30.07.2015 Views

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 0 A n n u a l R e p o r t - ChartNexus

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 0 A n n u a l R e p o r t - ChartNexus

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 0 A n n u a l R e p o r t - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota-Nota Kepada Penyata KewanganBagi tempoh kewangan tujuh belas bulan berakhir 31 Disember 20001 MAKLUMAT UMUMKegiatan utama Syarikat ialah pelaburan induk dan perkhidmatan pengurusan.Kegiatan utama anak-anak syarikat dinyatakan dalam Nota 11 kepada penyata kewangan.2 PERTUKARAN TARIKH RUJUKAN PERAKAUNANTahun kewangan berakhir Syarikat telah ditukar daripada 31 Julai kepada 31 Disember agar selaras dengan tahunkewangan pemegang-pemegang saham terbesar Syarikat, PERNAS International Holdings Berhad dan CapitaLandLimited. Oleh yang demikian, perbandingan jumlah penyata pendapatan, pertukaran dalam ekuiti, aliran tunai dannota berkaitan tidak dapat dibandingkan.3 RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN PENTINGPolisi-polisi perakaunan berikut telah digunakan dengan selarasnya dalam semua perkara yang disifatkan pentingberhubung dengan penyata kewangan.(a)Asas penyediaanPenyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan berdasarkan konvension kos sejarah (yangdiubahsuai untuk memasukkan nilai semula hartanah, loji dan peralatan tertentu dan pelaburan dalam anaksyarikat), melainkan sebaliknya dinyatakan dalam ringkasan polisi-polisi perakaunan penting.Penyata kewangan mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia dan peruntukkan Akta Syarikat,1965.(b)Asas penyatuanPenyata kewangan disatukan merangkumi penyata kewangan Syarikat dan kesemua anak-anak syarikatnya yangdisediakan hingga akhir tempoh kewangan. Anak-anak syarikat adalah syarikat-syarikat dimana Kumpulanmempunyai kuasa untuk mengambilalih polisi kewangan dan operasi bagi mendapatkan keuntungan daripadaaktiviti-aktivitinya.Anak-anak syarikat disatukan mulai dari tarikh diambilalih oleh Kumpulan dan tidak lagi disatukan mulai daritarikh dilupuskan. Anak-anak syarikat disatukan menurut kaedah perakaunan pengambilalihan melainkan satuanak syarikat dimana penyata dibuat menurut kaedah pencantuman menurut Piawaian Perakaunan MalaysiaNo. 2 “Perakaunan untuk Pengambilalihan dan Pencantuman” sebagaimana yang dinyatakan dalam Nota 11kepada penyata kewangan.Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan, keputusan anak-anak syarikat yang diambilalih atau dilupuskandalam tempoh kewangan diambilkira dari tarikh pengambilalihan sehingga tarikh dilupuskan. Pada tarikhpengambilalihan, nilai wajar aset bersih anak-anak syarikat ditentukan dan nilai ini dinyatakan di dalam penyatakewangan disatukan. Perbezaan diantara kos pengambilalihan dan nilai wajar aset bersih anak-anak syarikatdinyatakan sebagai muhibbah dalam penyatuan.Di bawah kaedah perakaunan pencantuman, keputusan anak-anak syarikat dikemukakan seolah-olahpercantuman telah dikuatkuasakan sepanjang tahun kewangan semasa dan sebelumnya. Pada penyatuan,perbezaan diantara nilai pembawaan pelaburan keatas nilai nominal saham diambilalih diambilkira ke rizabpencantuman.Semua urusan antara syarikat, baki-baki dan untung belum realis atas urusan diantara kumpulan adalahdihapuskan ; kerugian belum realis juga dihapuskan melainkan jika kos yang tidak boleh dipulihkan sepertimanadalam kes ini kos diambilkira dalam penyata kewangan dengan segera. Bilamana sesuai, polisi perakaunan bagianak syarikat diambilkira bagi memastikan ianya konsisten dengan polisi Kumpulan. Keterangan asing dibuatmengenai kepentingan minoriti.UNITED MALAYAN LAND BHD77

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!