22.09.2016 Views

E-MAJALAH 3

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1

SENARAI KANDUNGAN

Pengenalan 3-4

Penghargaan 5

Aurat Wanita 6-7

Aurat vs Fesyen Wanita 8

Aurat vs Fesyen Lelaki 9-10

Jom Tanya Umi 11

Kesimpulan 12

Carta Gantt 13-15

2

PENGENALAN

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar

tabi’e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol

anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian “Haruan makan anak” adalah kes yang lumrah hingga

tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat. Antara faktor terjadinya perkara di atas,

adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah

dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soalsoal

agama.

Islam tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua

keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik

yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat

diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam

islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada

orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan

aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan

oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu

kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak

menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan

kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib

sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan

menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin

mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat

dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk

mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah

dari masyarakat tentang diri mereka. Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang

bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya

melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai

untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah

adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.”

3

Definisi fesyen menurut Colin McDowell, Pengerusi KumpulanKostum di Britain menyatakan bahawa

“fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman. Fesyen juga mengikut keadaan

sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat”.Keadaan sosial dari segi fesyen ialah cara kita berpakaian ketika

berada dalam golongan masyarakat. Keadaan politik sesebuah negara juga boleh mempengaruhi fesyen pakaian

yang diperkenalkan dinegara tersebut. Fesyen pakaian di negara Arab contohnya lebih kepada fesyen yang

menuntup aurat. Di Malaysia yang mempunyai pelbagai kebudayaan dapat kita lihat pelbagai jenis fesyen

daripada pelbagai bangsa.Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis dan ketegori. Ianya tidak hanya fesyen dari segi

pakaian, tetapi juga dari segi dadanan rambut,kasut, beg duit, aksesori fesyen dan lain-lain lagi. Kita harus

mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat supaya ia bersesuaian. Ini kerana

cara kita berpakaian boleh mengambarkan siapakah kita sebenarnya pada pandangan orang yang baru pertama

kali mengenali kita sama ada kita senang berkomunikasiboleh didekati atau sebaliknnya.Pada zaman sekarang

manusia memilih pakaian untuk mengelakkan diri daripada kesejukkan dan kepanasan, menuntup aurat, tapi apa

yang kita pakai sebenarnya mempengaruhi keinginan untuk kita menghias diri dan berdandan. Dahulu fesyen

hanya sebagai keperluan tapi pada zaman sekarang ia merupakan kehendak keperluan manusia

Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati

kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia masih menampakkan warna kulit.

Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin dan

menyebabkan aurat terbuka.

Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai

kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana

syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.

Fashion dan aurat sebenarnya boleh bersama kalau dilaksanakan dengan cara yang betul dan

mematuhi ajaran yang diberi.Ini terbanding kepada niat seseorang diri sendiri .

4

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir POLITEKNIK

IBRAHIM SULTAN kerana memberi sokongan dan peluang kepada kami untuk melaksanakan E-

majalah ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Puan Hafizah Binti Md Yusof dan Puan Dina Binti Abd Khalik selaku

pensyarah Komunikasi Dan Penyiaran Islam kami. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam

memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menyempurnakan E-majalah ini.

Terima kasih juga buat ibu bapa kami yang tercinta, kerana memberi sokongan moral dan

kewangan kepada kami sepanjang masa.

Penghargaan kepada semua ahli kumpulan iaitu Nuraqilah Nazihah Binti Abas, Nur

Amirah Binti Norsalehin, Nadzratul Ismar Ryaihan Binti Ishak, Nur Hamizah Binti Baharudin

dan Khiew Vun Fung atas kesudian membantu dan memberi kerjasama semasa menghasil E-

majalah ini.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami

secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan E-majalah

5

AURAT WANITA

PANDUAN MENUTUP AURAT MENGIKUT

SYAR’IAH

TUDUNG

Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.

LENGAN

Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan taupun

memakai stoking tangan.

BAJU

Baju mestilah labuh dan longgar.

KAIN/SELUAR

Kain/Seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.

SARUNG KAKI

Mesti memakai sarung kaki.

6

PESANAN BUAT WANITA

Pemakaian muslimah

yang sempurna seperti

yang disarankan

didalam AL-QURAN

barulah cantik.!^^

“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya,

mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih

suci dan kekal dara).” (QS. Ar – Rahman:58)

“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi (tidak pernah diganggu oleh sesiapa

pun).” (QS. Ash- Shaffaat:49)

Jadi, ayuhlah kawan-kawan!

Mari kita menutup aurat. ^^

7

8

9

10

11

KESIMPULAN

Kesimpulannya,janganlah kita sentiasa ingin menghalalkan sesuatu yang haram di sisi

Islam.Selain itu,mememng tidak salah untuk kita bergaya atau berfesyen kerana sudah menjadi lumrah

seorang wanita mahupun lelaki yang ingin menampakkan dirinya kacak atau anggun,tetapi biarlah kita

membawa nama Islam itu dengan suci dan sebersih-bersihnya supaya agama dan umat Islam tidak

dipandang rendah dan diperlekehkan.Bak kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

Kami juga percaya bahawa kebanyakan wanita muslimah yang bertudung adalah kerana niatnya

yang ingin menutup aurat dan mungkin cara kta sahaja yang salah kerana faktor ingin mengikuti

perkembangan fesyen terkini.Masih tidak terlambat juga untuk kita bersama-sama untuk mengubah cara

pemakaian kita.In shaa ALLAH

12

CARTA GANTT

BIL MINGGU PROSES

• Proses pemilihan

1. SATU

tajuk.

• Kumpulan kami

mendapat tajuk aurat

vs fesyen bagi e-

majalah.

• Proses pembahagian

2. DUA

kerja antara ahli

kumpulan.

13

• Antara senarai kerja

ialah:

Mengkaji selidik tajuk.

Mencari pelbagai info

mengenai tajuk majalah

di internet.

Menulis artikel

majalah.

Proses menyiapkan

kerja yang telah

dibahagikan.

• Proses menambahbaik

3. TIGA

majalah.

• Proses membuat carta

14

gantt.

• Proses mengemaskini

4. EMPAT

e-majalah.

• Penghantaran e-majalah

dalam portal cidos.

15

PENERBIT

NURAQILAH NAZIHAH BINTI ABAS - 09DKM14F1029

NUR AMIRAH BINTI NORSALEHIN- 09DKM14F1030

NADZRATUL ISMAR RYAIHAN BINTI ISHAK-O9DKM14F1032

NUR HAMIZAH BINTI BAHARUDIN-09DKM14F1056

KHIEW VUN FUNG-09DKM14F1065

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!