agama Budha. Beliau

yang berusia 65 tahun berasal dari Simpang Empat,

Perlis. Haji Rahim juga berkebolehan untuk bertutur

dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Cina, Inggeris dan Thai.

Sekarang, beliau berkhidmat sebagai Penasihat

Urusan Dakwah PERKIM Perlis.

33 Berita PERKIM

Berita

TAHNIAH !

HJ. ABDUL RAHIM

ABDULLAH

Selepas memeluk Islam kira-kira

47 tahun lalu, Haji Abdul Rahim

telah banyak menyumbang jasa

bakti kepada perkembangan

agama Islam dikalangan saudara

b a r u d a n b u k a n I s l a m

terutamanya di negeri Perlis.

Beliau juga telah berkhidmat

dengan PERKIM Bahagian

(negeri) Perlis lebih dari 40

tahun dan masih meneruskan

usaha dakwah bersama PERKIM

sekarang sehingga ramai

masyarakat Perlis mengenali

beliau dengan panggilan 'Rahim

PERKIM'. Beliau telah berjaya

mengislamkan kira-kira 1500

orang saudara baru dan

memberi bimbingan agama

serta menjaga kebajikan

mereka.

Beliau juga merupakan nadi

pengerak PERKIM Perlis.

Ketokohan dan kewibawaan

beliau dapat dinilai apabila

Kerajaan Negeri Perlis telah

melantik beliau sebagai Ahli

Jawatankuasa Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Perlis Bagi Hal

Ehwal Agama Islam hingga

sekarang.

Sebagai menghargai khidmat bakti beliau, Tuan Haji

Abdul Rahim pernah dianugerah:

1. Anugerah Pingat Mahkota Perlis (PMP) oleh

DYMM Yuanku Raja Perlis pada 9-2-2001

2. Anugerah Kepimpinan Cemerlang oleh PERKIM

Kebangsaan pada 20-01-2006

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah

Penghargaan Perkhidmatan Lama oleh PERKIM

Kebangsaan pada 14-06-2013.

4. Anugerah Maal Hijrah

RAJA PERLIS

Mahu Umat Islam Perbaiki Diri

KANGAR, 2 Okt (Bernama) - Raja Perlis Tuanku Syed

Sirajuddin Putra Jamalullail mahu semua umat Islam

memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih baik

demi memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia.

Menurut baginda, sesiapa yang berusaha mencapai

sesuatu yang lebih baik dalam kehidupannya sudah

melakukan sebahagian daripada maksud hijrah dan

mendapat pahala hijrah jika ia diniatkan untuk

memperoleh keredaan Allah.

"Setiap daripada kita pasti telah melihat kebenaran,

tetapi atas pelbagai faktor seperti keluarga, kerjaya,

dan budaya, diri merasa berat untuk meninggalkan

kepercayaan, nafsu, dan amalan yang mungkar dan

berdosa.

"Oleh itu, rakan-rakan pendakwah, sama ada

daripada golongan profesional, ulama, badan Agama

Islam serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam

perlu meneruskan usaha untuk membimbing

saudara baru kita," titahnya.

Berita

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan amugerah Maal Hijrah Negeri Perlis

kepada Tuan Haji Abdul Rahim Abdullah, Penasihat Urusan Dakwah/Pegawai PERKIM Perlis.

hari ini. Turut berangkat

Raja Perempuan Perlis

Tuanku Tengku Fauziah

Tengku Abdul Rashid,

Raja Muda Perlis Tuanku

Syed Faizuddin Putra

Jamalullail dan Raja Puan

Muda Perlis Tuanku Hajah

L a i l a t u l S h a h r e e n

Akashah Khalil.

Raja Perlis bertitah

wa l a u p u n p e r i st i wa

hijrah baginda Rasulullah

SAW sudah lama berlalu,

n a m u n i a nya t e t a p

menjadi satu sejarah

untuk dikenang dan

dipelajari oleh umat Islam

u n t u k s e n t i a s a

mengingati diri dan sedia

berubah memacu kecemerlangan.

Pada majlis itu, Raja Perlis berkenan menyampaikan

Anugerah Tokoh Maal Hijrah Perlis 2016 kepada

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri

Mohamad Zabidi Zainal, 60, yang menerima wang

tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan.Antara

sumbangan besar Mohamad Zabidi yang telah

berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan

awam ialah menggerakkan kepakaran Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU) untuk melaksanakan program

transformasi Majlis Agama Islam di beberapa negeri

termasuk Perlis.

Tuanku Syed Sirajuddin juga turut menyampaikan

Anugerah Maal Hijrah 2016 kepada tiga penerima

iaitu bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Perlis (JAIPs) Mohamad Sokri Husin, Pegawai

Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Perlis Abdul

Rahim Abdullah dan Pengerusi Liga Muslim Perlis

Datuk Dr Mohamad Sha Ahmad.

Baginda bertitah di hadapan 2,000 hadirin pada

majlis sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M

peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 yang turut

dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di sini,

Selain itu, baginda turut menyampaikan beberapa

anugerah lain iaitu Anugerah Jaizah Maal Hijrah

2016, Anugerah Didik Maal Hijrah 2016, dan

Anugerah Masjid Terbaik.

Sumber : BERNAMA

Berita PERKIM

www.perkim.net.my

34

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!