12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kejururawatan selama satu setengah tahun, berbanding dengan biasanya tiga tahun. Disamping itu, untuk menambah baik kemahiran dan kualiti perkhidmatan jururawat, semuajawatan penolong jururawat akan dinaikkan taraf kepada jawatan jururawat masyarakat,selepas mengikuti kursus kejururawatan selama enam bulan.72. Untuk menyokong pembangunan pusat pelancongan kesihatan di WilayahEkonomi Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untukmewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuanmempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untukmenampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus.73. Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) seharusnyamengambil langkah untuk melatih lebih ramai pekerja dalam bidang pembinaan. Untuk tujuanini, saya telah mengarahkan CIDB untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100 ribu peluanglatihan industri pembinaan dalam bidang teknikal, termasuk pengimpalan, pengurusan dankeselamatan pada tahun <strong>2009</strong>. Di samping itu, semua pekerja binaan digalakkan mendapatpengiktirafan kemahiran melalui kaedah akreditasi dan latihan kemahiran yang dikendalikanoleh CIDB. Kos akreditasi dan latihan kemahiran bagi pekerja tempatan akan ditanggungoleh CIDB.Meningkatkan Kualiti Pendidikan74. Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan 31 bilion ringgit, untukmenyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakanbagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutanpembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru danpertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran perkapita dan peralatan baru.75. Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akandibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!