Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Bil 1 / Jan - Jun 2016

Memacu

Transformasi

Melalui

Pembelajaran

UTAMA

AMANAT YAB MENTERI

BESAR TERENGGANU

Seminar / Kursus Di INTIM

Aktiviti Warga INTIM

Program Dan Aktiviti

Di INTIM

Lawatan Kerja YBhg. Dato’

Pengarah INTAN

Statistik Kursus Separuh

Penggal Pertama

1
EDITORIAL

Editor

En. Dick Khuzariry Mohamad

Penyelaras Grafik

En. Che Wan Zawawi Che Wan Sulaiman

pereka Grafik

Pn. Rosmiza Yusof

wartawan

Cik Shahidah Sulong

En. W. Ahmad Ridhwan W. A Tajuddin

En. Mazriza Mohamed Din

KANDUNGAN

- Seminar Bicara Eksekutif bersama YAB

Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd.

Rahman, Menteri Besar Terengganu

- Seminar Kepimpinan dan Gender

- Seminar Pemantapan Technology

Update: Future Visual Technology

- Sesi Tutorial (TOT) Pemerkasaan

Pemahaman Pekeliling Perkhidmatan

Bil.1 Tahun 2016 (PP1/2016)

- Seminar Pemantapan Perkhidmatan

Awam : Skim Bayaran Pampasan (Ex-

Gratia) Bencana Kerja Bagi Anggota

Perkhidmatan Awam

- Perhimpunan Bulanan INTIM

Januari - Jun 2016

- Statistik Kehadiran Peserta Kursus

- Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Pengarah INTAN

- Program Pemeriksaan Kesihatan Warga INTIM

- Solat Gerhana Matahari

- Mesyuarat Kajian Strategik (Retreat) INTIM

2016

- Program Semarak Kasih Ramadhan

- Program Memasak Bubur Lambuk

- Motivasi Ramadhan

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Ilahi kerana berkat limpah kurnia dan rahmat-

Nya, maka INTAN Kampus Wilayah Timur

(INTIM) telah berjaya melahirkan ZOOM@

INTIM dan menemui para pembaca.

Sesuai dengan hasrat penerbitan ZOOM@

INTIM, wadah ini menyajikan pelbagai aktiviti

dan program seperti seminar, kursus dan beritaberita

semasa yang berlaku di INTIM sepanjang

tempoh Januari 2016 – Jun 2016. Sepanjang

tempoh tersebut, INTIM telah banyak melakar

kejayaan sama ada dari segi penganjuran

seminar dan kursus atau menjalinkan kerjasama

dengan agensi-agensi dan jabatan yang lain.

Sesungguhnya semua aktiviti dan program

yang dilaksanakan ini memberikan impak yang

besar kepada warga INTIM khususnya dan

kepada warga perkhidmatan awam lain amnya.

Semoga segala informasi yang dihidangkan

melalui wadah ini dapat dimanfaatkan oleh

penjawat awam dalam meningkatkan kualiti dan

prestasi penyampaian perkhidmatan. Selamat

membaca.

Wassalam.

ENCIK MOHD ASRI MOHAMED ALI

PENGARAH WILAYAH

INTAN KAMPUS WILAYAH TIMUR

(INTIM)

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

KAMPUS WILAYAH TIMUR

PETI SURAT 65, BUKIT GELIGA

24007 KEMAMAN, TERENGGANU

TEL: 09-8629000

FAKS: 09-8683007

2
Bicara Eksekutif bersama YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri

Besar Terengganu telah dirancang sebagai satu platform kepada YAB Menteri Besar

untuk menyampaikan amanat dan aspirasi sempena Tahun Baru. Ini sekaligus bertujuan

mempersiapkan minda penjawat awam dalam mendokong usaha merealisasikan

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Ketibaan YB Dato’ Osman Bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan,

Timbalan Pengarah Kanan INTAN (Kiri)

dan YBrs. Encik Mohd Asri Bin Mohamed Ali, Pengarah Wilayah Timur

Wajah ceria peserta yang hadir

YB Dato’ Osman Bin Muda sedang menyampaikan mesej-mesej

daripada YAB Menteri Besar Terengganu

3
Seminar “Kepimpinan dan Gender” merupakan seminar yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan

Penyeliaan, Bahagian Latihan INTAN Kampus Wilayah Timur. Seminar ini menampilkan YM Dr.

Tengku Naufal bin Tengku Mansor, Konsultan dari DTE Consult Sdn. Bhd. Seminar ini bertujuan

untuk memberikan pendedahan dan kesedaran umum kepada penjawat awam tentang kepentingan

isu-isu gender dalam kepimpinan dan pengurusan di jabatan dan agensi kerajaan.

YBrs. Pengarah Wilayah, Tuan Mohd Asri bin Mohamed Ali

menyampaikan ucapan alu-aluan seminar.

Jumlah Kehadiran peserta seminar yang amat memberangsangkan

Penceramah Jemputan YM Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor diiringi

Pengarah Wilayah, Tuan Mohd Asri bin Mohamed Ali dan Perunding Latihan

Kanan, Encik Dick Khuzariry bin Mohamad menuju ke pentas utama.

Penceramah berkongsi pandangan bersama para peserta 4

seminar
Seminar Technology Update: Future

Visual Technology ini merupakan salah

satu seminar yang telah dirancang

oleh Unit ICT, INTAN Kampus Wilayah

Timur (INTIM) di dalam kalendar

Projek Latihan INTIM 2016. Seminar ini

bertujuan memberikan pendedahan,

pengetahuan dan kefahaman tentang

teknologi visual terkini dan masa

hadapan kepada penjawat awam

di Pantai Timur serta mendedahkan

kepelbagaian solusi yang terdapat

di pasaran yang boleh digunapakai

dalam menyampaikan maklumat di

jabatan dan agensi masing-masing.

Golongan sasaran bagi seminar ini

adalah pegawai dan kakitangan dari

Skim Teknologi Maklumat, ketua-ketua

jabatan dan penyelaras ICT agensiagensi

kerajaan negeri dan persekutuan

di Negeri Kelantan, Terengganu dan

Pahang.

Ucapan perasmian Pengarah Wilayah Timur

Suasana di tapak pameran

Suasana dewan yang dipenuhi para peserta

5
Seminar Pemantapan Perkhidmatan Awam :

Skim Bayaran Pampasan ( E x - G r a t i a )

Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan

Awam ini adalah merupakan salah satu aktiviti

Unit Transformasi Kewangan yang dirancang

bagi INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM).

Seminar yang dianjurkan ini adalah salah satu

usaha yang dilaksanakan oleh pihak INTIM

dalam mendekatkan INTIM dengan penjawatpenjawat

awam di negeri-negeri Wilayah

Pantai Timur terutamanya di jabatan-jabatan

di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kepada penjawat awam tentang pengecualian dari

mencarum kepada skim yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 1969

(PERKESO). Dengan pengecualian ini, Pegawai Kerajaan di bawah Skim KWSP dan Pegawai Berpencen yang

mendapat kemalangan atau kecederaan tidak kepada tahap hilang upaya tidak akan mendapat apa-apa

faedah pampasan jika berlaku kemalangan atau kecederaan ke atas diri.

Y.Bhg. Datuk Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca

Perkhidmatan, menyampaikan ceramah.

Peserta seminar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap

penceramah.

Pendaftaran peserta seminar

6
Sesi Tutorial (TOT) Pemerkasaan

Pemahaman

Pekeliling

Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016

merupakan seminar yang dirancang

oleh Unit Transformasi Pembangunan

Modal Insan, Bahagian Latihan

INTAN Kampus Wilayah Timur.

Sesi Tutorial ini menampilkan

penceramah jemputan iaitu Cik

Zanariah binti Zainuddin, Timbalan

Pengarah Bahagian Saraan, Jabatan

Perkhidmatan Awam. Sesi tutorial

ini bertujuan untuk memberi

kefahaman dalam pelaksanaan

Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun

2016 kepada pegawai-pegawai

sumber manusia supaya urusan

penambahbaikan skim, opsyen dan

pemindahan gaji ke JGMM baharu

yang akan dilaksanakn berkuatkuasa

1 Julai 2016 dilaksanakan secara

teratur dan menepati hasrat

Transformasi Perkhidmatan Awam.

Sesi soal jawab berkaitan isu-isu Pekeliling Perkhidmatan Bil.1

Tahun 2016 antara penceramah dan peserta.

Taklimat berkenaan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1

Tahun 2016.

7
Perhimpunan Bulanan

INTIM

Januari 2016

Tema :

Memacu Produktiviti

Meningkatkan

Penyampaian Perkhidmatan

7 Januari 2016

Pengarah Wilayah

menyampaikan amanat

Tahun Baru kepada warga

INTIM agar terus

memacu kecemerlangan dan

meningkatkan produktiviti

untuk tahun 2016

FEBRUARI 2016

Tema :

Ceria – Gembira – Sihat -

Bahagia

28 Februari 2016

Selari dengan hasrat Pengurusan

Tertinggi JPA untuk menjadikan

tahun 2016 ini sebagai tahun

keceriaan dan gembira dalam

melaksanakan kerja dan tugasan

harian, INTIM menerapkan

budaya kecergasan dan

keseronokan bekerja dengan

mengadakan senamrobik dalam

slot Perhimpunan Bulanan.

8
MAC 2016

Tema :

Ketulusan Hati Teras

Kebahagiaan

27 Mac 2016

Pelancaran kesiapsiagaan

atlit INTIM untuk

persiapan I-Fit 2016 yang

akan diadakan pada bulan

September di INSARA

APRIL 2016

Tema :

Eratkan Persamaan

– Raikan Perbezaan –

Sebarkan Kebahagiaan

24 April 2016

Pengarah Wilayah dalam

ucapan beliau mengingatkan

warga INTIM agar

mengekalkan semangat

kerja berpasukan dalam

memastikan amanah dan

tugasan dapat dilaksanakan

sebaik mungkin.

9
MEI 2016

Tema :

Marhaban Ya Ramadan

14 Jun 2016

Pelancaran Tabung Ihya

Ramadan anjuran KESKI

INTIM bagi membantu

golongan miskin dan fakir

sepanjang bulan Ramadan

10
Lawatan Kerja YBhg. Dato’

Pengarah INTAN

Tanggal 21 Mei 2016, YBhg. Pengarah INTAN

Malaysia, Dato’ Dr. Mazlan bin Yusoff telah

mengadakan Lawatan Kerja ke INTIM.

Lawatan Kerja ini bertujuan meninjau dengan

lebih dekat keadaan Kampus INTIM selain

mengeratkan silaturrahim antara Pengurusan

Tertinggi INTAN dengan warga INTAN di setiap

kampus wilayah. YBhg. Pengarah INTAN juga

telah merasmikan Cyber Corner INTIM dan

berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat

Khas bersama pegawai INTIM.

11
Kelab Sukan dan Kebajikan INTAN (KESKI) INTIM telah mengadakan program memasak

bubur lambuk pada 27 Jun 2016. Program ini melibatkan penyertaan semua warga INTIM

dan diadakan sempena bulan Ramadan al-Mubarak. Program ini bertujuan memupuk semangat

kerja berpasukan dan kerjasama di kalangan warga selain membudayakan sedekah dan amal

jariah. Bubur lambuk kemudian diedarkan kepada golongan miskin di sekitar Kemaman, rumah

anak-anak yatim dan kakitangan Bahagian Kecemasan Hospital Kemaman.

Program

Memasak Bubur Lambuk

Motivasi Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan al-

Mubarak, KESKI INTIM telah

menganjurkan beberapa siri

ceramah agama yang dikenali

sebagai Program Motivasi

Melalui program ini, beberapa orang penceramah terkemuka telah dijemput iaitu Ustaz Mahmud Mat

(Penceramah Radio RTM Pahang), Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat (UiTM Dungun), Ustaz Hamdan Yusi bin

Yusuf (Pegawai Agama JAIP) dan Ustaz Mohamad bin Ismail (Bekas Pegawai KAGAT). Pengisian program

12

ini

antaranya berkaitan kelebihan bulan Ramadan, Nuzul Quran dan Malam Lailatul Qadar.
Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

telah mengadakan Program Pemeriksaan

Kesihatan untuk staf INTIM pada 2 Februari

2016. Program yang mendapat kerjasama

daripada Pejabat Kesihatan Daerah

Kemaman ini diadakan setiap tahun untuk

memastikan tahap kesihatan warga INTIM

sentiasa dalam keadaan yang baik dan cergas

sepanjang masa. Antara pemeriksaan yang

dilaksanakan ialah pemeriksaan tekanan

darah tinggi, kencing manis dan tekanan

jantung.

Program

Pemeriksaan Kesihatan Staf INTIM

Pada 9 Mac 2016, telah berlaku fenomena

gerhana matahari di seluruh negara. Sehubungan

itu, INTIM telah mengambil inisiatif mengadakan

solat gerhana matahari di Surau al-Hidayah,

INTIM. Program ini telah disertai oleh 30 orang

warga INTIM. Solat gerhana matahari telah

diimamkan oleh En. Syarifful Hakim bin Suman,

Perunding Latihan Kanan dan di susuli dengan

khutbah Tuan Haji Juha bin Pudin, Perunding

Latihan Kanan

Solat Gerhana Matahari

13
Mesyuarat Kajian Strategik

(Retreat) INTIM 2016

Mesyuarat Kajian Strategik INTIM 2016 telah diadakan pada

10-12 Mac 2016 di INTAN Tengah, Pengajian Pembangunan

Kluster Pengurusan & Inovasi, Petaling Jaya. Mesyuarat

bertujuan merancang dan membincangkan sasaran

kerja dan program-program yang akan dilaksanakan

sepanjang tahun ini.

Program Semarak Kasih

Ramadan 1437H

Kelab Sukan dan Kebajikan INTAN (KESKI) INTIM

mengambil semangat dan keberkatan Ramadan al-Mubarak

dengan mengadakan program kutipan derma di kalangan

warga INTIM. Seterusnya, KESKI telah menyalurkan

sumbangan tersebut kepada kakitangan kontrak dan swasta

yang bertugas di INTIM dan dikategorikan sebagai miskin.

Pada Majlis itu juga diadakan sesi bermaafan antara warga

INTIM sempena kedatangan Aldilfitri.

14
15
Berdasarkan Agensi

Berdasarkan Negeri

STAT

KEHA

PESERTA

JANUARI

16
Berdasarkan Jantina

Berdasarkan Gred

ISTIK

DIRAN

KURSUS

- JUN 2016

Berdasarkan Jenis Perkhidmatan

17