12.07.2015 Views

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

1 UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO' SERI ... - Treasury

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

STRATEGI KEDUA: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITITuan Yang di-Pertua,68. Program ke arah membangunkan modal insan berkualiti lagi seimbang dari segijasmani, rohani dan intelek akan terus dilaksanakan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untukmelahirkan tenaga kerja terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa. Sejumlah 47.7 bilion ringgit, yang merupakan 23 peratus daripadaBajet <strong>2009</strong>, diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan.Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran69. Sejumlah 2.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan sertamenjalankan program latihan dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, 150 juta ringgitdiperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komunitiserta cawangan kolej komuniti. Jumlah enrolmen dijangka mencecah 120 ribu pelajarberbanding 112 ribu pada masa ini.70. Sejumlah dua ratus juta ringgit diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian(ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuahILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah 360 juta ringgit disediakan bagimembiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projekKolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaunbulanan akan dinaikkan daripada seratus ringgit kepada dua ratus ringgit.71. Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akanmenambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan 70 juta ringgit disediakanpada tahun <strong>2009</strong> untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan KejururawatanKementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di institusi latihan swasta yangdiiktiraf. Selain itu, untuk menampung kekurangan jururawat, graduan dalam bidang sainsyang berkaitan juga akan diberi peluang kerjaya untuk mengikuti latihan diploma19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!