12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDAHULUANBismillahir Rahmanir Rahim2. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari-Nya jua,saya dapat membentangkan Bajet <strong>2009</strong> di Dewan yang mulia ini.3. Sejak lima puluh satu tahun yang lalu, Kerajaan telah berjaya membawakesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa,mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkankemakmuran ekonomi. Sebenarnya, negara kita merupakan antara negara yang paling stabildan makmur di rantau ini. Kejayaan ini telah dicapai sungguhpun negara telah menghadapipelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiapkrisis itu telah kita atasi. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran harga global yang tinggidan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Namun, saya yakin, sekiranya kita kekalbersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.4. Semangat setia kawan yang ikhlas teruji ketika kita menghadapi kesukaran dankesusahan. Kawan di masa senang memang ramai, tetapi kawan sejati yang setia dansanggup bersama di masa susah tidak mudah dicari. Semangat kesetiaan kepada negaradan bangsa adalah amat penting untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur.Dalam negara berdemokrasi memang wujud perbezaan pendapat. Sungguhpun begitu, kitaharus bersatu teguh apabila berdepan isu-isu bersabit kepentingan negara.5. Persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran danperkembangan tidak menentu. Seluruh dunia terpaksa menanggung beban akibat dari hargaminyak yang meningkat tinggi secara mendadak, di samping meningkatnya harga bahanmakanan dan komoditi lain. Ketidakstabilan sektor kewangan di Amerika Syarikat menggugatpertumbuhan ekonomi di negara tersebut serta Eropah. Walaupun aktiviti ekonomi di rantauAsia, terutamanya India dan China, kekal menggalakkan, namun sokongan permintaandomestik di negara-negara tersebut mungkin terjejas sedikit akibat tekanan inflasi. Senario2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!