13.07.2015 Views

JootawanApril12.pdf

JootawanApril12.pdf

JootawanApril12.pdf

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

www.apeje.my


UNIT EDITORIAL JOOTAWANPENGARAH JOOTAWANAmmar ZaharEDITORLeedya AzmanWARTAWANNor AzianwatyJURUGAMBARLeesyabella AzmanPEREKA GRAFIKSyarifah Abu BakarTEAM JOOTAWANAmily FikriIr. EzwanNik HisyamLinn ComelRammel FirdausPENULIS JEMPUTANHasryn HamkaMohd. FathuallahLinn ComelIr. EzwanIr. SofianIkram AdiAmmar ZaharNik HisyamEn Sunthara SegarDiterbitkan Oleh Ammar Zahar Sdn. Bhd, 52-3, Jalan Dagang SB 4/2, Taman Sg.Besi Indah, Seksyen 4, 43300 Seri Kembangan, Selangor. www.Jootawan.comHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dalam majalahini digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran penerbit, baik dalambentuk cetakan semula, elektronik, rakaman, atau yang seperti dengannya.Ikuti kami di facebook: http://www.facebook.com/Jootawan


KANDUNGAN| Apr 2012“Pesanan Dr. terutama kepadausahawan-usahawan muslim. Pertamanyakita sebagai orang muslimini kita kena faham apa tujuan kitahidup. Dan siapa yang telah menciptakita.”13TEMOOBUALFenomena Dr Rozmey-Rahsia Disebalik JutawanKesihatan28PELABURANEMASJadi Jutawan DenganEmas & PerakOleh:Ir Sofian– Jutawan Logamwww.facebook.com/irsofianfan67DARI MEJAJOOTAWANMINDA & HUKUMTARIKANBagaimana MenarikKesihatan Yang BaikDengan HukumTarikanOleh:Ir. Ezwan34PENGUCAPAN AWAMTeknik BagaimanaMengaplikasikan ElemenKesihatan Dalam PengucapanAwamOleh:Hasryn HamkaTrainer dan Penulis “BuatDuit Dengan Bercakap”http://www.motivasisantai.com9PEMASARAN & JUALANStrategi Semudah A,B,C‘Fresh’ kan PerniagaanOleh:Mohd Fathuallah MohdNawiPenulis bukuRahsia MenambatHati Pelanggan;Ilmu Pelaris JualanTerbongkar© www.fathuallah.com313942Oleh:PERNIAGAANINTERNETProduk Pasti Laku DiInternetOleh:Ammar ZaharPengarah Jootawan danCEO Ammar Zahar Sdn.Bhd.MAGNET REZEKIKetagihan Wang PuncaKemiskinanOleh:Linn ComelBlogger dan UsahawanSpiritual &Psikologi Kewanganwww.linncomel.comKEWANGANMuhasabah KewanganDengan Merenung 7 KesilapanKewanganEn Sunthara Segarwww.suntharasegar.comsuntharasegar@gmail.com.


| DARI MEJA JOOTAWAN“Ucapan terima kasih daripadasaya tak pernah putus untuksemua penulis yang berdedikasimenghasilkan penulisan secarakonsisten.”Bersyukur sekali lagi Jootawan dapat terus konsisten menyediakan informasi setiap bulan kepadasemua. Semoga Jootawan akan terus dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepadasemua..Pada bulan ini, kami mengambil tema kesihatan sebagai tema utama majalah online Jootawan isuApril. Oleh sebab itu kami mendapatkan seorang jutawan kesihatan yang sangat tidak asing lagi,iaitu Datuk Dr Rozmey sebagai cover story pada kali ini.Sangat beruntung kami rasa kerana beliau sememangnya seorang yang terkenal dan tak lokekdengan ilmu dan pengalaman. Banyak yang boleh anda pelajari hasil temoobual dengan beliaukali ini.Dengan usaha yang tak mengenal erti putus asa oleh pasukan Jootawan, saya sendiri sebagaipengarah Jootawan sangat berbangga kerana ianya berjaya membuahkan hasil, iaitu denganmendapatkan seorang selebriti jutawan sebagai cover story kami.Tak ketinggalan juga, penulis-penulis artikel pada kali ini berkongsi sesuatu yang sangat bermaknauntuk membangunkan modal insan pembaca.Ucapan terima kasih daripada saya tak pernah putus untuk semua penulis yang berdedikasimenghasilkan penulisan secara konsisten.Khas untuk pembaca yang ingin mengetahui banyak perkara berkaitan kesihatan, baca kesemuaartikel dalam majalah online ini, kemudian kongsikan laman web kami dengan semua. Denganusaha anda itu, besar nilainya buat kami di JootawanTerima kasih!06 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | MINDA & HUKUM TARIKANOleh:Ir.EzwanUsahawanhttp://RahsiaTarikan.comBagaimanaMenarikKesihatanYang Baik>Dengan HukumTarikanukum Tarikanboleh digunakanuntuk menarikkesihatan yangbaik dan sempurna.Jika andaHmengalami keadaan kurangsihat dan ingin memperolehkesihatan yang lebih baik, berikutadalah tip-tip yang berguna:07 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | MINDA & HUKUM TARIKAN2Anda harus percaya bahawa andaakan sembuh. Perlu diingatkan bahawaapabila berfikir tentang kesembuhan, iamemerlukan kepercayaan terhadapnya.Anda perlu menguatkan kepercayaanyang anda boleh sembuh dengan izin-Nya.34Bayangkan diri anda sentiasadalam keadaan sihat. Apabila andamempunyai masa lapang, baring danpejamkan mata anda dan bayangkan dirianda yang sihat dan menjalani kehidupanini dengan baik sekali. Fikir tentangsituasi di mana anda sedang bersenam,jogging atau bekerja di pejabat denganpenuh kegembiraan. Bayangkan andasedang bermain dengan anak-anakatau sedang bersukan bersama rakanrakananda. Rasakan yang anda adakesihatan yang sempurna. Apabila andamelakukan latihan visualisasi ini dengankepercayan sedekimian, anda haruslahgembira dengan senyuman, memikirkantentang keadaan anda yang baru.Anda perlu bercakap seperti orangyang sihat. Lebih kuat anda percayayang anda sihat, lebih cepat anda akanmembuang kesakitan itu. Keyakinan dirijuga amat penting. Apabila anda membayangkandan memaksa diri anda untukmempercayai sesuatu, disertakan dengankeyakinan diri yang tinggi, suatu yangajaib akan berlaku pada diri anda. Apabilaanda bercakap pada diri anda berulangulang,secara tidak sedar minda andaakan menerima kepercayaan itu. Ini adalahmengapa kepercayaan dan keyakinandiri sangat penting. Hukum Tarikan akanbertindak dengan kepercayaan anda itu.Dengan itu, mulakan dengan bercakapperkara-perkara positif tentang keinginananda.1Anda harus mengubah cara pemikirananda. Orang yang sakit, biasanya dia akan fikirtentang kesakitan yang dialaminya di sepanjanghari. Ia adalah pemikiran dominan dalam mindanya.Lebih banyak anda fikir tentang sesuatu denganpenuh perasaan, maka lebih banyak ia akandatang kepada anda. Lebih banyak fikir tentangkesakitan, maka lebih teruk kesakitan itu.Lepaskan perasaan itu dan lakukan aktiviti lainyang boleh mendatangkan kegembiraan kepadaanda untuk menggantikan pemikiran negatif iniseperti menonton video, membaca atau bersembangdengan rakan-rakan. Pastikan aktiviti yanganda buat itu adalah apa yang anda suka danminat. Apabila anda gembira, anda menghantargetaran positif ke alam semesta. Anda menghantarmesej yang anda sedang dalam keadaangembira dan bebas daripada tekanan. Denganitu, anda akan dapat lebih kegembiraan. Selalulahmenonton komedi, membaca cerita kelakar danberborak dengan rakan atau keluarga yang bolehmembuatkan anda ketawa.Dengan menggunakan 4 langkah di atas, anda boleh menarik kesihatanyang baik kepada diri anda. Semuanya bermula dalam minda anda.Insya Allah…anda boleh menarik apa yang anda inginkan.08 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PEMASARAN & JUALANOleh:MOHD FATHUALLAHMOHD NAWIPenulis bukuRahsia Menambat HatiPelanggan; IlmuPelaris JualanTerbongkar© www.fathuallah.comSTRATEGISEMUDAHA,B,C‘FRESH’ KANPERNIAGAAN09 JOOTAWAN Apr 2012


PEMASARAN & JUALAN | Apr 2012Dalam dunia hari iniyang penuh persaingandan ekonomi yang tidakmenentu, kita sebagai seorangusahawan mahupunjurujual perlu pekaterhadap perkembangansemasa. Jika dahulu ramaiyang berjaya dengan hanyabekerja lebih kuat daripadaorang lain, namunhari ini untuk berjaya kitaperlu lebih bijak dalambertindak dan bukan hanyamenggunakan tenagakudrat semata-mata.Apabila bercerita akantenaga, ini bermaksudkita semua perlu menjagakesihatan diri danmesti sanggup melaburuntuk hidup lebih sihatagar segala perancanganperniagaan dapat berjalandengan lancar.Ada yang gemar melakukan aktiviti sihat sepertibersukan, riadah di taman rekreasi, memancing,berenang dan sebagainya. Mengamalkanpemakanan yang sihat juga tidak terkecualidalam melalui kehidupan yang sihat dan sempurna.Tidak lain dan tidak bukan aktiviti sebeginiakan menyumbang kepada kesihatantubuh badan amnya dan minda khasnya. Jikabadan kita sihat serta minda kita cerdas, apasahaja masalah jua halangan yang melandadalam dunia perniagaan kita akan mampu tanganidan atasi dengan penuh bijaksana.Seandainya kita semua inginkan badan danminda yang hebat, perniagaan kita juga tidakketinggalan untuk sentiasa fresh dan hebat!Jika kita mengabaikan perniagaan kita, makakita ibarat membiarkan perniagaan kita mudahdijangkiti virus yang tak diingini seperti pelangganyang sedia ada beralih arah kepadapesaing kita, kualiti yang kita berikan tidak lagisehebat dahulu, nilai yang ada pada produkkita tidak lagi berharga di sisi pelanggan, aftersales service banyak menyakitkan hati pelanggandan menjauhkan mereka daripada membuatpembelian ulangan, pelanggan yang tidakberpuas hati dengan produk mahupun perkhidmatankita akan memburukkan lagi keadaandengan menyarankan seluruh kenalan merekauntuk tidak lagi berurusan dengan kita lagi.Nampak tak betapa seriusnya virus yang melandaperniagaan kita sekiranya kita tidak menjaganyadengan penuh rapi dan teliti. Sekalipelanggan tidak berpuas hati dengan perniagaankita, maka berjuta kali mereka akan bersemangatuntuk menceritakan kepada oranglain akan keburukan perniagaan kita walaupuntanpa dibayar. Inilah padahnya jika perniagaankita sudah dijangkiti virus!“Mencegah lebih baik daripada mengubati!”Bagi mengelakkan daripada sebarang virusmula menjangkiti perniagaan kita, terdapat beberapalangkah mudah yang boleh kita amalkanagar perniagaan kita akan sentiasa freshdan penuh dengan aura yang hebat apabilasemua pelanggan kita bercerita mengenainya.Berikut adalah strategi semudah A-B-C yangkita semua boleh lakukan dan amalkan bagimengelak daripada berlakunya sesuatu yangtak diingini.10 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PEMASARAN & JUALANStrategi APenuhi PermintaanPelangganYa, strategi yang pertama adalahdengan memenuhi permintaan pelanggan.Tanpa mereka siapalah kita dalamdunia perniagaan. Walau sekecil mahupunsebesar manapun sumbanganmereka terhadap perniagaan kita, hargaimereka dengan menjadi pendengaryang setia.Mereka adalah penyumbang utama kepadapenjanaan keuntungan yang kitaperolehi. Cuba bayangkan sekiranyatiada seorang pun yang berminat untukmembeli produk mahupun perkhidmatanyang kita sediakan, adakah kitaakan dapat menjana sebarang jualan?Tentu sekali tidak!Walaupun produk mahupun perkhidmatanyang kita tawarkan bertarafdunia sekalipun, jika permintaanpelanggan kita tidak endahkan makakesan yang amat besar akan dialamioleh perniagaan kita.Jadilah pendengar yang setia. Bilamanakita banyak mendengar, makapeluang untuk kita menjana lebihbanyak jualan adalah tinggi seterusnyakeuntungan yang lebih besar akandiperolehi.Sebagai contoh, kita menjual produkkesihatan untuk menurunkan beratbadan. Jika kita amati terdapat beribujenis produk kesihatan yang ada di luarsana yang menawarkan produk yanghampir sama dengan kita. Pergi sahajake mana-mana hypermarket, pastiberderet kedai yang menjual produkproduksebegini.Untuk menjadikan produk kita lebihdikenali ramai, apa yang perlu kitalakukan adalah dengan mendekatipelanggan ibarat mereka adalah temanbaik kita. Ambil berat akan masalahmereka yang ingin menurunkan beratbadan kerana kebanyakkannya inginmendapatkan bentuk badan yang idealdan menarik. Jika strategi A ini sudahberjaya, ikuti pula strategi B.Strategi BYakinkan PelangganBilamana pelanggan sudah mula mengenalikita, strategi seterusnya adalahdengan menyakinkan pelanggan supayakita adalah rujukan tunggal bagimereka untuk mendapatkan sebarangnasihat mahupun pendapat.Antara kaedah yang paling berpengaruhuntuk menyakinkan pelangganadalah dengan sentiasa menghubungimereka ibarat kita adalah kawan baikmereka. Hubungan yang melibatkanemosi kebiasaannya akan mempengaruhibakal pelanggan untuk terusmembeli daripada kita kelak. Gunakansemua medium Media Social sepertiFacebook, Twitter dan sebagainya untuklebih dekat dengan mereka semua.Ini kerana perwatakan dan perilakupelanggan zaman kini lebih kepadamengenali jurujual mahupun usahawanterlebih dahulu dan mengambilkira faktor samada berbaloikah merekameneruskan urusan itu tadi bagi jangkamasa yang panjang serta mengelakdaripada tertipu. Ini bermaksud, hargabukan menjadi persoalan utama buatmereka. Asalkan masalah merekaselesai dan dilayan ibarat Sang Raja!Siapa yang untung?Strategi CLakukan TindakanSusulanBilamana masalah mereka sudahdidengari dan diberi layanan yang baik,keyakinan sudah mula berputik makaStrategi C yang terakhir yang perlu kitalaksanakan adalah dengan melakukantindakan susulan ataupun follow up!Ramai jurujual mahupun usahawan yangterlepas pandang strategi yang terakhirini kerana mereka semua lebih utamakanmenjaga hubungan dan terlupaakan matlamat asal mereka iaitu menjanakeuntungan bagi perniagaan.Jika bakal pelanggan itu sudah mulayakin, jangan berlengah serta bertangguhlagi. Tawarkan diri untuk membantumereka menyelesaikan masalah danmencadangkan produk kita sebagaiyang terbaik buat mereka mengatasimasalah berat badan yang berlebihanuntuk mendapatkan bentuk badan yangideal.Lihatlah apa yang telah kita lakukan terhadapperniagaan kita? Kita sebenarnyatelah ‘fresh’kan perniagaan kita untuklebih ramai pelanggan menjalankanurusniaga dengan kita. Andai Strategisemudah A-B-C ini pun menjadi masalahbuat kita dan sukar dilaksanakan, makakita telah mendedahkan kepada apa juavirus yang tak diingini berlaku.11 JOOTAWAN Apr 2012


www.facebook.com/groups/groupjootawan


Eksklusif | TEMOOBUALFENOMENADr RozmeyRahsia Disebalik Jutawan Kesihatan13 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012“Kerana nak lebih,maka kena beranimengambil risikountuk membukabisnes sendiri.Sebenarnya, Dr.telah melakukanperkara yang jarangdi lakukan oleh oranglain dan Dr. mempunyaikeberanian yangluar biasa sepertiberpindah-randahseperti orang badawi.Semata-mata hendakmencari bendayang lebih lagi penuhkeyakinan. Bilakita yakin, sesuatuitu pasti akan mendapatimpak yang lebihbaik.”Datuk Dr. Che Rozmey Che Din( Herba Prima Marketing Sdn.Bhd)14 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUAL1Latar belakang Datuk Dr. Rozmeydalam memulakan perniagaan.Dr. bermula selepas mendapat kepakaran iaitupakar perbidanan dan sakit puan pada tahun1999. Lalu Dr. berazam untuk mencari rezekiyang lebih baik lagi. Kalau di hospital kerajaan,gaji memang sudah ditetapkan. Tetapi kalaumahukan pendapatan lebih, kita haruslah memilihuntuk bekerja di hospital swasta. Padabulan Jun tahun 2000, Dr. telah berhenti kerjasecara mengejut iaitu berhenti dalam masa 24jam dari Hospital Kubang Kerian tanpa alasan.Tujuannya hanyalah ingin mencuba cari rezekibaru. Pada masa itu juga Dr. sebenarnya masihbelum mendapat tawaran kerja dari mana-manahospital swasta. Sememangnya keputusanyang dibuat oleh Dr. merupakan keputusanberani mati (kamikaze). Sebab asasnya Dr.sudah mempunyai kepakaran, jadi Dr. merasakantiada masalah untuk terus “survive”.Setelah itu, Dr. berhijrah ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur, Dr. hanya melakukan kerjayang biasa-biasa saja di klinik-klinik swasta.Pada masa itu, “rate” yang dibayar hanyalahRM25-RM30 sejam. Disebabkan Dr.tidak ada pekerjaan, Dr. perlu melakukanapa sahaja yang patut untuk terus “survive”di samping menunggu kemasukkan ataumenjadi doktor pakar di mana-mana hospitalswasta. Itulah yang Dr. buat pada mulanya.Akhirnya, Dr. berjaya mendapat kerja di hospitalswasta iaitu di Hospital Batu Pahat. Akantetapi Dr. hanya bekerja selama 2 bulan sahajadi sana iaitu pada bulan September danbulan Oktober. Disebabkan tak ada rezeki disitu dan juga diatas faktor persaingan yangsengit maka Dr. mencuba rezeki di HospitalPasir Gudang. Sama juga seperti sebelum ini,Dr. hanya bekerja selama 2 bulan sahaja iaitupada bulan November dan bulan Disember.Dr. merasakan rezeki tidak menyebelahi Dr.memandangkan pendapatan hanya di bawahRM5000 sebulan. Sedangkan dengan bekerja“Sepanjang tahun 2003 kitatelah buat sales dan berjayamendapat keuntungan sehinggaRM1.5 Million.”di hospital kerajaan pun sudah boleh mendapatRM7000-RM8000. Ada lagi rezeki selepasitu, Dr. di tawarkan untuk bekerja sebagaipakar perbidanan dan sakit puan di hospitalswasta Putra Medical Centre, Alor Setar.Kalau nak diikutkan, jauh perjalanan Dr. bermuladaripada Kuala Lumpur, turun ke Batu Pahat,Pasir Gudang dan seterusnya ke Alor Setar. Ituadalah satu tindakan berani dan drastik dan jugamerupakan satu keputusan yang cukup penting.Dr. mula berkhidmat pada 14 Januari 2001 diPutra Medical Centre. Bekerja dengan orangakan membuatkan kita merasa tidak puashati. Ada banyak masalah dan isu-isu dalamanseperti berebut pesakit dan sebagainya.Apabila aduan tidak dilayani oleh majikankita dan adanya unsur-unsur sabotaj dan sebagainya,apa yang perlu kita buat samaada teruskan dengan mereka atau pergi ketempat lain. Dr. mempunyai kontrak denganPutra Medical Centre selama 2 tahun.Kontrak Dr. berakhir pada Disember 2002.Selepas itu, apa yang Dr. lakukan, pada pertengahanbulan Jun 2002 Dr. telah membuat pinjamandengan pihak bank dan berjaya mendapatkanpinjaman sejumlah RM1 juta. Pada bulanOktober 2002, Dr. mula mengubahsuai “MaternityCentre” di Jitra. Itu yang Dr. mula berniaga.Pada Januari 2003, Dr. memulakan pembukaanuntuk kesedaran dan Maternity Centre di Jitra.Pada mulanya modal kita pun tidak banyak.Income pun dalam 15 ribu sahaja sebulan.15 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012Jadi Dr. tidakberpuas hatisebab Dr. percaya bolehbuat lebih banyak lagi. Kerananak lebih, maka kenaberani mengambil risikountuk membuka bisnessendiri. Sebenarnya, Dr.telah melakukan perkarayang jarang di lakukan olehorang lain dan Dr. mempunyaikeberanian yangluar biasa seperti berpindah-randahseperti orangbadawi. Semata-mata hendakmencari benda yanglebih lagi penuh keyakinan.Bila kita yakin, sesuatu itupasti akan mendapat impakyang lebih baik. Ituyang berlaku pada diri Dr.Pada 4 Januari 2003, Dr.memulakan bisnes sendiridengan berbekalkan modalsebanyak RM 1 juta. Bilakita menjalankan sendiri bisneskita, baru kita tahu yangbisnes ini bukanlah perkarayang mudah. Kita pula baru2 tahun di tempat orang danorang pun masih belummengenali kita disampingdengan risiko dan persainganyang ada. Majoriti kawankawanDr. cakap selepas 3bulan pasti bisnes Dr. akan tersungkur.Tetapi AlhamdulillahDr. dapat membuktikan hal initidak berlaku. Sepanjang tahun2003 kita telah buat sales danberjaya mendapat keuntungansehingga RM1.5 Million.Dr. masih ingat pada tahun2004, Dr. telah menimbulkanpersaingan dengan doktortempatan. Di Jitra, sememangnyatelah ada seorang doktortelah pun membuka klinik“maternity” biasa. Apabila Dr.muncul di sana, mereka merasatidak gembira dan Dr. telahdikatakan sebagai pencerobohkampung halaman mereka.Dan doktor tersebut mulamembuat “maternity centre”sama seperti Dr. Di situ mulatimbulnya rungutan yang mengatakantempat Dr. tidak bagus,tempat Dr. mempunyaibanyak kes bersalin dan bayimeninggal, buat kerja tidakelok dan sebagainya. Dr.orang baru dan doktor tersebut“Bila kita menjalankansendiri bisneskita, baru kita tahuyang bisnes ini bukanlahperkara yangmudah.”sudah 8 tahun berada disana.Pesakit semestinya menyebelahidia dan kepercayaan jugalebih kepada dia. Jadi dalampersaingan itu Dr. telah tewas.Sepanjang tahun 2004 kita mendapatkerugian yang banyak.Jumlah kerugian setiap bulan dianggarkandalam 20-30 ribu. Darisitu Dr. telah menstruktur semula“maternity” ini menjadi poliklinikpakar yang dijalankan olehdoktor bawah sahaja. Walaupunpada asasnya adalah pakarsakit puan tetapi kita ada kebolehanyang pelbagai merangkumidari segi rawatan kulit, rawatankanak-kanak dan lain-lain lagi.16 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUAL2Bagaimana DatukDr. Rozmey bolehbermulanya ideauntuk menghasilkanproduk-produk kesihatansepertiproduk untuk pelansingan tubuh, kecantikan,batin, diabetes, sakit puan,kecerdasan minda dan lain-lain?Kami bangunkan semua produk ini seawal tahun2005 iaitu sejurus selepas Dr. pulih daripadamasalah tekanan daripada persainganpada tahun 2004. Tetapi pada bulan April kitasudah mendapat keuntungan semula. Daripadasitu Dr. nampak kita tidak boleh mengharapkankepada hospital semata-mata sebabnyamargin keuntunggannya tidak banyak. Dr. adalahseorang yang berani dan suka mencuba.Daripada situ Dr. terfikir untuk bekerjasamadengan pakar yang dulunya kawan di HospitalPerubatan Kubang Kerian. Berdasarkanpengalaman Dr., kita buatkan satu programyang utama iaitu JusMate 5, dR-II dan dR101.Produk-produk ini mula diterbitkan pada tahun2005. Sebelum pengedaran produk-produktersebut, kita perlu “test” terlebih dahulu danmengambil testimoni daripada pesakit-pesakitdan mereka ini perlu mengambil masa selamabeberapa bulan untuk menampakkan keberhasilanproduk tersebut. Kita juga memerlukanmasa untuk berulangkali mengkaji formuladan sentiasa meningkatkan mutu formulaproduk kita sehingga ia benar-benar berjayamendapatkan formula yang terbaik. Dr. mulamengedarkan produk JusMate 5 dan dR-IIpada 1 Januari 2007. Maksudnya produk inimula di jual pada Januari 2007 dan mengambilmasa dari 2005 sehingga 2007 untuk dihasilkandan seterusnya berada di pasaran.3BagaimanakahDatukDr. Rozmey memulakanpemasaranproduk-produk tersebutdan mendapatsambutan yang sungguhmemberangsangkan?Pada awalnya, Dr. pun tidak tahu macammana nak pasarkannya. “Start from zero”.Kita hanya mengikut cara pemasaran yangbiasa dilakukan. Kita mengikut seperti caraorang lain untuk mengiklankan produk kita.Daripada modal yang kita ada, kita iklankanproduk kita dalam saluran media yangutama. Macam yang orang lain buat, kitajuga buat yang sama. Macam dulu “MajalahMingguan Wanita”, atau dalam suratkhabar.Pada awalnya, Dr. sendiri yang meminta tolongpada pihak wartawan dan kita juga harusberbuat baik dengan wartawan. Pada masaitu, modal kita pun tidak banyak dan kospengiklanan pun tinggi. Semua orang fahamhal tersebut. Pada usahawan-usahawan yang17 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012lain, pada mulanya kitaharus berbuat baik denganwartawan-wartawan. Padaperingkat awal, wartawanmemang suka menolong.Mereka akan memberi kitabanyak artikel-artikel percumadan sebagainya. Jadikita mampu mengiklankanproduk-produk kita.Pada masa yang sama,kita juga harus berjimatjimatpada peringkat awal.Iklan pertama produk Dr.telah keluar dalam HarianMetro pada 25 Disember2006. Kalau di cari dalaminternet juga masih ada.Keluar dalam ruangan “Ekspresi”bersama Dr. Nomad.Dr. menceritakan tentangpengalaman Dr. dan jugatip-tip mengenai JusMate 5.Daripada bulan September2006 Dr. mengiklankandalam mingguan wanita.Walaupun sales tidak adalagi tetapi dari situ Dr. sudahnampak betapa pentingnyakita melabur dalampengiklanan. Ini yang banyakusahawan kita tidaknampak. Walaupun produkDr. tidak keluar lagi tetapi Dr.sudah mula melabur dalampengiklanan walaupun duittidak ada. Itu adalah antarakejayaan yang penting.Pengiklanan ini kita kenabuat anggaran walaupunkita tak ada duit. Kita janganiklankan terlalu banyak.Sebab apa yangpenting, kita perlu ada“regular appearance” dalammajalah-majalah utama.Sebab orang mengambilmasa untuk mengenali danmempercayai kita. Kalau kitaada duit dalam 100 ribu dankita habiskan 100 ribu dalammasa sebulan, itu adalah langkahyang tidak bijak. Sebabkita tidak tahu apa yang akanterjadi. Mungkin kita bolehhabiskan 100 ribu dalam masasetahun. Pelanggan akan lihatiklan tersebut ada lagi dan lagisetiap bulan. Walaupun kita takada duit tetapi orang lain takkantahu yang kita tak ada duit.Pengguna hanya nak tahu iklanini sentiasa ada. Maksudnyaiklan tersebut kena konsisten.Kita harus faham dalam kontekpemasaran, kita mestipilih yang terbaik. Terbaik disini bermaksud info kita mestisampai kepada pengguna.Takkan kita nak buat satu bisnes“platform media” sendirisama ada media cetak, mediaelektronik ataupun media secarainternet. Tapi apa yangboleh kita buat, kita bolehberkongsi dengan mediamediayang sudah “establish”tetapi ianya datang bersamadengan harga. Macam kitabekerjasama dengan Metro.Metro mempunyai 4 juta pembaca.Sebab tu kita kenabekerjasama dengan mediayang telah diakui dan dipercayai.Itu yang semua usahawan patuttahu. Tetapi harganya mahal.Walaupun begitu, kita juga kenaberjimat-cermat pada peringkatawal Kalau kita buat “fliers” danagih-agihkan, orang sudah tidakpercaya dengan “fliers” sekarang“Walaupun kita tak adaduit tetapi orang laintakkan tahu yang kitatak ada duit. Penggunahanya nak tahu iklan inisentiasa ada. Maksudnyaiklan tersebut kena konsisten.”ni. Ataupun “fliers” diletakkanpada kereta atau cermin kereta.Orang tidak suka malahan adayang marah pula. Kita kena fahamdan cari satu media yangsemua orang boleh terima. Apayang media cakap, orang bolehpercaya. Itulah media-mediayang utama, media cetak, mediaelektronik. Pada masa yangsama juga kita kena ada mediakita sendiri yang murah tetapiboleh sampai kepada banyakorang. Sebab teknologi ini sentiasaberkembang. Sama adawebsite kita sendiri, blog, facebookatau twitter. Benda ini yangkita perlu kuasai sebab ianyamurah dan bukan sahaja kitayang ada tetapi orang lain punada juga. Kita maintain namadan produk kita saja keranaorang akan datang cari kita.Itulah 3 perkara yang pentinguntuk saya kongsikan18 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUALdengan usahawan kita. Pemasarandan pengiklananadalah nombor satu. Dan usahawanjuga wajib “spare” duituntuk pengiklanan. Dalam“list pricing product”, merekapatut memasukkan quotationuntuk pengiklanan. Ini adalahkelemahan “majority” usahawankerana mereka tidakmemasukkan pengiklanan inike dalam kos produk. Merekalupa. Kerana pada peringkatawal, ramai yang akan bersaingdengan kita nak jualproduk paling murah. Itu salahdan tak 100% betul. Mungkinjuga 100% betul tetapi mungkinbukan yang terbaik. Yangterbaik adalah kita bersaingdengan menjual produk yangberkualiti, berkesan dan selamat.Inilah prinsip Dr.; jujur,amanah, setia, dan bijak.Jujur bermula pada diri kita,perniagaan kita dan produkkita. Banyak kes kalau kitatengok perniagaan yang tidakjujur. Akhirnya lingkup danrugi. Contohnya produk yangdi campur dengan bahan kimia.Kita berniaga sekejap sahaja.Di mana kita nak lari keranaakhirnya akan terkeluarjuga cerita itu. Bila “branding”keluar, produk yang kita dahbuat 10 tahun, 6 tahun dan5 tahun hancur sekelip matakerana kita tidak jujur denganpelanggan. Mana patut kitanakkan duit pelanggan tetapipada masa yang sama kitabagi racun pada mereka. Dankita juga kena melatih usahawankita untuk jujur, amanah,setia dan bijak. Kalau setakatmelalui proses “training”biasa, kita tidak bolehmenguasai pasaran.Dr. hasilkan produk dan Dr.tidak ada “platform” untuk jualproduk Dr. itu. Jadi Dr. iklankanproduk Dr. ke dalam majalah.Kemudian ada peniaga-peniagayang sudah berada di pasaran,berminat untuk mengambilproduk kita dan bertindak sebagaipengedar. Kita ada produkdan kita hanya berfikir untukpasarkan produk untuk di jualsahaja. Tetapi kita tidak mahuberfikir untuk buat “platform”pemasaran sendiri. Ini adalahkelemahan orang kita. Dr.dulupun bermula seperti itu juga.Bila Dr. pasarkan produk Dr.pada bulan Januari dan selesaimembuat iklan, memangada orang nakkan produkkita dan ingin menjadi stokis.Jadi syarat terpulang padakita sendiri. Kalau nak jadistokis katalah kena ambil 30ribu kotak ataupun minimumkena ada 60 ribu modal. Jadidia pegang negeri Selangor,yang ini pegang negeriPerak, orang ini pula pegangnegeri Pulau Pinang, orangyang lain pula pegang negeri“Dan kita kena ingat salesitu, bukan sales yang betulkerana jualan itu dibeli bukanoleh pengguna tetapi dibelioleh pemborong. Jadi produkkita masih lagi belum sampaikepada pengguna.”Johor, misalannya. Jadi kitadapatlah sales dari stokisstokistersebut.Katakanlahsales yang pertama, kita dapat300 ribu. Kemudian kita kenabuat pengiklanan lagi. Dankita kena ingat sales itu, bukansales yang betul kerana jualanitu dibeli bukan oleh penggunatetapi dibeli oleh pemborong.Jadi produk kita masih lagi belumsampai kepada pengguna.Itu kadang-kadang ramai orangkita lupa. Dia ingat bila dahada sales, produk dia dah laku.Stokis pula buat iklan dua, tigakali tetapi barang jualan masihtak jalan. Bila dah tak jalan,stokis pun akan marah padakita kerana produk ini tak jalan.Kita kena ingat kerana ia banyakberlaku kepada produkprodukkesihatan. Itupun telahberlaku pada Dr. Jadi kita kenabuat kajian betul-betul supayamasalah ini tidak berulang.Selalunya kadar keberkesananproduk juga di ambilkira. Jadi Dr. hairan kenapaproduk ini tidak berkesan. Sebagaicontoh produk JusMate5, pembeli beli di kios. Bila19 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012Dr. Tanya cara merekamakan produk tersebut,mereka cakap makanlahmacam mana pun. Padahalbukan macam itu caranya.Dia ada cara makandan diet tersendiri. Tetapimereka-mereka ini, bukanpemilik kedai tersebutyang menjual. Biasanyapekerja mereka yang jual.Dan mereka juga bukanlahmenjual produk kita sahajatetapi beratus produk yanglain juga. Produk kita sahajaada 20 jenis. Jadi merekatidak akan menceritakansetiap satu produk tersebutsecara panjang lebar.Jadi maklumat tidak sampaikepada pengguna dansebab itu pentingnya kitamendapatkan satu “platform”maklumat yang betuldan pentingnya maklumatyang ada pada produk kitasampai kepada pengguna.Pada tahun 2007, kita dapati“platform” jualan yangbiasanya digunakan sudahtidak berkesan. dan Dr. kecewakerana maklumat jugatidak tepat dan salah. Kitapun kehilangan modal selama2, 3 bulan. Tetapi Dr.masih teruskan pengiklanan.Kemudian Dr. mulamencipta satu “platform”baru yang ada “trading” dimana Dr. menggabungkan“trading” dan “networking”.Sebab Dr. pun tak percayapada MLM. Tetapiuntuk kesenangan kita,kita mesti kena ada “networking”.Dr. mula terfikir1 idea. Dr. nak penggunayang berjaya menggunakan“Dalam erti kata yang lain, penggunaboleh menjadi sebagai penjual.Bila dia berjaya menggunakanproduk tersebut, dia mesti bolehmenjual.”produk Dr. mampu memperkenalkan produk tersebut kepadaorang lain. Dalam erti kata yang lain, pengguna boleh menjadisebagai penjual. Bila dia berjaya menggunakan produk tersebut,dia mesti boleh menjual. Bila dia menjual dia pasti mendapat keuntungan.Kemudian Dr. nampak adanya peningkatan perniagaansecara online. Jadi Dr.mula mewujudkan blog dRbuku.com.4MengapakahDatuk Dr. Rozmeymeluaskan perniagaan di bidanglain seperti perfileman (2 Alam) danlaman social (dRbuku.com)?Sebenarnya objektif Dr. terbabit dalam filem adalah kerana Dr.ingin memperkenalkan jenama Dr. sendiri iaitu Dr. Rozmey. Kitacuba “brandingkan” jenama tersebut sebenarnya. Dr. juga dapatrasakan ianya amat berjaya. Kerana semua peringkat masyarakat20 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUALmengenali siapa itu Dr. Rozmey dan juga“popularity” Dr. Rozmey lebih terkenal daripadaselebriti. Oleh itu, Dr. juga dikenali sebagaijutawan selebriti. Di sinilah berlakunyakejadian luar biasa yang Dr. tidak rancang.Dr. buat filem semata-mata untuk memperkenalkandiri Dr. di mata masyarakat umum. Semuapenyokong kata, mereka suka pada Dr.Suka boleh terbahagi kepada dua. Ada yangjenis mereka suka untuk menyokong Dr., ataupunada yang jenis mereka suka membenciDr. Tetapi kedua-duanya pun suka. Kalaumereka membenci, mereka tetap akan menyebutnama Dr. juga dan ini boleh mempromosikan“branding” Dr. sendiri. Satu kumpulanlagi, mereka suka “follow” dan mereka ini akanmenjadi penyokong yang kuat. Maksudnyaada satu “group” menjadi penyokong yangkuat dan satu “group” lagi mempunyai pembenciyang kuat.Walaubagaimanapun, keduaduanyatetap didalam “group” suka. Hahaha.Dari situ, terdapat ramai orang yang akan mengenalidan teruja dengan Dr. dan akan mencariapa yang Dr. nak buat dan apa yang Dr. telahataupun akan buat, kemana Dr. nak membawaperniagaan Dr. dan mereka akan segan dengankehadiran Dr. Ini majoriti yang usahawan laintidak mampu nak buat. Orang lain tidak tahu apakelebihan mereka, apa kuasa dan ketangkasanpemikiran mahupun kreativiti mereka keranakuasa “brand” itu tiada. Mereka kena menciptasatu “brand” seperti yang Dr. Rozmey lakukan.Sepanjang 2010 Dr. sudah melakukannya.Apa yang paling penting sekarang ini, Dr.kena buktikan kepada orang ramai yang Dr.mampu memberi kebaikan kerana produk Dr.disamping berkesan, produk Dr. juga sangatistimewa dan ajaib. Banyak kesembuhan luarbiasa yang telah dapat dibuktikan. Selani itu,Dr. juga kena tonjolkan yang diri Dr. mempunyaikreativiti dan ada hala tuju yang lain daripadaorang lain. Sebagai contoh, Dr. mampu menggunakan“platform” yang orang lain tidak bolehnak cipta dan juga tidak boleh nak gunakan.Dr. suka menderma dan Dr. menderma keranarezeki yang Allah S.W.T berikan. Padatahun Jun 2007, Dr. telah menaja seorang“Adik” daripada Rawang, Selangor. Adik inimempunyai masalah berat badan berlebihan,jadi Dr. menaja dengan memberikan bekalanJusMate 5. Setelah dia menggunu Jus-Mate 5 ini dalam masa lebih kurang 4 bulan,berat dia berjaya diturunkan daripada 210kgke 100kg. Ini yang membuatkan produk Dr.meletup di pasaran pada masa itu. Itu ceritamengenai bagaimana bisnes Dr. mula mendapatsambutan ataupun meletup dipasaran.Bisnes Dr. ni bukan senang orang nak terima.Ianya mesti berlaku daripada satu level yangluar biasa dan Dr. berjaya menjalankan bisnesonline ini untuk mendapatkan kepercayaanorang yang luar biasa. Pada masa itulah ramaiorang mahukan produk Dr. iaitu Jusmate5. Tetapi, produk itu tiada dijual di kios-kiossebab Dr. sudah mengubah sistem pemasaran.Produk hanya berada di HQ sahaja. Jadiapabila orang ramai mahukan produk, merekaperlu “bank in”kan duit terlebih dahulu. Padamasa itu, mesin fax lebih meluas digunakanberbanding penggunaan email. Pembeli akandiminta untuk faxkan slip bank bersertakan“particular” pembeli dan juga produk yangmereka inginkan. Setelah selesai, HQ akanmemulakan proses penghantaran. Kaedah ini21 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012berlaku secara besar-besaran dan jika ianyaberlaku secara kecil-kecilan, “platform” sebeginitidak boleh nak “establish” dan sebabitu juga kita kata “platform” yang kita buatini orang lain tidak boleh nak buat. Penggunamemberi sepenuh kepercayaan kepadaproduk Dr. dan pada Febuari 2008, produk Dr.seolah-olah dilanda TSUNAMI. Dan sehinggasekarang, hanya Dr. yang menggunakan perkataanTsunami. Sememangnya Dr. memangtidak menjangkakan keadaan ini akan berlaku.5ApakahcabaranDatuk Dr. Rozmeydalam menjadi seorangselebriti bisnesdan bagaimanaDr. Rozmey menanganimasalah kontroversi?Terlalu banyak cabaran yang telah berlaku sepertipada tahun 2010 apabila kita membuat filem,orang ramai membenci kita. Cacian pun banyak.Pekara ini memang dasyat kerana ianya bolehmembunuh bisnes kita. Kita cuma buat filemtetapi maki-makian yang kita terima itu mampumembunuh bisnes “core” kita. Ianya berlakukepada aktif minda dimana aktif minda daripadaorang yang membenci akan menyerang kitasehingga bisnes kita boleh rugi. Benda-bendaseperti ini harus dilihat pada jati diri kita sendiri.Bila orang serang Dr., kita bertahan dan tidakmelawan. Kita anggap sahaja yang orangtidak faham dengan apa yang kita buat. Kitajuga perlu “delete” komen–komen negatifmereka dan Dr. teruskan perjuangan kita,hala tuju perniagaan kita, pasaran kita, objektifkita dan akhirnya apa yang paling pentingkita buktikan apa yang kita buat ini betul danmenghasilkan kejayaan yang luar biasa. Danapabila orang yang sakit hati melihat semulakejayaan kita, mereka akan merasa kagumdengan kita semula. Itu adalah kejayaan terbesar.Jadi dalam perniagaan ini jati diri cukuppenting dan hala tuju berserta prinsip Dr. jujur,“Dalam perniagaan inikeadaan yang paling rumitsekali adalah sewaktukita stress kerana ia akanmeletakkan kita dalamkeadaan yang sukar.”amanah, setia, dan bijak. Sebagai orangmuslim kita harus berusaha kuat dan berdoa,kita kena yakin dan tawakal kepada Tuhankita. Itu adalah asas-asas kejayaan Dr.selama ini. Jadi sebesar manapun masalahyang Dr. alami, ianya akan menjadi biasabiasasahaja dan lebih mudah ditangani.Dalam perniagaan ini keadaan yang paling rumitsekali adalah sewaktu kita stress keranaia akan meletakkan kita dalam keadaan yangsukar. Macam mana kita nak cari idea-idea untukkeluar daripada masalah kita dan tukarkanmasalah itu kepada satu kejayaan yang luar biasa.Itu yang susah kalau kita tidak boleh beradadidalam keadaan yang tenang dan berkeyakinan.Kerana itu juga ramai orang gagal.6Apakahkenanganpaling manis dalamdunia perniagaanyang Datuk Dr.Rozmey ceburi?Nak diikutkan kenangan paling manis masihtidak berlaku lagi. Dr. mensasarkan pada tahun2013 Dr. akan menjadi seorang billionairedan apabila ini berlaku, ianya akan menjadidetik-detik dan kenangan manis pada Dr.Tetapi buat masa sekarang ianya masih belumberlaku lagi. Selain daripada itu, Dr. jugapernah mencapai jualan sebanyak RM14 jutadalam masa sebulan. Itu mungkin boleh dijadikankenangan manis pada masa sekarang.22 JOOTAWAN Mac 2012


Apr 2012 | TEMOOBUAL“Jadi 5 tahun akan datangDr. tidak boleh nak gambarkanapa yang akan berlaku.Jadi buat masa sekarang,Dr. tak nak cakapapa-apa lagi.”7Siapakahidola DatukDr. Rozmey?Idola Dr. memang daripada awalnya adalahnabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Denganmenjadikan nabi dan rasul kita sebagai idolaadalah cara yang terbaik untuk kita memotivasikandiri kita untuk jadi yang terbaik. Dan bilamahu jadi yang terbaik kita haruslah memilihorang yang terbaik yang boleh dicontohi sepertiNabi Muhammad S.A.W. Itulah contoh yangkita perlu ikuti. Memang dia jauh lagi baik daripadakita, tetapi kita perlu selalu memperbaikicara kita berfikir, cara kita berniaga dan carakita menjalani kehidupan seharian. InsyaAllahkita akan menjadi lebih bagus dari hari ke hari.8ApakahperancanganDatuk Dr.Rozmey dan syarikatdalam jangkamasa5 tahun akandatang?Perancangannya adalah kita akan memasukipasaran Indonesia. Kita sudah mempunyai rakanniaga yang telah pun menyediakan hampir2 juta networking. Dengan melalui 2 jutajuta pengguna, kita hanya perlu bekerja sedikitsahaja lagi. Kalau mengikut perancanganDr. ianya akan menjadi serangan yang luarbiasa dan kita menjangkakan “sale” kita akanmencecah puluhan juta ringgit ke ratusan jutaringgit. Ini satu rezeki yang luar biasa yangAllah S.W.T. berikan kepada Dr. Kita berjayamasuk ke sana dengan menggunakan “platform”yang sangat “establish”. Itu rezeki yangAllah S.W.T. berikan kepada Dr. Selepas itukita akan memasuki pasaran Arab dan akanbekerjasama dengan pemacu yang terbesardi semenanjung Arab dan akan membawaproduk kita ke 6 negara Arab iaitu Mesir dantidak ketinggalan juga ke India. Jika sudah“establish”, ianya pasti merupakan satu jualanyang besar dan akan memakan puluhan jutaringgit dari segi produk sahaja dan bila ianyasudah benar-benar “establish”, segala-galanyaakan berubah. Di Malaysia juga banyak lagiyang akan Dr. lakukan untuk kembangkannya.Sebab memang Dr. mensasarkan paling awalpada tahun 2013 dan penghujung tahun 2013nak memasuki tahun 2014 itu Dr. sudah menjadibillionaire. Dengan kesungguhan dan takdirAllah S.W.T, InsyaAllah hal ini boleh terjadiawal daripada itu. Sebab Dr. sudah mempunyaisasaran dan kemampuan dalam menjalankanurusniaga yang berbeza daripada oranglain. Jadi 5 tahun akan datang Dr. tidak bolehnak gambarkan apa yang akan berlaku. Jadibuat masa sekarang, Dr. tak nak cakap apaapalagi. Tetapi apa yang boleh Dr.23 JOOTAWAN Apr 2012


TEMOOBUAL | Apr 2012“Macam itu juga kita denganTuhan kita. Kalau kitasentiasa dalam perlindungannya.Kita selalu ingatpadaNya.”cakapkan pada pihak Jootawan, pada masaterdekat ini, inilah yang akan berlaku keranaitulah yang Dr. telah rancangkan. InsyaAllah.Perniagaan dan kehidupan ini semata-matauntuk mendekati Allah S.W.T., menyintaiNya,menyintai NabiNya dan mentaati agamaNyadan menjadikan matlamat perniagaan ini sebagaiFisabilillah. Ini ialah asas-asas yang Dr. seringamalkan. Dan dengan yang ini Allah S.W.T.akan mempermudahkan kerja Dr. Mungkinsebab itu Dr. mendapat rezeki yang luar biasa.Dr. pernah berkata Dr. nak pergi ke Indonesia.Dr. nak mendapatkan puluhan ratusan juta. Bagisegelintir masyarakat akan mengatakan yangDr. seorang yang sombong. Itu bukannya sombongtetapi Dr. yakin dengan perancangan kitadengan bantuan Allah S.W.T. Sebab itu kita perluada komitmen. Semasa kita berada didalamkeadaan yang susah, kita juga yakin bahawaAllah S.W.T. itu bukan mahu menyusahkan kitatetapi ini merupakan satu pertolongan untuk kitamuhasabah diri dan supaya kita memperkuatkandiri dan kita boleh memperbaikinya di manajika akhirnya kita tabah, kita pasti akan mendapatsatu kejayaan. Ini merupakan bahagianyang paling penting untuk orang-orang bisnes.Tidak mungkin orang bisnes naik macam itusahaja. Kadang-kadang dia akan memintapertolongan kawan dia sendiri dimana apaawalnya rakan niaga masih baik tetapi kemudiansetelah melihat kejayaan yang berterusanpada kita, rakan niaga tersebut merasa sakithati pula lalu terjadinya kejadian rakan niagamenghentam kita. Kalau kita sentiasa dekatkandiri dengan Allah S.W.T. InsyaAllah akanmendapat bantuan dariNya. Tetapi kalau kitapun dah lalai. Kita kaya dan kita mula buatmaksiat, kita tungang arak, kaki perempuanatau lain-lain. Masa kita dalam kesusahan,siapa yang akan membantu kita? Masa itulahkita jatuh. Kalau kita kata kita baru nak insaf,kita masih boleh insaf tetapi mengambil masajuga Allah S.W.T. nak terima kita kembali.Seperti contoh kita ada seorang kawan yangdah lama tidak bertegur-sapa. Tentu sukar untukmeminjam barang atau duit pada merekatetapi jika dia dalam keadaan berbaik dengankita kalau dia susah dia nak pinjam duitdengan kita, kita bagi pertolongan kepadadia tanpa banyak bicara. Macam itu juga kitadengan Tuhan kita. Kalau kita sentiasa dalamperlindungannya. Kita selalu ingat padaNya.Jadi semasa susah, pertolongan datangdengan secara mudah. Dan itu asas kejayaanseorang usahawan muslim. Itu yangpaling penting sekali dan harus diingatkan.9PesananDatuk Dr.Rozmey kepadabakal-bakal usahawandan usahawanusahawansediaada yang lain.24 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUALPesanan Dr. terutama kepadausahawan-usahawan muslim.Pertamanya kita sebagaiorang muslim ini kita kenafaham apa tujuan kita hidup.Dan siapa yang telah menciptakita. Ini adalah asas kehidupan.Sebabnya kita mungkinboleh mendapat kejayaanluar biasa, tetapi sebagai seorangmuslim untuk mendapatkankejayaan yang luarbiasa tanpa kenal Tuhan danpaksinya memang satu bendayang agak sukar berlaku.Tidak mudah dan katalahkalau ianya berlaku jugakepada kita, mungkin ianyatidak akan berlaku untukjangkamasa yang lama.Kalau kita kaya pun hanyakaya di dunia sahaja. Danbiasanya kalau kita tidak kenalTuhan kita, kita biasanyakurang nak mengenal orangdisekeliling kita. Kalau kitakaya pun mungkin kita bukanorang kaya yang memikirkankebaikan masyarakatataupun kebaikan ummah.Kalau kita berniaga produkkesihatan, tetapi dalam masayang sama kita berikan racundan sebagainya dengan niatuntuk kita kaya tetapi oranglain mati pun tidak mengapa,ini adalah tidak baiksama sekali. Dr. bercakapdari sudut seorang muslim.Jadi inilah asas–asas yangpenting untuk usahawan.Jadi apabila kita nak menjejakkankaki dalam bidangusahawan ini, perkara utamakita perlulah muhasabah diri.Kalau diri kurang agama,kurang amalan, baiki amalanterlebih dahulu, baiki solatlima waktu, buat yang sunatdan sebagainya supaya kitadisayangi oleh Tuhan dansentiasa menjadikan hala tujukita hanya untuk Allah S.W.T.Asas utama inilah yangDr. sering amalkan.Setiap usahawan juga kenabercita-cita besar. Kalau nakbercita-cita besar, kita haruslahmenjadikan Allah S.W.T. sahajasebagai petunjuk duniaakhirat. Sebab kita bukan nakmencapai kejayaan diduniasahaja. Sebab itu Dr. nak jadibillionaire walaupun ianya satucita-cita yang mungkin susah.Tetapi apa yang Dr. nak kisahkansangat kerana bukannyaDr. perlu bayar apabilaDr. cakap nak jadi billionaire.Nekad, usaha dan berdoa. Pasangstrategi yang terbaik danyakin InsyaAllah boleh nampakcaranya. Bila Dr. cakap nak keIndonesia dan Arab, InsyaAllahakan termakbul. Itu nasihat Dr.pada semua usahawan yanglain. Jangan tengok perniagaandan kehidupan ini hanyauntuk esok dan hanya untukmakan minum dan sebagainya.Tetapiini adalah perjalanankita menuju kepada Tuhan kita“Kita juga nak kaya dan kayasecara free. Kita perlu bukan sahajakaya pada harta, kita jugaharus kaya budi dan amalan. Ituyang kita nak dan niat juga mestilahbaik.”dan kita ingin balik kepada Tuhankita dengan kaedah kitanak disayangiNya dan diredhaiNya.Kita juga nak kaya dankaya secara free. Kita perlubukan sahaja kaya pada harta,kita juga harus kaya budidan amalan. Itu yang kita nakdan niat juga mestilah baik.Disini Dr. suka nak berkongsisecara jujur dengan bakal usahawanapa amalan-amalanyang Dr. sering buat dan Dr.rasa mudah untuk Allah S.W.T.berikan rezeki kepaada Dr.Jadi seawal Dr. ada masalahpada tahun 2004 sampaisekarang ini amalan Dr. selaindaripada sembahyang 5waktu dan menjaga budi bahasakita, sentiasalah melakukanamalan sunat keranaianya adalah perkara yangpenting. Dr. mengamalkanmelakukan Solat Tahajud.Setiap malam Dr. bangunsekitar jam 4.30 pagi ataujam 5.00 pagi. Dr. buat SolatHajat, Solat Witir dan25 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | TEMOOBUAL“Walaubagaimanapun, usahatetap kena ada. Usaha kena maksimumtetapi bezanya memangluar biasa daripada kita hanyamenggunakan tulang empat keratkita. Dr. berharap kepada jutawanjutawanbaru yang masih mudajangan mudah lalai.”kemudian kita berjemaah subuh. Kemudiansekarang ini sudahsetahun 4 bulan, Dr. tambahkanlagi amalan Dr. pada sebelah pagi, Dr. buatSolat Dhuha 12 rakaat, Solat Takbir 4 rakaat,Dr. buat Shalawat Tarbadiah 13 kali dan 3 itempagi ini Dr. “spend” 3 jam. Dan Dr. juga mengamalkanpuasa sunat. Puasa sunat setiap hari Isnindan Khamis ataupun kalau lebih lagi bagus.Usahawan tidak memerlukan modal untuk melakukanhal-hal ini.Tidak perlu membuat pinjamandengan bank.Semuanya bergantungkepada kehendak kita kalau kita nak mendapatkanpertolongan daripada Allah S.W.T.Buat semuanya dengan ikhlas kerana hanyaDia yang dapat memberikan pertolonganyang luar biasa. Sebab itu orang lain merasahairan kenapa Dr. cepat naik. Dr. punya konseptidak susah Dr. tiada konsep khas kecualiDr. “direct” dengan pengguna. Produk Dr. sangatmustajab disamping Dr. tidak perlu salahgunakan agama. Banyak orang salah gunaagama untuk jual produk. Jual produk 30 juzukayat Al-Quran, doa itu dan doa ini. Itu semuaadalah menggunakan agama. Cukuplah Dr.bangun setiap malam, Dr. buat amalan danDr. berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberiyang terbaik kepada pengguna dan sebagainya.Kita tidak perlu menjual agama keranaproduk kita sendiri sudah cukup bagus.Ini adalahrezeki dan anugerah kurniaan Allah S.W.T.Walaubagaimanapun, usaha tetap kena ada.Usaha kena maksimum tetapi bezanya memangluar biasa daripada kita hanya menggunakantulang empat kerat kita. Dr. berharap kepadajutawan-jutawan baru yang masih mudajangan mudah lalai. Bila Allah S.W.T. beri rezekikepada kita, dan kita lalai dengan melakukanmaksiat, minum, ataupun kaki perempuan.Dan apabila Allah S.W.T. tarik balik kejayaanyang telah kita perolehi maka kita akan jatuh.Rezeki atau pun apa yang Allah S.W.T. beri kepadakita jarang berlaku dua kali. Itu kita kenasentiasa ingat kerana jarang kita mendapatbenda bagus dua kali. Usahawan kena sentiasaingat. Ramai usahawan gagal kerana lupadan alpa. Apa yang Dr. pesan ini bukan sahajauntuk memperingati diri orang lain sahajatetapi Dr. memperingati diri Dr. sendiri jugakerana mungkin kita juga akan lalai dan alpa.Hal ini harus dikongsi supaya tidak dilupakanpada tujuan utama kita dengan harapan sentiasadiberkati Allah S.W.T. untuk terus berjaya.26 JOOTAWAN Apr 2012


PELABURAN EMAS | Apr 2012Oleh:Ir Sofian– Jutawan Logamwww.facebook.com/irsofianfanwww.jutawanlogam.comjutawanlogam@gmail.comJADI JUTAWANDENGAN EMASDAN PERAK28 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PELABURAN EMASAssalamualaikum wbt.Salam kejayaan kepada semua pembaca parajutawan semua. Lanjutan daripada artikel sayayang lepas, ramai yang menghubungi sayabertanya soalan kepada saya apakah dia yangdinamakan istilah karat di dalam membicarakantentang emas. Baiklah, tentunya pembacapernah dengar orang bercakap tentang emasdan perkataan ‘karat’ akan keluar dari mulutmereka. Contohnya, “ini emas berapa karat?”,“emas 22 karat ni harga lebih rendah dari 24karat” dan pelbagai lagi.Namun sebenarnya apa itu karat?Perkataan Karat ataupun ‘carat’ dalam bahasaInggeris yang telah diperkenalkan sejak pertengahan15 abad dahulu adalah unit untuk petandaaras ketulenan emas.Jika rujuk dalam wikipedia, karat diterjemahkanke dalam bentuk formula seperti berikut :X = 24 x Mg / MmDimana simbol di atas di terangkan seperti dibawah :• X adalah karat, takat ketulenansesuatu bahan• Mg adalah berat emas tulen atauplatinum di dalam sesuatu bahan itu.• Mm adalah jumlah berat sesuatubahanNamun itu adalah dalam bentuk formula, mungkinagak sukar untuk diterjemahkan dalam bahasayang mudah kita fahami. Apakata kitalihat frasa-frasa di bawah ini untuk menerangkankarat emas . Ukuran ketulenan emas yangpaling tulen adalah 24-karat iaitu mengandungisebanyak 99.9% emas. 24-karat dikira menghampiri100% emas tulen. Dan Jika memperkatakan18-karat pula, ini memberi maksud 18bahagian daripada barangkemas tersebut adalahemas dan selebihnya iaitu 6 bahagian adalahterdiri daripada bahan logam lain. Ataupunpun dalam kata lain sebanyak 75.0% daripadabarang kemas tersebut adalah emas. Manakalajika 12-karat pula, adalah terdiri daripada50.0% kandungan emas dan selebihnya adalahlogam lain.Saya simpulkan ia di dalam bentuk table dibawah bagi jenis karat dan peratusan kandunganemasnya untuk emas bullion mahupunbarang kemas.KARAT SEBUTAN PERATURANEMAS24 999 99.9%23 950 95.0%22 916 91.6%21 875 87.5%20 833 83.3%18 750 75.0%15 625 62.5%14 585 58.5%Untuk makluman,salah satu daripada sifat emas ia adalah lembut dan mudahdi bentuk.29 JOOTAWAN Apr 2012


PELABURAN EMAS | Apr 2012Persoalan timbul mengapa barang kemas selalumenggunakan emas 916? Untuk makluman,salah satu daripada sifat emas ia adalahlembut dan mudah di bentuk. Oleh keranasifatnya begitulah tukang emas tidak menggunakanemas secara 100% dan terpaksa mencampurkannyadengan bahan logam lain bagimembolehkan ianya mudah di bentuk kepadabentuk yang dikehendaki.Bagi kaum hawa yang suka memakai emasputih pula, sebenarnya ia adalah daripada aloiemas dan terdiri daripada kandungan 75.0%emas ataupun 18-karat dan selebihnya 25.0%adalah terdiri daripada perak, nikel, platinumdan palladium. Untuk tujuan pelaburan, sayatidak menggalakkan membeli emas jenis inikerana harga belian baliknya adalah cukuprendah dan sebahagian kedai emas tidakmahu membeli balik emas putih ini kerana dikatakanemas putih tidak laku.Untuk kaun lelaki yang memakai emas samadaemas kuning ataupun emas putih mungkinpetikan hadith ini boleh dijadikan panduantentang hukum memakai barang kemas daripadaemas, dari Ali bin Abu Talib r.a. berkata:“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkandi sebelah kanannya, dan ia mengambilemas kemudian diletakkan di sebelah kirinya,lantas ia berkata: Kedua ini haram buat oranglaki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, AbuDaud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)Namun begitu, terdapat hujah ulamak yang mengatakanbagi lelaki dibenarkan memakai suasakerana kandungan emasnya sekitar 37.5% sahajaataupun 9-Karat.Bagi saya, dari aspek pelaburan saya berpendapatdan menyeru para pembaca Jootawanyang jutawan dan budiman tukarlah lebihan kekayaananda semua daripada duit kepada emasberketulenan 999 ataupun 916 bagi menjaminkekukuhan kekayaan anda di masa hadapan.Berjumpa lagi di lain masa. Insyallah.Salam EMAS dari saya.30 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PERNIAGAAN INTERNETOleh:Ammar ZaharPengarah Jootawan danCEO Ammar Zahar Sdn. Bhd.http://www.facebook.com/ammarzaharpageProdukPasti LakuDi Internet!Memandangkan kali ini Jootawan mengetengahkantema kesihatan, jadi artikel kali ini jugaakan berkongsi dengan anda niche produkyang pasti laku di internet. Nak menjualproduk di internet ni, ada produk yang mudahnak laku dan ada juga produk yang susahlaku jika jual di internet. Jika anda jual produkyang betul, saya jamin anda boleh buat duit diinternet secepat mungkin.Produk tentang kesihatan boleh saya katakanantara produk yang paling laku dijual diinternet. Sepanjang sejarah saya berniagadi internet, dan telah menghasilkan beratusproduk informasi dalam pelbagai niche, secarapurata produk informasi saya dalam niche kesihatanmenerima jualan setiap hari.Dalam niche kesihatan itu sendiri, ada pelbagainiche mikro yang anda boleh sertai. Sayasenaraikan antara contoh-contoh micronichedalam industri kesihatan.31 JOOTAWAN Apr 2012


PERNIAGAAN INTERNET | Apr 20121DietKategori ini adalah antara kategori paling banyakdijual dalam niche kesihatan. Ini berdasarkanpermintaan yang tinggi dimana majoritikaum wanita (terutamanya) inginkan tubuhbadan yang sihat dan ramping. Anda bolehhasilkan produk informasi cara-cara untukkuruskan badan ataupun jual produk oranglain seperti minuman dan makanan kesihatanuntuk menguruskan badan.4Penyembuh penyakitProduk-produk yang menyembuhkan penyakitseperti penyakit tangan berpeluh, tidurberdengkur, dan yang seangkatannya mempunyaipasaran terdesak yang mana kebarangkalianprospek bertukar menjadi pembelisangat tinggi kerana prospek berpenyakit inginmenyembuhkan penyakit mereka secepatmungkin.2Kecantikan wajahHampir semua kaum wanita (yang mempunyaikuasa beli yang tinggi) mengejar kecantikanwajah dan mahu mengatasi masalah jerawat,kulit berminyak, bintik hitam, dan sebagainya.Kalau anda lihat di pasaran luar, ada banyakproduk tentang kecantikan wajah.5Rawatan ketagihanJika anda mempunyai formula seperti caraberhenti merokok, saya jamin produk yanganda jual di internet bakal mendapat sambutanhangat lebih-lebih lagi zaman sekarangni yang mana harga sekotak rokok sudahmencecah RM 10 dan dijangka akan terusmeningkat. Pasti ada pembeli yang berminatuntuk merawat ketagihan mereka.3Pembinaan ototKalau dua point diatas berkenaan wanita, kaliini pula adalah berkaitan lelaki. Produkberkaitan pembinaan otot sendiri mempunyaibanyak pecahan seperti pembinaanbisep, perut, dan sebagainya.Ada sahabat saya menjana pendapatansehingga berpuluh ribu ringgit sebulandengan hanya menjual produk berkaitanpembinaan otot.Ada banyak lagi niche mikro yang tidak saya senaraikan disini. Hampir kesemua niche mikrodiatas telah saya sertai sepanjang saya bergelar usahawan internet. Saya rasa sudah cukupsaya kongsikan 5 niche mikro diatas.Selepas pendedahan saya dalam artikel ini, saya harap anda tidak lagi mempunyai masalah untukmemilih produk yang ingin anda jual di internet. Untuk ketahui cara menjual di internet, andaboleh rujuk artikel-artikel saya dalam isu yang lepas-lepas.Selepas ini, terserah kepada anda untuk ambil tindakan. Kita jumpa lagi dalam edisi majalahonline Jootawan yang akan datang.32 JOOTAWAN Apr 2012


www.empayar.jootawan.com33JOOTAWAN Apr 2012


PENGUCAPAN AWAM | Apr 2012Oleh:Hasryn HamkaPakar Seni Pengucapan AwamTrainer dan Penulis “Buat DuitDengan Bercakap”http://www.motivasisantai.comMotivasiKejayaanTeknik BagaimanaMengaplikasikan ElemenKesihatan DalamPengucapan Awam34 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PENGUCAPAN AWAMAssalamualaikum dan salamkejayaan. Bertemu kembalikita dalam ruangan motivasidan seni pengucapan awam.Dalam artikel kali ini, sayaakan membawakan andasemua untuk mendalamiseni pengucapan awam darisudut kesihatan! Saya akanhuraikan 2 tajuk utama iaitubagaimana teknik menghilangkangementar atau gugupketika hendak berucapdan teknik relaksasi.Tahukah para pembacasekalian?Persatuan Kesihatan Sedunia(WHO) telah menghuraikanmaksud kesihatan denganlebih terperinci di manakesihatan merujuk kepadasuatu keadaan kesempurnaanfizikal, mental, dansosial yang mencukupi, danbukannya hanya ketiadaanpenyakit atau kelemahan.Maka, dalam pada kita sibukmenjaga kesihatan dari segipemakanan, gaya hidupatau perilaku seharian kita,tidak salah untuk kita aplikasikanelemen kesihatandalam komunikasi sehariankita ataupun ketika bercakapdan berucap! Ayuh, teruskanpembacaan anda.Seni berkomunikasi dan pengucapanawam sama adapidato, debat perbahasan,pembentangan, forum atausyarahan, mahupun bernegosiasidengan pelangganmerupakan satu seni unikyang bukan semua orangberbakat menguasainya.Namun begitu, tidak mustahilbagi seseorang untuk menguasaiteknik pengucapanMasalah yang sering dialami ialahgemuruh kerana terpaksa berdepandengan khalayak namun ini dapatdiatasi sekiranya persediaan rapidibuat.yang baik. Apa yang harusdilakukan adalah memberikankomitmen yang tinggi dalammenguasainya serta menjalanilatihan demi latihan yangkonsisten. Perkara ini akandapat menghilangkan rasatidak yakin sewaktu berdepandengan para pendengar.Pengucapan awam dapatdidefinisi sebagai pelahiranbahasa dengan penuh maknamelalui komunikasi lisan (suaradan perkataan) dan bukanlisan (pergerakan anggotatubuh perucap). Walaupun iaagak sukar dikuasai namunterdapat teknik tertentu bagimelatih dan memberi keyakinankepada mereka yangingin membabitkan diri dalambidang sales (jualan) ataupertandingan pidato, debatdan syarahan.Teknik bagaimana ya? Semestinyarutin latihan sepertibercakap di hadapan cerminakan dapat membantu menghilangkanrasa gugup selainmembolehkan kita mengesansebarang kesalahan atauketidaksesuaian dan mengenalpastibahasa tubuh yangbertepatan dengan isi penyampaian.Masalah yang sering dialamiialah gemuruh keranaterpaksa berdepan dengankhalayak namun ini dapatdiatasi sekiranya persediaanrapi dibuat. Kegugupan ini adakaitan dengan stress yangmungkin secara tidak disedaritelah meracuni pemikirananda! Gangguan dari sudutemosi ini yang sebenarnyamenggagalkan seseorang untukberucap dengan yakin!Jadi, disinilah fungsi penjagaankesihatan dapat diaplikasikan.Sebagai contoh, kitaboleh mengamalkan pemakananyang sihat, beriadah,menghindarkan rokok, gulaberlebihan atau kaffein sertamemastikan diri mendapat rehatatau tidur yang mencukupi.Ia sekaligus dapat mengurangkanstress sebelumsesuatu acara berlangsung.Penyampai yang baik, akanmampu menyesuaikan ucapandan teknik penyampaiannyabergantung kepada siapayang akan mendengar bagimemastikan pendengar dapatmenerima mesej dengan jelasbersesuaian dengan keadaanaudiens.35 JOOTAWAN Apr 2012


PENGUCAPAN AWAM | Apr 2012Tips untuk menghilangkan rasagementar dan gugup.Membuat persediaan rapi sebelumberucap.1Anda boleh melakarkan rangka ucapan andadiatas sekeping kertas atau buku kegemarananda. Satu perkara yang anda harus tahu,sebaik manapun berucap, anda perlu mengetahuidengan tepat apakah isi kandungan yangdiucapkan. Perkara ini harus dititikberatkansupaya ucapan anda tidak menyimpang jauhdari isi penting yang utama dan objektif yanghendak disampaikan tercapai.Datang awal2Anda harus datang awal sebelum sesi ucapananda dijadualkan berlangsung, sekurangkurangnya15 minit sebelum majlis bermula.Ini untuk mengelakkan dari keadaan kelamkabut.Tarik nafas sedalam-dalamnya sekiranyarasa gugup kerana ia mampumembantu anda menenangkan diri. 3Ada lagi 2 teknik yang saya pelajari dari sifudan mentor saya untuk menghilangkan gugupdan gementar. Yang pertama, denganmenggenggam sesuatu seperti kertas renyuk,atau pen dan yang keduanya adalah berdiri rapatke dinding sambil menarik nafas sedalamnya.Menguasai tajuk perbahasan dansudah menghafal beberapa isi pent-4ing bagi mengelakkan terlupa.Anda boleh menggunakan teknikteknikkawalan pentas yang telahsaya tuliskan pada artikel sebelum 5ini (sila dapatkan edisi Mac 2012).Perlu ada mukadimah yang sesuaidan ringkas, tidak terlalu panjangdan tidak juga terlalu pendek. 6Ia bergantung kepada masa yang diberikan.Seeloknya kita boleh membahagikannyakepada 3 bahagian iaitu: Mukadimah 15 peratus,isi 70 peratus dan penutup 15 peratus. Iniakan memudahkan pendengar untuk mengikutiperjalanan ucapan anda dari awal sehinggapenutup.Mengawal intonasisuara 7Intonasi suara perlu diberi perhatian terutamauntuk debat dan syarahan bagi menekankanisi penting dan boleh mengekspresikan emosidalam perkataan. Jika anda ingin penontonmemberi perhatian kepada isi yang hendakdisampaikan, anda perlu pandai mengawaltahap tinggi dan rendah suara anda.Kenal pasti sasaran pendengar danapakah keperluan mereka menden-8gar isu ucapan kita.Anda digalakkan membuat rujukan atau kajiselidik terhadap kelompok pendengar yangakan mendengar ucapan kita.36 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | PENGUCAPAN AWAM9Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dancuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucapyang baik tidak akan melihat dan membaca petikanteks dan kebiasaanya akan berucap denganbersahaja. Walaubagaimanapun, jika anda masihbaru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatanrangka isi untuk berucap.Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif.Pastikan sebelum anda berucap emosi anda beradadalam keadaan positif. Dan ini akan membantumelancarkan perjalanan pengucapan anda.10Kesihatan anda juga akan terjaga jika kita sentiasa postif,bukan?11Pandangan pertama (first impression) pentinguntuk anda memulakan ucapan yang baik. Cubadapatkan mood yang sesuai untuk anda gaulkandengan keadaan pendengar tersebut.Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengankeadaan majlis.12Mulakan dengan Bismillah, Selawat Atas RasululahSAW dan bibit perkataan pertama anda dikuntumdengan senyuman. Pastinya ia akan memukau pendengar.Nyatakan dan terangkan secara ringkas objektifdan isi ucapan yang akan anda sampaikan, kemudianbarulah dikembangkan dengan isi serta13bahagian penutup.Nyatakan dan terangkan secara ringkas objektifdan isi ucapan yang akan anda sampaikan,kemudian barulah dikembangkan denganisi serta bahagian penutup.14Sekiranya anda ada rasa debaran, jangan berlawan denganperasaan anda.Pandangan mata ke mata (eye contact) juga pentingdalam ucapan bagi memastikan pendengarberasakan anda bersama mereka sepanjang ucapananda. 15Bagi yang baru bermula, anda boleh memandang sesuatu disebalik atau belakang pendengar, maka mereka akan terasadiperhatikan walaupun hakikatnya anda sedang bermain denganperasaan gemuruh anda.Pandangan mata ke mata (eye contact) juga pentingdalam ucapan bagi memastikan pendengarberasakan anda bersama mereka sepanjang uca-16pan anda.37 JOOTAWAN Apr 2012


PENGUCAPAN AWAM | Apr 2012Teknik RelaksasiTeknik yang Hamka cuba kongsikan disini, bukansahaja boleh diaplikasikan sebelum berucapatau untuk menghilangkan gementar, iajuga boleh diamalkan untuk mengatasi stress.Bagi yang sudah biasa lakukan ini, pastinyaanda akan terfikirkan kaedah “Law of Attraction”yang saling tidak tumpah kaedahnya.Sebelum melakukan Teknik Relaksasi ini,anda digalakkan untuk:iMemastikan anda dalam keadaantenang dan santai untukmelakukan teknik relaksasi.luruskan kedua-dua kaki sambil tangandirapatkan di sisi badan. Ia bolehdilakukan dalam keadaan berdiri rapat 1ke dinding atau berbaring.2Kemudian, tutup mata dan tenangkanfikiran selama 30 saat. Pada masayang sama berniatlah di dalam hati untukmenenangkan fikiran dan memberikerehatan badan. Cuba kosongkanfikiran anda, tidak perlu fikirkan apaapayang komplikated.Tarik nafas dalam-dalam hingga memenuhirongga dada dan perut. Sambilberniat untuk menyedut energi-energipositif, penyembuhan, ketenangan dan3kelapangan.4Hembuhkan nafas perlahan-lahan melaluirongga mulut bersama masalahatau stress yang ditanggung selamaini dan bayangkan energi negatif yangada dalam badan dikeluarkan kesemuanyatanpa berbaki.Kemudian bernafaslah secara teratur5dalam-dalam dan perlahan-lahan.iiiiiPilihlah tempat yang sesuai untukmelakukan teknik ini.Teknik relaksasi ini boleh dilakukansambil berdoa, berzikir atauberselawat ke atas RasulullahSAW.Namun begitu, sebagai seorangMuslim, kita lebih digalakkanmengamalkan Kaedah Solat Tahajjudyang pastinya memberikankesan yang lebih mendalamApabila dilakukan dengan kerap, anda akandapat merasai kesan positifnya. Namun begitu,sebagai seorang Muslim, kita lebih digalakkanmengamalkan Kaedah Solat Tahajjudyang pastinya memberikan kesan yang lebihmendalam samada dari sudut rohani, emosidan fizikal berbanding teknik relaksasi yanghanya memberikan kesan kepada fizikal danemosi.Sekian dahulu perkongsian Hamka untukkeluaran kali ini. Semoga bertemu lagi di masaakan datang. Semoga artikel ini bermanfaatbuat sesiapa yang ingin mendalami seniberucap. Salam kejayaan dari saya, HasrynHamka. Wassalam38 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | MAGNET REZEKIOleh:LINN COMELBlogger dan UsahawanSpiritual &Psikologi Kewanganwww.linncomel.comKetagihanWangPuncaKemiskinanSewaktu bayi dilahirkan . Seorang bayi telah dianugerahkan 100 juta sel aktif dan900 juta sel induk. Setiap sel otak yang diberikan kepada semua manusia adalahsama, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Jadi pada dasarnya seorang bayimemiliki kekayaan yang luar biasa. Seperti mana yang kita ketahui otak adalahperanti yang amat dahsyat kebolehannya dan sehingga ke saat ini, belum adaseorang pun pakar yang dapat mengetahui kelebihan tahap maksimum bagi otak.39 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | MAGNET REZEKIiada sesiapa pun dapatmenilai berapakah hargabagi otak manusia. Sedarkahanda selotak yang dibina adalahbersamaan dengankuasa elektrik yangdigunakan oleh 1000bandaraya. Dengan ban- Ttuan otak jugalah, telinga anda akan dapatmendengar 1600 jenis gelombang atau frekuensiyang berbeza dengan 20 hingga 20,000 pusingan sesaat. Di mata anda jugamempunyai 80, 000 urat dan saraf optik. Itubelum lagi sekiranya saya menyebut satupersatu kekayaan lain yang berada didalam diri kita. Ini bermakna manusia dilahirkandengan penuh kekayaan. Kekayaanyang tidak terbatas.Tetapi jika dilihat secara realiti hari ini, tidaksemua orang dapat hidup dalam kekayaan.Hanya sebahagian kecil manusia yang benar-benarmenikmati hidup mewah. Menurutkajian hanya sekitar 2% manusia di duniayang benar-benar kaya dan 20% hidup dalamkategori sederhana dan Selebihnya hidupdalam kekurangan, kemiskinan, danpenderitaan.Persoalannya Mengapa wujudnyakemiskinan walaupun kita semua dilahirkandengan penuh kekayaan? Ingin saya berkongsisatu fakta yang dikongsikan melalui ebooksaya ‘Booster magnet duit’ tentang penyakityang menjadi penyebab kepada kemiskinandan mengapa orang miskin menjadi semakinmiskin.Selama ini kita hanya disogok denganmasalah ketagihan dadah, ketagihan arak dandalam zaman serba canggih ini ditambah lagidengan ketagihan yang baru iaitu ketagihaninternet dan ketagihan facebook, seperti yangdapat kita baca melalui dada-dada akhbar danmenontonnya di kaca TV.Tetapi, terlalu sukar rasanya masalah ketagihanwang di war-warkan di media, sedangkantanpa sedar ketagihan wang terlalu banyakberlaku di dalam masyarakat.Akibatnya penghidapmasalah ini akan mengalamipenderitaan zahir dan batin.Mengapa wujudnyamasalah ketagihan wang?enyakit ketagihan wangialah perasaan memerlukanyang sangat kuatuntuk memiliki sesuatuyang disertakan dengantuntutan yang penuhemosi. Ketagihan jugaboleh dianggap sebagaiobses atau keinginan Pyang sangat kuat untuk memiliki sesuatusehingga sanggup melakukan apa saja untukmemenuhi keinginan, sehingga akhirnya munculemosi-emosi yang bervibrasi rendah sepertimarah, kesal, kecewa, kerunsingan dansebagainya. Akibatnya penghidap masalah iniakan mengalami penderitaan zahir dan batin.Mengapa wujudnya masalah ketagihanwang? Masalah ini wujud kerana setiap harikita dipukau oleh media-media yang menonjolkanbarang-barang barang-barang berhargaseperti rumah yang besar , kereta yangmewah sebagai simbol kekayaan sehinggamembuatkan kita terasa bahawa kehidupanyang kita lalui sekarang adalah tidak mencukupi.Malahada yang menetapkan standardhidup berdasarkan maklumat atau apa yangdilihat melalui media dan ini menyebabkan wujudnyarasa tidak puas hati dengan kehidupanyang kita miliki.40 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | MAGNET REZEKIungkin pada mulanyaperasaan yanghadir tidak terlaluparah, tetapi lamakelamaan pastiianya akan menjadisatu masalah yangkronik, sehinggamerasa diri tidak Mlengkap jika tidak memenuhi sesuatu keinginan. Kita merasa miskin sekiranya tidakmempunyai kereta,malah ada yang merasarendah diri jika harta yang dimiliki tidak sehebatseperti yang dipertontonkan melaluimedia.Ini menyebabkan ada di antara kita sanggupmelakukan apa saja demi mendapatkanwang tanpa mengira perbuatan yang dilakukanitu baik atau buruk. Dan satu fakta pentingyang perlu diketahui, bahawa kebanyakkanmanusia tidak mengetahui bahawa dirimereka mempunyai masalah ketagihan wang.Salah satu tanda yang menunjukkan seseorangitu mempunyai masalah ketagihan wang ialahmudah cemas sekiranya terdapat kemungkinanburuk yang terjadi, meskipun itu hanyawujud di dalam imaginasi mereka.Kehidupanjuga sentiasa dibebani dengan rasa risau akankehilangan wang dan adakah mereka mampumendapatkan kembali wang yang merekamiliki, seandainya wang tidak lagi menjadi milikmereka.Semakin seseorang itu mengejarwang, maka semakin jauhwang meninggalkannya, inibererti semakin sukar untukmendapatkan wang.Sekiranya anda mempunyaikesamaan atau emosi yangmuncul seperti yangdinyatakan di atas, ketahuilahbahawa anda sedangmenderita kerana mengalamimasalah ketagihan,obses dan kebergantunganterhadap wang. Masalah iniSakan menjadi penghalang kepada anda darimerasakan kekayaan yang sudah pun andamiliki seterusnya menjauhkan aliran rezeki danwang dari hidup anda. Kerana, Semakin seseorangitu mengejar wang, maka semakin jauhwang meninggalkannya, ini bererti semakinsukar untuk mendapatkan wang. Inilah puncanyamengapa orang miskin menjadi semakinmiskin.41 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | KEWANGANOleh:En Sunthara Segarwww.suntharasegar.comsuntharasegar@gmail.com.MUHASABAHKEWANGAN DENGANMERENUNG 7KESILAPAN KEWANGANMenurut Kamus Besar Bahasa Indonesia,muhasabah bererti introspeksi iaitu peninjauanatau pembetulan terhadap perbuatan, sikap,kelemahan dan kesalahan diri sendiri. Dalambahasa Arab, kata muhasabah adalah bentukjamak dari kata “muhasaba” yang berasal darikata “hisab” iaitu perhitungan atau “hasaba”ertinya menghitung. Tentu ada pembaca yangtertanya akan kaitannya dengan perancangankewangan.Ada tiga sebab utama kenapa kita tidak patutmalas melakukan muhasabah kewangansecara sistematik. Pertamanya lebih kerapkita melakukan muhasabah kewangan, lebihyakin prestasi kewangan kerana kita akansedar sudah berada pada haluan yang benarmenuju wawasan kewangan yang ditetapkan.Keduanya jika berlaku gangguan atau tempiasekonomi kita berupaya melakukan pembetulanumpama nakhoda kapal yang mengendalibahtera di tengah lautan yang bergelora.42 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | KEWANGANSebab ketiga ini menjurus kepada pembacaIslam berdasarkan surah Al-Mu'min ayat 16:"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasandengan apa yang diusahakannya. Tidak adayang dirugikan pada hari ini. SesungguhnyaTuhan itu amat cepat hisabnya."Ayat itu menjelaskan bahwa setiap usahadan perbuatan yang manusia lakukan akandi-hisab oleh Tuhan dan mereka akan mendapatkanpembalasan sesuai dengan aktivitimasing-masing termasuk semua kegiatankewangan.Sesiapa sahaja tidak kira pencapaian kewanganmereka sekarang boleh melakukanmuhasabah kewangan. Hakikatnya semakinkaya seseorang itu semakin mustahak baginyamelakukan introspeksi samada seorangdiri atau dengan bantuan penasihat profesional.Berikut saya berikan sati teknik muhasabahkewangan iaitu dengan bertanyaberapa banyak kesilapan kewangan berikutyang masih dilakukan secara sedar atautidak.1KesilapanSentiasa menangguh untuk memulakansistem perancanganTidak syak lagi inilah kesilapan yang palingbesar sekali. Tanyalah diri anda sendirisudah berapa kali ucapan seperti tidak apa,nanti dulu, lepas kahwin, bila anak dah besardijadikan alasan untuk tidak memulakan plankewangan seperti tabungan untuk pendidikananak, insuran perubatan atau membuattemu-janji dengan perancang kewangan bagimembaik-pulih pinjaman anda2KesilapanGagal menetapkan matlamat kewangan dancara mencapainyaKita sendiri sedar yang tiada orang yang merancanguntuk gagal tetapi kebanyakannya gagalmerancang. Mungkin kerana sibuk denganpelbagai tugas dan tanggung-jawab anda tidakmempunyai masa untuk menulis di atas kertasjawapan kepada soalan-soalan seperti:• Apakah 3 matlamat kewangan paling kritikal?• Bila jangkamasa pencapaiannya?• Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?Kesilapan3Kekurangan disiplin untuk menabung secarasistematikMedia massa sekarang ini dipenuhi denganiklan dan propaganda bertujuan menggalakkankita berbelanja lebih dari yang sepatutnya.Tetapi patutkah media massa dipersalahkan?Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkanwang kita daripada lanun-lanunseperti kad kredit, jualan murah, desakan rakansebaya dan gaya hidup serba glamour?Kesilapan4Kejahilan tentang konsep nilai masa (timevalue) wangSemua orang tahu pasal hutang kad kredit,hutang along dan hutang pinjaman perumahanyang seolah-olah tak pernah habis dibayar dankalau dapat dibayar pun akan mengambil masayang lama. Tetapi malangnya masih ramaiyang lebih suka "menyimpan"' dengan syarikatkad kredit dan sentiasa merungut tidak cukupwang.43 JOOTAWAN Apr 2012


Apr 2012 | KEWANGANKajian KWSP telah pun menunjukkanbahawa duit simpananyang diambil oleh pencarumsewaktu usia 55 tahunhabis dalam jangkamasa 3tahun sahaja.Kesilapan5Perlindungan Insurans/Takaful yang tidakmencukupiApabila memulakan satu sistem simpanan untuktujuan tertentu contohnya deposit pembelianrumah, tabung pendidikan anak, ada risikoyang boleh menyebabkan wang simpanantersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepertibelanja perubatan, hilang upaya bekerja,kemalangan. Bolehkah kita berserah kepadatakdir semata-mata untuk memastikan matlamatkewangan kita tercapai?Kesilapan6Kegagalan menangani “’musuh” wangyang utama iaitu inflasiBayangkan harga sebuku roti 10 tahun darisekarang , atau segelas teh tarik. KajianKWSP telah pun menunjukkan bahawa duitsimpanan yang diambil oleh pencarum sewaktuusia 55 tahun habis dalam jangkamasa3 tahun sahaja. Anda bagaimana , apa senjatayang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangannombor satu?Kesilapan7Keengganan menggunakan perkhidmatanpenasihat kewangan bertauliahSemua orang tahu bila sakit harus jumpa doktorbukan peguam. Begitu juga kalau ada kesundang-undang jumpa peguam bukan doktor.Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihatseorang penasihat kewangan bagi mengatasidilemma kewangan anda? Kesilapan ini telahdigunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkanskim cepat kaya dan pembelianproduk-produk kewangan yang tidak sepadandengan profil kewangan pelanggan.Selepas melakukan muhasabah di atas kitapatut sambung dengan muhasabah mengauditkedudukan kewangan kita. Kalau tidakbuat audit kewangan peribadi ini, saya jaminanda akan menemui kebuntuan hari ini danseterusnya dalam cubaan untuk melepaskandiri dari belenggu kewangan. Audit bermaksudmenyediakan dua penyata kewanganiaitu wang masuk wang keluar (WMWK) danpenyata aset-liabiliti (A-L). Boleh guna pen dankertas atau lebih baik lagi gunakan perisiankewangan seperti Excel atau Google Docs.Dari audit WMWK, kita boleh melihat di manaberlakunya pembaziran dan apakah perluuntuk menambah pendapatan. Sebabnyabetapa bijak kita berjimat cermat akan sampaisatu masa di mana inflasi dan tanggung-jawabbaru akan merimaskan situasi semula. Daripenyata A-L pula kita boleh atur strategi untukberperang dengan hutang dan melihat samadaharta kita patut disimpan, dijual atau dibiarkanbegitu sahaja.Jumpa lagi dalam artikel dari saya akan datang.En Sunthara Segar, seorang bekas jurutera awam yang turut memiliki kelulusan profesionalRFP (Registered Financial Planner) serta Sijil Perancangan Kewangan Islam. Beliaumempunyai pengalaman lampau dalam aktiviti pemasaran produk-produk kewangandan latihan teori serta lapangan untuk penasihat kewangan. Setakat ini sudah menghasilkanbeberapa buku yang membongkar rahsia ilmu perancangan kewangan peribadidalam bahasa yang mudah difahami orang awam. Laman web www.suntharasegar.com,email suntharasegar@gmail.com.44 JOOTAWAN Apr 2012


www.apeje.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!