12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

22. Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, Kerajaanmencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada diantara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dancerek elektrik. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangmakanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barangmakanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.23. Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individudan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjinpetrol. Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirianberenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaanberenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.Menjamin Kebajikan Pekerja24. Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja. Untuk menyokong usahasedemikian, Kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yangdiberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yangmenerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga 2,400 ringgit setahun.25. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atasmanfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:Pertama:Kedua:bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga 300 ribu ringgit untukperumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayaroleh majikan;7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!