12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

membuka lebih banyak peluang pelaburan, pekerjaan dan keusahawanan agar pendapatanrakyat dapat ditingkatkan secara mapan. Setakat ini, kelima-lima koridor pembangunan telahdilancarkan dan inisiatif sepertimana yang telah direncanakan di dalam Pelan IndukPembangunan masing-masing telah mula dilaksanakan. Koridor tersebut adalah IskandarMalaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Koridor Pantai Timur, KoridorPembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak. Di dalam Kajian SeparuhPenggal Rancangan Malaysia Kesembilan, siling tambahan sepuluh bilion ringgit telahdiperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan koridor-koridor tersebut. Sebanyak enambilion ringgit diperuntukkan dalam Bajet <strong>2009</strong>.90. Untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia, peruntukantambahan 300 juta ringgit di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakanprojek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan awam, perkhidmatankesihatan, pendidikan dan industri kreatif. Perkongsian ini merupakan satu kaedah di manasektor swasta menanggung sepenuhnya risiko projek, sementara Kerajaan memberi bantuanuntuk memastikan projek ini berdaya maju. Sebagai contoh, di dalam bidang kesihatan,sektor swasta membina hospital manakala Kerajaan membantu pengusaha tersebut denganmenaja pesakit yang layak dibiayai oleh Kerajaan ke hospital tersebut.91. Bagi memenuhi permintaan yang akan wujud dari pertumbuhan perniagaan,Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem pengangkutan awam bersepadu. Sebagaipermulaan, usaha ini akan ditumpukan kepada menambah baik perkhidmatan bas melaluikerjasama dengan pengusaha bas sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan, pusatkecemerlangan pengajian dan penyelidikan pasca ijazah akan ditubuhkan dengan kerjasamahospital swasta. Iskandar Malaysia akan menubuhkan sekolah tidak bermotifkan keuntungansecara perintis. Pengambilan pelajar sekolah ini akan terdiri daripada pelajar tajaan Kerajaandan persendirian. Selain itu, dana akan disediakan untuk membangunkan kluster industrikreatif di Iskandar Malaysia ke arah mengukuhkan bakat kreatif tempatan.92. Antara program yang sedang dilaksanakan di Koridor Pantai Timur adalah projekAgropolitan di selatan Kelantan, Besut-Setiu dan Pekan, termasuk membangunkan produk25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!