06.08.2016 Views

bukukonvopress

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

system dan kompenannya yang sedia ada, inisiatif

transformasi adalah untuk mencari pendekatan

terbaharu dalam menangani cabaran dan perubahan

seterusnya meneroka peluang dan merintis kolaborasi

dengan memanfaatkan sumber dan kekuatan yang

sedia adat ke arah melahirkan sumber manusia yang

berkemahiran dalam merealisasikan hasrat mencapai

negara maju. Reka bentuk cokmar yang terbahagi

kepada empat bahagian utama memperlihatkan

fokus 4 hasrat ke arah menuju ekonomi pendapatan

tinggi iaitu pekerja mahir bertauliah dan berwatak

profesional, modal insan berjati diri, usahawan berdaya

saing dan pelajar sepanjang hayat. Ciri-ciri cokmar ini

menjurus kepada keberhasilan usaha Transformasi

Pendidikan Vokasional Era 2020 yang berupaya

memberi sumbangan yang signifikan kepada agenda

Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara

berpendapatan tinggi.

MAJLIS SENAT

KOLEJ VOKASIONAL KPM

Majlis Senat Kolej Vokasional telah ditubuhkan

dan diwartakan berkuatkuasa 30 Jun 2016. Majlis

ini menjadi satu badan akademik tertinggi bagi

Kolej Vokasional. Antara fungsi utama badan ini

ialah untuk menganugerahkan sijil atau diploma

yang mengiktiraf pelajar yang berjaya menamatkan

program kolej vokasional dengan memenuhi syarat

yang ditentukan oleh Senat. Keanggotan Senat yang

dilantik terdiri daripada 29 orang anggota melibatkan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Timbalan Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab

bagi pendidikan teknikal dan vokasional, Pengarah

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pengarah

Peperiksaan, Pengarah Bahagian Pembangunan

Kurikulum, semua Timbalan Pengarah BPTV, dan tidak

lebih dua puluh pengarah Kolej Vokasional yang dilantik

Pengerusi. Mesyuarat kali Pertama Majlis Senat Kolej

Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26

Julai 2016, telah memperakukan seramai 2269 orang

pelajar daripada 15 Kolej Vokasional rintis yang layak

untuk dianugerahkan Diploma.

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!