11.08.2016 Views

bukukonvopressSAMPLE2

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ VOKASIONAL

KALI PERTAMA 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) melaksanakan

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) mulai tahun 2012 bagi

mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran perdana.

Transformasi ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam

memenuhi keperluan tenaga mahir negara bagi mencapai hasrat

dan aspirasi negara sebagai sebuah negara maju berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020. Bagi memastikan modal insan yang

dijana dalam bidang ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dan

memenuhi kehendak industri, maka kualiti pendidikan vokasional

perlu dipertingkatkan dan disesuaikan dengan perkembangan

dan kehendak semasa. Sehingga tahun 2016, sebanyak 80 Kolej

Vokasional, 10 Institut Latihan Pendidikan Swasta, 14 Institut Latihan

Perindustrian dan 2 Kolej Kemahiran Tinggi Mara telah dan sedang

melaksanakan sebanyak 76 program di peringkat Diploma di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah mengambil

inisiatif secara proaktif untuk menganjurkan majlis tersebut dengan

penuh istiadat sebagai menghargai pencapaian pelajar, tenaga

pengajar, ibu bapa, warga BPTV dan semua pihak yang bersamasama

terlibat dalam menjayakan pelaksanaan TPV ini.

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional 2016 juga merupakan majlis

yang berprestij sebagai menunjukkan identiti unggul Kolej Vokasional,

Kementerian Pendidikan Malaysia. Identiti unggul ini diperlihatkan

melalui pemakaian jubah rasmi khas untuk graduan dan cokmar.

Serentak dengan itu, sebanyak 15 Kolej Vokasional telah dipilih sebagai

rintis untuk melaksanakan sebanyak 16 program yang melibatkan

lima bidang vokasional. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan

kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya

maka Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional kali pertama 2016,

diadakan khususnya untuk meraikan kumpulan pertama pelajar yang

menamatkan pengajian peringkat Diploma. Sehubungan dengan itu,

07

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!