13.07.2015 Views

TEKS UCAPAN - UMS - Universiti Malaysia Sabah

TEKS UCAPAN - UMS - Universiti Malaysia Sabah

TEKS UCAPAN - UMS - Universiti Malaysia Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPANYANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DRKAMARUZAMAN HJ. AMPONMAJLIS MAKAN MALAM SEMEPENA MESYUARAT MAJLIS BERSAMAKESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INSTITUSI PENGAJIANTINGGI/INSTITUSI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN(MBKKP-IPT/IPP)1 DISEMBER 2010Terimakasih Saudara Pengacara Majlis,Bismillahirrahmannir RahimAssalammualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 MalaysiaYang Berusaha Mejar (K) Abdullah Hj Mohd SaidPendaftar Universiti Malaysia SabahPegawai-Pegawai Utama dan Kanan UniversitiYang berusahaMejar. Haznain NgamilKetua Bahagian KeselamatanAhli –ahli Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan InstitusiPengajian Tinggi/Institusi Penyelidikan & PembangunanTuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.,

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t keranadengan limpah kurnia-Nya kita telah dipertemukan dalam suasana yang penuh harmonipada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan DanKesihatan Pekerjaan Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Penyelidikan danPembangunan.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setingggi-tinggi terima kasihkepada kesemua ahli Majlis di atas kesudian pihak tuan-tuan dan puan-puan untukhadir pada mesyuarat pada kali ini. Selamat datang ke negeri di bawah bayu!. Adalahdiharapkan agar mesyuarat yang diadakan kali ini akan dapat dilangsungkan denganlancar dan sempurna. Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihakBahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah selaku urusetia penganjuran yangtelah bertungkus-lumus bagi memastikan mesyuarat dapat diadakan dengan jayanya.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Pekerja atau kakitangan merupakan suatu aset yang terpenting bagi sesebuahorganisasi. Golongan perkerja ini-lah yang merupakan modal insan dan menjadi antarafaktor penentu kejayaan sesebuah organisasi itu. Oleh yang demikian adalah amatwajar agar aspek-aspek keselamatan dan kesihatan diletakkan sebagai salah satudaripada prosedur-prosedur governan yang terpenting bagi sesebuah organisasi. Atasdasar ini juga-lah, fungsi Majlis Bersama Keselamatan Dan Kesihatan PekerjaanInstitusi Pengajian Tinggi/Institusi Penyelidikan dan Pembangunan dilihat amat pentingbagi memastikan proses-proses kerja serta prosedur-prosedur governan di organisasiorganisasiyang menyertai majlis ini, sentiasa mematuhi dan mengambil kira keperluanaspek-aspek keselamatan dan kesihatan perkerjaan, selaras dengan Akta KeselamatanDan Kesihatan Pekerjaan 1994.Ia juga bagi mencapai ke arah matlamatnya iaitu “menggalakkan pelaksanaanpengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk semua peringkat di InstitusiPengajian Tinggi / Institusi Penyelidikan dan Pembangunan bagi mempertingkatkan

produktiviti dan kualiti melalui penambahbaikan tahap keselamatan dan kesihatan yangmemenuhi keperluan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan”.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Walaupun Akta Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sudah agak lamadikuatkuasakan di negara kita, namun begitu kesedaran mengenai aspek ini bolehdianggap masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Masih banyak lagiorganisasi-organisasi yang kurang peka tentang keperluan dan kepentingankeselamatan dan kesihatan pekerjaan. Buktinya pada tahun 2009 sahaja sebanyak2054 kes kemalangan di tempat kerja telah dilaporkan, dan daripada jumlah inisebanyak 224 kes melibatkan kes kehilangan nyawa.Sememangnya kes-kes seumpama ini bukan sahaja merupakan satu bentuk kerugiankepada sesebuah organisasi tetapi juga satu kerugian kepada negara khususnyakerugian dari aspek kepakaran atau modal insan. Yang lebih menyayat hati apabilakecederaan atau kehilangan nyawa kepada seseorang pekerja akan menyebabkanindividu dan keluarga individu yang terbabit, akan kehilangan sumber pendapatan, yangakan menjejaskan kebajikan individu dan keluarganya.Oleh yang demikian, persekitaran tempat kerja yang selamat adalah penting untuk terusdipraktikkan. Ia bukan sahaja untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan parapekerja, tetapi ianya juga akan dapat membantu sesebuah organisasi itu untukmeningkatkan tahap produktivitinya. Persekitaran kerja yang selamat akan dapatmemberikan keselesaan berkerja kepada setiap kakitangannya, dan ini secaralangsung atau tidak langsung akan dapat memberikan satu bentuk motivasi kepadapekerja untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Tempat kerja yang selamatjuga akan dapat memupuk satu semangat “sense of belonging” yakni memumupuksikap rasa tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan para pekerja terhadap organisasidan majikannya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis Bersama Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Institusi PengajianTinggi/Institusi Penyelidikan dan Pembangunan ini walaupun hanya terhad kepadaorganisasi di dalamnya sahaja, ia sebenarnya memainkan peranan dan tanggungjawabyang besar di dalam memberikan contoh amalan governan berhubung aspek-aspekkeselamatan kepada organisasi-organisasi yang lain. Apa yang lebih penting, majlis inijuga berupaya untuk menjadi satu bentuk “benchmarking” atau penanda aras kepadaamalan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang baik kepada organisasiorganisasilain di negara kita.Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar Majlis Bersama Keselamatan DanKesihatan Pekerjaan ini akan meneruskan sekaligus memperkasa peranannya bagimemastikan setiap organisasi yang dinaunginya sentiasa mengamalkan sistemgovernan yang berteraskan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Sebelum mengakhiri ucapan ini, setinggi-tinggi terima kasih sekali lagi saya ucapkankepada kesemua ahli-ahli Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan Dan KesihatanPekerjaan Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Penyelidikan dan Pembangunan diataskehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada malam ini sekaligus menjayakan majlismesyuarat yang akan diadakan esok. Saya berharap musyawarah yang bakal kitaadakan nanti akan dapat mencetuskan idea-idea, buah fikiran dan inovasi-inovasi yangpositif ke arah kesejahteraan bersama. Saya juga berharapan agar mesyuarat yangdiadakan di Negeri Sabah kali ini akan memperkasakan lagi status dan identiti NegeriSabah sebagai pusat persidangan dan juga pelancongan di negara kita. Kepada parapeserta yang mungkin baru pertama kali datang ke Sabah, gunakanlah peluang iniuntuk menerokai pelbagai keunikan yang terdapat di Kota Kinabalu.Dengan ini saya sudahi ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahWasalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, sekian terima kasih.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!