11.08.2016 Views

bukukonvopressSAMPLE2

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DARI PENA YANG BERBAHAGIA

KETUA PENGARAH PELAJARAN

MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas dan tahniah saya

kalungkan kepada semua graduan 15 Kolej Vokasional Rintis

yang menamatkan pengajian pada tahun 2016. Tidak ketinggalan,

penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional (BPTV) atas kejayaan menganjurkan Majlis Konvokesyen

Kolej Vokasional Kali Pertama untuk para graduan tahun 2016.

Sesungguhnya, tahun 2016 hingga 2020 merupakan Gelombang

Kedua yang menekan Peningkatan Inisiatif selepas berakhirnya

perlaksanaan pengukuhan pendidikan vokasional sebagaimana yang

ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Dalam fasa ini, tumpuan keberhasilan Pelan Transformasi Pendidikan

Vokasional (PTPV) adalah penekanan kualiti bagi mencapai matlamat

80% pelajar berupaya memasuki sektor pekerjaan dan 20% pula

berupaya menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Hal

ini termasuklah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh semua pihak

dalam memastikan penarafan dan pengiktirafan Sijil dan Diploma,

persijilan tambahan daripada pihak agensi luar yang berkaitan dengan

bidang-bidang kemahiran yang mengiktiraf kualiti dan ketrampilan

pelajar-pelajar yang bakal memasuki pasaran-pasaran pekerjaan

dengan kemahiran tinggi dan tepat.

04

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!