12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

STRATEGI KETIGA: MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA83. Sungguhpun ekonomi global dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan dirantau ini kekal kukuh, terutamanya di China dan India. Daya tahan di rantau ini memberipeluang untuk pertumbuhan beberapa sektor dalam ekonomi negara, seperti berikut:Pertama: perkhidmatan serantau seperti kewangan Islam, proses perniagaanpenyumberan luar, pelancongan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatanberkaitan penerbangan;Kedua:Ketiga:industri berasaskan sumber, terutamanya petroleum dan minyak kelapa sawit;danindustri pembuatan nilai ditambah tinggi, seperti elektronik dan bioteknologi.84. Malaysia telah membuktikan daya saing dalam sektor-sektor ini berasaskankeupayaan modal insannya. Kecemerlangan golongan profesional kita diiktiraf di peringkatantarabangsa sehingga ramai antara mereka kini bekerja di serata dunia. Kecemerlangangolongan profesional kita harus digilap lagi. Untuk ini, kita perlu melatih lebih ramai golonganprofesional dan meningkatkan kemahiran mereka. Sehubungan itu, Kerajaan telah punmemberi potongan cukai dua kali bagi latihan terpilih yang dianjurkan oleh INCEIF di dalamKewangan Islam. Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kalikepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalambidang seperti ICT, elektronik dan sains hayat. Pengecualian cukai pegangan juga akandiberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan latihan teknikaldalam bidang tersebut.Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta85. Kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti sektor swasta dengan menyediakanpersekitaran yang kondusif. Ini termasuk usaha memastikan pelabur asing terus memilihMalaysia sebagai destinasi pelaburan. Pada tahun 2007, kemasukan pelaburan langsung23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!