bukukonvopress

tengkushahril
from tengkushahril More from this publisher
06.08.2016 Views

DARI PENA YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas dan tahniah saya kalungkan kepada semua graduan 15 Kolej Vokasional Rintis yang menamatkan pengajian pada tahun 2016. Tidak ketinggalan, penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) atas kejayaan menganjurkan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Pertama untuk para graduan tahun 2016. Sesungguhnya, tahun 2016 hingga 2020 merupakan Gelombang Kedua yang menekan Peningkatan Inisiatif selepas berakhirnya perlaksanaan pengukuhan pendidikan vokasional sebagaimana yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Dalam fasa ini, tumpuan keberhasilan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional (PTPV) adalah penekanan kualiti bagi mencapai matlamat 80% pelajar berupaya memasuki sektor pekerjaan dan 20% pula berupaya menyambung pengajian di peringkat yang lebih 04

tinggi. Hal ini termasuklah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh semua pihak dalam memastikan penarafan dan pengiktirafan Sijil dan Diploma, persijilan tambahan daripada pihak agensi luar yang berkaitan dengan bidang-bidang kemahiran yang mengiktiraf kualiti dan ketrampilan pelajar-pelajar yang bakal memasuki pasaran-pasaran pekerjaan dengan kemahiran tinggi dan tepat. Saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pengurusan dan warga kerja BPTV dan Kolej Vokasional KPM kerana telah menunjukkan komitmen dan daya juang yang tinggi dalam menjayakan PTPV. Cabaran mendatang, saya menyeru agar semua Kolej Vokasional meneruskan kelestarian kepimpinan yang unggul bagi mematikan hasrat dan matlamat pendidikan vokasional terus di mercu kejayaan. Saya percaya kejayaan yang dicapai ini mampu meningkatkan persepsi positif terhadap kolej vokasional sekali gus menjadikan institusi ini sebagai institusi pilihan pertama pada masa-masa hadapan. Harapan saya agar semua graduan Kolej Vokasional akan terus menunjukkan kecemerlangan dan berjaya dalam bidang-bidang kemahiran yang diceburi. Para graduan diseru agar teruslah menyumbangkan idea, jasa dan tenaga dengan menjadi alumni Kolej Vokasional secara aktif bagi memastikan kelangsungan yang cemerlang bagi bangsa dan generasi muda Malaysia dalam bidang kemahiran pada masa yang akan datang. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan atas kejayaan yang diraih. Sekian, terima kasih. TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF 05

tinggi. Hal ini termasuklah usaha-usaha yang telah

dijalankan oleh semua pihak dalam memastikan

penarafan dan pengiktirafan Sijil dan Diploma,

persijilan tambahan daripada pihak agensi luar yang

berkaitan dengan bidang-bidang kemahiran yang

mengiktiraf kualiti dan ketrampilan pelajar-pelajar

yang bakal memasuki pasaran-pasaran pekerjaan

dengan kemahiran tinggi dan tepat.

Saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan

tahniah kepada seluruh pengurusan dan warga

kerja BPTV dan Kolej Vokasional KPM kerana telah

menunjukkan komitmen dan daya juang yang tinggi

dalam menjayakan PTPV. Cabaran mendatang, saya

menyeru agar semua Kolej Vokasional meneruskan

kelestarian kepimpinan yang unggul bagi mematikan

hasrat dan matlamat pendidikan vokasional terus di

mercu kejayaan. Saya percaya kejayaan yang dicapai

ini mampu meningkatkan persepsi positif terhadap

kolej vokasional sekali gus menjadikan institusi ini

sebagai institusi pilihan pertama pada masa-masa

hadapan.

Harapan saya agar semua graduan Kolej Vokasional

akan terus menunjukkan kecemerlangan dan berjaya

dalam bidang-bidang kemahiran yang diceburi.

Para graduan diseru agar teruslah menyumbangkan

idea, jasa dan tenaga dengan menjadi alumni

Kolej Vokasional secara aktif bagi memastikan

kelangsungan yang cemerlang bagi bangsa dan

generasi muda Malaysia dalam bidang kemahiran

pada masa yang akan datang. Sekali lagi saya

ucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan

atas kejayaan yang diraih.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

05

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!