12.07.2015 Views

PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN* (Oleh ...

PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN* (Oleh ...

PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN* (Oleh ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN*(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu,penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakanberada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpasempadan, IT, ICT, e, K, siber, global, sinergi, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagiistilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.Pakar-pakar pula meramalkan bahawa menjelang tahun 2010 semua jenis pekerjaanharian akan melibatkan penggunaan komputer (Shelly, et al., 2002). Menurut Irwin (2000),komputer sudah menjadi alat yang diperlukan untuk melibatkan diri dengan pertukaran maklumatglobal, perdagangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi, dan pendidikan. Justeru itu,penggunaan komputer seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan.Terdapat program-program komputer yang menyediakan pelbagai kaedah dan pendekatanpembelajaran. Kanak-kanak sekarang mampu meneroka segala disiplin ilmu dengan hanyaberinteraksi dengan komputer. Bahkan mereka dapat menandingi segala ilmu yang terdapatdalam minda guru.Dalam perkembangan berkaitan, sekolah merupakan wadah terbaik untuk memberipendedahan tentang komputer dan teknologi maklumat. Menurut Barta (1995), pihak sekolahyang ketinggalan dalam mengimplementasi teknologi maklumat berbanding sektor-sektor lainsedang berusaha untuk merapatkan jurang tersebut. Proses pengkomputeran danpengautomasian yang dijalankan secara besar-besaran dan pantas di semua peringkat institusipendidikan telah menjadikan komputer sebagai satu bentuk integrasi dalam suasana pentadbiranpendidikan masa kini. Situasi sedemikian berlaku kerana penggunaan komputer terbukti memberikelebihan dari segi mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam perjalanan danpentadbiran sekolah (Visscher, 1996).Pendapat Visscher (1996) tersebut telah menyokong dapatan penyelidikan Computers inEducation Studies (COMPED) yang dijalankan oleh Pelgrum dan Plomp (dalam Ahmad RafeeChe Kasim, 1998). Penyelidikan anjuran The International Association for the Evaluation ofEducational Achievement di 22 buah negara mendapati bahawa sekolah yang menggunakankomputer dalam urusan pentadbiran menunjukkan peningkatan dalam keberkesanan dankecekapan pengurusan sekolah.Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga kegunaan komputer dalam sektor pendidikan.Menurut beliau, komputer dalam pendidikan digunakan (a) untuk meningkatkan aktiviti-aktivitiserta kualiti pengajaran dan pembelajaran, (b) untuk mengautomasikan proses pengajaran danpembelajaran, dan (c) sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkanproduktiviti.Menurut Tengku Azzman (dalam Wan Azlinda Wan Mohamed dan Nor Hashimah AbdulHamid, 2001) terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan.Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai oleh komputer tidak boleh dilakukan olehmanusia. Kedua, kemampuan mengumpul dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanyadapat dikelola dengan cekap oleh komputer, dan ketiga, maklumat dan pengetahuan menjadikunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.Peranan penggunaan komputer dalam pendidikan menurut Taylor (dalam Barta, 1995)boleh dikelaskan kepada tiga bentuk iaitu (a) komputer sebagai tool, (b) komputer sebagai tutor,dan (c) komputer sebagai tutee. Sebagai tool, komputer membantu guru atau pelajar dalammembuat sesuatu tugasan. Antara perisian yang tergolong dalam kategori ini ialah pemprosesanperkataan, hamparan eletronik, persembahan, pangkalan data, grafik, telekomunikasi, danpenerbitan meja. Sebagai tutor, komputer berperanan mengajar pelajar. Perisian yang terlibatialah yang berbentuk tutorial, latih tubi, simulasi, permainan berbentuk pembelajaran, danperisian penyelesaian masalah. Sementara komputer sebagai tutee, pelajar mengarah komputerdengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti logo, BASIC, dan Pascal untuk melakukansesuatu perkara.

Selain untuk pengajaran dan pembelajaran, komputer di sekolah-sekolah juga digunakandalam aktiviti-aktiviti berbentuk pengurusan dan pentadbiran. Penyelidikan oleh Mohd. Al-ShaariMohd. Ramli (1995) mendapati bahawa selain untuk pengajaran dan pembelajaran, komputerdigunakan untuk (a) urusan penulisan atau taip menaip, (b) perakaunan sekolah, (c) pengurusanpangkalan data, (d) penyediaan bahan pameran, (e) berhubung melalui mel eletronik, dan (f)menganalisis pencapaian akademik pelajar.Abdul Razak Hamdan (2000) telah mengemukakan beberapa alasan tentang peripentingnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan pendidikan masa kini. Sebagaipengendali maklumat, teknologi maklumat boleh melaksanakan sekurang-kurangnya enamfungsi utama iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, mengakses semula,dan penghantaran. Disamping itu, teknologi maklumat amat bermanfaat kerana kerja-kerja bolehdilakukan dengan lebih pantas, konsisten, jitu, dan berkeupayaan tinggi.Pengintegrasian penggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan bukanlah sesuatuyang mudah. Menurut Alix (n.d.) sikap penting untuk memastikan kejayaan penggunaankomputer, implementasi serta penggunaan teknologi baru dalam pendidikan, perniagaan, ataulain-lain perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan komunikasi. Menurut Irwin (2000),perubahan persepsi dan sikap terhadap komputer boleh digerakkan secara berkesan melaluipendidikan. Namun, menurut Marcinkiewicz (dalam Christensen, 1997) para pendidik sering kalidikenal pasti sebagai penghalang kepada proses penggunaan komputer di dalam bilik darjah.Menurut Shelly, et al. (2002), sejak dua dekad yang lalu, wujud beberapa bentukkekangan terhadap program pengintegrasian komputer dalam pendidikan. Antaranya ialah (a)kekurangan guru yang terlatih, (b) masa yang singkat untuk guru membuat perancangan, (c)kedudukan komputer di lokasi yang sukar untuk diakses, (d) peruntukan kewangan, dan (e)keengganan untuk berubah. Sementara Irwin (2000) pula mendapati bahawa isu yang palingsignifikan dalam pelaksanaan teknologi komputer khususnya di negara-negara membangun ialahperuntukan kewangan yang besar dan kekurangan kemahiran teknikal.Walau bagaimanapun, senario tersebut boleh diubah secara beransur-ansur melaluibeberapa pendekatan. Antaranya ialah latihan yang terancang, perancangan yang teliti, dankomitmen yang tinggi untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran danpembelajaran (Shelly, et al., 2002). Kejayaan penerapan teknologi maklumat menurut Rubinyi(dalam Christensen, 1997) termasuklah perancangan program latihan yang teliti dan tersusunsepanjang tempoh pelaksanaan latihan dan wujudnya proses tindak-ikut selepas latihan.Penyelidikan oleh Ministry of Economic Development New Zealand [MEDNZ] (1998) keatas pentadbir 440 buah sekolah (276 sekolah rendah dan 164 sekolah menengah) di NewZealand mendapati dua faktor utama yang melambatkan proses pengintegrasian teknologimaklumat ialah kos pembelian peralatan dan pengetahuan guru tentang peralatan. Hasilpenyelidikan juga menunjukkan pengetua-pengetua sekolah menengah menambah satu lagifaktor sebagai halangan iaitu kefahaman guru terhadap nilai penggunaan teknologi maklumat.* Esei ini merupakan sebahagian daripada tesis MSc. (Education Management)penulis di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!