13.07.2015 Views

1 teks ucapan ybhg prof. tan sri presiden/naib canselor sempena ...

1 teks ucapan ybhg prof. tan sri presiden/naib canselor sempena ...

1 teks ucapan ybhg prof. tan sri presiden/naib canselor sempena ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPAN YBHG PROF. TAN SRI PRESIDEN/NAIB CANSELORSEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMASUKAN TERBUKADI PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KELANTAN,OPEN UNIVERSITY MALAYSIAPADA 13 MEI 2006 (Sabtu)________________________________________________________________Assalamualaikum warahtullahi wabarakaatuh dan salam sejahteraTuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,Sebelum saya meneruskan ucapan saya pada pagi ini saya ingin melafazkan syukurke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia serta izinNya kitadapat sama-sama berada pada majlis ini.Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’Mustapa Mohammed, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ke Pusat PembelajaranWilayah Kelantan kerana sudi melapangkan masa dari jadual yang ketat untuk hadirbagi memeriahkan majlis kita pada hari ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ DrSharipah Hapsah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara dan kepadasemua para hadirin termasuk wakil-wakil daripada Bahagian Pendidikan Guru, wakilIPT yang beroperasi di Kelantan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri serta MaktabmaktabPerguruan.1

Yang Berhormat Dato’-dato’, Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormatisekalian,Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan memberi sedikit gambaran tentang OUMsebagai satu mukadimah kepada majlis kita pada hari ini.Pada 23 Mei 2006 ini genap 5 tahun OUM beroperasi. Seperti organisasi yang lain, 5tahun yang pertama merupakan tempoh yang paling mencabar, apatah lagi bagi OUMyang ditubuhkan khusus untuk menawarkan program pengajian secara jarak jauh danterbuka di negara ini.Melihat kepada perkembangan pesat OUM dengan bilangan pelajar melebihi 41,000termasuk di luar negara, saya sebagai mewakili pengurusan dan staf merasa amatbangga dengan penerimaan masyarakat terhadap mod pembelajaran ini.Secaratidak langsung, OUM telah membuktikan bahawa pasaran masyarakat dewasabekerja ini amat berpotensi.Sesungguhnya, kedudukan yang baik ini tidak tercapai tanpa sokongan dankerjasama daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, atau dahulunya dikenalisebagai Kementerian Pendidikan dan juga pihak Lembaga Akreditasi Negara. Terimakasih kepada Yang Berhormat Dato’ Mustapha dan Yang Berbahagia Dato’ DrSharipah Hapsah. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepadarakan-rakan strategik OUM seperti Bahagian Pendidikan Guru, Maktab-maktabPerguruan diatas kesudian bekerjasama dengan OUM.2

Dalam tempoh 5 tahun ini juga beberapa mercu tanda telah ditempuhi antaranya ialahpenawaran program-program di luar negara, penganjuran dua (2) Majlis Konvokesyenyang menyaksikan lebih 1000 orang graduan mendapat anugerah akademik masingmasing,pengakreditasian dari LAN dan pengiktirafan Jabatan Pentadbiran Awam(JPA) bagi 6 program terawal yang dikendalikan, pengambilan pelajar di peringkatSarjana dan Doktor Falsafah dan persijilan ISO untuk 3 jabatan.Pada hari ini 13 hb Mei 2006, sekali lagi OUM akan menempa satu sejarah yangmana kita telah mendapat mandat untuk melaksanakan sistem kemasukan terbuka.Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk menerangkan apakah yang dimaksudkandengan sistem kemasukan terbuka atau Open Entry System.Open Entry ialah satu sistem kemasukan pelajar yang mana pengalaman calondipertimbangkan dan dinilai untuk tujuan kemasukan ke program peringkat SarjanaMuda atau Sarjana. Ini bermakna calon yang mempunyai kelayakan akademik yanglebih rendah tetapi mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan bidang yangdipohon berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana.Untuk pengetahuan para hadirin, Sistem Kemasukan Terbuka menggariskan syaratkemasukan minimum iaitu PMR/SRP atau setaraf dengannya dan berusia lebih 21tahun bagi kemasukan ke program sarjana muda. Manakala bagi program Sarjana3

pula, syarat minimum ialah STPM atau setarafnya dengannya dan usia lebih daripada35 tahun.Sebagai sebuah institusi pendidikan yang terbuka, perlaksanaan sistem kemasukanterbuka adalah tepat, wajar dan kena pada masanya. Ini adalah kerana berlainandengan institusi pengajian yang konvensional, sesebuah universiti terbuka ituditubuhkan khusus untuk memberi peluang kepada semua golongan dewasameningkatkan kelayakan akademik masing-masing tanpa terhalang oleh latarbelakangpendidikan serta taraf ekonomi mereka. Dengan adanya sistem kemasukan terbuka,peluang untuk memasuki universiti kini dibuka seluas mungkin dan terpulanglahkepada sesaorang individu itu untuk membuktikan bahawa mereka betul-betulbersedia dan mampu mengharungi cabaran ini.Inilah yang diperjuangkan oleh OUM dalam misi yang pertama nya iaitu untuk menjadipenyumbang utama dalam membantu usaha Kerajaan dalam pendemokrasianpendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.Yang Berhormat Dato’-dato’, Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormatisekalian,Dalam melaksanaan sistem kemasukan terbuka ini OUM amat peka dengan persepsimasyarakat yang mungkin menyamakan syarat kemasukan terbuka dengan kualitipendidikan yang rendah.4

Di sini saya ingin menegaskan bahawa calon yang mempunyai kelayakan minimumperlu melalui satu proses penilaian terlebih dahulu. Penilaian ini adalah untukmemastikan hanya calon yang mempunyai syarat yang ditetapkan sahaja, dapat terusdidaftarkan ke program sarjana muda atau sarjana. Sekiranya mereka tidak memenuhisyarat yang ditetapkan, mereka akan didaftarkan ke program persediaan terlebihdahulu sebelum layak mengikuti program sarjana muda atau sarjana. Hanya selepasmengikuti program persediaan dengan jayanya, mereka akan dibenarkan mendaftaruntuk program pilihan, di mana seterusnya mereka akan melalui proses pengajarandan pembelajaran menurut sistem sedia ada.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan satu lagi aspekperlaksanaan sistem kemasukan terbuka, iaitu Pengiktirafan Pembelajaran Terdahuluatau Recognition of Prior Learning, lebih dikenali dengan nama singkatannya RPL.Tadi saya ada menyebut bahawa syarat kemasukan terbuka akan mengambilkirapengalaman yang relevan. Dalam erti kata lain, secara tidak langsung pengalaman iniboleh dinilai bukan sahaja untuk tujuan kemasukan ke program peringkat SarjanaMuda atau Sarjana, malahan untuk mendapatkan kredit untuk sesuatu kursus dalamprogram yang dipilih. Melalui RPL, pelajar yang layak boleh menamatkan pengajiandengan lebih awal dengan kos yang lebih rendah. Kaedah penilaian RPL adalahkhusus dan telah dibangunkan oleh OUM setelah mengambilkira amalan-amalanterbaik institusi pendidikan tinggi luar negara dan perbincangan dengan pihakLembaga Akreditasi Negara.5

OUM peka bahawa jatuh bangun sesebuah institusi pendidikan itu terletak pada kualitipenawaran program akademik dan masyarakat kini sudah bijak untuk menilai,tambahan pula dengan adanya agensi seperti LAN atau tidak lama lagi AgensiKelayakan Malaysia.Kesimpulannya, mana-mana pelajar yang memasuki OUM samada melalui salurankemasukan biasa atau syarat kemasukan terbuka, mereka akan melalui sistempembelajaran yang sama, kaedah penilaian yang sama dan syarat-syarat bergraduatyang sama.Akhirkata, saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YangBerhormat Dato’ Mustapa Mohammed, Menteri Pengajian Tinggi dan YangBerbahagia Dato’ Dr Sharipah Hapsah, Ketua Pegawai Eksekutif LAN di ataskepercayaan yang diberikan kepada OUM untuk melaksanakan sistem kemasukanterbuka ini. InsyaALLah saya dan warga OUM akan memikul amanah ini dengan telus,adil dan saksama menurut Kod Amalan Jaminan Kualiti Lembaga Akreditasi Negara.Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengucapkan terima kasih di ataskesudian Yang Berhormat Dato’ untuk menyampaikan Anugerah Sijil Dekan kepadasebahagian pelajar-pelajar di Pusat Pembelajaran Wilayah Kelantan sebentar lagi.Sekian wabillahitaufiq walhidaayah wassalamulaikum wrth.6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!