12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

yang telah usang. Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk penyelenggaraan sekolahdan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat.Peruntukan penyelenggaraan ini tidak boleh dipindahkan bagi tujuan lain.76. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan14.1 bilion ringgit disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini,lapan bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggiawam, 627 juta ringgit kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepadaAgensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak 4.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk perbelanjaanpembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatanserta menyediakan latihan penyelidikan.Memperluaskan Program PINTAR77. Kerajaan mengalu-alukan sumbangan sektor swasta untuk membantumeningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hubungan ini, program PINTAR yang melibatkanpengambilan sekolah angkat oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) telah dilancarkan padatahun 2006. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah programtransformasi GLC yang telah berjaya melibatkan 23 syarikat GLC dan anak syarikatnya sertamemberi manfaat kepada 152 buah sekolah di seluruh negara, termasuk Sekolah RendahJenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara pencapaian PINTAR termasuklah peningkatandalam kadar kelulusan purata murid sekolah serta penambahan bilangan pelajar yangmencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.78. Program PINTAR akan diperluaskan kepada penyertaan syarikat swasta bukanGLC dengan sasaran 480 buah sekolah di seluruh negara menjelang tahun 2012.Keutamaan akan diberi kepada sekolah di Sabah dan Sarawak. Untuk melaksanakanprogram PINTAR secara bersepadu dan lebih meluas, Kerajaan akan menubuhkan YayasanPINTAR dengan peruntukan 20 juta ringgit sebagai geran pelancaran.21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!