12.07.2015 Views

teks ucapan pelancaran naib canselor - UMS - Universiti Malaysia ...

teks ucapan pelancaran naib canselor - UMS - Universiti Malaysia ...

teks ucapan pelancaran naib canselor - UMS - Universiti Malaysia ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPAN PELANCARAN NAIB CANSELORBRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMADR. KAMARUZAMAN HJ. AMPONDI MAJLIS PELANCARAN My CPD14 APRIL 2010Bismillahrir Rahmannir RahimAsalammualaikum wbt. Dan Salam SejahteraTerima kasih Pengacara majlis,Yang Berusaha Encik Abdullah Hj. Mohd. SaidPendaftar Universiti Malaysia SabahPegawai-Pegawai Utama UMSPara Peserta Bengkel,Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin sekalian.Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T keranadengan izin dan rahmat-Nya kita dapat dipertemukan pada hari ini sempenamajlis perasmian Bengkel Pemantapan “Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat”(MyCPD) peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Syabas dan tahniahkepada jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Seksyen PembangunanProfesional dan Kompetensi Jabatan Pendaftar kerana telah berinisiatif untukmenganjurkan bengkel yang berimpak tinggi ini. Ia amat bertepatan keranasememangnya masih terdapat sebilangan warga kakitangan UMS yang masihbelum memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan sistem MyCPD ini.Para hadirin sekalian

Kecemerlangan yang berterusan merupakan matlamat utama setiap organisasiyang ingin berjaya. Sumber tenaga yang mahir dan berpengetahuan tinggimenjadi idaman dalam memacu kegemilangan agar sentiasa mampu berdiriteguh dikala pelbagai cabaran dan krisis melanda. Sehubungan itu, UniversitiMalaysia Sabah dalam usaha untuk terus bergerak maju ke hadapan turutmempelbagaikan langkah-langkah proaktif bagi memastikan universiti yang kitacintai ini kekal di persada mercu kecemerlangan.Ini termasuklah dengan menggunapakai sistem “Pembelajaran SepanjangHayat” atau dalam bahasa Inggerisnya “Continuos Professional Development”(CPD). Sistem yang baharu dilancarkan pada Januari lalu ini dilihat sangatrelevan dengan peredaran zaman pada masa kini terutama dalam memastikanseluruh tenaga kerja sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran danpengetahuan mengikut skop tugasan kerja seharian.Ia sebagai sahutan terhadap saranan kerajaan hasil cadangan sebahagiandaripada penjawat awam di negara ini yang menginginkan penilaian yangberbeza berbanding penilaian sebelum ini. Ianya diambil kira apabila ramai yangberpendapat bahawa penilaian melalui sistem peperiksaan Penilaian TahapKecekapan (PTK) adalah kurang berkesan dalam memangkin pencapaiancemerlang di kalangan kakitangan awam pelbagai peringkat.Sehubungan itu, UMS yang turut mengambil prihatin terhadap keperluan parakakitangannnya telah mengubahsuai sistem peperiksaan PTK ini kepada sistemCPD yang juga mesra dipanggil sebagai MyCPD. Melalui sistem ini setiapkakitangan akan dinilai mengikut mata kredit yang diperoleh melalui penyertaanterhadap kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian dengan keperluan dalamskim jawatan yang disandang.Sistem yang masih berlandaskan kepada sistem asal PTK dilihat lebih telus danmenyeluruh apabila setiap kakitangan boleh memantau jumlah mata kredit dari

semasa ke semasa secara online. Manakala jumlah mata yang telah berjayamencapai tahap minimum pula boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkatdan anjakan gaji.Selain itu, pelbagai faedah lain turut diperoleh melalui sistem ini. Pembelajaransepanjang hayat mampu diterapkan dalam diri para kakitangan melalui latihandan kursus mengikut tugasan kerja masing-masing. Ini sekaligus akanmeningkatkan mutu kerja yang lebih berkualiti dan produktif. Kesungguhankakitangan juga akan lebih terserlah kerana sistem MyCPD sentiasamengalakkan pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap tanpa hadruang dan waktu.Para hadirin sekalian,Saya telah difahamkan bahawa bengkel selama dua hari ini akan memberipelbagai informasi dan maklumat berguna kepada seluruh kakitangan UMS yangterlibat menyertainya. Ia bertujuan untuk memantapkan lagi pelaksanaan MyCPDdalam pelbagai aspek. Antaranya termasuklah memperhalusi modul-modullatihan khusus bagi kakitangan akademik dan bukan akademik.Selain itu, bengkel ini juga akan membawa para peserta sekalian untukmengetahui aktiviti-aktiviti rasmi universiti yang layak diberi mata CPD. Ia bagimembolehkan warga kakitangan UMS mengetahui mata CPD yang bolehdiperoleh melalui penyertaan terhadap sebarang aktiviti rasmi anjuran universiti.Melalui bengkel ini juga sekaligus akan memberi panduan kepada parakakitangan mengenai jenis sumbangan kepada universiti dan pengiktirafankepakaran yang diperoleh yang layak untuk mendapat mata CPD. Saya percayaramai warga kakitangan UMS yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidangtertentu telah memberi sumbangan dalam pelbagai aspek. Melalui bengkel ini,segala sumbangan yang telah dicurahkan dan kepakaran yang telah diiktiraf

akan dinilai sekaligus dipastikan sama ada ianya layak untuk menerima mataCPD atau sebaliknya.Sehubungan itu saya menyeru kepada para peserta bengkel sekalian agarmenggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Jika terdapat sebarangketidakfahaman atau kekeliruan, jangan malu untuk bertanya. Biarlah bengkelselama dua hari ini akan menjadi medan penimbaan ilmu khusus untukmengetahui secara mendalam mengenai sistem MyCPD ini.Para hadirin sekalian,Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dantahniah kepada jawatankuasa penganjur iaitu Seksyen PembangunanProfesional dan Kompetensi Jabatan Pendaftar yang telah bertungkus lumusberusaha bagi memastikan bengkel ini dapat berjalan dengan lancar. Setinggitinggitahniah juga diucapkan kepada Mejar (K) Abdullah selaku Pendaftar UMSatas komitmen yang ditunjukkan dalam memastikan seluruh kakitangan universititerus berdaya saing dan sentiasa dilengkapi dengan pelbagai pengetahuan dankemahiran yang tinggi di dalam bidang tugasan kerja masing-masing. Melaluiusaha-usaha sebegini ianya pasti akan memartabatkan lagi citra UMS selakuUniversiti Elit di Negeri Di Bawah Bayu ini.Akhir kata, dengan lafaz Bismillah Hirrohmanirrahim, saya dengan inimerasmikan Bengkel Pemantapan sistem MyCPD peringkat Universiti MalaysiaSabah.Sekian, Terima Kasih

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!