13.07.2015 Views

JootawanApril12.pdf

JootawanApril12.pdf

JootawanApril12.pdf

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Apr 2012 | TEMOOBUAL1Latar belakang Datuk Dr. Rozmeydalam memulakan perniagaan.Dr. bermula selepas mendapat kepakaran iaitupakar perbidanan dan sakit puan pada tahun1999. Lalu Dr. berazam untuk mencari rezekiyang lebih baik lagi. Kalau di hospital kerajaan,gaji memang sudah ditetapkan. Tetapi kalaumahukan pendapatan lebih, kita haruslah memilihuntuk bekerja di hospital swasta. Padabulan Jun tahun 2000, Dr. telah berhenti kerjasecara mengejut iaitu berhenti dalam masa 24jam dari Hospital Kubang Kerian tanpa alasan.Tujuannya hanyalah ingin mencuba cari rezekibaru. Pada masa itu juga Dr. sebenarnya masihbelum mendapat tawaran kerja dari mana-manahospital swasta. Sememangnya keputusanyang dibuat oleh Dr. merupakan keputusanberani mati (kamikaze). Sebab asasnya Dr.sudah mempunyai kepakaran, jadi Dr. merasakantiada masalah untuk terus “survive”.Setelah itu, Dr. berhijrah ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur, Dr. hanya melakukan kerjayang biasa-biasa saja di klinik-klinik swasta.Pada masa itu, “rate” yang dibayar hanyalahRM25-RM30 sejam. Disebabkan Dr.tidak ada pekerjaan, Dr. perlu melakukanapa sahaja yang patut untuk terus “survive”di samping menunggu kemasukkan ataumenjadi doktor pakar di mana-mana hospitalswasta. Itulah yang Dr. buat pada mulanya.Akhirnya, Dr. berjaya mendapat kerja di hospitalswasta iaitu di Hospital Batu Pahat. Akantetapi Dr. hanya bekerja selama 2 bulan sahajadi sana iaitu pada bulan September danbulan Oktober. Disebabkan tak ada rezeki disitu dan juga diatas faktor persaingan yangsengit maka Dr. mencuba rezeki di HospitalPasir Gudang. Sama juga seperti sebelum ini,Dr. hanya bekerja selama 2 bulan sahaja iaitupada bulan November dan bulan Disember.Dr. merasakan rezeki tidak menyebelahi Dr.memandangkan pendapatan hanya di bawahRM5000 sebulan. Sedangkan dengan bekerja“Sepanjang tahun 2003 kitatelah buat sales dan berjayamendapat keuntungan sehinggaRM1.5 Million.”di hospital kerajaan pun sudah boleh mendapatRM7000-RM8000. Ada lagi rezeki selepasitu, Dr. di tawarkan untuk bekerja sebagaipakar perbidanan dan sakit puan di hospitalswasta Putra Medical Centre, Alor Setar.Kalau nak diikutkan, jauh perjalanan Dr. bermuladaripada Kuala Lumpur, turun ke Batu Pahat,Pasir Gudang dan seterusnya ke Alor Setar. Ituadalah satu tindakan berani dan drastik dan jugamerupakan satu keputusan yang cukup penting.Dr. mula berkhidmat pada 14 Januari 2001 diPutra Medical Centre. Bekerja dengan orangakan membuatkan kita merasa tidak puashati. Ada banyak masalah dan isu-isu dalamanseperti berebut pesakit dan sebagainya.Apabila aduan tidak dilayani oleh majikankita dan adanya unsur-unsur sabotaj dan sebagainya,apa yang perlu kita buat samaada teruskan dengan mereka atau pergi ketempat lain. Dr. mempunyai kontrak denganPutra Medical Centre selama 2 tahun.Kontrak Dr. berakhir pada Disember 2002.Selepas itu, apa yang Dr. lakukan, pada pertengahanbulan Jun 2002 Dr. telah membuat pinjamandengan pihak bank dan berjaya mendapatkanpinjaman sejumlah RM1 juta. Pada bulanOktober 2002, Dr. mula mengubahsuai “MaternityCentre” di Jitra. Itu yang Dr. mula berniaga.Pada Januari 2003, Dr. memulakan pembukaanuntuk kesedaran dan Maternity Centre di Jitra.Pada mulanya modal kita pun tidak banyak.Income pun dalam 15 ribu sahaja sebulan.15 JOOTAWAN Apr 2012

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!