19.07.2016 Views

Jawapan DYTM Dato' Haji Mohd Jan Bin Haji Abd Ghani, Undang Luak Johol terhadap 13 Pertuduhan drpd Bekas Dato Baginda Tan Mas Dato Muhammed Bin Abdullah Yang Telah Dipecat Pada 28 Mac 2016 Bersama yg lain.

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

UNDANG LUAK JOHOL

NEGERI SEMBILAN

Jawapan Daripada DYTM Dato Undang Luak Johol, Dato Haji

Mohd Jan Bin Abdul Ghani Terhadap Pertuduhan Dato Jenang Dan

Dato-Dato Adat Yang Menyerbu Balai Undang

Pada 27 Mac 2016

ISTANA UNDANG LUAK JOHOL

73100 JOHOL

NEGERI SEMBILAN

1 | P a g e

KANDUNGAN

KANDUNGAN 2

Pengenalan 3

Pertuduhan dan Jawapan 7

1.1 Pertuduhan yang pertama 7

1.2 Pertuduhan Kedua 8

1.3 Pertuduhan ketiga 8

1.4 Pertuduhan keempat 9

1.5 Pertuduhan kelima 10

1.6 Pertuduhan keenam 11

1.7 Pertuduhan ketujuh 12

1.8 Pertuduhan kelapan 13

1.9 Pertuduhan kesembilan 14

1.10 Pertuduhan kesepuluh 16

1.11 Pertuduhan kesebelas 17

1.12 Pertuduhan Kedua Belas 18

1.13 Pertuduhan Ketiga Belas 19

Dato-Dato Adat yang terlibat dalam Pemberontakan 22

2 | P a g e

PENGENALAN

Sesungguhnya peristiwa 27 Mac 2016 telah membuka keaiban pemimpin

adat Luak Johol yang patut kita hormati. Akan tetapi pada hari itu berlaku

peristiwa “menepuk air di dulang terkena muka sendiri”. Apa yang

dibuka ialah aib di muka dan pekung di dada yang sepatutnya tidak boleh

dikatakan isu. Apa yang berlaku ialah beraja di mata dan bersultan di

hati, dan suka bersaksikan kepada kepala lutut. Dalam kilat, kita sudah

tahu kilaunya kerana peristiwa 27 Mac 2016 itu jelas menunjukkan satu

pemberontakan yang telah dirancang sejak sekian lama.

Perancangan ini sungguh rapi sekali dan menunggu masa sahaja untuk

diletupkan. Contohnya, kita lihat dari baju kuning yang digunakan ketika

kononnya pertabalan. Bukan boleh disiapkan dalam masa seminggu tetapi

telah ditempah sejak sekian lamanya. Dari sini menunjukkan sudah ada

niat terancang untuk menumbangkan Dato‟ Undang Dato‟ Mohd Jan

Abdul Ghani yang sah. Bukti telah terpampang dalam media massa,

laman sosial, whatapps dan juga sms. Berita pemecatan itu telah

disebarkan dengan begitu pantas sekali. Ini menunjukkan sudah ada niat

buruk yang terancang.

Kedatangan 27 Mac 2016 itu tidak ada sebarang notis atau

pemberitahuan, cuma secara tiba-tiba digempur terus masuk ke dalam

Istana Balai Undang. Sepatutnya kedatangan itu adalah penuh beradab

tetapi sudah jelas nampak niat untuk memecat. Mana mungkin pihak yang

menuduh dan akhirnya pihak yang menuduh juga bertindak sebagai

hakim memutuskan bahawa berlaku pemecatan.

Sudah jelas mereka menuduh dan mahu terus memecat. Tidak ada masa

untuk membela diri pada hal yang dituduh ini bertaraf raja menurut

Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959 dan cara pertuduhan itu

sangat memalukan pihak Undang sendiri.

Sebenarnya pada 28 Mac 2016, Dato Baginda Tan Mas dan Dato-Dato

Adat akan dipanggil untuk satu kerapatan membincangkan soal timbang

salah yang pernah berlaku iaitu soal pemecatan Dato Lot dari suku

Mungkal tetapi telah tersebar berita dan cerita bahawa Dato Baginda Tan

Mas akan dipecat. Sesungguhnya berita ini adalah palsu, cuma ia adalah

3 | P a g e

untuk menarik simpati Dato adat dan masyarakat yang berada di Luak

Johol. Apa yang nak dilakukan cuma timbang salah sahaja dan tiada kena

mengena dengan pemecatan. Sebagai bukti panggilan untuk timbang

salah adat itu boleh rujuk kepada Dato‟ Undang yang sah.

Salah faham telah ditaburkan di merata tempat. Akhirnya timbul

kerapatan dalam kalangan mereka yang membuat tindakan lebih awal

pada 27 Mac 2016 yang boleh kita panggil Dahaga Dahagi dan Kicang

Kecoh. Mereka merancang untuk mengambil tindakan lebih awal lagi.

Tindakan tersebut termasuk dalam dua kesalahan adat yang paling berat,

iaitu tertakluk dalam kesalahan jenayah Adat Nan Lapan. Jenayah

Adat Nan Lapan ini ialah:

1. Tikam bunuh (Membunuh)

2. Sumbang salah (Berzina)

3. Maling curi (Mencuri)

4. Samun sakal (Menyamun)

5. Dahaga dahagi (Memberontak)

6. Umbuak umbai (Rasuah)

7. Siar bakar (Membakar)

8. Upas racun (Santau menyantau)

Lapan jenis kesalahan jenayah Adat Perpatih ini ada dijelaskan dan

dinyatakan dalam kata perbilangan :-

Tikam bunuh pedang berdarah,

Siar bakar berpuntung suluh,

Upas racun sisa dimakan,

Moling curi terbuka dinding,

Samun umbai bermanis mulut,

Sumbang salah laku perangai,

Dahaga dahagi memberi malu.

Berdasarkan Bukti Jenayah Adat Nan Lapan di atas jelaslah bahawa

bekas Dato‟ Baginda Tan Mas dan orang-orangnya yang terdiri dari Dato‟

Jenang, Buapak Yang Enam, Dato‟ Batin dan lain-lain lagi yang terlibat,

4 | P a g e

sedar bahawa mereka banyak membuat kesalahan dan mereka takut

dengan bayang-bayang sendiri untuk dipecat. Dato‟Baginda Tan Mas

telah mempergunakan orang-orang yang disebutkan tadi secara licik dan

ada yang tidak sedar. Buktinya ada 2 orang dari dato adat tersebut sudah

kembali kepada Dato‟ Undang Mohd Jan Abdul Ghani. Mereka sedar

bahawa telah dipergunakan. Ibu Waris perut Gemencheh pun telah sedar

dan kembali semula kepada Dato‟ Undang Mohd Jan Abdul Ghani.

Malahan Ibu Waris perut Gemencheh pernah berucap di Istana

Balai Undang Johol bahawa Dato’ Undang Mohd Jan Abdul Ghani

mesti dipertahankan.

Bagi menjelaskan lagi hal di atas Dahaga Dahagi ialah perbuatan

melawan dengan sengaja ketua adat yang menjalankan tugas. Manakala

kicang membawa maksud menghasut orang lain supaya melakukan

kekacauan; kecoh pula membawa maksud sendiri melakukan hingga

mengganggu ketenteraman orang lain.

Dua kesalahan ini, adalah kesalahan besar yang harus dihukum dengan

seberat-beratnya kerana telah merosakkan suasana dan ketenteraman

Luak Johol.

Jika kita lihat senario 27 Mac 2016, kedudukan Undang Luak Johol

telah dipulau selama satu tahun lebih dan cara-cara ini memang

terancang sekali sehingga semua pihak dilarang untuk masuk ke dalam

Istana Balai Undang. Sesiapa yang masuk ke dalam Istana Balai Undang

dan berjumpa dengan Dato Undang, sudah pasti laporan akan sampai

kepada bekas Dato Baginda Tan Mas. Cara-cara seperti sungguh

mengaibkan sekali. Buktinya boleh rujuk kepada Tok Pawang dan juga

Tok Puan yang ada sekarang.

Seterusnya bekas Dato Baginda Tan Mas telah melantik dirinya sendiri

sebagai Dato Undang Johol yang Baharu dan pelantikan ini telah

melanggar adat yang teruca dan terpakai sejak sekian lama.

Jika patah sudah pasti akan tumbuh dan bakal pengganti Undang mesti

dari Perut Gemencheh juga. Jika hilang iaitu jika berlaku kematian

barulah bekas Dato Baginda Tan Mas akan naik sebagai Undang.

Keadaan seperti ini tidak berlaku dan jika dikata dianjak layu dicabut

mati bermakna mereka tidak mahu memakai adat yang sudah terpakai

5 | P a g e

sejak sekian lama. Ertinya wujud usaha untuk menjumudkan

Gemencheh dan hal ini telah berlaku apabila ada usaha untuk melantik

Dato Baginda Tan Mas Dari Perut Biduanda Petai dari Melekai.

Jadi dalam soal ini wujud sifat tamak kerana Biduanda Waris, Biduanda

Petai dan Biduanda Negarang mahukan jawatan Dato Baginda Tan Mas.

Situasi ini telah menjadikan Adat Johol sekarang bercelaru. Timbul

persoalan di mana kedudukan Perut Gemencheh walau pun digembargembur

dilantik sebagai Dato Baginda Tan Mas. Dengan itu lahirlah adat

berkehendak hati. Situasi di Johol ini diperhatikan oleh Luak-Luak lain

terutama Luak Berundang dan mereka juga mula menjadikan peristiwa

pemecatan Luak Johol ini sebagai contoh.

Buktinya; selepas sehari berlaku pemecatan Dato Undang Johol, berlaku

cara yang sama pula di Jelebu, iaitu berlaku pemecatan Dato Menteri,

Pemangku Undang yang sah dari segi adat dan perkara ini telah

berlarutan dan dikhuatiri juga akan berjangkit ke Sungai Ujung, Rembau,

Tampin dan seterusnya tidak mustahil akan dikocak kedudukan Yamtuan.

“Jangan biarkan nasi menjadi bubur, nanti kita yang akan

kerugian”.

Peristiwa laporang tentang pemecatan Dato‟ Undang Mohd Jan Abdul

Ghani telah tersebar meluas bila wujud berita besar-besaran dalam

Akhbar Sinar Harian. Kerani Dato‟ Undang Dato‟ Mohd Jan Abdul Ghani

iaitu saudara Zaidi pernah menghantar surat pemecatan bekas Dato‟

Baginda Tan Mas dan ia nampak bekas Dato Baginda Tan Mas sedang di

temuduga oleh Wartawan Akhbar Sinar Harian dan kemudian keluar

secara besar-besaran berita tentang pemecatan Dato‟ Undang Mohd Jan

Abdul Ghani dalam akhbar tersebut dan hal ini memalukan serta ada niat

jahat.

Sepatutnya berita ini ditapis dahulu kerana Undang Dato‟ Mohd Jan

Abdul Ghani belum dapat dibuktikan bersalah. Jelas di sini wujud

ketidaksabaran bekas Dato‟ Baginda Tan Mas untuk menjadi undang dan

adakah orang yang bersikap seperti ini layak sebagai undang yang baik.

Berbanding dengan Dato’ Undang Mohd Jan Abdul Ghani ketika

menjadi Tan Mas boleh menunggu selama 18 tahun dengan sabar

dan ini adalah sifat undang yang terbaik dan taat kepada ketua.

6 | P a g e

Sebenarnya harus diingat bekas Dato‟ Baginda Tan Mas banyak

melakukan kesalahan yang melayakkan ia dipecat. Sila rujuk satu lagi

laporan yang disertakan iaitu Sistem Hukum Jenayah Adat Menurut

Perspektif Adat Dan Syarak, Salah Laku Adat Dato’ Baginda Tan Mas

Dato Muhammad Bin Haji Abdullah Dan Dato’ Jenang Dan Dato’-Dato’

Yang Menyerbu Balai Undang Pada 27 Mac 2016 dari pagi hingga

petang

Semua perkara ini harus diambil kira sedalam-dalamnya kerana

dibimbingi akan berlaku pecat memecat di dalam luak-luak yang lain.

Dan yang akan mendapat malu adalah sistem Adat Perpatih di Negeri

Sembilan itu sendiri.

PERTUDUHAN DAN JAWAPAN

1.1 Pertuduhan yang pertama

YTM Dato‟ telah membenarkan perlantikan Allahyarham Haji Sulaiman

bin Kichut sebagai Tok Pawang dari suku yang lain. Allahyarham adalah

daripada Suku Mungkal. Sepatutnya jawatan Tok Pawang itu diwarisi

oleh anak buah daripada Suku Biduanda Kebangsa. Melantik orang yang

tidak memenuhi syarat dari segi adat boleh mencemarkan imej Undang.

Oleh yang demikian, YTM Dato‟ telah „menghina pesaka dan adat

istiadat‟ di bawah „Kesalahan Berat‟ (Rujuk: Suku “Gemuk Berpupuk

Segar Bersiram” m.s 93 – perenggan 44.4 – 1(d).

Jawapan Kami :

Sungguh pun jawatan Tok Pawang dimestikan dari Suku Biduanda

Kebangsa, tetapi memandangkan jawatan Tok Pawang ini telah kosong

oleh kematian Tok Pawang Yahaya bin Abdullah dari Suku Biduanda

Kebangsa maka Kami selaku penyandang Undang mestilah melantik Tok

Pawang bagi menjaga kebesaran daulat zahir dan batin. Semasa ketiadaan

itulah pemangku sementara dilantik iaitu Tok Pawang Sulaiman bin Kicut

untuk sementara sehingga mendapat mata benih yang sesuai dan mampu

untuk menjalankan tugas ini. Bak kata perpatah “Busut jantan tempat

Undang menyandar badan”.

7 | P a g e

Rumusan :

Dato Pawang sekarang ini adalah daripada Suku Biduanda Kebangsa

1.2 Pertuduhan Kedua

Semasa kerjan YTM Dato‟ yang diadakan pada 13 hingga 18hb Mei 2008

(5 malam) sembelihan yang dibuat adalah lembu. Sedangkan dari segi

Adat Johol sembelihan mestilah lima ekor kerbau untuk jamuan makan

selama lima malam. Begitulah peraturan yang ditetapkan mengikut adat

istiadat Luak Undang Johol sepertimana yang termaktub di bawah tajuk

“Istiadat Kerjan Dato‟ Undang Johol dan Peranan Makan Gobah” (Rujuk:

Buku “Gemuk Berpupuk Segar Bersiram Luak Johol” m.s 65 perenggan

36.1).

Jawapan Kami :

Walau pun di dalam pengamalan adat perpatih kerbau itu adalah sebagai

lambang serta simbolik dan diguna pakai untuk jamuan atau olek besar di

Negeri Sembilan seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Tetapi oleh

kerana dek putaran masa dan musim ada ketikanya kerbau tersebut sukar

mendapat bekalan, memandangkan kekurangan penternak binatang

tersebut. Maka lembu amat mudah didapati di pasaran atau pemilik

kampung. Maka ketika itulah bak kata perpatah “Rezeki sampai oleknya

godang, apa yang sampai rezeki Tuhan”. Maka itulah yang termampu

oleh Kami untuk menjamu rakyat sekalian. Kerja ini adalah kerja

Dato’ Baginda Tan Mas bukan kerja Undang. Mengapa beliau tidak

mencari kerbau hingga ke Siam. Ini adalah kesalahan beliau

bukannya Undang. Ibarat meludah ke langit tertempek muka

sendiri.

Rumusan: Kenapa sudah hampir 8 tahun berlalu cerita kerbau ini timbul

untuk pertuduhan

1.3 Pertuduhan ketiga

YTM Dato‟ telah menidakkan perlantikan Tok Pawang Amerudin bin

Ismail sebagai Tok Pawang sedangkan perlantikan beliau sebagai Tok

Pawang dibuat oleh anak-anak buah Suku Biduanda Kebangsa pada bulan

April 2008 dan telah disahkan oleh Buapak Suku Biduanda Kebangsa

melalui proses perlantikan yang sah dari segi adat.

8 | P a g e

Jawapan Kami :

Menafikan perlantikan Tok Pawang Amerudin bin Ismail

Tidak menjalankan tugas yang diamanah

Tertib dalam adat tidak dilakukan

Menganggap pembakaran kemayan di bilik kebesaran alat

pusaka luak Johol sebagai syirik

Ini adalah kesalahan terlalu besar kerana Tok Pawang lambang kebesaran

Dato‟ Undang yang menjaga alat-alat kebesaran serta sentiasa

memelihara peralatan ini, Juga menaikkan seri dan semangat zahir dan

batin untuk daulatnya. Pelantikan dan pemecatan adalah pemutus

Undang sebagai pedang pemancung di atas kuasanya.

Rumusan : Dakwaan ini tidak praktikal apa yang berlaku sejak akhirakhir

setiap perlantikan dibuat mengikut muat sahaja yang penting

ibaratkan “puar condong ke perut” dan bukan seperti yang diwar-warkan

seperti kebulatan anak-anak buah di bawah

1.4 Pertuduhan keempat

YTM Dato‟ pernah memalukan dan menjatuhkan air muka YAM Dato‟

Baginda Tan Mas di khalayak ramai di Surau Balai Undang Luak Johol

sewaktu Solat Sunat Aidilfitri tahun 2013. Ketika itu YAM Dato‟

Baginda Tan Mas sebagai mewakili Dato‟-Dato‟ Adat memohon izin

daripada YTM Dato‟ untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada

hadirin bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

kepada YTM Dato‟ dan YM Toh Puan serta para Jemaah yang hadir.

Disebaliknya, YTM Dato‟ telah bertempik memarahi YAM Dato‟

Baginda Tan Mas dengan menghamburkan kata-kata yang berbunyi

“Engkau gilo koh? Ini bukan tompek politik!”. Perbuatan YTM Dato‟ itu

melanggar pantang larang adat seperti mana disebut di dalam Adat:

„Sekecil-kecil anak waris tarafnya sama dengan Dato‟ Lembaga. Anak

waris tidak boleh dimalukan atau memalukan orang lain. Sekiranya

terjadi perbuatan itu maka hendaklah membaiki pesaka. Orang yang

melakukan kesalahan itu tidak berhak menerima sebarang jawatan di

dalam adat‟ seperti mana yang dinyatakan dalam buku “Gemuk Berpupuk

Segar Bersiram” m.s. 18 – perenggan 7.4.6.

9 | P a g e

Jawapan Kami :

Bila dan di mana? Walau bagaimana pun, sudah menjadi tugas Undang

untuk menegur mana-mana yang difikirkan perlu demi kebaikan

kepimpinan Adat Luak Johol. Bak Kata bidalan adat “Undang ini adalah

yang didahulukan selangkah, yang ditinggikan seranting, yang

dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekuku, yang diberi beban berat

dan amanah menunjuk untuk kebaikan bersama. Jadi oleh sebab itu tidak

timbul soal berkecil hati kerana Undang menasihati yang di bawahnya.

Dan oleh sebab itu masing-masing perlulah berlapang dada menerima

untuk kebaikan bersama Bak kata bidalan adat “Undang bertindak

membetulkan lantai yang terjungkit, membetulkan dinding yang

terentas, membetulkan tiang yang terpalang, membetulkan atap yang

terjurai, membetul salah dengan silih”.

Rumusan: Tuduhan ini adalah kabur sedangkan Dato Pawang adalah

barisan yang di hadapan ketika apa-apa pergerakan Dato Undang

1.5 Pertuduhan kelima

YTM Dato‟ tidak mahu menerima perlantikan Tuan Haji Hasanuddin bin

Ahmad sebagai Dato‟ Mengarang Buapak Yang Enam atas hasutan

daripada Mohd Shari bin Abd. Razak, walaupun perlantikan tersebut telah

disahkan oleh Dato‟ Lembaga suku itu sendiri.

Jawapan Kami :

Menerima dan menolak. Ini adalah kuasa mutlak Undang. Ini adalah satu

tuduhan fitnah terhadap Tok Pawang sekarang ini iaitu Tok Pawang

Mohd Shari bin Hj Abdul Razak. Sedangkan ketika penolakan Tuan Haji

Hassanuddin bin Ahmad sebagai Buapak Yang Enam, Encik Mohd Shari

belum lagi menyandang jawatan bergelar Tok Pawang. * Tok Pawang

Mohd Shari berani tampil ke depan dengan bersumpah di atas Al-

Quran menafikan pertuduhan itu. Ini adalah fitnah terhadapnya.

Rumusan:

Setelah hampir lapan tahun Dato Negarang Hasanuddin Ahmad (yang

telah dipecat), bekas Dato Baginda Tan Mas masih menyimpan dan

menyembunyikan kerja-kerja adat yang dilakukan oleh Dato Negarang

tanpa pengetahuan Undang Luak Johol, Buktinya pada 27 Mac 2016,

10 | P a g e

Ahad, Dato Negarang ini muncul bersama barisan Buapak yang Enam

dan Dato Negarang ketika itu sebagai ketua juru cakap untuk mengaibkan

Undang Luak Johol pada hari tersebut. Jikalau begitulah bermakna kuasa

pemancung Dato Undang selama ini tidak diendahkan oleh sekalian Dato

bergelar di Luak ini… Adakah mereka ini benar-benar faham mengenai

amalan adat di Luak ini sedangkan dalam Undang-Undang Tubuh

Kerajaan Negeri Sembilan 1959, fasal 32, jelas menyatakan;

Dikecualikan sebagaimana yang ada dinyatakan dalam ini, maka

bahagian ini tiadalah menyentuh aturan dan Adat Negeri Sembilan

zaman perbakala, tetapi aturan dan adat zaman perbakala itu

mana-mana yang tidak berlawanan kehendak dengan bahagian ini

akan berjalan seperti dahulu juga.

1.6 Pertuduhan keenam

YTM Dato‟ telah melantik Encik Mohd Shari bin Abd Razak sebagai Tok

Pawang sedangkan beliau catat anggota badan (tempang) sebelum

memegang jawatan. Ini merupakan syarat atau pantang larang dalam

„Pemilihan Ketua Adat‟ seperti mana yang termaktub di bawah perenggan

34.2 – 1(c) m.s 61 dalam buku „Gemuk Berpupuk Segar Bersiram‟.

Jawapan Kami :

Menafikan dan menidakkan perlantikan jawatan Tok Pawang

berlandaskan cacat anggota (tempang) adalah satu penghinaan terhadap

golongan orang kurang upaya. Pekeliling telah dikeluarkan di bawah

Kementerian Kebajikan Pembangunan dan Keluarga telah mengangkat

golongan cacat anggota OKU sebagai insan istimewa dan ini adalah satu

penghinaan terhadap mana-mana keluarga yang mempunyai anak

anugerah seperti ini. Maka di sini walaupun ini merupakan pantang

larang adat tetapi yang lebih penting Kami dapat mengangkat golongan

ini agar tidak dipinggirkan dan setidak-tidaknya mendapat sedikit elaun

daripada kerajaan demi kelangsungan kehidupannya yang mempunyai

isteri dan tanggungjawab ke atas tiga orang anaknya yang masih

bersekolah. Kami percaya, beliau walau pun seorang OKU tapi mampu

untuk membuat kerja kepawangan yang diamanahkan.

11 | P a g e

Ini sejajar dengan kata-kata adat lama yang tidak membazirkan peranan

sesiapa sahaja yang boleh berfungsi dalam Adat dan jika dibuang kerana

sesuatu yang tidak dianalisis sedalamnya boleh membawa kerugian.

Yang buta penghembus lesung

Yang pekak pelepas bedil

Yang lumpuh penghuni rumah

Yang kuat pembawa beban

Yang bingung disuruh-suruh

Yang cerdik lawan berunding

1.7 Pertuduhan ketujuh

YTM Dato‟ tidak sepatutnya melantik Encik Mohd Shari bin Abd Razak

sebagai Tok Pawang sedangkan beliau berkahwin dengan orang dari luar

Luak Johol. YTM Dato‟ telah terang-terang melanggar „Pantang Larang‟

adat sepertimana yang termaktub di bawah tajuk “34. Pemilihan Ketua

Adat” perenggan 34.2 (b) dalam buku “Gemuk Berpupuk Segar

Bersiram” m.s 61 & 62.

Jawapan Kami :

Walau pun Tok Pawang Mohd Shari berkahwin dengan orang luar luak

Johol tetapi isterinya merupakan orang Kampung Cheriau, Kuala Pilah

(merupakan Suku Selemak Pahang Lingkungan). Datuk Lembaganya

bergelar Datuk Andika Haji Azli bin Awaluddin adalah sepupunya.

Beliau merupakan Apit Lempang Empat Orang Besar Istana Seri

Menanti. Walau pun diluar luak Johol tapi masih bersuku sakat. Dan

salasilah keturunan isterinya sebelah ibunya. Moyangnya Raja Abu

Bakar ayah kepada Tengku Ibrahim pernah bekerja sebagai penasihat di

Istana Besar Seri Menanti. Beliau mempunyai anak bernama Tengku

Ishak, pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Rembau dan

pernah memegang jawatan Personal Secretary Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Almarhum Tuanku Jaafar semasa menjadi Yang Di Pertuan Besar

Negeri Sembilan. Begitu juga semasa Almarhum menjadi Yang Di

Pertuan Agung seketika dahulu. Moyangnya Haji Mahmud bin Hj Lateh

pernah memegang jawatan Kadi Besar pertama di Istana Besar Seri

Menanti di mana ketika itu di Kuala Pilah mempunyai satu sahaja pejabat

kadi iaitu di Istana Seri Menanti. Manakala speaker Dewan Negara YB

12 | P a g e

Tan Sri Abu Zahar Ujang adalah datuk saudara kepada isteri Tok Pawang.

Sebelah ayah isteri Tok Pawang berketurunan Syed Al-Qadri kerabat

Tengku Besar Tampin yang ada sekarang ini. Kepada YAB Dato Menteri

Besar Negeri Sembilan, isterinya YM Datin Seri Raja Salbiah Binti

Najamuddin adalah ibu saudara kepada isteri Dato Pawang Tengku

Sharifah Fazilah Bin Syed Agil Al-Qadri.

1.8 Pertuduhan kelapan

YTM Dato‟ telah mengelirukan orang ramai di dalam dan juga di luar

Luak Johol dengan menamakan Balai Undang Luak Johol sebagai „Istana

Kediaman DYTM Datuk Undang Luak Johol‟ ditembok sebelah kiri pintu

masuk ke Balai Undang. Perbuatan YTM Dato‟ menjatuhkan imej YTM

Dato‟ sebagai Undang Luak Johol yang seolah-olah cuba menunjukkan

bahawa di Negeri Sembilan ini terdapat dua Raja.

Jawapan Kami :

Menamakan Balai Undang Luak Johol sebagai istana kediamaan DYTM

Luak Johol kerana berhadapan kediamaan rasmi Undang Luak Johol

terdapat Balairaya Kampung Renggoh. Maka bersesuaian diberi nama

seperti di atas bagi mengelak dari kekeliruan orang ramai terutama orang

luar. Jika ada tuduhan benci Kami terhadap DYMM Tuanku tidaklah

Kami bersama-sama menamakan Tuanku Mukriz Ibni Almarham Tuanku

Munawir sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sayugia diingatkan bahawa di Negeri Sembilan ini terdapat enam orang

raja iaitu 4 Dato Undang, Tunku Besar Tampin dan Yamtuan Besar

sebagai pengerusinya dalam Dewan Keadilan Dan Undang. Mengikut

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Dato Undang

Johol juga adalah salah seorang daripada Raja di Negeri Sembilan. Dan

ini juga diperkukuhkan Dalam perlembagaan Persekutuan perkara 181,

bahawa Dato Undang Juga adalah Raja. Dato Undang Johol juga adalah

benih daripada Almarhum Tuanku Bendahara Sekudai yang mempunyai

empat orang anak iaitu Johan, Pahlawan,Lela Perkasa dan Setiawan.

Jika mengikut sejarah, Liman yang dipercayai suami Dato‟ Setiawan

adalah Sulaiman anak Sultan Abdul Jalil tetapi telah turun takhta bila

Raja Kecil berkuasa di Johor. Anaknya Sulaiman melarikan diri dari

Johor dan mendapatkan bantuan anak Raja Bugis lima bersaudara

diketuai oleh Daeng Merewah bagi mengalahkan Raja Kecil. Sulaiman

13 | P a g e

menaiki takhta Johor dalam tahun 1723 sama dengan tarikh Dato‟

Setiawan menjadi Undang Luak. Gelaran sebenarnya ialah Sultan

Sulaiman Badrul Alam Syah. Bila ia naik takhta 1723, ia ikhtiraf isterinya

Dato‟ Setiawan jadi Undang. Dato‟ Setiawan meninggal tahun 1740 dan

dikebumikan di Tanggai dan Sultan Sulaiman meninggal di Riau. Selama

20 tahun selepas kematian isteri ia tetap membantu Johol. Sebenarnya

Dato Setiawan ini seorang yang setia pada suami, ayah dan Luak Johol.

Jadi berdasarkan semuanya ini sudah terang lagi bersuluh.

Berdasarkan hal ini adalah lebih daripada layak untuk menggunakan

Istilah Istana, Duli dan sebagainya yang berkaitan. Jika kita lihat

perkataan Yang Teramat Mulia cuma layak kepada sifat Tuhan dan

bukan kepada sifat manusia dan kemudian perkataan Duli

bermaksud habuk di bawah tapak kaki. (Sila rujuk kamus Dewan

Edisi Keempat)

Jika kita fahamkan betul-betul, di situ bermaksud sifat hamba iaitu

sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Jadi bila ada perkataan Duli di

hadapan baharulah ada sifat hamba yang menjadi khalifah Allah di bumi

ini yang layak menjaga syarak dan juga adat di Johol ini. Begitu juga

perkataan Yang Maha Mulia cuma layak kepada Allah sahaja dan bila ada

perkataan Duli dihadapan baharulah kita boleh memakainya dengan yakin

kerana ada sifat hamba di situ iaitu pemimpin yang didahulukan

selangkah, ditinggikan seranting, dilebihkan sekuku, dipanjangkan

serambut dan diberikan beban berat petuah amanah untuk memimpin

umat. Kesimpulannya tiadak ada isu dalam pertuduhan ini.

1.9 Pertuduhan kesembilan

YTM Dato‟ ketika menyambut Hari Keputeraan Yang ke 75 yang

berlangsung pada 10 Ogos 2015 telah melakukan tiga perlanggaran adat:

Satu. Di dalam majlis tersebut YTM Dato‟ telah melantik tiga orang

daripada kalangan kaum Cina dengan gelaran „Orang Besar Balai

I.D.P.U.J)‟, iaitu :

(i) Encik Gan Choon Hin

(ii) Encik Yap Eng Boon

(iii) Dato‟ Yeo Joo Teck

14 | P a g e

Dua, YTM Dato‟ telah juga melantik dua orang dari luar Luak Johol

sebagai „Orang Besar Balai – D.P.U.J). Mereka adalah:

(i) Dato‟ Abd. Talib bin Bachik

(ii) Dato‟ Muhammad Faizal bin Musa

Pengurniaan bintang-bintang tersebut melanggar „Undang-Undant Tubuh

Kerajaan Negeri Sembilan 1959‟ seperti mana yang dihuraikan dalam

Bab 7 – Kehormatan dan Kebesaran-Kebesaran yang termaktub seperti

berikut:

“Gelaran-gelaran dan kebesaran-kebesaran

Yang Maha Mulia ialah cucuran segala kehormatan dan kebesaran dalam

Negeri ini dan baginda sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran

dan kebesaran-kebesaran dan mengadakan Martabat dan Bintang-Bintang

Kehormatan dan Kebesaran sama ada gelaran-gelaran, kehormatankehormatan.

Martabat-Martabat atau Bintang-Bintang ini sudah ada

dikurniakan atau diadakan atau pun belum lagi”

Walau pun sebelum‟Istiadat Pengurniaan Darjah Kehormat dan

Penghargaan Tahun 2015‟ itu diadakan YB Dato‟ Setiausaha Kerajaan

Negeri telah mengadap dan menasihati YTM Dato‟ untuk memberitahu

bahawa keputusan YTM Dato‟ itu melanggar „Undang-Undang Tubuh

Kerajaan Negeri Sembilan 1959‟ namun YTM Dato‟ tetap engkar dan

mengenepikan nasihat tersebut. Akibatnya, YAB Dato‟ tetap engkar dan

mengenepikan nasihat tersebut. Akibatnya, YAB Dato‟ Seri Utama

Menteri Besar Negeri Sembilan telah membuat kenyataan akhbar

memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Sembilan tidak mengiktiraf

bintang-bintang kurniaan daripada YTM Dato‟ Undang Luak Johol.

Perkara tersebut tersebar ke seluruh alam yang memalukan bukan sahaja

di kalangan Dato‟-Dato Adat malah ianya menjadi bahan lawak oleh

rakyat di Luak Johol sendiri. (Rujukan buku cenderamata „Istiadat

Pengurniaan Darjah Kehormat dan Penghargaan Tahun 2015‟).

Jawapan Kami :

Pertuduhan ini adalah kabur. Tiada kena mengena dengan Adat. Walau

bagaimana pun segala pengurniaan itu adalah tertakluk di atas kuasa

undang Johol yang mengurniakan Anugerah Pusaka Melayang kepada

15 | P a g e

sesiapa sahaja yang pernah berjasa kepada Luak Johol malahan mereka

inilah yang akan membantu Luak Johol ketika dalam senang dan juga

dalam kesusahan. Bak kata pantun adat;-

Batu kikir jambatan bosi

Gulai udang sebelango

Fikir-fikir dalam hati

Daripada seorang elok bersama

Penganugerahan ini tidak perlu dipertikaikan kerana ia bercorak pesaka

melayang dan bukan bercorak pingat seperti yang dianugerahkan oleh

Yamtuan malahan penganugerahan ini boleh memperkukuhkan lagi

institusi adat diluak Johol.

1.10 Pertuduhan kesepuluh

YTM Dato‟, pada Sambutan Hari Keputeraan Yang Ke 75 yang diraikan

pada 10 Ogos 2015, tidak sepatutnya membenarkan isteri YTM Dato‟,

Puan Khuzaimah binti Ridzuan, memakai selempang milik arwah isteri

YTM Dato‟ yang dahulu iaitu, Allahyarhan YM Toh Puan Saadiah binti

Othman. Perbuatan itu adalah suatu penghinaan kepada Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan serta

tidak menghormati Allahyarham sebagai pemilik selepang tersebut.

Gambar Puan Khuzaimah memakai selepang tersebut turut dipaparkan

dalam buku cenderamata „Istiadat Pengurniaan dan Penghargaan Tahun

2015 Sempena Hari Keputeraan Ke 75 DYTM Dato‟ Johan Lela Perkasa

Setiawan Undang Luak Johol Ke 14 Negeri Sembilan Darul Khusus‟.

Jawapan Kami :

Sebagai isteri yang sah, walau pun kami berkahwin dengan orang luar

luak apabila mengaitkan arwah isteri Kami yang telah kembali

kerahmatullah. Ini adalah satu penghinaan serta memainkan sentimen

keluarga baru Kami agar berantakkan sesama Kami anak beranak.

Pemakaian selempang kebesaran Toh Puan itu adalah hak harta kami.

Pemakaian itu adalah sebagai penghargaan dari Kami yang sah sebagai

Undang Luak Johol, juga sebagai sumbangan dan jasanya menjaga Kami

ketika dalam keuzuran sehingga kini. Alhamdulillah. Apabila menyebut

nama arwah Toh Puan yang meninggal adalah penghinaan keatas orang

16 | P a g e

yang telah tiada. Apa motif sebenar dakwaan beliau dan kuncu-kuncunya.

Bukan selempang ini yang dipersoalkan, sepatutnya doa agar rohnya

dirahmati oleh Allah swt.

1.11 Pertuduhan kesebelas

YTM Dato‟ telah mewujudkan gelaran baru:

(i) Jawatan „Toh Muda Putera Seri Utama Seri Utama Setia

Raja Undang Luak Johol‟ dan melantik anak YTM Dato‟

sendiri, Dato‟ Paduka Jamalal Saidy bin Dato‟ Mohd Jan.

(ii) Jawatan „Toh Muda Sedia Raja Undang Luak Johol‟ kepada

Cik Rabia‟atul A‟adawiyah binti Dato‟ Hj Mohd Jan.

Perkara tersebut terkandung dalam buku „Direktori Dato‟-Dato‟ Adat

Balai Undang Luak Johol‟.

Pewujudan gelaran tersebut adalah sesuatu yang „direka‟ oleh YTM Dato‟

sendiri yang tidak selaras dengan struktur jawatan atau gelaran Dato‟-

Dato‟ Adat dalam suku-suku yang ada di Luak Johol ini.

Oleh yang demikian, YTM Dato‟ telah „menghina pesaka dan adat

istiadat‟ di bawah „Kesalahan Berat‟ (Rujuk: Buku “Gemuk Berpupuk

Segar Bersiram” m.s. 93 – perenggan 44.4 – 1(d)).

Jawapan Kami :

Pertuduhan adalah kabur. Walau bagaimana pun gelaran ini soal biasa

kerana ini tertakluk pada kuasa Undang itu sendiri iaitu Adat ini terdiri

daripada 4 perkara iaitu:-

I. Adat yang sebenar-benar adat

II. Adat yang diadatkan

III. Adat yang teradat

IV. Adat istiadat

Jadi, ia tergolong dalam adat yang teradat iaitu budi bicara pemimpin itu

sendiri untuk menambah atau mengurangkan gelaran yang ada diluak

Johol tambahan pula penambahan gelaran ini boleh memperkukuhkan

lagi institusi adat luak Johol.

17 | P a g e

1.12 Pertuduhan Kedua Belas

YTM Dato‟ telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan

Dato‟-Dato‟ Adat dengan Puan Khuzaimah binti Ridzuan, perempuan dari

Luak Johol yang tidak mempunyai suku. Perkahwinan tersebut sungguh

pun sah dari segi syarak tetapi ia terang-terang melanggar Adat yang

terpakai Luak Johol sejak dahulu kala. Ini termaktub di dalam buku

“Gemuk Berpupuk Segar Bersiram” m.s. 59, perenggan 33.5 – SYARAT-

SYARAT DARI PERUT GEMENCHEH seperti berikut:

1. Anak-anak buah waris perut Gemencheh mestilah

berkahwin dengan salah seorang anak buah perempuan

dari suku yang terdapat di Johol.

2. Mereka hendaklah mempunyai tanah pesaka adat Johol

3. Jika tidak memenuhi syarat di atas pencalonannya terbatal

YTM Dato‟ telah terang-terang melanggar „Pantang Larang‟ adat seperti

mana yang termaktub di bawah tajuk ‟34. Pemilihan Ketua Adat‟

perenggan 34.2 – 2(b) dalam buku “Gemuk Berpupuk Segar Bersiram”

m.s 61 & 62.

Jawapan Kami :

Ini adalah satu fitnah dan pembohongan. Berita perkahwinan kami telah

diketahui oleh Datuk Baginda Tan Mas dan kuncu-kuncunya, Cuma

mereka tidak berani bersuara. Mengapa tidak selepas berada di majlis

ijab Kabul itu, Dato‟ bersama-sama dato adat menyambut kepulangan

Dato‟ Undang bersama Toh Puan baru di kediaman rasmi Undang Luak.

Perbuatan ini seolah-olah ada maksud tersirat yang tidak baik dan

akhirnya seperti yang diketahui Tan Mas telah membuat gerakan

terancang sehingga ke tahap memecat Kami. Perbuatan ini dianggap

derhaka terhadap Kami.

Rumusan: Semasa upacara ijabkabul tersebut, Bekas Tan Mas ada

menghadiri tetapi sebagai seorang pengintip apabila Undang Luak Johol

turun dari kenderaan menuju ke dalam masjid, bekas Tan Mas ketika

berada di kawasan berkenaan tetapi tidak memunculkan diri. Apa motif

disebaliknya. *Maklumat ini boleh diperolehi daripada Dato Pawang

Mohd Shari Bin Haji Abdul Razak. Harus diingat dalam Adat Perpatih

Bekas Tan Mas dan Dato adatnya perlu mencari bakal ganti Tok Puan

18 | P a g e

dalam masa tiga bulan sepuluh hari dan hal ini tidak

dilaksanakannya dengan baik. Ketika inilah sepatutnya ia boleh

merancang untuk cari calon Tok Puan dari orang Johol tapi tidak dapat

dilaksanakannya. Lepas dari tarikh itu Dato‟ Undang cari calon Tok Puan

dari orang luar kerana jodoh, ajal maut dalam tangan Allah. Jadi yang

salah dalam hal ini adalah Bekas Tan Mas dan Bekas Dato‟ adatnya yang

tidak menjalankan amanah yang sepatutnya. Ibarat meludah ke langit

tertempak ke muka sendiri juga akhirnya.

1.13 Pertuduhan Ketiga Belas

YTM Dato‟, telah mengarahkan penebangan kayu balak untuk

kepentingan peribadi YTM Dato‟ sendiri di tanah hutan di kompartment

No. 17, Kawasan Hutan Simpan Gunung Tampin, Daerah Negeri

Sembilan Barat, seluas 199.14 hektar. Perbuatan YTM Dato‟ itu

melanggar Seksyen 15, Akta Perhutanan Negara, iaitu mengeluarkan hasil

hutan tanpa permit yang sah. Kesalahan yang termaktub dalam undangundang

perhutanan Negara ini amat berat.

Tindakan menceroboh hutan tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan

adalah suatu kesalahan jenayah. Oleh kerana YTM Dato‟, sebagai

Undang yang menjadi Ketua Adat di Luak Johol ini, maka tidaklah

mudah pihak Kerajaan mendakwa YTM Dato‟ di mahkamah yang boleh

mengaib dan mencemarkan imej YTM Dato‟ di khalayak ramai. Namun,

jika tindakan pencerobohan hutan dengan ini dilakukan oleh rakyat biasa

sudah tentu orang yang berkenaan itu akan didakwa dan menerima

hukuman yang selaras dengan peruntukan undang-undang. YTM Dato‟

terbukti menunjukkan contoh dan teladan yang tidak baik kepada rakyat.

Perbuatan YTM Dato‟ ini, walau pun belum didapati bersalah oleh

mahkamah tetapi dari segi Adat Johol ia dianggap „Melakukan jenayah‟

sepertimana yang termaktub di bawah tajuk „1. Kesalahan berati‟ dalam

buku “Gemuk Berputik Segar Bersiram” m.s 93 perenggan 1(c).

Jawapan Kami :

Tidak ada kena mengena dengan adat (kabur) dan hal ini cuma wujud

pertikaman lidah sahaja. Dato‟ Undang sepatutnya diberi peluang untuk

mendapatkan hutan tersebut kerana segala hasil tersebut adalah untuk

kelicinan perjalanan adat di Johol juga yang memerlukan kewangan untuk

melaksanakannya.

19 | P a g e

Perlu ada muafakat dan musyawarah

Di situ dihitung senang dan susah

Di situ ditilik beras dan antah

Di situ ditimbang berat dan ringannya

Di situ diukur lebih kurangnya

Bila dimohon sesuatu kawasan hutan itu sudah pasti sudah dikaji baik

buruknya dan sudah pasti ada tujuan baik untuk kebaikan bersama di

Luak Johol.

Tahu menebas memegang adat

Tahu menebang memegang amanat

Tahu berladang menurut undang

Tahu berkebun menurut kanun

Beramu tidak merosak kayu

Berotan tidak merosak hutan

Bergetah tidak merosak rimba

Berumah tidak merosak tanah

Berkebun tidak merosak dusun

Berkampung tidak merosak gunung

Merajuk pada yang kasih

Mengadu pada yang sayang

Mintak pada yang ada

Kesimpulan

Kesemua pertuduhan ini adalah berniat jahat, fitnah, pecah perintah,

ugutan dan irihati sehingga sanggup memperlekehkan adat itu sendiri.

Segala rujukan yang diguna pakai dalam tuduhan ini adalah berpandukan

kepada buku gemuk berpupuk segar bersiram yang tertumpu di halaman

93 perenggan 44.4.1 (d) iaitu kesalahan berat dan kesalahan takdir di

mana isi kandungan bahan rujukan tersebut tidak bernoktah, bukan

sebagai bukti wajib dan terpakai untuk menghukum atau terus diambil

kesemua keterangan di dalam kandungannya, kerana ia berlegar di

persekitaran pemikiran orang-orang yang terlibat ketika itu, dan di atas

pengetahuan separa tahu serta boleh berubah mengikut kesesuaian masa

dan zaman begitu juga keinginan untuk diguna pakai oleh kalangan

mereka yang berkepentingan dalam penerbitan tersebut.

20 | P a g e

Pernah suatu ketika dahulu buku ini telah ditegur kandungan bahannya

oleh seorang Dato‟ bergelar di luak ini di atas isi kandungan yang tidak

selaras susun atur jawatan dan tanggungjawab sebagai penyandang

jawatan. Penyampaian dialog dan susun kata adatnya yang tidak halus

dan penyebutan lenggoknya yang longgar bahkan ada perengan atau

bahan-bahan panduan itu lebih „condong ke perut‟ dan „bagaikan angkat

bakul sendiri‟. Sumber rujukan ini dalam buku ini tidak terwajib dipakai

malah terkata oleh adat “adat rujuk dek sampai menyampai, adat

muafakat dek tahu ilmu, adat ilmu kek rukun Allah”. Akhir sekali

sebagai penutup kata “bukan nak togak si bonang basah togak berdiri si

pasak kayu, indah rumah di pandang indah, seni budi dibawa mati”.

Tuduhan ini adalah semata-mata untuk meruntuhkan institusi undang dan

beradat, maka “term of respect” akan hilang, malah peristiwa guling

menguling dan pecat memecat ini akan berterusan di masa-masa akan

datang dan menimbulkan kerungsingan kepada pengamal-pengamal adat

yang sejati khususnya di negeri beradat ini. Oleh itu untuk mengelak

masyarakat dan rakyat gundah gelana dengan perbuatan yang tidak

beradap ini, maka kemufakatan Ke Bawah DYMM Yang Di Pertuan

Besar Negeri Sembilan bersama Undang yang empat dan Tunku Besar

Tampin menjadi sumber rujukan yang ulung dan sejati serta utuh tak

ditelan dek zaman. Insyaallah.

Akhirnya adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak

bersendikan kitabullah dan kitabullah bersendikan Allah dan Muhammad.

Walau bagaimana bijaksananya manusia berseni berbicara adat maka

jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah dalam kalamnya. Subhanaullah.

Sebagai renungan buah bicara :

Bersabar giliran adalah setia

Menyimpan kuku tajam perkasa

Andainya hilang dua perkara

Hilanglah bangsa rosaklah Negara

Peringatan untuk rujukan

Memandangkan keadaan kesihatan Kami, mampukah Kami untuk

menjawab kesemua ketigabelas pertuduhan dalam kadar segera seperti

yang dikehendaki didalam masa yang terhad iaitu tak sampai setengah

21 | P a g e

hari. Dan kedatangan kesemua ini secara tergempar dan tidak

dimaklumkan terlebih dahulu. Barangkali inilah yang dikatakan

perbuatan terancang demi untuk menjatuhkan institusi adat di luak ini.

Terbukti pada tarikh 27 Mac 2016 bersamaan hari Ahad kejadian yang

tidak diingini telah berlaku. Alangkah malunya Kami sebagai pengamal

adat perpatih yang kaya dengan budi bahasa dan kesopanan.

Kesemua ketiga belas pertuduhan tidak boleh dipakai kerana

persoalannya kabur, bahkan perlantikan Tan Mas itu sebelum ini di atas

pedang pemancung kami, dan akhirnya menikam kami dari belakang.

Subahanaullah…

Ketika pencerobohan di Istana Undang Luak Johol pada 27 Mac 2016

bersamaan hari Ahad, bekas baginda Tan Mas telah siap siaga berpakaian

segak berbaju dan bersongket kuning serta berdesta bagaikan sebagai raja

seolah-olah pintu Istana Duli Yang Maha Mulia Tuanku terbuka luas

untuk menerima Pemahsyuran Bekas Dato Baginda Tan Mas sebagai

Dato Undang Luak Johol yang terbaru….? Dikhuatiri seolah-olah ada

perundingan ghaib telah berlaku. Wallah huaklam.

DATO-DATO ADAT YANG TERLIBAT DALAM PEMBERONTAKAN

Bil Nama

& Jawatan

1 Dato Raja Balang

Dato Haji Sidek Bin

Othman

(Dato Lembaga)

2 Ibu Waris

Gemencheh

Puan Zawiyah binti

Abdullah

Catatan

Beliau sekarang telah kembali semula

kebawah Kaus Dato Undang yang sedia

ada, (telah dikelirukan pemahaman oleh

bekas Dato Baginda Tan Mas. Sekarang

ini dia memegang jawatan ini serta

dikekalkan perlantikan barisan yang

baharu

Beliau sekarang telah kembali semula

kebawah Kaus Dato Undang yang sedia

ada, (telah dikelirukan pemahaman oleh

bekas Dato Baginda Tan Mas, dan selalu

22 | P a g e

Bil

Nama

& Jawatan

Catatan

diganggu melalui telefon dengan niat

untuk mempengaruhi semula tetapi

sekarang dia telah sedar dan memegang

jawatan itu serta dikekalkan pelantikan

mengikut barisan yang baharu

3 Dato Jenang

Dato Zakaria Bin

Mohamad

Peranan Dato Jenang mestilah selalu

disisi Dato Undang untuk memberi

pandangan apa-apa yang penting dan

agak malang sekali fungsi ini tidak

dijalankan hampir satu tahun lebih ia

tidak menjalankan fungsinya di Istana

Balai Undang seolah-olah Dato Undang

dipulaukan. Sepatutnya Tugas Jenang

memastikan kelicinan Pentadbiran di

Istana Balai Undang. Bak Kata-kata Adat

Bertangga Naik berpintu turun, jelaslah

bahawa Dato Jenang in menjaga pintu

masuk Istana Balai Undang memastikan

kestabilan, ketenteraman dan meneliti

siapa yang layak masuk atau pun tidak.

Dan menapis niat-niat sesiapa yang

masuk ke Istana Balai Undang tetapi

keadaan menjadi sebaliknya.. harapkan

pegar, pegar makan padi. Tidak boleh

diharapkan langsung

4

Dato Nengarang

Haji Hasanuddin Bin

Ahmad

Buapak Yang Enam

Telah dipecat sejak

7 tahun yang lalu

Beliau merupakan bekas Buapak yang

Enam bergelar Dato Negarang. Beliau

telah dipecat sejak 7 tahun yang lalu

namun beliau “disimpan” oleh Dato

Baginda Tan Mas seperti mana yang

telah berlaku pada 27 Mac 2016 yang

lalu di mana beliau mendakwa masih lagi

menyandang jawatan Dato Negarang

(Buapak Yang Enam).

23 | P a g e

5

Bil

Nama

& Jawatan

Tok Batin

Dato Alam Bin Surut

(Bukan Mata Benih

yang sebenar)

Catatan

Untuk makluman kehadiran ke setiap

kali majlis di Istana Luak Johol tidak

dimaklumkan terhadap beliau. Ini adalah

kerana sikap yang tidak baik yang

dilakukan bekas Dato Baginda Tan Mas

agar kemesraan antara Tok Batin dengan

Undang Luak renggang.

Jika dikaji secara mendalam, menurut

laporan bekas Pegawai Orang Asli Kuala

Pilah iaitu En. Tarmizi bahawa jawatan

tok Batin ini pernah tergantung selama

11 tahun kerana anak-anak buah

mempertikaikannya. Ayah kepada Tok

Batin ini keturunan Negeri Sembilan

manakala Ibunya keturunan Pahang. Dan

ibunya tak pernah dikodimkan. Mana

mungkin orang bermasalah boleh

bertindak secara bersama untuk memecat

Undang.

6 Dato Serumpun

Dato Mohd Roslan

bin Mohamad

(Buapak Yang Enam-

Pelantikan Belum di

sahkan Oleh Undang)

Beliau belum lagi diserah mengadap

(diterima) kepada YTM Luak Johol

maka dengan ini dianggap pelantikan

beliau belum disahkan.

7

Dato Pawang

Amirruddin Bin

Ismail

Beliau juga telah dipecat oleh YTM Dato

sejak 7 tahun yang lalu tetapi beliau

muncul semula pada 27 Mac 2016

setelah “disimpan” oleh bekas Dato

Baginda Tan Mas di atas tujuan untuk

24 | P a g e

Bil

Nama

& Jawatan

(Telah di pecat sejak

7 tahun yang lalu)

Catatan

membariskan Dato-Dato Lembaga dan

Buapak seperti pada hari pencabulan

tersebut terhadap Undang Luak.

8

9

10

Dato Seribu Garang

Hamzah Bin Abd

Rahman

( Buapak Yang

Enam- Keliru dengan

keadaan)

Dato Melano Nordin

Bin Ahad

(Buapak Yang Enam-

Pelantikan Belum di

sahkan Oleh Undang)

Jawatan Dato Adat

dan Juak-Juak

Beliau baharu kematian isteri, beliau

lebih banyak menurut daripada mengkaji

perihal yang sebenar.

Beliau merupakan Buapak Yang Enam

tetapi telah dilantik dan “disimpan”

serta tidak diserah mengadap kebawah

Kaus Dato Undang. Ini merupakan satu

kecacatan adat yang nyata

Ada di antara Dato-Dato Juak dan Adat

dilantik secara sembunyi oleh bekas

Dato Baginda Tan Mas dan ada di

antaranya isterinya bukan dalam

kalangan luak Johol tetapi berasal dari

negeri lain seperti Dato Panglima Besar,

Ismail Bin Harun (Suku Serumpun).

Isterinya berasal dari Negeri Pahang.

Kesan daripada kemelut yang diasaskan oleh bekas Dato Baginda Tan

Mas, diakhir-akhir ini telah berlaku perebutan Jawatan Dato Baginda Tan

Mas daripada kalangan mereka sendiri. Mengikut cerita dan andaian yang

mengatakan salasiah keturunan undang luak Johol yang pertama sehingga

sekarang masing-masing mempunyai ruang untuk mendapatkan hak

jawatan tersebut berdasarkan ilmu yang singkat.

Buktinya; Buapak Yang Enam daripada kelompok tersebut sekarang ini

telah melobi bahawa suku masing-masing layak untuk menyandang Tan

25 | P a g e

Mas dan akhirnya bergelar Undang Luak Johol dan ini telah menjadikan

keadaan Luak Johol huru-hara dan menimbulkan kesan yang tidak baik

kepada pengamal-pengamal yang sebenar. “kerana nila setitik, rosak

susu sebelanga”

Persoalannya… adakah mereka ini benar-benar faham tentang:

a. Adat yang sebenar-benar adat

b. Adat yang diadatkan

c. Adat yang teradat

d. Adat Istiadat…

Semuanya ini adalah kerana mereka tidak faham apa yang dimaksudkan

dengan empat jenis adat ini dalam Adat Perpatih. Segala perkara yang

dibuat pertuduhan di atas lebih tertakluk kepada adat yang ketiga iaitu

adat yang teradat iaitu hak ketua tertinggi adat yang boleh merombak dan

mengubahnya. Kita lihat dalam kepimpinan Sultan Kelantan mereka

boleh mengubah sebutan Daulat Tuanku kepada Allah huakbar sahaja

sebagai lambang menghormati raja. Tekankan betul-betul adat bersendi

syarak dan syarak bersendi Kitabullah dari segi amalannya dan bukannya

menyebut dari segi keindahan perbilangan sahaja.

Jadi pemecatan ini adalah tidak sah kerana melanggar tatacara Adat

Perpatih yang telah diuco dipakai sejak dahulu lagi. Apa yang berlaku

adalah dahaga-dahagi yang memberi malu. Mana mungkin pelepah boleh

melampaui pucuk, kok gading dipiuh, kok tulang dikikis, orang yang

menyandang pesaka luruh dan lucut pesakanya yang akan rosak sehingga

tujuh keturunan.

Perlu difahami pedang pemancung pada keadilan adalah bermaksud

pembicaraan yang adil perlu dibuat bukanlah seperti 27 Mac 2016 itu di

mana mereka orang yang sama adalah penyiasat, pemdakwa, saksi dan

juga hakim. Adat yang dipakai adalah adat berkehendak hati da nada

kepentingan diri. Sudah diketepikan perana ibu waris yang cukup penting

dalam hal ini. Keputusan pemecatan itu tidak bulat kerana masih ada

yang berpihak kepada kebenaran yang dibawa oleh Dato‟ Undang yang

lama. Harus diingat ini adalah adat dan bukannya politik. Kok bulat mesti

boleh digolekkan, kok pipih mesti boleh dilayangkan. Dato‟ Undang yang

lama pula telah berjaya mengisi dato adat yang kosong. Tidak boleh kita

katakana undang boleh dipecat dengan memberi contoh di Rembau

26 | P a g e

contoh, di Rembau ia ada membuat kesalahan besar iaitu menyimpan

gundik cina.

Kesalahan yang dilakukan oleh Bekas Tan Mas dan Dato‟ Adat yang

masih bersamanya adalah suatu kesalahan yang cukup besar dan telah pun

dijatuhkan pedang pemancung dan telah dipecat dan telah diisi dengan

gantinya. Jadi tidak timbul soal mereka perlu diterima semula. Adat tidak

perlu berdolak dalik dan mereka telah diberi peluang untuk rujuk tapi

yang datang tidak semua. Sejarah lama ada mencatatkan Dato‟ Baginda

Tan Mas yang tidak dapat menjadi undang seperti Chek Mek perut Johol

yang bermasalah dan Siama Balek Perut Gemencheh yang meninggal

sebelum sempat menjadi undang.

Bekas Tan Mas dan Dato‟ Adat yang masih bersamanya telah melakukan

kesalahan yang besar kerana melanggar perjanjian di antara Yang Di

Pertuan Besar Seri Menanti dengan Undang Yang Empat di mana ia telah

pergi mengadap menyampaikan hal pemecatan Undang Johol. Tertib ini

begitu besar salahnya kerana ia melanggar perkara empat perjanjian 29

April 1898 itu dan semangat perjanjian ini masih berjalan sehinggalah ke

hari ini. Perkara empat itu berbunyi:

“Jikalau berbangkit perselisihan di antara Undang dengan

Undang, iaitu dari hal perentahan luaknya, jika sekiranyalah beta

mencampori serta mengadilkan dari hal itu, akan tetapi jika pegawai

Undang Yang Empat atau rakyat di dalam perentahan Undang Yang

Empat itu datang mengadap mengadukan hal atau dengan surat

tidaklah kelak beta terima akan pengaduan mereka itu.”

Perlanggaran perkara ini menunjukkan mereka tidak faham adat dan tidak

menghormati akan kuasa Dato‟ Undang yang lain. Jangan sesekali kita

mengubah adat seperti yang dinasihati oleh perbilangan adat di bawah ini.

Surut layu

Patah berkubang

Dicabut mati

Dianjak layu

Jangan amalkan limau masam sebelah

Puar condong ke perut

Kena perut dikempiskan

Kena ke mata dipejamkan

27 | P a g e

Kata adat banyak kiasan

Ditunjuk ia tetapi bukan

Tak faham, kalau tidak direnungkan

Tali Pengikat pada lembaga

Keris penyalang pada Undang

Pedang Pemancung pada Keadilan

Tikam tak bertanya

Pancung tak berkhabar

Perlu diingat perlembagaan Johol ada dalam sabda setiap undang Johol

dan undang adalah sumber kepada undang-undangnya. Jadi sampai

masanya kini perlu dituliskan. Bekas Tan Mas yang telah mengatakan ia

sebagai undang yang baharu tidak boleh melantik Dato‟ Baginda Tan Mas

yang baharu kerana ia tidak ada punca kuasa yang baharu di situ. Jika

dilaksanakan ertinya ia telah membuat satu lagi kesalahan besar iaitu

melanggar perjanjian yang telah dibuat oleh Undang Saeto dahulu. Beliau

telah menyusun pesaka yang sepatutnya menjadi undang. Dengan

permuafakatan gelaran Dato‟ Muda sejak Dato‟ Rambutan Jantan telah

dihapuskan dan Dato‟ Baginda Tan Mas dikanunkan dalam perlembagaan

adat sebagai calon yang utama bakal menjadi undang.

Perubahan mewarisi pesaka undang ini tidak ada tentangan dari manamana

pihak dan akhirnya wujudlah perut Johol dan juga perut

Gemencheh secara bergilir menyandang jawatan Undang Johol. Secara

kebetulan pula Dato‟ Muda Pileh pada masa itu sangat dibenci oleh

orang-orang Johol kerana perangainya yang ganas hingga membawakan

ia dipecat dan gelaran Dato‟ Muda dihapuskan sama sekali. Sebagai

gantinya ialah Dato‟ Baginda Tan Mas seperti yang disebutkan pada

mulanya tadi. Dato‟Baginda Tan Mas Wan Omar Wan Hassan seorang

berpendidikan tinggi dan kemudian menjadi undang dari perut

Gemencheh. Beliau juga adalah anak angkat ayah Dato‟ Onn bin Jaafar.

Sangat hebat dalam pentadbiran pernah jadi kerani dan hakim mahkamah

rendah.

Kami mempertikaikan buku Gemuk Berpupuk Segar Bersiram Luak

Johol yang diterbitkan pada tahun 1996 kerana buku terlalu banyak

kelemahannya dan perlu diingat buku ini adalah dalam zaman Undang

Abdul yang ke 13 dan ini adalah termaktub perlembagaan pada zamannya

dan tidak sesuai pada zaman Undang Dato‟ Mohd Jan Bin Abdul

walaupun pada ketika itu Dato‟ Mohd Jan adalah Dato‟ Baginda Tan Mas

28 | P a g e

dan yang paling tinggi berkuasa dan bersuara adalah Undang Abdul pada

ketika itu. Tan Mas pada ketika itu cuma menjalankan sabda dan perintah

sahaja. Zaman Dato‟ Undang Mohd Jan adalah tertakluk kepada apa yang

disabdakan oleh beliau sebagai Dato‟ Undang sekarang. Malahan tidak

ada pengesahan Dato‟ Undang Mohd Jan untuk bersetuju tentang buku

ini.

Harus diingat buku ini terlalu banyak kelemahannya contoh dalam

sabda aluan Undang Abdul diperakui oleh beliau bahawa buku ini

terdapat beberapa kelemahan. Ini fakta yang harus diperakui oleh

semua. Buku yang bersifat perlembagaan dan rujukan besar sesuatu luak

perlu dibuat dengan teliti, ilmiah dan bersifat tidak boleh dipertikaikan.

Buku ini cuma setakat kumpul bahan, sedikit bincang dan cetak. Deraf

asalnya perlu dibahaskan oleh ramai pihak termasuk pakar. Bila sudah

siap buku ini perlu diseminarkan dan dibahaskan dalam ulasan buku

supaya boleh dikomen apakah kekuatan dan kelemahan supaya boleh

dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa dan hal ini tidak pernah

dilakukan.

Jika ada temubual perlu diletakkan siapakah orangnya kerana perlu dilihat

ia layak atau pun tidak. Pengesahan pakar perlu untuk dilihat

kebolehpercayaannya. Buku ini juga tiada permasalahan kajian ertinya

tiada dijelaskan punca kenapa buku ini dikaji dan tiada diletakan kajian

lepas supaya dilihat kekuatan kajian dulu dan sehingga boleh terhasilnya

kajian ini. Tiada objektif dan soalan kajian yang boleh dijawab dalam

dapatan kajian. Hal ini menimbulkan keraguan maka timbullah ianya

bersifat catatan sahaja dan boleh dipertikaikan. Juga tiada batasan kajian

itu tidak dijelaskan ruang lingkup kajian ikut zaman dan juga masa. Tiada

kepentingan kajian iaitu bila siap kajian ini berguna untuk siapa, tiada

dapatan kajian dan tiada kesimpulan dan cadangan kajian yang mantap

yang boleh dijadikan panduan. Persoalan seperti di atas ini

menggambarkan buku ini terlalu banyak kelemahannya. Sangat diragukan

dan tambahan pula tiada pengesahan pakar.

Bahan penulisannya terlalu cetek kerana tiada bahan dari manuskrip lama

yang berlambak di Arkib dan di Pusat Pengajian Tinggi, tiada catatan

sejarah sebelah Johor yang banyak berkait dengan Johol, tiada catatan

sebelah orang Asli, Ulu Muar, Rembau, Naning, Inas dan sebagainya.

Jika ada pun Cuma bersifat sepintas lalu sahaja. Setiap perkara yang

dicatatkan tiada kesimpulannya yang boleh dipakai dan akhirnya ia

tergantung begitu sahaja.

29 | P a g e

Harus diingat di mana peranan ibu waris dalam adat Johol dan

dalam buku ini kami perhatikan seperti melukut di tepi gantang

sahaja. Walhal kuasanya adalah besar. Adat ini kepunyaan perempuan

dan lelaki cuma menyandang sahaja. Jangan kita melampaui batas dari

orang yang empunya adat ini.

Dato‟ Undang tidak boleh dipecat kerana setiap pertuduhan yang dibuat

sudah dijawab dengan ilmiah dan tiada asas boleh dilekatkan. Undang

cuma boleh dipecat jika gila, tidak waras dan melakukan kesalahan yang

tidak boleh diampunkan. Contoh Undang Luak Sungai Ujong pernah

dipecat kerana Dato‟ Kelana Mohd Yusof Hashim 1889 tidak waras,

Undang Luak Jelebu Undang Ke 9 Dato‟ Mahmud (Kulup) kerana simpan

gundik Cina dari Rembau dan Undang Luak Rembau Dato‟ pekak juga

ada masalah besar di sekitar tahun 1790-1795.

Harus diingat pedang pemancung pada Undang yang datangnya tidak

berkhabar dan tidak berberita dan contohnya zaman Undang Saeto

pemecatan Dato‟ Muda Pileh dari Undang dan bukannya dari Jenang.

Demi kemantapan Luak Johol undang berkuasa melantik untuk

memenuhkan Dato‟ Adat yang kosong kerana darurat dan ianya mengikut

jalur yang telah ditetapkan.

Kami petik pendapat dan pengalaman Dato’ Baginda Raja Haji

Kamaruzaman Meon Lembaga Suku Tiga Batu/Tiga Nenek yang

juga Tiang Balai Luak Johol yang banyak pengalaman dan banyak

melalui berbagai peristiwa di bawah lima Undang Johol dan terlibat

dalam adat selama lima puluh tahun.

1. Sebab- sebab undang boleh dipecat

a. Sawan

b. Gilo

c. Cacat –cela yang tidak boleh diubati --- itu pun belum

tentu boleh dipecat

2. Undang Manap (Perut Monceh)

a. Pecat Dato Jenang Dolah dari perut simpang termasuk

semua buapak yang enam

b. Dipecat sebab nak menukar hak anak waris kepada

Biduando Nengarang, Biduando Kebangso dan

Biduando Potai

30 | P a g e

3. Undang Majid

c. Orang Yang terlibat – Wahab Capon – Kampung Balai

Panjang- Suku Biduanda Nengarang,

d. Jasin Balam.

e. Orang yang paling kuat menentang Nengarang Che

Mat Bin Pelawan Ganti Nengarang Ali yang ketika itu

masih hidup

“Hidup berkerelaan, Mati Berkemulahan (Mati

dilantik semula)”

a. Pergolakan Dato Jenang Wahab cuba menggantikan

pesaka Undang Suku waris kepada kepada Suku

Jenang

b. Buat Perjumpaan dengan buapak yang enam

c. Diketahui Undang

d. Tindakan: Undang beri nasihat tetapi tidak dipecat.

4. Undang Rahman (Perut Monceh)

5.Undang Abdul

a. Semasa Undang hendak dikebumikan, Jenang Wahab

bersama buapak yang enam cuba melantik Cikgu

Ghaffar dari suku Jenang menyandang pusaka Undang

b. Berlaku pertelingkahan antara pemimpin Adat

c. Ibu waris menentang perlantikan tersebut.

d. Beliau dengan pantas mengistiharkan Abdul

Rahman Bin Mad Som Sebagai sebagai Dato

Undang

e. Bukti kekuasaan hak sebenar “adat yang sebenar-benar

adat”

f. Undang Abdul Rahman melantik Jenang Baharu.

a. Tiada pemecatan berlaku

31 | P a g e

Pasal Kodim

Mesti ado Buapak

a. Lembaga

b. Buapak

c. Tua Suku

d. Ibu Soko

Kehadiran Dato –Dato Adat yang sebagai lain dalam majlis

“Berkodim” sebagai pemerhati sahaja … “lubuk orang jangan

dikacau”

Penutupnya pemecatan yang dilakukan pada 27 Mac 2016 adalah tidak

sah dan malahan itu adalah dahaga-dahagi dan mereka telah diberi

peluang untuk bertaubat tapi cuma beberapa orang sahaja yang mahu

kembali ke pangkal jalan. Ibu waris pula telah kembali ke pangkal bila ia

merasai tertipu dan telah bersama Dato‟ Undang Mohd Jan bin Abdul

Ghani dan barisan kepimpinan adat yang baharu telah di isi.

Harus diingat, juga jika disahkan juga pemecatan ini ertinya telah

melanggar adat dan ini akan dijadikan panduan untuk memecat undang

yang lain dan akhir sekali akan timbul akal untuk memecat Yamtuan pula.

Ketahui jugalah Dato‟ Undang Mohd Jan Abdul Ghani masih sah dan

menjadi undang yang sebenar di luak Johol dan masih mendapat

sokongan dari rakyat Johol. Buktinya melalui beberapa aktiviti yang

dibuat yang masih mendapat sambutan hangat.

Sekian, terima kasih.

Kebawah Kaus Duli Yang Teramat Mulia

Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan

Dato’ Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani

Undang Luak Johol

32 | P a g e

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!